Anda di halaman 1dari 25

Untuk menjadikan penulisan di dalam blog ini bersifat ilmiah, saya kongsi cara untuk menulis bibliografi / senarai

rujukan yang diambil dari web Laman Khas Guru Perpustakaan & Mediasupaya mudah saya mengingati formatnya. Kadang kala saya akan salin dan tampal hasil penulisan milik orang lain di blog ini. Lazimnya saya akan menulis dari mana saya perolehi artikel tersebut untuk menghormati pemilik asal artikel itu. Sumber: http://gpm-pss.net/bahan/nilam-literasimaklumat/BIBLIOGRAFI.ppt BIBLIOGRAFI / SENARAI RUJUKAN

SEKTOR PERKHIDMATAN SUMBER PENDIDIKAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA APA DIA BIBLIOGRAFI?

Satu senarai bahan seperti buku, majalah atau bahan cetak lain yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk mendapatkan maklumat.

Satu senarai bahan dari mana rujukan telah dibuat untuk menulis berkenaan dengan sesuatu perkara.

MENGAPA PERLU BIBLIOGRAFI?

Mengesan sumber dari mana maklumat boleh diperolehi bagi tujuan merujuk mengenai sesuatu perkara.

Mengesan sumber dari mana sesuatu maklumat yang dinyatakan oleh seseorang penulis telah dijumpai.

Menyemak dan mempastikan kebenaran sesuatu maklumat yang dinyatakan oleh seseorang penulis.

Membekalkan sumber kepada pembaca yang bertujuan membuat rujukan lanjutan berkaitan maklumat yang telah dinyatakan oleh penulis.

Apakah bahan yang boleh dijadikan komponen bibliografi? Segala jenis bentuk bahan [buku,artikel dalam majalah/jurnal/akhbar, filem, program komputer dll.] boleh dijadikan sumber bagi menulis bibliografi. CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI 1. Penulisan bibliografi bermula dengan nama pengarang

Nyatakan nama pengarang seperti yang tercatat pada bahan. Jika buku nama seperti yang tercatat pada muka surat judul.

Nyatakan NAMA Penuh pengarang jika Melayu. Jika bukan Melayu,nyatakan NAMA KELUARGA dan diikuti dengan tanda koma dan kemudian singkatan huruf bagi setiap nama berikut pengarang berkenaan. Setiap singkatan nama diakhiri dengan noktah.

Jika DUA pengarang, nyatakan kedua-duanya dan gunakan simbol & di antara keduadua nama. Jangan gunakan perkataan dan.

Jika LEBIH DARI DUA pengarang nyatakan hanya nama pengarang yang muncul terdahulu dalam muka surat judul dan diikuti dengan singkatan et.al. yang bermaksud dan lain-lain

Pangkat pemberian seperti DYMM, Datuk, Dr.. Haji dan Tuan tidak dinyatakan. Namun pangkat nama asal seperti Syed, Tunku, Raja, Nik dan lain-lain perlu di tulis.

Jika tiada pengarang anda boleh memilh: - Penyunting diikuti dengan (penyunting) - Penerbit diikuti dengan (penerbit) - Penyampai diikuti dengan (penyampai) - Judul buku - Judul artikel/kertas kerja - Judul bahan bukan cetak diikuti dengan [jenis media] Mengikut mana yang boleh didapati sebagai ganti tempat pengarang.

2. Nyatakan tahun penerbitan dalam kurungan ( ) atau tanpa kurungan dan diakhiri dengan noktah. 3. Nyatakan JUDUL bahan dengan penuh (jika buku seperti yang tercatat pada muka surat judul), gariskan dan diakhiri dengan tanda noktah. Italik boleh digunakan mengantikan garisan.

JUDUL di sini bermaksud tajuk buku, nama majalah, jurnal atau surat khabar dan BUKAN tajuk sesuatu artikel di dalam bahan berkenaan.

Gunakan huruf besar hanya untuk huruf pertama perkataan pertama judul.

4. Jika sumber merupakan sebuah artikel/kertas kerja di dalam sebuah buku/majalah/jurnal (atau lagu dalam sebuah album) dan terdapat nama pengarang artikel, judul artikel ditulis tanpa digariskan dan diakhiri dengan noktah SEBELUM menulis judul judul bahan. 5. Jika bahan merupakan edisi yang baru, nyatakan edisi dalam kurungan seperti (Edisi ke 2) SETELAH menulis judul bahan

6. Nyatakan tempat terbitan dengan ringkas dan akhiri dengan tanda : (titik bertindih). Kemudian nyatakan nama penerbit dengan ringkas.

Akhir dengan koma jika perlu menulis jilid atau halaman rujukan. Jika tidak, akhiri dengan noktah.

7. Jika bahan merupakan akhbar, majalah atau jurnal, akhiri judul bahan tanda koma dan tuliskan butiran jilid yang diakhiri dengan koma seperti berikut: a)akhbar tarikh dan bulan The Star,29 Mac, b)majalah bulanan bulan Wanita,Julai, c)terbitan berkala jilid (digariskan) Wawasan, 5, jilid (bilangan dlm kurungan) Pendidik, 15 (2) 8. Nyatakan muka surat (halaman) rujukan jika telah merujuk kepada halaman tertentu dalam bahan selepas butiran penerbit atau jilid. Tuliskan dalam bentuk hlm 25 atau hlm 203-206 (boleh ditulis tanpa singkatan hlm) dan akhiri dengan noktah. Jangan mulakan dengan tanda : (contoh :hlm 25) Tanda : hanya digunakan untuk catatan dalam teks) 9. Jarakkan setiap butiran di atas dengan hanya satu ensotan (space). 10. Semua butiran bibliografi perlu ditulis dalam ayat-ayat yang berterusan dan aksara pertama baris itu diensotkan 5 ensotan berbanding baris kedua. 11. Bibliografi disusun mengikut abjad perkataan pertama penulisan bagi setiap bahan yang ada di dalam senarai bahan rujukan. 12. Ringkasan kandungan bahan boleh ditulis dalam dua atau tiga ayat yang ringkas diakhiri bibliografi bagi tujuan mengingatkan penulis atau mengenalkan pembaca tentang jenis serta kandungan bahan yang menjadi rujukan itu. Ia dikenali sebagai ANOTASI. Walau bagaimanapun ANOTASI jarang ditulis dalam bibliografi. FORMAT PENULISAN 1. SATU pengarang. Pengarang (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit. Contoh: Asmah Omar (1986). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. 2. DUA pengarang. Pengarang & Pengarang Bersama (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan. Contoh:

Mok, S. C. & Lee, S. M. (1986). Kurikulum baru sekolah rendah Tahap 1. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia). 3. TIGA pengarang atau lebih. Pengarang Utama et. Al. (tahun terbitan). Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan. Contoh: Nazaruddin Mohd Jali, et. Al (1989). Aktiviti kajian penyelidikan dan penilaian di bawah pinjaman Bank Dunia 1986-1990: Pengurusan kemudahan sekolah termasuk pusat sumber pendidikan bagi sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah ringkasan eksekutif. Kuala Lumpur: Kementerian pendidikan malaysia, hlm 27. 4. Tulisan dalam sebuah bab buku atau artikel dalam sebuah majalah. Nama pengarah (tahun terbitan). Tajuk artikel/ bab. Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit, Jilid (bilangan), halaman rujukan pertama, halaman rujukan kedua. Contoh: Abdullah Bakri (1990). Pusat kegiatan guru dalam konteks difusi dan penerapan teknologi pendidikan. Wawasan. 15 (4), hlm 47-57. 5. Tiada nama pengarang tetapi ada nama penerbit. Nama penerbit. (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit. Contoh:

Malaysia. (1976). Rancangan Malaysia ke tiga 1976-1980. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1982). Report of a study tour to the Netherlands, Great Britain,India and Sri Lanka. Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian Pendidikan, Bahagian penyelidikan dan perancangan pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991a). Laporan status pusat kegiatan guru (PKG).Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991b). Pusat kegiatan guru [risalah maklumat]. Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991c). Pusat kegiatan guru konsep dan pengoperasian. Kertas kerja mesyuarat jawatankuasa perancangan pendidikan. Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.

6. Tiada pengarang tetapi ada PENYUNTING. Nama penyunting (penyunting) (tahun terbitan). Tajuk artikel/bab. Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan. Contoh: Ankrah-Dove, L. (penyunting) (1977). Teacher group and centers in developing countries. London: t.p. 7. Bahan bukan cetak. Judul bahan [jenis media] (tahun terbitan). Tempat terbitan: Penerbit. Contoh: DOS 6.0 [program komputer] (1993). Amerika Syarikat: Microsoft technology. Nama penerbit/pengubah (penerbit/pengubah). Nama pengarah/penulis lirik (pengarah/penulis lirik) (tahun terbitan). Tajuk lagu. Judul album [jenis media]. Tempat terbitan: Penerbit. Contoh: Julie Dahlan (penerbit), Aziz M.Osman (pengarah) (1994). Putera [filem]. Kuala Lumpur: J.D. Productions. 8. Artikel akhbar dengan nama pengarang. Nama penulis (tahun terbitan). Judul artikel. Judul akhbar. Tarikh terbitan. Contoh: Shahrul Azil Mohd Shukor (1994). Melahirkan golongan ulama era permodenan. Berita harian. 11 Mac. 9. Artikel akhbar tanpa nama pengarang. Judul artikel (tahun terbitan). Judul akhbar. Tarikh terbitan. Contoh: Kerajaan tambah 150 lagi pusat kegiatan guru (1992). Berita harian. 22 Oktober. 10. Perkara yang dialami sendiri oleh penulis. Nyatakan dengan seberapa tepat butiran penyampai, majlis dan tempat majlis berlangsung. Contoh: Othman Jantan (penyampai) (1993). Taklimat pengoperasian pusat kegiatan guru kepada pengetua dan guru besar daerah Hulu Selangor di PKG Sg. Choh Rawang Selangor. CONTOH-CONTOH CATATAN DALAM TEKS 1. Berdasarkan NAMA PENGARANG a) Asmah (1986) pula menyatakan persepsi adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental. . b) .. dan pancaindera manusia yang terlibat dalam menyedari, menyaksi dan mentafsir

kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam sekelilingny (Asmah Omar, 1986). c) Dalam konteks ini Abdullah Bakri (1990) ada menyebut: PKG jangka .. (Abdullah Bakri, 1990:48) d) The teachers centre relies on practising teachers defining and initiating their own in-service work (Husen & Postlethewaite, 1985 : 5045 5046). e) Dari segi ruang, Nazaruddin et. Al., (1989) telah membuat perakuan berikut: Diandaikan juga ..bilik mandi dan bilik rehat (Nazaruddin et.al., 1989;27 f) . Seperti yang telah diterjemahkan oleh Zainal Abidin (1990) dari Johansen (1975). g) Kamil (1987) ada menyebut bahawa Thomas (1984) telah mendapati bahawa tidak semua yang ada di PKG aitu berguna untuk guru (Kamil Ahmad, 1987:23).

