Anda di halaman 1dari 3

Saya perlu tingkatkan ciri-ciri keushawanan untuk maju dalam perniagaan yang bakal

saya jalankan. Jika tidak saya tidak akan dapat bersaing dalam dunia perniagaan. Saya perlu
tingkatkan ciri-ciri seperti initiave, sees and acts opportunities, persistence, information
seeking,, concern for high quality, commitment to work contract, efficiency orientation,
systematic planning, problem solving, selfconfidence, assertiveness, persuasion dan use of
influence strategies dalam diri saya untuk Berjaya dalam perniagaan. Usahawan merupakan
individu paling dinamik dan lebih bersedia untuk berhadapan dengan ketidaktentuan dalam
usaha mereka untuk mengejar kejayaan.

Dalam menghadapi kesulitan ataupun masalah, janganlah Dato’ Aliff Syukris cepat
berputus asa atau patah semangat, sebaliknya hendaklah dia bersiapkan diri untuk membuka
mata, telinga serta pemikirannya. Dengan memasang telinga serta membuka pemikirannya
akan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul, misalnya dengan
membuka telinga, kita akan mendengar nasihat nasihat berguna daripada golongan tertentu
seperti keluarga, kawan-kawan, dan insan-insan tersayang, manakala dengan membuka
pemikiran pula, Dato’ Aliff Syukri. perlulah bijak untuk menyelamatkan perniagaan dengan
berfikir di luar kotak, kreatif dan berinovatif.

Di dalam perniagaan, masalah yang selalu wujud adalah pembekal, pelanggan,


keuntungan, kerugiann dan muflis. Perniagaan merupakan satu sektor pekerjaan yang
memakan jumlah duit yang sangat besar dan berisiko untuk gagal adalah besar jika tidak
bijak mengambil peluang. Jika mengalami masalah di awal perniagaannya Dato’ Aliff
Syukris tidak harus berputus asa dan cuba memikirkan pendekatan lain yang memberikannya
keuntungan dengan melihat peluang-peluang perniagaan di tempat lain. Dato’ Aliff Syukris
hendaklah sentiasa tenang dan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah dengan bijak

Proaktif merupakan satu sikap yang positif dengan merangka dan mengawal sesuatu
tindakan yang dilakukan lebih awal daripada jangkaan. Firma yang dimiliki oleh Dato’ Aliff
Syukris yang proaktif itu akan menjadi pemimpin dalam pasaran, dan mempengaruhi kaedah
bersaing dengan membina permintaan baru dan mencari maklum balas daripada
pelanggannya, dan bukan sekadar menunggu pelanggannya dating membuat aduan. Apabila
mendapat aduan, mereka akan bersifat terbuka dan menerima aduan tersebut dengan hati
yang tenang, berusaha membaiki kelemahan yang ada, seterusnya mencapai kejayaan dalam
perniagaan.
Lokus kawalan dalaman merupakan kepercayaan bahawa peristiwa boleh dipengaruhi
oleh tingkah laku peribadi dan tidak akan dipengaruhi oleh faktor luaran. Individu percaya
bahawa tingkah laku seseorang individu dipandu oleh keputusan peribadinya dan usaha
dalaman. Usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi lebih bergantung
kepada diri sendiri terhadap apa-apa perkara dan situasi tanpa kira baik atau tidak, kerana
mereka rasa pencapaian adalah mengikut nilai yang sanggup didosakan

Kecekapan masa dikaitan dengan mengurus masa dengan baik dalam menjalankan
aktiviti perniagaan untuk berjaya. Dato’ Aliff Syukris haruslah menjalankan sesuatu tugas
atau perniagaan dengan betul, cekap, serta menepati ada. Kecekapan masa sebagai kecekapan
usahawan dalam mengembangkan perniagaannya mengikut trend semasa atau mengikuti
permintaan semasa yang tinggi.

Perniagaan yang menekankan semangat kerja berpasukan dan kerjasama boleh


memberi kelebihan keatas kekuatan individu pekerja mereka. Sekiranya perniagaan
melakukan kerja berpasukan dalam menghasilkan sesuatu produk, produk yang dihasilkan
akan lebih berkualiti daripada hasil kerja individu. Kerja berpasukan boleh dipupuk dengan
cara keinginan untuk mencapai kesepakatan dan melibatkan orang lain dalam membuat
keputusan, berkomunikasi secara terbuka dan jujur antara rakan sekerja, prihatin tentang ahli
pasukan rakan-rakan, bertanggungjawab terhadap masalah dan cuba memahami pandangan
orang lain.

Berpandangan jauh boleh ditakrifkan sebagai suatu kebolehan untuk menjangka apa
yang akan berlaku pada masa akan datang. Dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya,
salah satu ciri yang perlu ada adalah memiliki sifat berpandangan jauh. Usahawan yang
mempunyai sifat foresight atau berpandangan jauh ini adalah seorang yang pandai
merancang, menganalisis dan mempunyai sikap merebut peluang yang ada di depan mata.
Dato’ Aliff Syukris perlu berpandangan jauh dalam perniagaan.

Budaya adalah topik yang sering diperkatakan di kalangan syarikat-syarikat korporat


dan keusahawanan. Ia adalah sesuatu yang semua orang bincangkan, sesuatu yang membawa
kepada keuntungan, sesuatu yang menarik dan mengekalkan pekerja dalam sesebuah syarikat.
Sesebuah organisasi boleh mencapai budaya kerja yang terbuka dengan mengamalkan sikap
komunikasi yang terbuka antara pihak atasan dan pekerja bawahan.
Dalam perniagaan kita haruslah berani untuk mengambil risiko sama ada kecil
ataupun besar risiko tersebut. Berani mengambil risiko bermaksud sesebuah perniagaan yang
berpotensi mengalami kerugian dari segi wang ringgit ataupun mendapat ganjaran dan
keuntungan yang lumayan . Antara risiko-risiko dalam perniagaan ialah risiko kerugian ,
risiko pengorbanan masa dan tenaga , risiko produk rosak dan risiko dapatkan pekerja.

Sikap bertanggung jawab adalah antara sikap yang paling berat untuk dilakukan,
kerana ia akan mendatangkan kerugian atau keuntungan kepada individu tersebut. Mereka
bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika mereka membuat kesilapan, mereka
akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta
bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman merupakan usahawan kosmetik terkemuka di


Malaysia. Usahawan muda ini dilahirkan pada 3 April 1987 di Felda Kechau, di Kuala Lipis,
Pahang. Kemudian keluarga beliau telah berpindah ke Sungai Besar, Selangor. Dato’ Alif
Syukri disekolahkan di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan dan menyambung pengajiannya di
Sekolah Integrasi As-Syakirin di Shah Alam sehingga tamat Tingkatan 5 dan meneruskan
pengajian di Taylor’s College, Kuala Lumpur. Pada mulanya, D’Herbs dikenali dengan nama
D’Herbs Healthy Marketing sebelum ditukar kepada D’Herbs Holding (M) Sdn. Bhd yang
telah ditubuhkan pada September tahun 2010. Syarikat ini memulakan operasinya di lot kedai
di tingkat yang kedua dengan bantuan seorang pekerja. Antara 4 produk awal dan utama
yang dijual ialah bedak asas, produk pelangsingan badan, minuman kesihatan wanita dan
lipstik rawatan bibir. Namun, apabila produknya semakin berkembang luas, D’Herbs telah
berjaya membuat 90 rangkaian produk baru dengan bantuan 35 orang kakitangan.

Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman


usahawan kosmetik terkemuka di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai