Anda di halaman 1dari 75

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL SEMESTER 1 2012/2013 SEKSYEN 4 (IT)

SUBJEK : APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN (DBK 10403)

TAJUK : MOTIVASI, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN UNTUK : PROF. MADYA DR. HUSIN BIN JUNOH

DISEDIAKAN OLEH : 1. 2. 3. 4. 5. ZURAIDAH BINTI DAUD ASMA ALIA BINTI MOHD JAMIL FARAHDILLA BINTI PAUZI HOW SWEE CHING NORAZMAWANI BINTI ABDULLAH@MAHMUD (LB110203) (LB110007) (LB110023) (LB110032) (LB110093)

ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN Isi Kandungan Penghargaan 1.0 PENGENALAN 1.1. 1.2. DEFINISI DAN PERANAN MOTIVASI FUNGSI MOTIVASI MUKA SURAT I IV 1 1 3 4 4 6

2.0 PROSES PENCAPAIAN 2.1. 2.2. PENGENALAN TANGGUNGJAWAB MEMBANTU PELAJAR MENCAPAI KEJAYAAN 2.3. 2.4. 2.5. 2.6. PERANAN IBU BAPA PERANAN PARA GURU KERJASAMA DI ANTARA IBU BAPA DAN GURU HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR 2.7. BAGAIMANA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

7 8 8 13

15 22 22 23 24 28 28 30

3.0 MOTIVASI INTRINSIK DAN EKSTRINSIK 3.1. 3.2. JENIS-JENIS MOTIVASI MOTIVASI INTRINSIK 3.2.1. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Motivasi Intrinsik MOTIVASI EKSTRINSIK 3.3.1. Peneguhan KAITAN ANTARA MOTIVASI INTRINSIK DAN MOTIVASI EKSTRINSIK

3.3. 3.4.

4.0 KEYAKINAN DIRI 4.1. 4.2. 4.3. DEFINISI KEYAKINAN DIRI KEPENTINGAN MEMBINA KEYAKINAN DIRI SUMBER-SUMBER MEMBINA KEYAKINAN DIRI 4.3.1. PENGALAMAN KEJAYAAN 4.3.2. PENGALAMAN INDIVIDU LAIN 4.3.3. PUJUKAN MOTIVASI SECARA VERBAL 4.3.4. KEADAAN FISIOLOGI PUNCA-PUNCA KETIDAKYAKINAN DIRI CARA-CARA MEMBINA KEYAKINAN DIRI CIRI-CIRI INDIVIDU YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI 4.7. KEYAKINAN DIRI DALAM KONTEKS PELAJAR

31 31 32 33 33 33 34 34 34 35 38

4.4. 4.5. 4.6.

39 43 43 45 49 51 51 53 55 55 55 56 58 61 61 61 63 63 63 64 64

5.0 MATLAMAT, PERANCANGAN DAN PENGURUSAN DIRI 5.1. MATLAMAT 5.1.1. MATLAMAT (GOAL SETTING) : PENDEKATAN S.M.A.R.T 5.1.2. JENIS MATLAMAT 5.1.3. PRINSIP PEMBENTUKAN MATLAMAT 5.1.4. 9 FAKTA PENTING DALAM MENCAPAI MATLAMAT ANDA 5.1.5. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI MATLAMAT PERANCANGAN 5.2.1. DEFINISI 5.2.2. JENIS PERANCANGAN 5.2.3. KEPENTINGAN PERANCANGAN 5.2.4. JENIS PERANCANGAN (VISI. MISI, OBJEKTIF) 5.2.5. LANGKAH-LANGKAH DALAM PERANCANGAN PENGURUSAN DIRI 5.3.1. DEFINISI

5.2.

5.3.

6.0 JANGKAAN GURU 6.1. 6.2. 6.3. PENGENALAN DEFINISI KONSEP JANGKAAN GURU 6.3.1. TINDAKAN GURU APABILA JANGKAAN
II

PRESETASI PELAJAR TELAH DIBUAT 6.4. 6.5. 6.6. 6.7. Rujukan IMPLIKASI JANGKAAN GURU TERHADAP PRESTASI PELAJAR PERBINCANGAN 6.5.1. CIRI-CIRI JANGKAAN YANG DIBUAT GURU CADANGAN KESIMPULAN 65 66 66 68 69 70

III

PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih. Alhamdulillah, kami mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana keizinan, rahmat dan hidayat-Nya membolehkan kami menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Husin bin Junoh selaku subjek Aplikasi Psikologi Pendidikan atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kami sepanjang tempoh ini, kami juga mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan kami ini. Segala kekurangan harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri. Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

IV

MOTIVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.0 PENGENALAN

2.1. DEFINISI DAN PERANAN MOTIVASI Istilah motivasi berasal dari kata motif bermaksud sebagai kekuatan yang terdapat dalam individu, yang menyebabkan individu tersebut bertindak atau melakukannya. Motif dapat dikatakan sebagai daya penggerak dari dalam dan di dalam subjek untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu demi mencapai suatu tujuan (Sardiman, 2007:73). Berawal dari kata motif, maka motivasi adalah sebagai daya penggerak yang telah menjadi aktif. Motif menjadi aktif pada saat-saat tertentu, terutama bila kita perlu untuk mencapai tujuan sangat dirasakan atau mendesak. Dengan demikian, motivasi merupakan dorongan yang terdapat dalam diri seseorang untuk berusaha mengadakan perubahan tingkah laku yang lebih baik dalam memenuhi keinginannya. (Hamzah,2007:3). Menurut Prayitno (1987:75), secara umum motivasi didefinisikan sebagai serangkaian usaha untuk menyediakan keadaan tertentu, sehingga seorang itu mahu dan ingin melakukan sesuatu dan bila ia tidak suka maka akan berusaha untuk meniadikan atau mengelakkan perasaan tidak suka itu. Motivasi adalah penggerak tingkah laku ke arah suatu tujuan dengan didasari suatu keinginan (Rusyan,1989:99). Dimyati (1994:75) menyatakan belajar. bahawa motivasi adalah dorongan mental yang

menggerakkan dan mengarahkan perilaku manusia, termasuk perilaku Dalam motivasi terkandung adanya keinginan, harapan,

keinginan, tujuan, sasaran, dan insentif. Seseorang yang melakukan suatu kegiatan tanpa adanya motivasi tidak akan mencapai tujuan atau hasil dari apa yang diinginkannya. Hal serupa juga dikemukakan oleh (Sardiman,1986:9) bahawa motivasi dikatakan sebagai dorongan bagi seseorang untuk melakukan aktiviti. Motivasi merupakan dorongan dan

kekuatan dalam diri seseorang untuk melakukan tujuan tertentu yang ingin dicapai. Dari beberapa pengertian di atas, dapat disimpulkan bahawa motivasi mempunyai tiga komponen, iaitu: (i) Kebutuhan, hal ini terjadi bila seseorang individu merasa tidak ada keseimbangan antara apa yang dimiliki dan yang diharapkan. (ii) Dorongan, dorongan merupakan kekuatan mental untuk melakukan perbuatan atau suatu kegiatan tertentu. (iii) Tujuan, tujuan merupakan hal yang ingin dicapai oleh individu.

Seseorang yang memiliki tujuan tertentu dalam melakukan suatu pekerjaan, maka ia akan melakukan pekerjaan tersebut dengan teliti dan penuh semangat, termasuk dalam pencapaian cita-cita yang diinginkan. Dengan demikian, antara minat dan motivasi mempunyai hubungan yang erat, kerana motivasi merupakan dorongan atau penggerak bagi seseorang dalam pencapaian sesuatu yang diinginkan dan berhubungan langsung dengan sesuatu yang menjadi minatnya. Motivasi dapat dikatakan sebagai pendukung suatu perbuatan, sehingga menyebabkan seseorang mempunyai persediaan untuk

melakukan serangkaian kegiatan. Motivasi yang tinggi akan membangkitkan individu untuk melakukan aktiviti tertentu yang lebih fokus dan lebih intensif dalam proses perlaksanaan dan sebaliknya, sehingga tinggi rendahnya motivasi terhadap diri individu mampu membangkitkan keinginan dalam bertingkah laku atau cepat lambatnya terhadap suatu pekerjaan. Dari beberapa definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa motivasi adalah suatu dorongan atau penggerak untuk melakukan sesuatu yang dapat berasal dari dalam diri individu (intrinsik) maupun yang berasal dari luar individu (ekstrinsik), iaitu dipengaruhi oleh faktor lingkungan, baik lingkungan keluarga, atau sahabat yang ditandai dengan sikap (afektif) dan

reaksi

untuk

mencapai

tujuan

tertentu.

Dengan

demikian

motivsi

berpengaruh terhadap adanya kegiatan.

2.2. FUNGSI MOTIVASI Menurut Sardiman (2007:85), fungsi motivasi ada tiga, aitu: (i) Mendorong manusia untuk berbuat, motivasi dalam hal ini merupakan motor penggerak dari setiap kegiatan yang akan dikerjakan. (ii) Menentukan arah perbuatan, iaitu ke arah tujuan yang hendak dicapai, sehingga motivasi dapat memberikan arah dan kegiatan yang harus dikerjakan sesuai dengan rumusan tujuannya. (iii) Merefleksi perbuatan, iaitu menentukan perbuatan-perbuatan apa yang harus dikerjakanyang serasi untuk mencapai tujuan, dengan menyisihkan perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat bagi tujuan tersebut.

Menurut Hamalik (2000:175) ada tiga fungsi motivasi, iaitu: (i) Mendorong timbulnya kelakuan atau suatu perbuatan, tanpa motivasi tidak akan timbul perbuatan seperti belajar. (ii) Sebagai pengarah, maksudnya mengarahkan perbuatan kepada pencapaian tujuan yang diinginkan. (iii) Sebagai penggerak, berfungsi sebagai mesin penggerak. Besar kecilnya motivasi akan menentukan cepat atau lambatnya suatu pekerjaan.

3.0 PROSES PENCAPAIAN

3.1. PENGENALAN

Rajah 1 : Model Hubungan antara Pencapaian Akademik dengan Taraf Hidup

Pencapaian

secara

umumnya

bermaksud

kejayaan

atau

kegagalan pelajar bagi satu-satu ujian, peperiksaan dalam sekolah atau peperiksaan piawai yang direkabentuk, ditadbir, diberi markah dan diinterpretasikan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut khasnya untuk penilaian di sesebuah negara. Biasanya pencapaian ini dinyatakan dalam skor mentah, gred dan pangkat untuk satu-satu subjek ataupun keseluruhan kursus (Raha, 1991). Kerlinger (1973) menakrifkan

pencapaian akademik secara operasional melalui suatu ujian yang berasaskan penilaian guru dalam sesuatu ujian. Banyak kajian yang dibuat mengenai kepentingan pendidikan. Janaga (2003) mengatakan bahawa pendidikan merupakan satu keperluan yang amat penting untuk menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan. Pendidikan bukan sahaja dilihat sebagai mempunyai fungsi sosial dan moral, tetapi juga sebagai satu keperluan ekonomi. Taraf pendidikan yang tinggi sering dikaitkan dengan pekerjaan, pendapatan, dan kedudukan sosial yang lebih baik.

Pelajar yang memperolehi perhatian daripada guru dan ibu bapa dijangka mampu memperolehi pencapaian akademik dan konsep kendiri yang tinggi seterusnya cemerlang dan bermotivasi untuk berjaya, Apabila rnemperolehi kejayaan dalam hidup, pelajar tersebut dikatakan mempunyai kehidupan dan taraf hidup yang terjamin. Pelajar yang kurang mendapat perhatian guru dan ibu bapa hanya mempunyai pencapaian akademik dan konsep kendiri yang sederhana dan keadaan ini kurang memberi motivasi kepada mereka untuk berjaya dalam bidang akademik. Seterusnya masa depan pelajar ini agak kabul'. Pelajar yang langsung tidak mendapat perhatian dijangka mempunyai pencapaian akademik dan konsep kendiri yang rendah dan langsung tidak bermotivasi untuk berjaya. Mereka yang sering diabaikan ini tidak mempunyai matlamat hidup yanjelas malahmungkin menyumbang kepada gejala-gejala sosial yang kurang sihat. Kecemerlangan peperiksaan akademik dikaitkan ini dengan oleh keputusan Hussein

(Hassan,1994).

Pendapat

disokong

Mahmood dalam Rohayah (2005) yang menyatakan biasanya sesebuah sekolah atau institusi yang dapat menghasilkan ramai pelajar yang berjaya dalam peperiksaan dikatakan sekolah atau institusi yang baik dan cemerlang. Ini adalah kerana peperiksaan adalah merupakan satu cara untuk mengukur keupayaan dan kemampuan seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari dan kemahiran yang telah ditanamkan. Untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang pelbagai perkara perlu diambil perhatian. Faktor-faktor seperti gaya pembelajaran dan kaedah pengajaran yang diaplikasikan guru merupakan antara faktor terpenting kejayaan seseorang pelajar itu (Faizal,2004). Ini kerana amalanamalan pelajar seperti teknik belajar yang berkesan, persediaan

menghadapi peperiksaan, ketsabilan emosi dan hubungan sosial sesama manusia memainkan peranan penting sebagai faktor kejayaan mereka. Kaedah pengajaran yang diamalkan guru juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk belajar.

Pelajar-pelajar cemerlang merupakan model kepada pelajarpelajar lain. Ini termasuklah cara belajar, pengurusan masa dan pendorong di sebalik kejayaan mereka. Apabila pelajar yang rendah pencapaian akademiknya mengetahui strategi dan amalan pembelajaran yang berkesan diamalkan, ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka bersama-sama menjadi cemerlang. Salah satu contoh amalan yang dapat dilihat adalah gaya pembelajaran yang diamalkan. Gaya pembelajaran yang diamalkan mereka boleh menjadi panduan kepada pelajar-pelajar lemah. Sebagai contoh, mereka boleh melakukan aktiviti pembelajaran menggunakan pendekatan yang sama. Selain itu, ia dapat menghapuskan kekeliruan tentang corak pembelajaran yang sesuai diamalkan agar yang lemah juga boleh tampil cemerlang.

3.2. TANGGUNGJAWAB MEMBANTU PELAJAR MENCAPAI KEJAYAAN Heacox (1991) yang berpengalaman dalam berurusan dengan para pelajar yang menghadapi masalah pencapaian akademik mengatakan bahawa kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar bergantung kepada ketiga-tiga pihak iaitu pihak ibu bapa, guru-guru dan para pelajar itu sendiri. Komitmen para ibu bapa dan guru dalam menyediakan suasana pembelajaran yang terapeutik akan menjadi salah satu sumber rnotivasi dan model kejayaan kepada mereka. Sokongan kedua-dua pihak sangatsangat diperlukan oleh para pelajar ini untuk menggarap kejayaan, Walau bagaimanapun kebolehan atau keupayaan pelajar-pelajar itu sendiri, minat, kemahiran belajar, tabiat belajar dan mahu berusaha serta isu-isu personal seperti keupayaan individu melengkapkan keperluan asas iaitu bermula dengan keperluan fisiologi sehinggalah ke tahap keperluan kesempurnaan kendiri, tidak boleh dipandang ringan kerana perkara-perkara tersebut turut menyumbang secara langsung kepada peningkatan prestasi akademik mereka. Memandangkan ketiga-tiga pihak terlibat dalam menentukan kejayaan atau kegagalan para pelajar, maka eloklah kiranya ibu bapa, guru-guru dan para pelajar itu sendiri duduk bersama berbincang dan
6

bekerjasama

untuk

mengenal

pasti

punca-punca

kelemahan

atau

kegagalan, melihat kekurangan yang ada di persekitaran rumah dan sekolah dan mernbuat perancangan atau pelan tindakan. Pelan tindakan bertujuan mengatasi kelemahan dan kekurangan yang telah dikenal pasti supaya apa jua halangan tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya,