2. Bahan tanpa nama pengarang

a) Dari itu timbullah keperluan mengadakan satu rangkaian Pusat Sumber Pendidikan yang lengkap dan sistematik di setiap peringkat pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990:5) b) Memandangkan kepentingan PKG, kerajaan akan menambah lagi 150 buah bangunan PKG diseluruh negara (Berita Harian, 22.10.92) c) Sesungguhnya PKG amat penting kepada pembangunan pendidikan di negara Malaysia (Dewan Masyarakat, Mei 1994).

3. Rujukan daripada beberapa bahan yang diterbitkan dalam tahun yang sama oleh orang/badan yang sama. a) PKG menjurus ke arah satu matlamat membudayakan teknologi pembelajaran di kalangan guru-guru (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991a:7). b) Setiap bangunan berharga RM200,000 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991b:1).

PENULISAN BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN


FORMAT BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN CIRI-CIRI KHUSUS PENULISAN ILMIAH Terdapat beberapa ciri khusus dalm penulisan ilmiah yang perlu diberi perhatian: 1. Catatan Pustaka 2. Catatan Kaki dan Catatan Kaki Singkat 3. Petikan Langsung dan Tak Langsung 4. Bibliografi / Rujukan / Daftar Pustaka Salah satu ciri yang menyokong karya penulisan ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam bentuk pernyataan tentang hasil penyelidikan pihak / orang lain yang dipersembahkan dalam bentuk bahan rujukan pustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/ bibliografi. Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan perpustakaan yang berkaitan dengan isu/masalah yang sedang dibincangkan dalam sesuatu penulisan. Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yang digunakan tanpa perlu membaca seluruh penulisan tersebut. Berdasarkan bibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat mengukur mutu perbincangan suatu penlisan, kerana tujuan utama penyediaan bibliografi adalah untuk mengidentitikan karya ilmiah tersebut. Bibliografi / Senarai Rujukan yang dinyatakan dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti: (a) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard) (b) Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA) Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan menggunakan Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard): (i) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk, contohnya: Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang merupakan kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti (ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan tahun perlu dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya:

Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah yang lebih berkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993). (iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, nama kedua-dua pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya: Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji oleh Kralj dan Petrovic (1995). (iv) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih, hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis seperti: Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalam menyediakan jadual waktu untuk universiti. (v) Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh pengarang yang sama dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b, c dan seterusnya perlu digunakan untuk membezakan sumber-sumber tersebut, contohnya: Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir dan Halim, 1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisional Jawa. Bibliografi Menulis bibliografi atau daftar pustaka bermaksud menyenaraikan semua sumber rujukan dan bacaan sama ada yang telah diterbitkan seperti buku, jurnal dan majalah ataupun yang belum terbit seperti kertas kerja, tesis dan disertasi. Biblografi dapat membantu pembaca mengetahui sumber-sumber yang digunakan dalam sesuatu kerja ilmiah. Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam penyusunan bibliografi: 1. Bibliografi tidak diberi nombor 2. Urutan nama penulis mengikut urutan huruf 3. Gelaran penulis tidak dimasukkan 4. Bibliografi diletakkan pada bahagian terakhir tulisan 5. Nama pengarang Melayu, Cina dan India ditulis penuh dalam susunan asal tetapi pengarang Barat, hanya nama keluarga sahaja yang ditulis. Urutan unsur-unsur yang ditulis dalam bibliografi ialah: Nama penulis Tahun penerbitan Judul digaris atau dicetak miring Tempat penerbitan Nama penerbit

Perhatikan contoh-contoh bibliografi di bawah ini. Bibliografi Abdullah Hassan, 1984. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Campbell. W.G., 1976. Form And Style In Thesis Writing. Boston. Houghton Mifflis Company. Mohd. Senu Awang, 1994. Khutbah Jumaat : Satu Analisis Laras. Kuala Lumpur. Penerbitan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nik Safiah karim, et. All. 1993. Tatabahasa Dewan, jilid 1 dan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Soosai Ganesh, 1981. Kamus Ungkapan Lengkap. Kuala Lumpur. Penerbitan Geetha. Tan Ching Kwang, 1985. Malay Proverbs. Kuala Lumpur. Graham Brash. Teo Kok Seong, 1997. Linguistik Antropologi: Satu Pengenalan Teoritis, dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 41 : 3 Mac, hlm. 243-251. Razak A. Majid, 2002. Bahasa untuk Masyarakat Madani, dlm. Berita Harian. September, hlm 12. http://www.dbp.gov.my/ http://www.bharian.com.my http://ww.utusan.com.my/majalah/massa Kamus Kamus Dewan, 1999. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya: (a) Buku Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan. Kuala Lumpur: DBP. (b) Artikel dalam buku Southworth, G. (2002). Instructional Leadership in Schools: Reflections and Empirical Evidence. dlm. Mikac, N. School Leadership and Management. Boston: Allyn & Bacon. 73-91. (c) Artikel dalam jurnal

Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). Assessing The Intructional Management Behavior Of Principal. The Elementary School Journal, 86(2). 217-247. (d) Tesis Chew Chee Wan (1993). Instructional Supervision For Curriculum Implementation: A Case Study Of A School. Universiti Malaya: Disertasi Sarjana Pendidikan. (e) Bahan sumber yang tidak diterbitkan Salim Sulaiman (2000). Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja Untuk Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan. PPD Kulai, Johor: Kertas kerja tidak diterbitkan. Catatan Pustaka Dalam penulisan ilmiah, sumber maklumat yang digunakan atau dirujuk perlulah dinyatakan. Catatan tentang sumber maklumat seperti buku, majalah, jurnal atau surat khabar disebut catatan pustaka. Teknik catatatn pustaka yang lazimnya digunakan adalah seperti berikut: Jika nama pengarang dimasukkan bersama teks, karangan yang diisi di dalamnya tahun penerbitan dan muka surat dan perlu ditempatkan selepas nama pengarang tersebut. Tanda titik bertindih (:), dimasukkan di antara angka tahun terbitan dengan angka muka surat. Contoh: Menurut Mohd. Nor Daud (1997 : 63), ayat yang berkesan ialah satu bentuk ayat yang disokong oleh kepelbagaian dalam struktur ayat. ATAU Hassan Ahmad (2000), juga sependapat dengan. ATAU Mengikut pandangan Saville Troike (1986 : 52-63), peristiwa komunikasi. Jika dalam teks nama pengarang tidak disebut, catatan nama pengarang, tahun penerbitan dan muka surat dimasukkan di dalam kurungan dan diletakkan di hujung teks sebelum noktah. Tanda koma (,) diletakkan di antara nama pengarang dengan tahun terbit. Contoh: Secara amnya peribahasa ialah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran. (Keris Mas, 1988 : 136) Catatan Kaki

Catatan kaki ialah catatan-catatan kecil yang berfungsi memberikan keterangan tambahan terhadap teks yang ditulis. Catatan kaki ditempatkan pada bahagian bawah halaman dan dipisahkan daripada teks dengan garis panjang. Penomboran yang berurutan diberikan kepada setiap catatan kaki. Contoh: ..kajian etimologi1 tidak dapat dipisahkan daripada kajian linguistik ________________________________________________ 1. Etimologi ialah kajian tentang kata serta perubahan bentuk dan makna. Catatan Kaki Singkat Catatan kaki singkat merupakan satu lagi kaedah menunjukkan sumber rujukan selain kaedah catatan pustaka. ibid.(singkatan daripada ibidum, ertinya sama dengan yang di atas). Digunakan untuk catatan kaki yang sumbernya sama dengan catatan kaki yang telah disenaraikan di atasnya. op.cit(singkatan daripada opere citati, ertinya dalam buku / karya yang telah dipetik), digunakan untuk catatan kaki daripada sumber yang telah dinyatakan, tetapi telah disisip catatan kaki lain daripada sumber lain. loc.cit(singkatan daripada loco citati, ertinya tempat yang telah dipetik) seperti op.cit, tetapi dipetik daripada perenggan yang lain. Perhatikan contoh catatan kaki singkat yang menunjukkan sumber rujukan dan ditempatkan pada bahagian bawah halaman serta dipisahkan daripadaa teks degan garisan panjang seperti yang berikut: 1. John Dewey, 1974. How We Think. Chicago. Henry Regnery Company. hal : 75 2. Shaykh Hakim Moinuddin Chisti, 1985. The Book of Sufi Healing. New York. Inner Traditions International Ltd. hal : 25 3. Ibid, hal. 45 4. John Dewey, op.cit., hal 89. 5. John Dwey, loc.cit. Penggunaan catatan untuk menunjukkan sumber rujukan mestilah selaras dalam keseluruhan penulisan. Jika kaedah catatan pustaka yang dipilih, maka keseluruhan penulisan haruslah menggunakan kaedah ini. Sebaliknya jika kaedah catatan kaki singkat digunakan, maka keseluruhan penulisan mestilah mengekalkan penggunaan kaedah ini dengan konsisten. Petikan Petikan terbahagi kepada 2 jenis iaitu petikan langsung dan petikan tidak langsung.

Petikan tak langsung merupakan pengungkapan kembali pendapat, gagasan pokok, ringksan atau kesimpulan daripada sebuah tulisan dengan gaya penulis sendiri. Teknik menyatakan sumber informasi dalam petikan tak langsung adalah sama seperti teknik catatan pustaka. Petikan langsung pula ditulis dalam susunan ayat asalnya tanpa sebarang perubahan dan diberi tempat tersendiri serta terpisah daripada teks. Petikan langsung kadang kala diperlukan untuk mempertahankan keaslian penyataan yang dipetik, menunjangi hujah atau memberi maklumat tambahan. Petikan langsung diberi tanda petik ( ) padanya dan diikuti oleh catatan pustaka. Biasanya petikan langsung ditulis rapat (satu spasi) ataupun dikecilkan saiz huruf seperti contoh yang berikut: segala sesuatu cakap yang pendek yang melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan besar tujuannya dipakainya sebagai sebutan-esbutan orang sebagai bandingan teladan dan pengajaran. (Zaba, 1965 : 165). Sementara Clifford dan Swettenham menyatakan hasil pemerhatian mereka iaitu: .peribahasa merupakan bahasa diplomatik, amat sesuai untuk mengelakkan diri daripada terlalu berterus-terang. (Brown, 1951 : X). Rujukan Kebanyakan jurnal mempunyai pilihan tersendiri dalam gaya dan cara penyampaian rujukan dalam teks dan senarai rujukan pada bahagian akhiran rencana. Gaya Penerbit UKM menggunakan kaedah rujukan yang terbahagi kepada dua iaitu kaedah rujukan dalam teks atau dikenali sebagai sistem pengarang-tarikh dan senarai rujukan iaitu susunan pembutiran rujukan dicetak di akhir rencana. Huruf Condong Oleh kerana huruf condong /italic mempunyai tempat yang luas dalam karya ilmiah, pengarang hendaklah berhati-hati apabila menggunakannya. Sekiranya huruf condong diperlukan gunakan fon huruf condong yang disediakan. Penulisan Nama dalam Teks Menurut Anglo-American Cataloguing Rules terdapat peraturan tertentu untuk menulis nama Melayu, Arab, Cina dan Barat. Contoh penulisan nama yang betul adalah seperti berikut:

a) Nama Melayu iaitu A. Samad Said bukan Said, A. Samad. b) Nama Arab iaitu Abu al-Barakat Hibat Allah ibn Ali bukan Hibat Allah ibn Ali, Abu alBarakat. b) Nama Cina iaitu Chiang Kai Shek bukan Kai Shek, Chiang. c) Nama orang Barat iaitu John F. Kennedy bukan Kennedy J. F. Singkatan Gunakan singkatan SI dalam bentuk singular misalnya cm (bukan sm tetapi dieja sentimeter), 3 mm (bukan 3mms). Singkatan bagi unit tidak diberikan tanda noktah kecuali pada hujung ayat. Jika terdapat keraguan seperti 1 untuk liter tuliskan dengan lengkap misalnya 3 liter (bukan 3l). Dalam jadual dan graf gunakan singkatan nama bulan misalnya Jan., Feb., dsb. e) Singkatan untuk nama orang diberikan ruang misalnya A. H. Zakri, bukan A.H.Zakri. f) Singkatan semua huruf besar tidak diberikan titik misalnya OUP, PFB, UMNO dsb. Sistem Pengarang-Tarikh (Author-Date System) Bentuk asas dalam sistem pengarang-tarikh mengandungi nama pengarang dan tarikh terbitan tanpa tanda baca apabila digunakan di dalam teks. Sistem ini memungkinkan pemakaian rujukan dalam teks yang membutirkan nama pengarang dan tarikh terbitan dalam sesuatu ayat. Maklumat sumber sepenuhnya disenaraikan di hujung rencana atau buku, dipanggil rujukan. Ini memudahkan atur huruf. Oleh kerana sistem ini ringkas, menjimatkan kos dan tempoh penerbitan tanpa menjejaskan mutu ilmiah. Rujukan dalam Teks Rujukan dalam kaedah Pengarang-Tarikh mengandungi nama pengarang dan tarikh terbit tanpa tanda baca di antara nama dan tarikh: (Ismail 1997) atau Ismail (1997). Halaman khusus, bahagian, persamaan atau bahagian lain yang dipetik diletakkan selepas tarikh dipisahkan dengan tanda koma. Titik bertindih boleh juga digunakan antara tarikh dan halaman: (Wan Hashim 1997, 47) (Zakaria 1994: 23-6) Untuk menyatakan jilid dan halaman rujukan pengarang tunggal tanda koma dan titik bertindih (:) digunakan:

1.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

(Barns 1983, 3:124) Rujukan berbilang pengarang, gunakan hanya dua atau tiga pengarang. Perkataan dan boleh digantikan dengan ampersand (&): (Kamal Roslan dan Che Aziz 1996) (Md. Nor & Ong 1993) (Mohd. Ghazali, Zawiyah, dan Rosnah 1992) Rujukan lebih daripada tiga pengarang, gunakan nama yang pertama disusuli dengan et al.: (Dahlan et al. 1997) Untuk sebuah buku atau risalah yang tidak menggunakan nama pengarang yang diterbitkan atau dibiayai persatuan agensi kerajaan atau kumpulan: (Bank Pembangunan Malaysia 1985) Jika menggunakan beberapa sumber rujukan daripada pengarang yang sama gunakan tarikh yang dipisahkan dengan tanda koma; jika nombor halaman diberi rujukan dipisahkan oleh tanda titik berkoma dan nama diulangi: (Sham 1996a, 1996b) (Dahlan 1997a, 20; Dahlan 1983, 12) Senarai Rujukan Maklumat berikut mestilah dinyatakan untuk sebuah buku. Nama pengarang atau pengarang-pengarang, editor atau institusi yang bertanggungjawab dalam penerbitan bahan tersebut. Atur senarai pengarang mengikut abjad. Tarikh terbitan. Tajuk penuh buku termasuk judul kecil jika ada (dihuruf condongkan). Tajuk siri jika ada dan jilid atau nombor siri. Bilangan jilid atau keseluruhan nombor jilid daripada bahan yang diterbitkan dalam beberapa jilid. Edisi jika bukan edisi asal/ pertama. Bandar/ tempat terbitan. Nama penerbit. Pengarang Tunggal Athi Sivan Mariappan. 1997. Hamzah Hussin: Sekitar pemikiran seni untuk seni. Bangi: Penerbit UKM. Pengarang Bersama

