Anda di halaman 1dari 3

PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI DALAM

KALANGAN PELAJAR
Oleh: Unit ICT SMKAP

T
eknologi yang wujud pada zaman moden
kini sememangnya tidak dinafikan dapat
membantu memudahkan kehidupan
masyarakat serta pelajar di dunia ini. Teknologi yang
wujud pada masa kini sememangnya membantu
golongan pelajar dalam pelbagai bidang kerana segala
maklumat berada di hujung jari sahaja. Walau
bagaimanapun, pelajar pada masa kini dilihat telah banyak menyalahgunakan teknologi
yang semakin canggih. Teknologi yang canggih ini telah menyebabkan pelajar mula
melakukan penyalahgunaan dan menggunakan teknologi untuk melakukan perkara-
perkara yang telah menyimpang daripada kebaikan.

Salah satu penyalahgunaan


teknologi yang dilakukan oleh pelajar
pada masa kini adalah mengubah
identiti sendiri seperti mengubah
sesuatu berkaitan diri seperti gambar
menjadi lebih cantik dan tidak seperti
realitinya. Hal ini dilihat sebagai
penyalahgunaan teknologi kerana
teknologi telah digunakan sebagai
medium untuk menyembunyikan
identiti sebenar dan menipu orang lain. Sebagai contoh, pelajar masa kini yang bijak
menggunakan teknologi telah mengedit gambar sendiri supaya menjadi cantik dan
menayangkan kepada umum seperti dalam facebook dan
twitter dan menarik ramai kenalan baru. Perkara ini jelas
menunjukkan bahawa pelajar telah menggunakan teknologi
dengan tidak betul yang mana teknologi telah dijadikan
sebagai medium untuk menyembunyikan identiti sebenar
di samping menipu orang lain supaya menjadi tarikan
umum. Berikut merupakan contoh penyalahgunaan
teknologi iaitu digunakan untuk menyembunyikan identiti
sebenar:
Selain itu, pelajar masa kini juga dilihat telah menyalahgunakan teknologi kerana telah
merendahkan martabat bahasa ibunda. Dalam hal ini,
bahasa ibunda contohnya bahasa Melayu telah
direndahkan martabatnya contohnya melalui mesej yang
dihantar melalui sistem pesanan ringkas atau SMS. Mesej
yang dihantar telah dipendekkan malahan ada yang
mengubah ejaan asal bahasa Melayu. Hal ini telah
menjejaskan bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa
rasmi di Malaysia ini. Selain itu, hal ini juga dilihat
mampu mempengaruhi kehidupan pelajar kerana bahasa
short form ini telah digunakan dalam kehidupan
seharian pelajar untuk berkomunikasi sesama sendiri. Di
samping itu, perkara ini juga dikhuatiri menjejaskan
pembelajaran dan pendidikan pelajar kini kerana bahasa short form ini juga mungkin
digunakan semasa pembelajaran di sekolah, peperiksaan dan lain-lain kerana mereka
sudah biasa dan selesa menggunakannya. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa
martabat bahasa ibunda mula terjejas melalui penyalahgunaan teknologi oleh pelajar
kini.

Teknologi yang canggih kini juga dilihat telah disalahgunakan oleh pelajar dengan
mengambil jalan mudah untuk menyiapkan kerja sekolah,assignment, rangka kerja, dan
lain-lain. Dalam hal ini, pelajar telah menyalahgunakan teknologi sebagai medium untuk
memudahkan kerja mereka dengan memplagiat dan copy & paste hasil kerja orang lain.
Oleh sebab maklumat tentang kerja kursus dan assignment ini boleh diperoleh dengan
mudah di Internet, pelajar dilihat telah mengambil jalan mudah dengan memplagiat
maklumat tersebut. Perbuatan ini sememangnya tidak membantu pelajar untuk
meningkatkan pengetahuan dalam bidang yang dipelajari. Selain itu, perkara ini juga
adalah satu kesalahan dan tidak dibenarkan sama sekali. Hal ini menunjukkan bahawa
pelajar masa kini telah menyalahgunakan teknologi untuk kepentingan diri sendiri dan
mengambil jalan mudah untuk menyiapkan sesuatu kerja.

Pada masa kini, pelajar telah


menyalahgunakan teknologi dengan terjebak
dengan menonton gambar dan video lucah di
Internet. Hal ini sememangnya amat serius pada
masa kini kerana video lucah amat mudah diperoleh
di Internet. Oleh itu, ramai pelajar dilihat telah
terjebak dalam hal yang tidak bermoral ini. Perkara
ini juga dilihat menjadi penyebab kepada masalah
yang lebih serius lagi iaitu gejala tidak bermoral dan
seks rambang oleh pelajar. Masalah ini adalah amat
serius dan dilihat bermula dengan penyalahgunaan
penggunaan teknologi di mana pelajar mula terjebak dengan menonton video porno.
Selain itu, penggunaan teknologi seperti Internet di mana
maklumat boleh disebarkan ke seluruh dunia dengan sekelip mata
telah menyebabkan penyebaran fitnah yang semakin meluas pada
masa kini. Masalah ini dilihat banyak dilakukan oleh golongan
pelajar termasuk golongan pelajar di Malaysia. Penyebaran fitnah
yang dilakukan di Internet mungkin disebabkan oleh dendam atau
iri hati.

Kesimpulannya, terdapat sebilangan besar golongan pelajar di Malaysia yang telah


menyalahgunakan teknologi pada zaman moden ini. Oleh itu, golongan pelajar sendiri
perlu sedar dengan hal ini dan perlu bijak dan berfikir terlebih dahulu untuk
menggunakan sistem teknologi supaya tidak disalahgunakan.

Anda mungkin juga menyukai