Anda di halaman 1dari 8

NOORHAIZAN BINTI RAMLI 810519-06-5746 KDPM SABK2012-BM(M)

Pengetahuan berkaitan teknologi masa kini amat membantu dalam PdP, sebagai seorang guru anda sepatutnya tahu dan pengetahuan asas tentang rangkaian IT. Bincangkan bagaimana konsep asas internet dan protokol komunikasi serta internet asas dapat membantu anda sebagai seorang guru sekolah agama bantuan kerajaan(SABK).

KONSEP INTERNET Pengenalan Definisi Internet Secara umumnya Internet merupakan satu rangkaian bersifat global yang menghubungkan lebih dari seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat berlaku. Definisi lain Internet - Majalah Dewan Masyarakat (keluran Disember 95) Mentakrifkan Internet sebagai suatu rangkaian komputer antarabangsa yang menghubungkan lebih 40 ribu rangkaian komputer yang diurus bersama secara bersendirian. Majalah PC (jilid 3 vol 1 95) Mentakrifkan Internet sebagai suatu sistem yang menggabungkan rangkaian seluruh dunia dengan menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti login jarak jauh (remote login) , pemindahan fail, e-mel dan kumpulan berita (newsgroup). Sejarah Ringkas Internet Bermulanya Internet adalah untuk sistem pertahanan USA bagi menghadapi serangan nuklear daripada Soviet Union dalam perang dingin dan tidaklah bersifat global seperti 1|Page

NOORHAIZAN BINTI RAMLI 810519-06-5746 KDPM SABK2012-BM(M)

sekarang. Idea yang berasaskan rangkaian yang tiada mempunyai kuasa pusat yang terdiri daripada beberapa nod yang boleh menyampai dan menerima mesej. Mesej adalah dalam bentuk paket yang mempunyai alamat destinasi. Kemudian ia dimajukan dan diluaskan penggunaan daripada hanya menghubungkan dua syarikat kepada perhubungan seluruh dunia. Di Malaysia teknologi Internet bermula pada tahun 1993 dan terus berkembang hingga kini dianggarkan pelanggan melebihi 45,000. Kebaikan dan Keburukan Internet Kebaikan Internet Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France 98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti : Pendidikan dalam Internet Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.

2|Page

NOORHAIZAN BINTI RAMLI 810519-06-5746 KDPM SABK2012-BM(M)

Perniagaan dalam Internet Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang

dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan. Perubatan dalam Internet Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. Hospital maya sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai teleperubatan. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan. Keburukan Internet Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh. Terdapat beberapa keburukan Internet seperti : Medium penyebaran dakyah jahat Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh kristian ini yang menghasilkan laman web kitab Injil yang diselewengkan dalam Bahasa Malaysia.

3|Page

NOORHAIZAN BINTI RAMLI 810519-06-5746 KDPM SABK2012-BM(M) Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia Trench Coat. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. KEPENTINGAN RANGKAIAN KOMPUTER

1. Berkongsi fail/data/informasi - Pengguna yang berlainan komputer dapat berkongsi fail antara satu sama lain 2. Berkongsi perkakasan seperti pencetak dan pengimbas - Dalam rangkaian yang sama, pengguna boleh berkongsi perkakasan seperti pencetak dan pengimbas. 3. Berkongsi talian internet - Dengan adanya rangkaian komputer, talian internet dapat dikongsi oleh semua komputer dalam rangkaian. 4. Menggalakkan Perdagangan Elektronik (e-commerce) - Urusniaga secara atas talian dapat dilakukan dengan cepat dan selamat. 5. Menyediakan Proses komunikasi yang pelbagai - Selain daripada penggunaan telefon untuk proses komunikasi, internet menawarkan pelbagai kemudahan komunikasi seperti e-mail, ruang sembang (chat room), laman web sosial dan lain-lain. 6. Peluang pendidikan lebih meluas - Pengguna boleh mendapatkan pelbagai maklumat untuk pembelajaran atau kajian melalui internet.