Aminuddin Mohd. Yusof & Mohd. Ali Kamarudin. 1988. Kepimpinan pemuda UMNO: Antara personaliti dan situasi. Bangi: Penerbit UKM. Penyunting (sunt.) atau Terjemahan (terj.) Sidi Gazalba, dan Zainab Ismail, sunt. 1993. Dakwah Islamiah Malaysia masa kini. Bangi: Penerbit UKM. Organisasi/ Institusi Jabatan Perangkaan Negara. 1993. Laporan banci penduduk dan perumahan Malaysia 1991. Kuala Lumpur: Jabatan percetakan Negara. Majalah dan Surat Khabar Gamal Nasir Mohd. Ali. 1994. Erti toleransi dalam Islam. Utusan Malaysia, 23 Mac. Bahagian Buku Nor Aini Hj Idris. 1997. Tenaga buruh wanita. Dlm. Pembangunan sumber manusia di Malaysia, disunting oleh Supian Ali, Rahmah Ismail dan Muhammad Anuar Adnan. Bangi: Penerbit UKM. Edisi Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan sains sosial. Edisi Kedua. Bangi: Penerbit UKM. Kertas Kerja/Pasca Sidang jika dicetak dianggap sebagai bahagian buku: Jambari Hj. Ali. 1994. Kepelbagaian siput air tawar Malaysia. Dlm. Kesatuan dalam kepelbagaian penyelidikan biologi, disunting oleh Rohani Ahmad, Aminah Abdullah, Mohd. Khan Ayub dan S. Fatimah al-Junid. Bangi: Penerbit UKM. Kertas kerja dibentang dalam persidangan/simposium Ishak Shari. 1996. Kemiskinan bandar: Konsep dan isu. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kemiskinan Bandar, anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 12-13 Julai, Kuala Lumpur. Disertasi atau Tesis Zaiton Harun. 1992. Anatomi sesar-sesar utama Semenanjung Malaysia. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D. E. Program Komputer

Statistical Package for the Social Sciences Level M Ver. 8 (SPSS Lev. M 8.1). SPSS, Chicago. Lotus 1-2-3 Rel. 2. Lotus Development Corporation, Cambridge, Mass. Untuk jurnal atau terbitan berkala, maklumat yang dimasukkan adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Nama pengarang Tahun Judul rencana Judul jurnal/terbitan berkala (dihuruf condongkan) Jilid/bilangan keluaran Halaman rencana Contoh: Fatimah Abdullah. 1995. Pola sosialisasi kanak-kanak keluarga Melayu bandar. Jurnal Antropologi dan Sosiologi 22: 55-71.

Berikut dinyatakan tatacara penulisan lengkap bagi buku, artikel dalam jurnal dan majalah, berita dalam akhbar, bahan tidak terbit dan seumpamanya. 1. a. Rujukan Lengkap Untuk Buku Rujukan lengkap bagi buku hendaklah dimasukkan maklumat menurut urutan berikut: Nama pengarang, noktah Tahun penerbitan, noktah Judul buku (italic), noktah Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada), noktah Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri (jika ada), noktah Edisi, selain daripada edisi pertama, noktah Bilangan jilid, noktah Tempat terbit, titik bertindih Penerbit, noktah Baris kedua rujukan hendaklah diengsot masuk ke dalam seperti contoh di bawah. Contoh: ____________________ Ibn Hazm, Abu Muhammad Ali ibn Ahmad ibn Said. 1403H/1983M. Jamharat Asnab al-Arab. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. (Contoh: Pengarang Tunggal)

Al-Abbadi, Ahmad Mukhtar & Salim, al-Sayyid Abd al-Aziz. 1981. Tarikh alBahriyyah al-Islamiyyah fi Misr wa al-Sham. Beirut: Dar al-Nahdah alArabiyyah. (Contoh: Pengarang Bersama) Sharir bin Mohamad Zain. 1990. Beberapa Masalah Permulaan Dalam Sains Hayat dan Perubatan. ed. Ke-2. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. (Contoh: Edisi cetakan) Hamzah Hamdani (pnys.). 1980. Esei Sastera Baharuddin Zainal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Contoh: Karya Susunan, pnys=penyusun) Zakri A. Hamid. Ismail Sahid & Mohd. Nor Embi (pnyt.). 1990. Prioriti Penyelidikan Untuk Kemajuan Sains dan Teknologi:Kumpulan Kertas Kerja 16. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. (Contoh: Karya Suntingan, pnyt. = penyunting) Chamcuri Siwar. 1991. Industri Padi dan Beras: Beberapa Isu Dasar, Arah Aliran, Masalah dan Prospek. Dlm. Redzuan Othman & Mohd. Sheffie Abu Bakar (pnyt.). Komoditi Utama Malaysia: Kepentingan, Masalah dan Prospek, hlm. 100-125. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Contoh: Bab Dalam Buku, Dlm.= Dalam). 1. b. Rujukan Lengkap Bagi Artikel Dalam Jurnal, Majalah dan Akhbar Berikan maklumat selengkap mungkin seperti yang berikut: Nama Pengarang, noktah Tahun, noktah Judul makalah, noktah Nama jurnal (italic) Nombor jilid (bold) Nombor keluaran (dalam tanda kurung), noktah bertindih Halaman seluruh makalah, noktah Contoh: ____________________ Mimi Kamariah Majid. 1990. Tafsiran Hendaklah Dihukum. Dewan 1 (5): 4044. (Contoh: Artikel Jurnal, Pengarang Tunggal) Mohammad Haji Alias. 1988. Pembinaan dan Pemilihan Model Respons Penawaran Pengeluar Getah Asli. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25. (Contoh: Artikel Jurnal, Pengarang Tunggal) Ikram M. Said, Laily Din, Samsudin, M.W., Zuriati Zakaria, Nik Idris Yusoff, Ujang Suki, Aminah Manap, Zainuddin Ibrahim, A. & Latiff, A. 1990. A

