Anda di halaman 1dari 25

CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN

BIL 1. 2. KANDUNGAN Sekilas Bicara Abstrak MUKA SURAT 2 3

3.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

4.

Fokus Kajian

5.

Objektif Kajian

6.

Objektif Khusus

7.

Kumpulan Sasaran

8.

Pelaksanaan Kajian

6 - 17

9. 10.

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya Bibliografi 18

17

SEKILAS BICARA

Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya, maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian Tindakan pada kali ini. Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyak mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk membantu murid-murid pemulihan khas khususnya untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca dan melengkapkan. Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar SK. LKTP Tenggaroh Selatan, guru-guru Penolong Kanan serta guru- guru rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya usahakan ini..

Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik , demi membantu murid-murid yang mempunyai pencapaian rendah di dalam kemahiran asas membaca dan melengkapkan .

Wassalam.

Mat Zaidi b. Dahlan ( GURU PEMULIHAN KHAS ) SK. LKTP Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi 2010

1. Abstrak

Kajian

ini

dijalankan

adalah

bertujuan

untuk

meningkatkan

penguasaan

kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv dalam matapelajaran bahasa Melayu Pemulihan Khas tahap 1 iaitu murid-murid pemulihan khas tahun 2 seramai 2 orang. Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan melalui pemerhatian yang dilakukan sepanjang bulan Januari hingga Februari.

Pemerhatian ini khusus untuk melihat penguasaan anak-anak murid saya dalam mengeja , menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv. Saya telah menggunakan kaedah IT Bestari iaitu menggunakan bahan Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan

menyeronokkan yang memberikan respon yang sangat baik dari kumpulan sasaran yang dipilih. Setiap aktiviti yang disediakan dalam kaedah IT Bestari ini membolehkan murid mengaksesnya sendiri dengan guru sebagai pembimbing. Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat membantu rakan sejawatan atau sesiapa saja yang berminat membantu para pelajar yang mempunyai masalah yang sama. Saya juga amat berharap agar dapat membina bahan powerpoint yang sama untuk murid menguasai kemahiran-

kemahiran perkataan yang lain dalam Bahasa Melayu khususnya murid-murid Pemulihan Khas . 1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Saya telah ditugaskan mengajar murid-murid Pemulihan Khas SK. Tenggaroh Selatan sejak tahun 2004 lagi, setiap tahun saya mengalami banyak masalah untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan. Beberapa cara telah digunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang pastinya masih ada di kalangan murid tahap satu yang belum menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan dengan baik terutamanya murid-murid pemulihan khas . Beberapa orang murid pemulihan yang berada dalam tahap satu langsung tidak mempunyai minat dan usaha untuk menguasai kemahiran membaca. Mereka sentiasa menjadi murid yang tersisih apabila berada di dalam kelas. Disebabkan mereka tidak pandai membaca walaupun suku kata yang paling mudah, guru mata pelajaran yang mengajar Bahasa Malaysia sukar untuk mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia akibat daripada masalah tersebut. Dalam pemerhatian saya, mereka tidak menunjukkan kesungguhan dalam kemahiran mengeja suku kata yang diberikan. Mereka tidak dapat membatangkan sukukata dan mengecam sukukata dengan betul. Oleh yang demikian mereka selalu melengkapkan suku kata atau perkataaan yang salah apabila guru meminta mereka melengkapkan semula sukukata yang disebutkan. Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka mengingat semula suku kata awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh mereka mengeja suku kata awalan sebanyak sepuluh kali. Kemudian, diikuti dengan suku kata kedua. Namun, mereka masih belum menguasainya. Akibatnya mereka berputus asa untuk mengeja perkataan tersebut. Ini juga membuatkan murid tersebut kurang berminat untuk menguasai kemahiran dengan sempurna dan akhirnya mereka gagal melengkapkan perkataan dengan baik. Saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk muridmurid saya . 2. FOKUS KAJIAN Murid pemulihan memang sangat bermasalah dalam mengenal perkataan-perkataan tertentu. Saya akan fokuskan kajian kali ini terhadap masalah mengeja,menyebut dan melengkapkan perkataankvkv. Antaranya murid tidak dapat mengecam bunyi suku kata dan menyebut perkataan tersebut

dengan tepat, mereka juga tidak boleh mengingat bunyi suku kata awalan dan akhiran. Akibat daripada itu, mereka juga tidak boleh melengkapkan perkataan tersebut dengan baik. Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan perisian powerpoint mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv , saya berharap dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran tersebut dan menambahkan keyakinan serta meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka. 3. OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut : i. ii. Objektif umum Mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja , menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv Objektif Khusus Objektif khusus kajian ini adalah agar Murid dapat menyanyikan lagu sukukata kv supaya mereka dapat menyebut sukukata dengan betul. murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv Meningkatkan kebolehan murid menggunakan perisian powerpoint dalam menguasai kemahiran melengkapkan perkataan kvkv. Guru dapat menguji keberkesanan perisian powerpoint yang dibina untuk meningkatkan kemahiran murid pemulihan khas dalam mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataankvkv 4. KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 2 orang murid pemulihan Khas Tahun 2 , SK Tenggaroh Selatan. 5. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN 5.1. Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti berikut.

Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan didapati murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih banyak mendiamkan diri dan tidak mahu mengeja sukukata dan perkataan dengan betul. Murid juga tidak dapat melengkapkan perkataan dengan sempurna Ujian pra ( Tarikh laksana : 27 Mac 2010 ) Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan penguasaan murid terhadap kemahiran yang akan diuji. Ujian ini mengandungi 24 perkataan kvkv bergambar yang perlu dilengkapkan oleh murid . Murid yang tidak dapat melengkapkan kurang daripada 15 perkataan adalah terlibat dalam kajian ini. Perkataan yang diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,lor i,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa ) Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan murid berdasarkan gambar. KEPUTUSAN UJIAN PRA. Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 1 diatas, didapati kedua-dua murid tidak dapat melepasi sasaran markah yang ditetapkan untuk ujian melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Oleh yang demikian, saya telah membina bahan-bahan latihan secara interaktif dalam bentuk powerpoint bagi mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv bagi membolehkan murid menguasai kemahiran yang dikehendaki dengan lebih baik. Perlaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah Kaedah IT Bestari Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid melengkapkan perkataan kvkv ini, saya telah menggunakan Kaedah IT Bestari iaitu murid murid menggunakan bahan latihan powerpoint yang telah saya bina khas untuk muridmurid pemulihan yang terlibat. Aktiviti yang dijalankan Empat aktiviti yang dijalankan iaitu Nyanyi lagu sukukata dan perkataan Eja dan sebut perkataan Latihan interaktif sukukata perkataan kvkv Latihan melengkapkan perkataan interaktif. Aktiviti 1 : Nyanyian lagu suku kata dan perkataan.

a) b) c) d)

Tarikh : 30 Mac 2010 hingga 3 April 2010 Cara pelaksanaan Guru memaparkan senikata lagu . Murid mengeja sukukata pada lagu tersebut. Mendengar lagu suku kata yang dinyanyikan oleh guru. Murid menyanyikan secara individu dan berkumpulan Murid menyanyikan lagu sukukata dengan dengan iringan muzik Guru menambahkan pada senikata lagu dengan perkataan berdasarkan lagu suku kata yang diberi. Untuk pengukuhan guru menukar perkataan lain untuk menyanyikan lagu tersebut.

Aktiviti 1 CONTOH LAGU SUKUKATA

ba be bi bi be bu bo bo

ba ba be be bi bi bi bi be be bu bu bo bo bo bo

ba be be be be bu bu bu

Tambahkan perkataan dibelakang bersama gambar ba ba ba ju

be be be si bi bi bi ru bi bi bi ri

be bu bo bo

be bu

be bu

be bu

be ca bu ku

bo la bo la

pengukuhan : Guru menggunakan sukukata dan perkataan lain Refleksi dari aktiviti 1
Daripada aktiviti yang dijalankan didapati murid sangat seronok menyanyikan lagu sukukata dan perkataan, ini sedikit sebanyak dapat menarik minat mereka untuk menyebut sukukata dan perkataan. Mereka juga dapat mengingat sukukata dan perkataan yang disebut. Penggunaan gambar perkataan dihujung lagu juga sedikit sebanyak dapat membantu murid mengingat perkataan kvkv yang digunakan. Pengukuhan dengan perkataan kvkv lain beserta dengan gambar dapat menambahkan lagi perkataan yang boleh diingati murid. Aktiviti 2 : Mengeja dan menyebut perkataan Tarikh : 14 April hingga 17 April 2010 Cara Pelaksanaan: Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk mengeja dan membunyikan sukukata serta menyebut perkataan kvkv yang disediakan. Murid diminta klik pada sukukata dan perkataan, suara mengeja dan menyebut sukuta akan kedengaran dan murid perlu mengikuti suara sukukata dan perkataan tersebut

Contoh slaid yang digunakan : Slid tak dapat dimasukkan Refleksi dari aktiviti 2

Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv dengan mudah kerana dibantu bahan powerpoint yang telah saya sediakan. Pada sukukata dan perkataan dalam slaid itu telah ditambahkan suara menyebabkan murid mudah untuk mengikuti suara sukukata dan perkataan. Murid dapat menggunakannya berulang-ulang, ini membolehkan murid mengeja dan menyebut dengan betul Aktiviti 3 : Latihan interaktif mengisi sukat awal dan akhir, padan perkataan, isi huruf tertinggal menggunakan bahan powerpoint yang dibina guru Cara Pelaksanaan:

Murid menggunakan bahan latihan interaktif powerpoint padan perkataan, mengisi sukukata awal dan akhir ,mengisi huruf tertinggal perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Gambar tidak dapat disertakan

Refleksi dari aktiviti 3 Aktiviti 3 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat murid untuk terus menggunakan latihan powerpoint yang disediakan. Ini kerana murid dapat menjalankan aktiviti yang pelbagai iaitu mengisi sukukata awal dan akhir perkataan, padan perkataan dan mengisi huruf tertinggal perkataan . Cara ini sedikit sebanyak membolehkan murid menguasai kemahiran menggunakan komputer dan dengan menggunakan hyperlink dalam powerpoint ini semakin menarik minat untuk murid terus belajar. Saya juga sangat teruja dengan perubahan sikap murid yang telah berminat untuk mengulangi latihan-latihan yang telah saya sediakan itu. Aktiviti 4 : Penggunaan bahan latihan Powerpoint melengkapkan perkataan kvkv dengan betul. Tarikh : 4 Mei hinga 8 Mei 2010 Cara Pelaksanaan: Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Murid melengkapkan perkataan kvkv secara rawak melalui nombor soalan yang diberi.

Gambar tidak dapat disediakan Refleksi dari aktiviti 4 Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid telah dapat melengkapkan perkataan berdasarkan gambar dengan baik. Kaedah pengulangan melengkapkan perkataan ini,sangat membantu mereka melengkapkan sebarang perkataan kvkv. Disamping itu mereka juga dapat mempelajari bagaimana menggunakan bahan latihan perpandukan komputer dan mereka dapat belajar menggunakan papan kekunci dan tetikus yang ada pada komputer. Ini sedikit sebanyak membolehkan mereka bukan sahaja celik huruf, malahan juga celik IT.

UJIAN POS 1. Ujian pos ( Tarikh laksana : 25 Mei 2010 ) Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk Mengesan sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan dapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra mengandungi melengkapkan 24 perkataan kvkv yang diberikan. Murid yang tidak dapat membaca dan melengkapkan kurang daripada 20 perkataan adalah gagal dalam kajian ini. Perkataan yang diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,lo ri,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )

Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan perkataan murid berdasarkan gambar.
Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 2 diatas. Keputusan menunjukkan murid telah berjaya melengkapkan perkataan kvkv dan melepasi had yang ditetapkan

Penilaian dan refleksi Berdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya dapati bahawa Program IT Bestari yang saya bina menggunakan program perisian powerpoint khusus untuk murid pemulihan ini merupakan salah satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv. Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan perkembangan murid pemulihan dalam mengenal perkataan kvkv dengan mudah. Mereka telah dapat melengkapkan perkataan kvkv dengan baik berdasarkan gambar ataupun secara lisan. Atas kesedaran ini , saya amat yakin dan ingin meneruskan membina bahan-bahan seperti ini untuk kemahiran-kemahiran asas mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan yang lain pula. Saya juga amat berharap agar sentiasa mendapat sokongan daripada pihak sekolah serta rakan-rakan sama ada daripada sumbangan idea dan juga kewangan bagi membolehkan saya membina banyak lagi bahan-bahan seperti ini. 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya. Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya iaitu IT Bestari untuk kemahiran asas mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkvk. Saya akan cuba menambahkan lagi aktiviti interatif menggunakan aplikasi powerpoint yang telah saya pelajari sebaik mungkin....Insyaallah..

BIBLIOGRAFI
Buku panduan, Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (masalah penguasaan 3M) (1998) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran ,Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2, Perkataan, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Jurnal Kajian Tindakan , Sekolah - sekolah Negeri Johor Jilid 2/2009 OthmanPuteh,Talib Abdullah, L. Shirley, Kamus bergambar generasi baharu KBSR, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Pengolahan Persembahan, Microsoft Powerpoint

2007,http://www.webmediacenter.com

KAEDAH PENDIDIKAN ISLAM 11 - Pengajaran Aqidah (Kaedah Soal Jawab)


Dalam pos yang lalu saya telah memuatnaik kaedah perbincangan untuk pengajaran aqidah. Guru boleh menggunakan teknik pembelajaran koperatif (yang telah saya kemukakan sebahagiannya) untuk melaksanakan perbincangan dalam kumpulan kecil dengan guru menjadi pembimbing yang akan memantau perjalanan aktiviti perbincangan. Selanjutnya saya kemukakan kaedah soaljawab, juga untuk mengajar aqidah Islam. Kaedah Soaljawab Kaedah soaljawab dapat merangsang murid untuk berfikir ke tahap pemikiran tinggi (Higher Order Thinking) melibatkan tahap analisis, sintesis dan penilaian menurut domain kognitif Taksonomi Bloom. Ia dapat dilakukan sekiranya guru telah menguasai kemahiran penyoalan Sokratik. Murid akan cuba mengenalpasti maklumat yang belum diketahui atau menyusun maklumat sedia ada untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Kaedah ini melibatkan intyeraksi dua hala guru - murid. Ciri-ciri 1. Melibatkan pemikiran aras tinggi 2. Merangkumi enam aras domain kognitif Taksonomi Bloom serta tujuh (7) lingkaran soalan 3. Menggalakkan daya fikir pada aras tinggi dan pembelajaran berfikrah Langkah-langkah 1. Semua soalan hendaklah dirancang terlebih dahulu dan dipastikan sesuai dengan tahap kebolehan murid untuk berfikir 2. Gunakan istilah yang boleh difahami oleh murid 3. Kemukakan soalan untuk seluruh kelas sebelum menentukan murid yang akan menjawab 4. Berikan masa untuk murid memikirkan jawapannya. 5. Sebaran soalan perlu menyeluruh dan tidak ditumpukan hanya kepada beberapa murid tertentu untuk menjawabnya. 6. Pastikan soalan yang dikemukakan adalah jelas, ringkas dan tepat.

http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2011/07/kaedah-pendidikan-islam-11pengajaran.html

KAEDAH -Pengajaran Aqidah: Inkuiri


Lazimnya kaedah inkuri digunakan oleh guru sains untuk mata pelajaran sains sama ada di dalam atau di luar makmal. Namun begitu, kaedah ini juga boleh digunakan untuk pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Melalui proses inkuiri dalam mata pelajaran sains, murid sering dipaksakan untuk menerima skema jawapan yang sedia ada pada guru melalui eksperimen yang dilakukan oleh guru berkenaan (atau berdasarkan fakta dalam buku teks). Mengapa saya kata begini? Sesetengah inkuiri sebenarnya boleh dilakukan dengan tidak melalui eksperimen. Seringkali pemerhatian dan penemuan murid tentang sesuatu fenomena, maklumat atau jawapan yang diperolehi tidak sama atau sepadan dengan jawapan guru sedangkan mereka telah benar-benar melalui proses inkuiri penemuan dalam

dunia sebenar mereka. (Perlu diingat bahawa fakta sains sering berubah dengan penemuan-penemuan dan bukti baru tentang sesuatu fenomena). Perbezaan yang sedikit telah diputuskan sebagai salah oleh guru berkenaan. Ini bermakna pengetahuan sains selalu datang dan diperakui daripada satu pandangan (one point of view). Sekiranya guru berpegang kepada inkuiri sebagai satu falsafah, guru akan menghargai pelbagai perspektif yang dibangkitkan oleh murid dalam soalan mereka. Katakanlah guru akan mengajar tajuk Allah Wujud. Langkah Pertama: Guru boleh memaklumkan kepada murid tentang topik yang akan dipelajari dan aktiviti yang akan mereka lakukan serta memberitahu mereka implikasi menarik yang akan mereka perolehi dalam pelajaran ini. Langkah Kedua: Membina hipotesis (dalam konteks ini, hipotesis tidak digunakan tetapi persoalan kajian) yang perlu dibina oleh murid (dengan bimbingan guru: pelbagai perspektif persoalan akan diperolehi daripada murid). Guru perlu menjelaskan bahawa persoalan yang ditimbulkan bertujuan untuk mengetahui, memahami, mencari bukti atau tanda-tanda kewujudan Allah dengan berpandukan pandangan (bukan teori) individu yang boleh dipercayai serta signifikan (menggunakan kaedah pengumpulan data yang sah dan boleh dipercayai). Antara persoalan yang mungkin timbul adalah: Siapa Allah? Betulkah Allah wujud? Apakah bukti penulisan menunjukkan Allah wujud? Adakah bukti atau tanda pada alam yang menunjukkan tentang kewujudan Allah? Bolehkah fenbomena alam diterima sebagai bukti kewujudan Allah? Bagaimana kewujudan manusia boleh menjadi bukti kewujudan Allah? Apakah pengalaman yang pernah dilalui oleh mereka yang mempercayai tentang kewujudan Allah? dan banyak lagi.... Langkah Ketiga: Setelah murid mempunyai gambaran yang jelas tentang tujuan proses inkuiri, mereka perlu mempunyai idea bagaimana mencari jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan. Perbincangan tentang beberapa persoalan akan membantu murid untuk mendapatkan apa yang perlu mereka lakukan. Contohnya, pembacaan, kolaborasi, perbincangan dan sebagainya dengan rakan dan orang yang lebih mengetahui (More Knowledgeable Others atau MKO) Langkah keempat: Setelah mengetahui apa yang perlu dilakukan, murid akan menyenaraikan perkara atau bahan yang diperlukan. Contohnya senarai soalan (termasuk soalan berkaitan pengalaman yang pernah dilalui), kitab suci Al Quran, kitab-kitab hasil penulisan ulamak yang boleh dipercayai dan sebagainya. Sebaiknya guru menyediakan atau menyenaraikan bahan-bahan bacaan berkaitan (sah dan boleh dipercayai) terlebih dahulu. Langkah kelima: Murid akan mengumpulkan data dan membuat analisis penemuan mereka. Langkah keenam: Murid membuat perbandingan penemuan atau interpretasi maklumat dengan rakan lain dan membuat rumusan dengan panduan dan bimbingan guru. (Nota: Guru perlu berhati-hati dengan pelbagai perspektif murid dan memastikan benar-benar mampu untuk memberikan hujah kepada murid).

Susahkah membuat refleksi pengajaran untuk Kajian Tindakan?


Setelah menyemak beberapa proposal Kajian Tindakan yang dibuat oleh beberapa orang pelajar (dan isu yang sama dibangkitkan juga oleh rakan pensyarah yang lain), saya rasa terpanggil untuk menulis mengenai refleksi pengajaran yang dijadikan refleksi awal sebelum sesuatu perancangan tindakan dibuat. Saya sangat mengharapkan agar pelajar-pelajar telah cukup matang untuk meneroka maklumat secara sendiri (self access) melalui Internet tentang refleksi kritikal dalam kajian tindakan. Memang sukar untuk menukar budaya mengajar kepada budaya belajar sambil mengajar - satu peralihan peranan guru kepada learner, kepada pelatih saya. Saya akui, kebanyakan guru Pendidikan Islam adalah orang Melayu yang kurang menguasai Bahasa Inggeris. Ia tidak sama dengan orang Melayu yang mengajar mata pelajaran lain seperti Sains. Bahasa Inggeris, telah menjadi kekangan dan telah membentuk skema pemikiran yang sangat sukar untuk diubah. Seandainya saya memberikan contoh yang lengkap pula, saya akan dapati berlaku reproduction atau klon kepada apa yang saya berikan. Melalui tulisan ini, saya harap dapat membantu proses pemahaman pelatih saya..... (untuk makluman, bukan semua pelatih tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik) Katakanlah anda telah memulakannya dengan...... Saya mengajar murid-murid tahun empat mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Ini merupakan tahun ke 7 saya mengajar mata pelajaran yang sama ........ dan seterusnya. Dan katakanlah ...... Anda telah mengajarkan tajuk tayammum kepada ......Semasa mengajar anda telah menggunakan kaedah penerangan tanpa menggunakan bahan bantu. Semasa mengajar, anda dapati beberapa orang murid terpinga-pinga setelah anda membuat penjelasan. Persoalannya, apakah yang telah anda lakukan sejurus melihat keadaan demikian? Anda pun mengulangi penerangan. Kali ini anda telah meminta murid merujuk siri gambar bertayammum yang terdapat dalam buku teks. Refleksi dalam tindakan anda akan menjadi....... Setelah mendapati beberapa orang murid masih kelihatan keliru, saya telah meminta mereka merujuk siri gambar bertayammum yang terdapat dalam buku teks. Sambil mereka merujuk gambar-gambar tersebut, saya mengulangi penerangan saya tentang langkah-langkah bertayammum. Andaian saya ialah dengan pengulangan penerangan dan disertakan dengan penggunaan bahan visual, murid akan lebih mudah memahami tentang langkah-langkah bertayammum. Saya teringat kata-kata Konfiusus yang terjemahannya berbunyi "Apa yang saya dengar, saya akan lupa. Apa yang saya lihat, saya akan ingat". Justeru itu, saya telah cuba menggunakan gambar....... Menurut Dale (1969) menerusi kajiannya, seorang murid akan mengingat sebanyak 80% daripada apa yang dipelajari melalui penerangan lisan dan visual berbanding dengan hanya 25% ingatan melalui penerangan semata-mata, selepas tiga jam belajar .... dan seterusnya

Reflection-in-action This is the kind of reflection that occurs whilst a problem is being addressed, in what Schon calls the action-present. It is a response to a surprise where the expected outcome is outside of our knowing-in-action. The reflective process is at least to some degree

conscious, but may not be verbalised. Reflection-in-action is about challenging our assumptions (because knowing-in-action forms the basis of assumption). It is about thinking again, in a new way, about a problem we have encountered.

Refleksi atas tindakan anda pula akan menjadi ........ Setelah memberi penerangan sambil meminta murid merujuk gambar-gambar dalam buku teks, saya dapati murid-murid yang kelihatan keliru pada mulanya seperti telah memahami tentang tayammum. Ini hanya jangkaan saya. Adakah tindakan saya menggunakan buku teks itu betul dan berkesan? Meskipun mereka kelihatan seperti faham, saya tidak dapat mengukur kefahaman mereka kerana saya telah tidak menjalankan penilaian formatif untuk mengesan kefahaman murid tentang tajuk yang diajarkan. Kamus dalam talian Wikipedia (2012) yang dipetik daripada en.wikipedia.org, menjelaskan penilaian formatif sebagai prosedur penilaian secara formal dan bukan formal yang digunakan oleh guru semasa berlaku proses pembelajaran dengan tujuan untuk memodifikasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menambahbaik pencapaian murid..... dan seterusnya. Satu perkara lagi, apabila saya mengulangi penerangan, bermakna saya telah menggunakan waktu yang seharusnya diperuntukkan untuk aktiviti lain. Apakah tindakan saya itu betul? ..... dan seterusnya.

Reflection-on-action This is reflection after the event. Consciously undertaken, and often documented.

Refleksi untuk tindakan......

Pada pandangan saya, pengurusan masa saya akan jadi lebih baik sekiranya saya hanya membuat penerangan sekali sahaja dengan disertakan penggunaan bahan bantu. Saya telah menggunakan gambar dalam buku teks dan saya dapati ada murid yang tidak memberikan perhatian sepenuhnya. Mungkin demonstrasi dapat diintegrasikan dengan penerangan. Pada pandangan saya, adalah lebih baik sekiranya saya melakukan aktiviti amali guru dan murid secara serentak beserta penerangan dan diikuti oleh demonstrasi rakan sebaya melalui aktiviti pembelajaran koperatif. .... dan seterusnya.
Ada sesetengah orang sangat ingin usahanya dihargai melalui pemberian nama kepada aktiviti inovatif yang dikemukakan. Ia tidak menjadi kesalahan kerana menurut McNiff (2002), antara tujuan Kajian Tindakan ialah untuk meraikan kejayaan diri sendiri dan bukan pula merupakan isu yang sangat penting sehingga setiap pengkaji mesti melakukannya. Dalam Kajian Tindakan, matlamat utama guru ialah penambahbaikan amalan bekerja, ilmu pengetahuan dan situasi tempat pembelajaran berlaku. Katakanlah anda ingin meraikan dan menghargai usaha anda, maka saya beri contoh dengan menamakan usaha ini. Dalam kes ini saya namakan kaedah ini sebagai kaedah SEDEMO yang merujuk kepada gabungan SErentak dan DEMOnstrasi - iaitu kaedah yang saya hasilkan melalui inovasi pendidkan (kononnya). Maka dalam kertas cadangan kajian tindakan, saya akan menjelasakan bagaimana SEDEMO akan dilaksanakan, kerelevanannya, kepentingannya, kemudahtadbirannya dan sebagainya.

Menyatakan nilai pendidikan yang ingin di realisasikan... Jack Whitehead dan McNiff (2002) sangat menekankan aspek ini dalam Kajian Tindakan yang mereka kaitkan dengan apa yang mereka namakan sebagai Living Educational Theory. Untuk nilai pendidikan yang ingin direalisasikan, saya akan menuliskan begini ...... Saya sebenarnya percaya bahawa setiap murid, seharusnya diberi peluang yang sama dan adil untuk mengalami pembelajaran secara aktif untuk membolehkan mereka menguasai pembelajaran. Nilai ini telah saya cuba realisasikan tetapi saya telah tersilap dalam mentafsir pembelajaran aktif. Apa yang saya lakukan ialah pengajaran aktif yang lebih berorientasikan guru dan bukan pembelajaran aktif dalam ertikata 'tumpuan murid'. Ini bermakna nilai pendidikan yang menjadi pegangan saya itu telah tidak diimplementasikan dengan betul. Ketika saya mengajar itu, sebenarnya murid tidak aktif tetapi pasif sebagai pendengar. Untuk menjadikan murid lebih aktif, saya perlu melibatkan penggunaan bahan bantu dan kaedah demonstrasi. Andainya saya sendiri yang melakukan demonstrasi bererti murid masih pasif. Bonwell dan Eison (1991) mencadangkan agar murid-murid terlibat dalam pembelajaran secara aktif untuk membolehkan mereka menguasai pelajaran. Oleh itu saya bercadang untuk melibatkan murid secara aktif.Saya akan cuba untuk mengaplikasikan kaedah pembelajaran koperatif melibatkan aktiviti demonstrasi rakan sebaya. Kagan (1994) ..... dan seterusnya.

Pembelajaran Abad 21: Pembelajaran berasaskan inkuiri


(Bahan ini telah dibentangkan kepada guru-guru SM Tahfiz Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Hotel Klana, Port Dickson)

Teknik inkuiri bukan merupakan satu teknik baru yang dikenali dalam abad 21 ini. Ia merupakan satu teknik, atau mungkin juga kaedah, yang telah lama diguna pakai. Bezanya dengan zaman Dewey dahulu ialah kaedah ini pada masa kini adalah lebih berstruktur, setelah berlaku proses penambahbaikan yang dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan. Sejak zaman Socrates lagi, soalan telah digunakan untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan jawapan. Sebab itu dikatakan, ilmu sebenarnya bermula daripada soalan yang timbul dalam pemikiran individu. Ironisnya, guru sekarang agak kurang menggunakan soalan atau melatih murid bagaimana menjana pelbagai bentuk soalan. Guru memang banyak menyoal tetapi soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan-soalan yang telah ada jawapannya dalam buku teks. Bagi murid, proses inkuiri mendalam tidak berlaku. Malah murid juga tidak pandai untuk menjana soalan-soalan yang membolehkan mereka berfikir pada tahap tinggi. Guru hanya menggunakan Taksonomi Bloom untuk membina soalan yang telah ada jawapannya. Keupayaan untuk think beyond kurang mendapat perhatian walhal ilmu yang kita perolehi pada hari ini, empat tahun kehadapan, akan menjadi kolot, kuno atau ketinggalan. Oleh itu, untuk menghadapi abad 21 ini, kaedah inkuiri perlu melibatkan daya pemikiran pada aras atau tahap tinggi hingga membolehkan murid memikirkan beyond. Bertanyakan soalan merupakan jantung

pembelajaran berasaskan inkuiri. Matlamat guru bukan sesuka hati bertanyakan apa juga jenis soalan tetapi soalan-soalan yang secara jujurnya amat diperlukan jawapannya oleh murid, untuk mereka menghadapi dunia mereka pada ketika itu dan kemungkinan untuk masa hadapan yang terdekat. Peranan guru ialah membimbing murid untuk mendapatkan jawapannya dan menggalakkan mereka bertanyakan soalan-soalan baru. Elakkan daripada menyalahkan murid yang bertanyakan soalan dengan kenyataan seperti banyak songe atau mengada-ngada. Komen seperti itu biasanya diberikan oleh orang yang tidak tahu jawapannya. Lazimnya, proses inkuiri dilakukan dalam makmal khususnya untuk mata pelajaran sains. Scientiific inquiries bukan dihalatujukan hanya untuk mata pelajaran sains tulen. Ia juga melibatkan sains sosial.Ia juga boleh digunakan untuk bidang-bidang lain. Plato dan Socrates telah bertanyakan soalan-soalan yang lebih jauh daripada sains tulen dan sains sosial. Mereka melanjutkan hingga ke bidang falsafah. Ahli konstruktivisme (juga para penyelidik interpretivists) bertanyakan soalan untuk mendapatkan makna sesuatu itu kepada dirinya dan masyarakatnya.

Prinsip utama pembelajaran berasaskan inkuiri.


Pendokong mazhab konstruktivisme menegaskan bahawa terdapat pelbagai cara menggunakan soalansoalan inkuiri untuk membina makna berbanding pengumpulan longgokan isi kandungan. Oleh itu, kemahiran belajar (belajar cara belajar) sangat ditekankan. Perlu diingat bahawa bukan semua pendokong konstruktivisme merupakan pengamal pembelajaran berasaskan inkuiri dan pembelajaran berasaskan inkuiri bukan semuanya konstruktivism. Namun begitu, falsafahnya tetap sama.

Proses pembelajaran berasaskan inkuiri.

Seni menyoal.

Soalan bagaimanakah yang dikatakan baik untuk projek berasaskan inkuiri? Pertama sekali mestilah soalan yang benar-benar murid inginkan jawapannya dan bermakna untuk kehidupan mereka pada ketika itu dan untuk masa hadapan yang terdekat. Soalan yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:

Soalan-soalan tersebut mestilah boleh dijawab. Memang terdapat soalan-soalan yang agak sukar untuk dijawab kecuali oleh orang yang bertanya itu sendiri. Oleh itu, elakkan daripada soalan-soalan yang terlalu abstrak atau kompleks. Pilihlah soalan yang setara dengan keupayaan murid. Jawapan kepada soalan seharusnya merupakan fakta yang tidak terlalu kompleks atau abstrak. Apakah solat yang telah difardukan kepada orang Islam? Soalan ini terlalu mudah untuk proses inkuiri. Apakah syarat wajib solat? Soalan ini juga agak direct. Bagaimana kalau ditukarkan kepada Apakah perkaraperkara yang mewajibkan seseorang Islam menunaikan solat? Bagaimana kalau murid jawab hidup? Jawapan ini tidak ada dalam buku tetapi jawapan ini bermakna. Orang mati tidak diwajibkan mendirikan solat tetapi disolatkan oleh orang yang hidup. Jawapannya tidak seharusnya telah diketahui. Apakah yang dimaksudkan dengan arak? Soalan ini straight forward. Bagaimana dengan Apakah ciri-ciri mkinuman yang boleh dikategorikan sebagai arak?" Soalan kedua lebih bercirikan inkuiri. Soalan mestilah berasaskan kepada jawapan yang objektif. "Mengapa warna langit biru?" boleh dicari jawapannya melalui penyelidikan. Mengapa Tuhan (Allah) menciptakan langit berwarna biru? Soalan kedua ini bermakna, sah, merupakan soalan benar tetapi kurang sesuai untuk projek berasaskan inkuiri. Tetapi seandainya ditanyakan Apakah pandangan ulamak tentang mengapa Allah menciptakan langit berwarna biru?. Soalan ini lebih sesuai untuk projek inkuiri. Soalan-soalan yang melibatkan pertimbangan nilai tidak boleh digunakan untuk tujuan inkuiri. Contohnya, Azan telah dilaungkan. Mengapa masih ada orang yang tidak terus pergi ke masjid untuk menunaikan solat? Soalan begini mempunyai banyak kemungkinan jawapan bergantung kepada pertimbangan nilai individu. Umumnya kita boleh menjawab Sepatutnya mereka pergi tunaikan solat tetapi realitinya tidak semua akan bersegera ke masjid. Elakkan daripada menimbulkan kekeliruan murid. Soalannya tidak terlalu personal. "Mengapa anda sukakan kucing? akan membuatkan murid berfikir tentang pertimbangan dirinya. Adalah lebih baik meminta murid fokuskan eksperimen mereka tentang Mengapakan kucing digolongkan dalam kumpulan haiwan mamalia? Adakah anda sayangkan ibu anda? Soalan ini baik tetapi bersifat personal. Apakah faktor-faktor mengapa seorang ibu perlu disayangi? adalah lebih relevan untuk tujuan inkuiri.

Model inkuiri - penemuan Murid-murid sekolah memang mempunyai banyak persoalan tentang kehidupan di dunia dan akhirat, penciptaan alam serta tentang aspek kepercayaan dan ketuhanan. Siapakah yang telah mencipta dan mengatur alam? Benarkah ada kehidupan selepas kematian? Mengapa perlu solat dan berpuasa? Betulkah ada balasan untuk berbuat baik (pahala dan syurga) dan berbuat jahat (dosa dan neraka)? Mengapa saya dilahirkan ke dunia? Mengapa manusia suka berkelahi dan berbunuhan? Mengapa perlu ada kepercayaan beragama? Mengapa agama berbezabeza? Adakah fenomena alam terjadi atas kehendak dan kuasa Tuhan (Allah)? Apakah pengertian Tuhan sebenarnya? Pengajaran berorientasikan inkuiri-penemuan dapatmerangsang rasa ingin tahu murid-murid dan dapat membantu mereka memahami dengan lebih mendalam tentang pengertian kehidupan, kematian dan ketuhanan melalui inkuiri, penyelidikan dan perbincangan. Rasa ingin tahu ini seterusnya mendorong murid untuk membuat penyelidikan dan penerokaan maklumat untuk mendapatkan jawapan dan mendapatkan penerangan yang jelas tentang satu-satu isu, keadaan dan fenomena. Ketika melaksanakan model inkuiri-penemuan ini, perlu diingat bahawa saranan yang dikemukakan dalam penulisan ini bukanlah satu proses linear yang mesti diikuti tetapi lebih merupakan susunan sebahagian aspek-aspek penting inkuiri (bukan sekuential) agar sesiapa sahaja yang ingin menggunakannya tidak terikat dengan hanya satu bentuk aktiviti inkuiri. Perlu diingat bahawa inkuiri sering menimbulkan idea, hasil, persoalan, pandangan serta mungkin teori yang baru tentang sesuatu fenomena dan ia perlu dikongsikan, walaupun tidak mengenai semua perkara yang ditemui. Perkara-perkara asas yang perlu ada apabila guru cuba melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri-penemuan ini adalah seperti berikut: Formulasi masalah: Mengenalpasti masalah dalam situasi sebenar serta mengenalpasti keperluan- keperluan manusia Mengenalpasti masalah sebagai lanjutan kepada masalah sedia ada Membina model fenomena Menentukan pembolehubah, kategori dan hubungan antara kategori Menganalisis satu model / contoh secara kritikal serta menilai kesan dan akibatnya Pemerhatian (observe): Perhatikan fenomena / masalah / isu dalam dunia sebenar Menjelaskan fenomena / masalah / isu

Penyiasatan (investigate): Pilih kaedah yang sesuai untuk membuat penyelidikan: pemerhatian, temubual, soal selidik, eksperimen, kajian literatur, pengumpulan data yang ada, analisis matematikal dan sebagainya. Pilih alat-alat pengukuran dan individu / kumpulan individu yang dapat menyumbangkan maklumat serta pandangan Dapatkan sampel serta prosedur kawalan (untuk kendalikan pembolehubah) Mengaplikasi prosedur pengukuran

Mengumpul dan merekodkan data Menganalisis: Meneroka dan menjelaskan data Menganalisis data Mengaitkan model / contoh dengan data sebenar Menginterpretasi hubungan antara data-data Menyemak semula model / contoh berdasarkan kepada bukti-bukti yang baru Membuat kesimpulan Refleksi: Menyemak semula proses dan dapatan inkuiri-penemuan Bertanyakan soalan-soalan baru yang timbul Menyampaikan / melaporkan dapatan / persoalan: Menjelaskan idea Menyusun hujah-hujah sebagai kesimpulan dengan sokongan data Membuat laporan dapatan inkuiri-penemuan Aplikasi model inkuiri-peneuan dalam pengajaran dan pembejaran Pendidikan Islam: Adab perhubungan sesama manusia
Langkah-langkah Pelajaran Pendahuluan dan doa Set Induksi Pengalaman dalam hubungan sosial Guru menayangkan gambar-gambar mangsa peperangan situasi sebenar (pelarian, pesakit, kemelaratan hidup dsb). Guru meminta murid berkongsi pengalaman dan perasaan mereka tentang menyakiti dan disakiti, menyenangkan dan disenangi, membantu dan dibantu dalam situasi sebenar. Guru mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid dan tajuk pelajaran. Kemahiran: mengingat dan menyorot kembali (recall dan review). Isi Pelajaran Aktiviti Pelajaran Catatan

Mengenalpasti masalah dan mengemukakan persoalan

Guru mengemukakan soalan yang menjadi masalah untuk dikaji. Contoh: Mengapakan sesetengah sangat disukai dan disenangi oleh ahli keluarga, rakan dan orang

Kemahiran berfikir.