3.3. PERANAN IBU BAPA Ibu bapa hendaklah menyediakan persekitaran belajar di rumah yang membolehkan perkembangan konsep kendiri dan penerimaan kendiri yang positif berlaku. Apabila kedua-dua faktor ini berkembang ke arah yang lebih positif maka pencapaian akademik juga turut meningkat (Hart, 1987). Meraikan kejayaan anak-anak dalam pelajaran dan berbincang mana-mana aspek yang perlu ditingkatkan akan memberi semangat kepada anak-anak menempa kejayaan pada masa hadapan. Anak-anak memerlukan ganjaran, pujian dan insentif yang bersesuaian dengan tahap umur mereka setiap kali mereka beIjaya di dalam pelajaran mereka. Tambahan pula, ibu bapa yang prihatin menyediakan satu set peraturan yang boleh diikuti oleh anak-anak khususnya mengenai jadual belajar, masa belajar dan tempat belajar yang sesuai. Berkomunikasi secara positif, berterus terang dan berkesan dengan anak-anak akan menjadikan mereka merasai bahawa diri mereka dihargai dan idea serta pandangan mereka dihargai. lbu bapa juga seharusnya membina semangat anak-anak untuk berani menerima risiko. Mereka sepatutnya memupuk kepercayaan dalam anak-anak bahawa melakukan kesilapan adalah salah satu proses pembelajaran dan banyak manfaat yang boleh diperolehi hasil dari pembelajaran melalui kesilapan serta keberanian menghadapi risiko (Hart, 1987).

3.4. PERANAN PARA GURU Ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah, para guru hendaklah memastikan semua pelajar mengambil bahagian dan diberi peluang untuk berkongsi apa yang mereka tahu mengenai sesuatu topik itu, Guru-guru hendaklah mengiktiraf kejayaan setiap individu khususnya apabila mereka menunjukkan kemampuan mereka dalam pelajaran atau aktiviti pembelajaran. Dalam merancang kurikulum, guru-guru hendaklah membina satu set matlamat belajar untuk semua pelajar. Guru-guru juga sepatutnya memahami apa kehendak pelajar dan mengadakan satu sistem untuk membantu pelajar berinteraksi dengan dunianya yang realiti. Seandainya ada pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas, maka guru-guru hendaklah berjumpa dengan pelajar tersebut secara peribadi, dan bersemuka untuk membantunya. Secara tidak langsung pelajar tersebut akan merasai gurunya mengambil berat dengan rnasalahnya dan ini akan memberinya semangat untuk membantu diri sendiri. Pandai mempelbagaikan kaedah mengajar dan menyesuaikannya dengan tahap pencapaian pelajar adalah salah satu ciri-ciri keistimewaan seorang guru. Setiap pelajar mempunyai kebolehan, pcncapaian,

kecekapan, bakat dan keistimewaan yang berbeza. Oleh sebab itu, mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil contoh bagaimana pembelajaran di sekolah ada kaitannya dengan dunia yang realiti, akan merangsang minat pelajar belajar seterusnya akan rneningkatkan selfesteem mereka.

3.5. KERJASAMA DI ANTARA IBU BAPA DAN GURU-GURU Apabila ibu bapa dan para guru menunjukkan sikap yang prihatin dan mengambil berat terhadap para pelajar, maka pelajar akan menyedari bahawa masalah mereka bukanlah rnasalah yang unik, terlalu kompleks atau tidak boleh diselesaikan, bahkan memberi kekuatan supaya mereka merasa tidak keseorangan atau bersendirian menangani masalah tersebut.
8

Membiarkan mereka menangani masalah ini bersendirian akan rnenjadikan jiwa mereka memberontak, rasa bosan, merasakan sernua usaha hanya membuang masa, malas berusaha walaupun untuk diri scndiri dan memandang remeh dendaan daripada guru-guru kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah. Akhimya pcrancangan yang diatur oleh ibu bapa dan guru-guru akan dilakukan dalam keadaan terpaksa atau tanpa kerelaan hati. Hal ini bukan sahaja menambahkan lagi kegagalan mereka bahkan tingkah laku memberontak itu memperlihatkan sikap mcreka yang tidak berscdia berubah dan tidak mahu bekerjasama. Mereka akan enggan mempercayai adanya hubungan antara sekolah dan dunia yang realiti ini. Bagi mereka, kepentingan akademik, dan perkara-perkara yang berkaitan, seolah-olah tidak diperlukan. Para ibu bapa dan guru dapat membantu membakar semangat para pelajar untuk membantu diri mereka menangani masalah