Phytochemical Survey of Ulu Kinchin, Pahang, Malaysia: The Rompin Endau Expedition. Malayan Nature Journal 43: 260-266. (Contoh: Artikel Jurnal, Pengarang Bersama) Ismail Hamid. 1990. Sastera Kitab. Dewan Sastera, Mei: 7983. (Contoh: Artikel Dalam Majalah) Faisal Othman. 1992. Jaga Kepentingan Umum Asas Pemerintahan Islam. Utusan Malaysia, 30 Oktober: 6. (Contoh: Artikel Dalam Akhbar, Dengan Pengarang) Mingguan Malaysia. 1992. Masjid di Algeria Jadi Medan Latihan Golongan Pelampau. 23 Februari: 10. (Contoh: Artikel Dalam Akhbar, Tanpa Pengarang) Kandau Sidi. 2000. Kutu Rayau Cemar Kuala Lumpur. Berita Harian, 5 Julai: 17. (Contoh: Berita Dalam Akhbar,Berita/Rencana Dengan Nama Penulis) Telefon Bimbit Bukan Sekadar Penghubung. 2000. Berita Harian, 5 Julai: 24 (Contoh: Berita Dalam Akhbar, Berita/Rencana Tanpa Nama Penulis) Ali Baba Bujang Lapok. 1960. Filem cereka. Singapura: Shaw Brothers. (Contoh: Filem) Geophysical Techniques. t.th. Video. Milton Keynes: Open University. (Contoh: Video) Energy Generation and Storage. t.th. Slaid. Singapore: Toppan Company. (Contoh: Slaid) 1. c. Rujukan Lengkap Bagi Rujukan Elektronik Suruhanjaya Sekuriti. 2009. Dana Unit Amanah di Malaysia-Ringkasan Statistik. http://www.sc.com.my/ main.asp?pageid=658&menuid+751&newsid=&linkid=&type=. 13 Januari 2009. 1. d. Rujukan Lengkap Bagi Bahan Tidak Terbit Berikan maklumat selengkap mungkin seperti yang berikut: Nama pengarang, noktah Tahun, noktah Judul, noktah Nombor folio, nombor kotak tempat bahan disimpan atau mana-mana tanda pengenalan yang lain, koma Nama koleksi, noktah

Nama tempat (institusi, bandar, negeri) bahan tersebut disimpan, koma Tarikh, noktah Contoh: ____________________ Alfitra Salam. 1999. Kerjasama dan Potensi Konflik Dalam Hubungan Indonesia-Malaysia 1966-1991. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia. (Contoh: Tesis) Ibrahim bin Haji Hashim. 1974. Peranan dan Pengurusan Zakat di Negeri Kedah. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. (Contoh: Latihan Ilmiah) Abdul Majid Mat Salleh. 1990. Tren Pertumbuhan dan Perubahan Penduduk: Implikasi, Prospek dan Cabaran Bagi Masa Hadapan. Kertas kerja Persidangan Kependudukan dan Orientasi Pembangunan Menjelang Abad Ke-21. Universiti Kebangsaan Malaysia, Sabah, 10-11 Disember. (Contoh: Kertas Kerja) Arbain Kadri & Titol Malim. 1990. Beberapa Aspek Biologi Littorina Melanostoma (Gray) di Pulau Besar, Melaka. Abstrak Kertas Tema, Lisan dan Poster, Persidangan Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia: PA50. (Contoh: Abstrak Persidangan dan sebagainya) Mohd Kidin bin Shaharan. 1991. Kegunaan Submartingale Dalam Masalah Storan. Laporan Teknik 5. Pusat Pengajian Kuantitatif, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Contoh: Laporan Teknik) Laporan Unit Pengurusan dan Pentadibiran (URT). 1988. Mesyuarat Pengetuapengetua Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, 15-16 September. (Contoh: Laporan) Minit Mesyuarat Pengetua-pengetua Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. 1989. Lumut, Perak Darul Ridzuan, 7-9 Ogos. (Contoh: Minit Mesyuarat) Abdullah Haji Mohd. Salleh. 1999. Sejarah Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Temu bual, 12 Mei. (Contoh: Temu bual)

Format Penulisan Rujukan PENULISAN RUJUKAN FORMAT APA 4.1 Kaedah Penulisan Rujukan Penggunaan kaedah APA (American Psychological Association) dalam penulisan dan rujukan. Senarai rujukan hendaklah dimulakan pada halaman yang baru dengan perkataan RUJUKAN ditaip 30 mm dari birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Bahagian ini hendaklah mengandungi senarai bahan yang dirujuk di dalam teks. Bahan yang tidak dirujuk di dalam teks tidak perlu disenaraikan. Penyenaraian bahan adalah mengikut Sistem PengarangTahun. Kesemua bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad. Susunan karya Inggeris dalam senarai rujukan yang judulnya diawali dengan perkataan The hendaklah dibuat mengikut susunan abjad perkataan yang menyusulinya. Rujukan yang digunakan dalam penulisan disertasi terbahagi kepada: Rujukan dalam teks Senarai rujukan yang ditulis pada bahagian akhir disertasi 4.2 Senarai Rujukan

Bila menyebut judul bagi bahan-bahan yang diterbitkan (dicetak untuk pengedaran)judul buku dan nama jurnal hendaklah ditulis dengan huruf condong. 4.2.1 Penulisan Nama Pengarang Nama pengarang hendaklah ditulis dengan lengkap seperti yang tercetak pada halaman judul sesebuah karya atau pada halaman maklumat hak cipta yang mengandungi Data Mengkatalog-dalam-Penerbitan [Cataloging-in-Publication-Data (CIP)], tanpa pangkat atau gelaran.

4.2.2

Nama Pengarang Barat Nama pengarang barat atau pengarang yang menggunakan nama keluarga, hendaklah diringkaskan kepada nama keluarga sahaja. Contoh: Gerald M. Cohen ditulis sebagai Cohen, G. M K. Sarvananthan ditulis sebagai Sarvananthan, K. Ong Sue Lee ditulis sebagai Lee, O. S. Osman ibn Ahmad al-Tabrani ditulis sebagai al-Tabrani, Osman ibn Ahmad dan disenaraikan di bawah abjad T (nama Arab) 4.2.3 Nama Pengarang Melayu, Cina dan India (Malaysia) Nama pengarang yang lengkap dan disingkatkan hendaklah dikekalkan. Contoh Idarmawati Ahmad ditulis sebagai Idarmawati Ahmad Hazirah bt. Abdul Hamid ditulis sebagai Hazirah bt, Abdul Hamid Muhammad Eirfan Mirza b. Masa ditulis sebagai Muhammad Eirfan Mirza b. Masa Nama Keluarga Contoh Ann Casey ditulis sebagai Casey, A. Bridget Lee ditulis sebagai Lee, B. Lim Chee Kah ditulis sebagai Kah, L. C.

4.2.3

Penulisan Judul Karya Penulisan bahan rujukan hendaklah menggunakan HURUF BESAR pada huruf pertama judul karya tersebut dan kata nama khas. Huruf lainnya hendaklah ditulis dalam huruf kecil, kecuali perkataan itu merupakan singkatan yang menggunakan huruf besar.

Contoh Casey, K., 1995. The New Narrative Research in Educatian. Idarmawati Ahmad, 2000. Etnobotani dan Penyaringan Fitokimia. 4.2.4 Cara Menulis Rujukan Buku Berikan maklumat selengkap mungkin seperti berikut: Nama pengarang (atau pengarang-pengarang) diikuti dengan koma. Tahun penerbitan diikuti dengan noktah. Judul buku (ditulis condong) diikuti dengan noktah. Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada) diikuti dengan noktah. Nama siri buku dan jidil atau bilangan dalam siri (jika ada) diikuti dengan noktah. Edisi selain daripada edisi pertama diikuti dengan noktah. Penerbitan diikuti dengan koma. Tempat terbit diikuti dengan noktah atau koma (untuk penerbit yang mempunyai lebih daripada satu tempat, gunakan tempat yang pertama). Contohnay: New York Heidelberg Berlin ditulis New York sahaja. Baris ke-2 dan seterusnya hendaklah ditulis dengan ensotan 12.5 mm atau sekali ketukan tab.

Contoh: Kapsuchell, C. E. dan Hyland, M. C., 1993. Enviromental Science: Living Within 1 tab the System of Nature. Ed. Ke-3. John Wiley & Son, London. 4.2.5 Karya yang Dikenali Menurut Judul

Contoh Kamus Dewan, 1995. Ed. Baru. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. The Encyclopedia of Malaysia, 1998. Valume 1: The Environment. Sham Sani (ed.). Edition Didier Millet, Singapore. Singkatan dalam penulisan rujukan Edisi baru (Ed. =edisi; ed. = edition) dan cetak ulang (revised) 4.2.6 Makalah dalam Jurnal Berikan maklumat selengkap mungkin seperti berikut: Nama pengarang (atau pengarang-pengarang) diikuti dengan koma. Tahun penerbitan diikuti dengan noktah. Judul makalah diikuti dengan noktah. Nama jurnal (tulisan condong) diikuti dengan nombor jilid (Bold) dan nombor keluaran (dalam kurungan, jika ada) diikuti dengan koma. Halaman seluruh makalah diikuti dengan noktah.

Peringatan Semua nama pengarang hendaklah ditulis dengan lengkap dalam senarai rujukan. Hanya bila menyisip rujukan dalam teks dibenarkan menggunakan nama singkatan. Jika terdapat lebih dari tiga pengarang, kita gunakan singkatan et al. iaitu et alia yang bermakna dan lainlain. Contoh: Cara penulisan dalam senarai rujukan: Cerey, Martha, L. K., Abdullah Jabbar dan Nayly Syazwany binti Masa, 1997 .. Cara penulisan dalam teks: Cerey, et al., 1997

Penulisan tajuk dalam jurnal, akbar dan majalah tidak dicondongkan, hanya nama jurnal, akbar dan majalah yang dicondongkan. Contoh: Mohd. Jelani Salleh, 2000. Mengkudu: khazanah untuk insan sejagat. Wawasan Pertanian 1 (12), 30-33. 4.2.7 Makalah dalam Akbar Contoh: Bernama, 2006. Harga minyak naik, harga kereta turun? Berita Harian, 25 Mac, 15. Sanudin Hj. Tahir, 2001. Tanah Sepanggar. The New Sabah Times, 7. Januari, 9. 4.2.8 Makalah dalam Majalah runtuk di Teluk

Jaret, P., 2002. Diet or Exercise? Readers Digest. October, 61-64. Lee, P. 2004. The Empire Strikes Back!. Todays gy, September/December, 1-2. 4.2.9 Internet Rujukan melalui internet tidak digalakkan. Jika membuat rujukan pastikan bahawa laman web itu adalah laman kerajaan, agensi kerajaan atau institusi yang diiktiraf. Contoh Enviromental Conservation Department, 2000. Handbook of Environment al Impact Assessment (EIA) in Sabah, Malaysia.Http://www.sabah.gov.my/jkas/centre/default.html. Science C., and Technolo

4.2.10 Disertasi atau Latihan Ilmiah Contoh: Idarmawati Ahmad, 2003. Etnobotani dan Penyaringan Fitokimia Tumbuhan Ubatan Tiga Suku Kaum di Sabah. Disertasi Sarjana Sains (Biokimia). Universti Malaysia Sabah (tidak diterbitkan)

Anda mungkin juga menyukai