4|Page

NOORHAIZAN BINTI RAMLI 810519-06-5746 KDPM SABK2012-BM(M)

Koleksi komputer dan perkakasan

Media Penghantaran

Peranti Komunikasi

Definisi Komunikasi Proses dimana dua atau lebih komputer atau perkakasan memindahkan data, arahan atau maklumat. PROTOKOL- satu set peraturan untuk pertukaran data antara komputer. TCP/IP (transmission control protocol/internet protocol)Satu protokol yang membolehkan komunikasi dan pertukaran data antara komputer dalam rangkaian seperti internet.

5|Page

NOORHAIZAN BINTI RAMLI 810519-06-5746 KDPM SABK2012-BM(M) KEPENTINGAN RANGKAIAN KOMPUTER DAN KOMUNIKASI 1. Berkongsi fail/data/informasi Pengguna yang berlainan komputer dapat berkongsi fail antara satu sama lain 2. Berkongsi perkakasan seperti pencetak dan pengimbas. Dalam rangkaian yang sama, pengguna boleh berkongsi perkakasan seperti pencetak dan pengimbas. 3. Berkongsi talian internet Dengan adanya rangkaian komputer, talian internet dapat dikongsi oleh semua komputer dalam rangkaian. 4. Menggalakkan Perdagangan Elektronik (e-commerce) Urusniaga secara atas talian dapat dilakukan dengan cepat dan selamat. 5. Menyediakan Proses komunikasi yang pelbagai Selain daripada penggunaan telefon untuk proses komunikasi, internet menawarkan pelbagai kemudahan komunikasi seperti e-mail, ruang sembang (chat room), laman web sosial dan lain-lain. 6. Peluang pendidikan lebih meluas

Pengguna boleh mendapatkan pelbagai maklumat untuk pembelajaran atau kajian melalui internet. Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran: berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. meningkatkan motivasi murid. membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning). membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi. membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh. membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa. meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid. memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. meningkat kemahiran ICT. 6|Page

NOORHAIZAN BINTI RAMLI 810519-06-5746 KDPM SABK2012-BM(M)

Dalam konteks penggunaan ICT dalam p&p, tiada satu cara pun boleh dikata sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.Penggunaan ICT dalam p&p dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran (guru mengguna ICT), dan aspek pembelajaran (murid mengguna ICT). Dalam konteks pembelajaran2,penggunaan ICT dalam p&p boleh dikategori sebagai: Tutorial, Penerokaan (eksploratori), Aplikasi, dan Komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran Manfaat ICT dalam P&P, Sebagai contoh dalam pembelajaran Sains. Guru-guru dapat meluaskan lagi konsep pembelajaran. Guru-guru dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda kepada murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan. Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang memiliki pelbagai keupayaan. meningkatkan motivasi murid. membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning). Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh. Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar,terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa. meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid. memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. meningkat kemahiran ICT. 7|Page

NOORHAIZAN BINTI RAMLI 810519-06-5746 KDPM SABK2012-BM(M)

Guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai kemahiran asas ICT yang boleh diperolehi melalui aktiviti kelab komputer sekolah yang melaksanakan program Literasi Komputer Kementerian Pendidikan. CT dikatakan sebagai alat pembelajaran penerokaan apabila ICT digunakan untuk

Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya. Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. Melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.

Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT.

Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem. Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Penerokaan

Pendekatan ini sesuai dalam menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada; pemikiran kritis, penyelesaian masalah dalam masa sebenar (real-time), pengalaman pembelajaran dalam situasi yang nyata(praktikal) dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Selain daripada mencapai maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Pembelajaran penerokaan boleh dilaksanakan samada secara bersendirian atau berkumpulan. Penetapan masa perlu diberikan perhatian oleh guru kerana tanpa kawalan, aktiviti pembelajaran boleh memakan masa yang banyak.

8|Page

Anda mungkin juga menyukai