Penggunaan soalan sokratik. Aplikasi

lain? Apakah yang menyebabkan mereka disukai, disegani dan dihormati? Apakah perkara-perkara yang boleh menyebabkan orang lain menyukai dan menyenangi kita? Guru meminta murid menyumbangkan persoalan-persoalan lain berkaitan hubungan sesama manusia.

pemikiran aras tinggi (Higher Order Thinking)

Membina hipotesis

Contoh hipotesis:Terdapat
perbezaan darjah kepuasan perhubungan antara individu yang suka menyenangkan orang lain dengan individu yang suka menyakiti orang lain.

Murid berbincang dalam kumpulan pembelajaran koperatif untuk membina hipotesis. Hipotesis dibaiki dengan panduan guru.

Pembelajaran koperatif: Kaedah Round Robin

Penyiasatan

Sikap dan amalan orang yang disukai Sikap dan amalan orang yang dibenci Sebab dan akibat perhubungan yang menyenangkan Sebab dan akibat perhubungan yang menyakitkan.

Murid meneroka maklumat yang diperlukan untuk menjawab soalan di atas melalui perbincangan dan yang diambil daripada buku teks, buku rujukan, carta pelajaran, bahan pelajaran digital, artikel dan Internet.

Guru perlu menyediakan bahan-bahan bantu serta urlberkaitan

Menganalisis

Murid diminta menganalisis data dan maklumat. Seterusnya mereka diminta membuat interpretasi hubungan antara data serta maklumat yang diperolehi dan menghasilkan satu generalisasi. Murid merekodkan dapatan dan pemerhatian menggunakan lembaran kerja yang disediakan. Dapatan murid dikongsikan melalui pembentangan ringkas

Guru menyediakan lembaran latihan untuk setiap murid merekodkan dapatan, pemerhatian dan hasil analisis.

Penutup: Membuat kesimpulan

Murid membuat kesimpulan daripada pemerhatian dan catatan dengan bimbingan guru. Guru memberikan motivasi untuk murid mengamalkan sikap berbuat baik kepada orang lain (ahli keluarga, rakan, guru dan orang lain) agar mendapat berkat dan rahmat Allah.

Nota:Untuk mendapat versi yang lain, sila lihat tulisan saya yang terdahulu berjudul KAEDAH: Pengajaran Akidah Inkuiribertarikh 2 Ogos 2011 dalam blog ini. Sumber Rujukan Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2010) Rancangan Pengajaran Harian. Puchong. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Model inkuiri 5E Model inkuiri 5E diasaskan oleh Bybee (1997) yang menjelaskan tentang lima langkah iaitu Penglibatan (Engagement), Penerokaan (Exploration), Penjelasan (Explanation), Penghuraian (Elaboration) dan Penilaian (Evaluation). Model 5E merupakan satu kitaran yang tidak ada titik penghujung. Selepas tamat fasa penghuraian, murid akan masuk semula ke fasa penglibatan dan seterusnya. Menurut model ini, fasa penilaian bukan merupakan fasa terakhir sebaliknya penilaian berlaku dalam keempat-empat fasa awal. Penglibatan Semasa fasa pertama ini guru akan berada di hadapan kelas. Guru akan mengemukakan masalah yang perlu diselesaikan, menilai murid-muridnya dari perspektif pemahaman terhadap masalah yang dikemukakan dan pengetahuan sedia ada, membantu murid membuat hubungan antara maklumat dan fakta, maklumkan kepada murid arah tuju atau objektif atau hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Tujuan fasa penglibatan: menarik perhatian murid untuk terhadap isu yang dikemukakan.

melakukan penilaian awal terhadap pengetahuan sedia ada murid.

memaklumkan kepada murid tentang objektif khas atau hasil pembelajaran yang ingin dicapai. mengingatkan murid tentang apa yang mereka telah tahu dan apakah yang perlu dilakukan untuk mengoptimakan proses pembelajaran topik yang dikemukakan. mengemukakan masalah kepada murid untuk diterokai dalam fasa seterusnya.

Penilaian fasa penglibatan: Guru perlu mendapatkan maklumat pengetahuan sedia ada murid tentang topik yang ingin disampaikan. Maklumat pengetahuan sedia ada murid ini akan dijadikan kayu ukur untuk melaksanakan fasa seterusnya dengan lebih berkesan. Terdapat perbezaan sekiranyanya murid tiada langsung pengetahuan tentang topik yang ingin disampaikan dengan sekiranya mereka mempunyai sedikit pengetahuan atau sebahagiannya telah menguasai topik berkenaan. Guru boleh menggunakan soalan dan meminta murid untuk menjawab secara lisan atau tulisan dalam edaran prapelajaran. Penerokaan Dalam fasa ini murid menjadi tumpuan utama untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Mereka akanmengumpulkan maklumat dan menyusun data yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Guru perlu memastikan bahawa murid-murid benar-benar dapat mengumpulkan maklumat yang mencukupi. Murid perlu diberikan dorongan agar aktif menyertai aktiviti pembelajaran. Penilaian fasa penerokaan: Dalam fasa ini penilaian perlu berfokus kepada proses pembelajaran iaitu proses murid mengumpulkan data dan maklumat dan bukan pada longgokan maklumat atau data yang diperolehi. Guru boleh mendapatkan jawapan bagi soalan penilaian seperti: Berapa cekap mereka mengumpulkan maklumat dan data?

Adakah murid melakukannya mengikut langkah-langkah yang betul? Bagaimanakah mereka merekodkan data yang diperolehi?

Penjelasan Dalam fasa ini, murid-murid akan menggunakan data yang dikumpul untuk menyelesaikan masalah dan melaporkan proses yang mereka lakukan serta cuba memberikan jawapan kepada masalah yang dikemukakan. Guru boleh membimbing murid dengan mengemukakan beberapa istilah serta konsep baru yang berkaitan. Penilaian fasa penjelasan: Penilaian berfokus kepada proses sejauh mana murid-murid dapat menggunakan maklumat dan data yang dikumpul beserta maklumat sedia ada mereka untuk membina konsep atau idea baru. Guru boleh menyoal murid tentang kosa kata serta konsep baru yang mereka kemukakan. Penghuraian Guru memberikan maklumat baru untuk meluaskan fahaman murid tentang konsep dan idea baru yang telah dibina serta mengaitkan konsep dan idea baru tersebut dengan isu atau masalah, objektif atau hasil pembelajaran. Murid diminta untuk membuat perancangan

penggunaan konsep baru apabila mengendalikan isu atau masalah sebenar dalam kehidupan mereka. Mereka juga akan diminta untuk membuat penilaian terhadap rancangan mereka itu. Penilaian fasa penghuraian: Penilaian berfokus kepada perancangan yang ingin dilaksanakan oleh murid sama ada untuk menggunakannya di dalam kelas atau untuk tujuan memperluaskan isi kandungan pelajaran. Aplikasi Model Konstruktivisme 5E dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Sila lihat contoh yang saya kemukakan di bawah topik Model Rekabentuk Pengajaran yang diposkan dalam blog ini pada 22 Februari 2012.

Model Inkuiri 7E Model kitaran pembelajaran 5E memerlukan pengajaran melibatkan elemen-elemen engage, explore,explain, elaborate, and evaluate. Model 7E mencadangkan elemen engage dipecahkan kepada dua elemen iaitu elicit(penyungkilan) dan engage (penglibatan). Sama juga, model 7E ini mencadangkan agar elemen elaboratedan evaluate diperluaskan menjadi tiga iaitu elaborate, evaluate dan extend. Perubahan ini dibuat dengan tujuan untuk tidak meninggalkan elemen elicit dan extend yang dianggap penting dalam pembelajaran. Nota: Untuk maklumat lanjut sila dapatkan buku Rancangan Pengajaran Harian, tulisan Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, terbitan Multimedia Sdn Bhd.

Bagaimana menggunakan kaedah soaljawab dan perbincangan dalam pembelajaran kooperatif?


Tahukah anda bahawa pengajaran sains (bukan mata pelajaran sains dan bukan konten sains) sama ada sains sosial mahupun sains natural, sering mencari bukti melalui pembelajaran penyelidikan bersifat inkuiri atau eksperimen sehingga lupa kepada sumber mutlak (ultimate) bukti-bukti itu sendiri. Akibatnya memang amat mengecewakan apabila bukti sains yang tidak dikaitkan secara langsung dengan aspek ketuhanan menyebabkan anak-anak hilang keyakinan dengan kekuasaan Tuhan. Contohnya, konten pergerakan plat tektonik di bawah paras laut boleh mengakibatkan gempa bumi, letusan gunung dan tsunami. Tanpa mengaitkan dengan kuasa Allah, murid akan beranggapan bahawa pergerakan bumi (gunung dan plat tektonik) hanya merupakan fenomena alam. Guru pendidikan Islam seharusnya menggunakan bukti kejadian alam (fenomena alam ini) sebagai contoh ketuhanan Allah. Terdapat dalil naqli yang menyatakan bahawa gunung digerakkan oleh Allah (satu kuasa yang dapat dilihat melalui fenomena alam). Pengajaran dapat dilakukan dengan rentasan mata pelajaran serta penggabungjalinan. Ini bermakna, guru Pendidikan Islam perlu mengetahui sedikit sebanyak isi pelajaran sains natural dan sains sosial.Tidak dapat tidak!!!

Telah diketahui bahawa kaedah soaljawab boleh digunakan untuk menggalakkan murid berfikir menggunakan pengetahuan sedia ada yang digabungkan dengan pandangan (penilaian, justifikasi, andaian, inferens, jangkaan dan sebagainya) untuk membolehkan murid melihat sesuatu fenomena secara lebih luas. Penggunaan penyoalan Sokratik pelbagai aras domain kognitif Taksonomi Bloom,

akan dapat meningkatkan daya berfikir murid (pembelajaran berfikrah). Soalan-soalan yang baik (5W1H) akan membuat murid meneroka maklumat baru (melalui perbincangan, perkongsian, pencarian maklumat, berkolaborasi) untuk mendapatkan jawapan terbaik. Penggunaan tujuh lingkaran soalan akan memantapkan lagi pemahaman murid tentang sesuatu tajuk atau konsep yang dipelajari. Pembelajaran kooperatif menyediakan peluang kepada murid untuk berbincang, menyemak dan menilai kefahaman rakan, berkolaborasi dengan orang lain serta melakukan refleksi pembelajaran. Saya memilih teknik Number-Head-Together (pembelajaran kooperatif) sebagai contoh. Murid akan berada dalam kumpulan masing-masing seramai empat orang setiap kumpulan (sebaiknya untuk peringkat rendah, guru menentukan ahli-ahli kumpulan melibatkan pelbagai gaya belajar dan keupayaan). Setiap ahli dalam kumpulan akan ditandai dengan nombor 1 hingga 4. Guru akan mengemukakan soalan kepada kelas (pastikan soalan-soalan telah disediakan terlebih awal dengan turutan yang betul). Contoh soalan untuk tajuk aqidah Allah Maha Kuasa.
Apakah maksud kuasa? Apakah maksud berkuasa? Apakah beza antara kuasa dan berkuasa? Siapakah yang mempunyai kuasa? Apakah perbezaan kuasa manusia dan kuasa Allah? Sejauh manakah manusia dapat menunjukkan kuasanya? Mengapakah kuasa manusia dikatakan bergantung kepada kuasa Allah? Bagaimanakah caranya Allah menunjukkan kuasaNya ke atas manusia dan alam semesta? Berikan contoh kuasa Allah ke atas manusia dan alam semesta. Bilakah manusia dapat menjadi saksi kepada kekuasaan Allah? Mengapakah percaya kepada Allah Maha Berkuasa menjadi penting dalam kehidupan manusia? Apakah kemungkinan akan berlaku sekiranya manusia tidak percaya dengan kekuasaan Allah? Nota: Lebih banyak soalan boleh dikemukakan dan ia bergantung kepada tahap murid.

Guru akan memberikan waktu untuk murid berbincang dalam kumpulan. Kemudian guru akan memanggil nombor secara rawak (antara nombor 1 hingga 4) dan murid dengan nombor yang dipanggil akan menjawab bagi pihak kumpulannya. Untuk menjimatkan masa atau untuk melatih murid meningkatkan kemahiran mendengar, guru boleh mengemukakan dua atau tiga soalan sekaligus (bergantung kepada tahap murid) dan murid yang dipanggil nombornya akan menjawab soalan-soalan yang berlainan walaupun semua murid telah membincangkan soalan yang sama. Guru boleh mengakhiri kelas dengan mengedarkan borang pengurusan grafik banding beza antara kuasa makhluk dan kuasa Allah. Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, murid akan membuat rumusan sendiri tentang Allah Maha Berkuasa.

Anda mungkin juga menyukai