persekolahan dan masalah pribadi mereka, Mereka dapat dibantu dengan diberi idea-idea dan strategi serta petua-petua menuju kejayaan. Merekajuga perlukan perhatian yang khas daripada orang yang paling signifikan dalam kehidupan mereka supaya dapat mengikis perasaan rendah diri dan rasa tidak boleh berjaya yang bermain-main dalam fikiran mereka. Apabila perasaan ini telah berjaya diatasi maka mudahlah untuk memulakan perubahan yang positif khususnya dari segi prestasi akademik mereka. Para pelajar yang berprasangka negatif mengenai diri mereka akan sukar untuk berjaya kerana konsep kendiri mereka yang rendah berbanding dengan kutuk diri mereka yang terlalu tinggi. Mereka didapati tidak bermotivasi dan sentiasa mempunyai perasaan yang negatif terhadap diri sendiri. Di sekolah mereka tidak berminat dan tidak bermotivasi untuk belajar dan keadaan ini akan menjejaskan pencapaian akademik mereka. Apabila prestasi akademik mereka semakin merosot, ini akan

mengukuhkan lagi kepercayaan yang mereka memang tidak boleh belajar dan berjaya.

Satu perkara yang perlu difahami oleh ibu bapa dan guru-guru mengenai perubahan yang ditunjukkan oleh para pelajar ini ialah perubahan yang bertahap-tahap dan sedikit-sedikit. Ibu bapa dan guru mesti memberi tumpuan satu bahagian atau satu perkara dalam satu masa agar pelajar tidak mengalami kejutan dan mereka tahu apa yang harus dibuat. Para pelajar perlu diberi penerangan dalam sesi perbincangan mengenai apa matlamat yang hendak dicapai. Peruntukan masa yang secukupnya juga wajib difikirkan untuk menjamin matlamat ini boleh tercapai. Jika sekiranya tidak menampakkan hasil atau perubahan, maka perkara ini perlu dibincangkan bersama pelajar untuk memulakan strategi baru, Mengikis perasaan tidak yakin diri dan perasaan tidak boleh berjaya yang telah sebati dalam diri para pelajar tersebut memerlukan penuh keazaman, kesabaran dan masa. Semua yang terlibat dikehendaki meraneang peluang-peluang untuk berjaya dan memastikan semua pelajar terlibat dalam perancangan agar dapat meningkatkan konsep kendiri yang lebih positif. Pengalaman-pengalaman berjaya yang dirasai akan

menjadikan mereka lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya. Pada peringkat permulaan membakar semangat para pelajar, guru-guru dan ibu bapa hendaklah menyemaikan sifat-sifat orang yang berjaya agar dicontohi oleh para pelajar. Di bawah ini disenaraikan sifatsifat orang yang berjaya menurut Heacox (1991), antaranya:

(i) Orang yang Berjaya Berorientasikan Matlamat Orang yang berjaya pandai membuat matlamat jangka pendek dajangka panjang. Matlamat tersebut merangkumi matlamat

peribadi dan matlamat akademik. Mereka juga akan sentiasa berusaha ke arah mencapai matlamat tersebut.

10

(ii) Berfikiran Positif Orang yang berjaya sentiasa baik sangka terhadap diri sendiri dan percaya bahawa dirinya boleh berjaya. Mereka ada pengalamanpengalaman kejayaan yang secukupnya dalam hidup dan mereka pasti boleh meneruskan kejayaan tersebut dengan baik.

(iii)Ada Keyakinan Diri Orang yang berjaya mempunyai fikiran dan perasaan yang positif mengenai kebolehan diri sendiri. Mereka bersedia menghadapi risiko apabila mencuba kaedah atau idea baru.

(iv)Sabar dan Tabah Orang yang berjaya tidak mudah patah semangat. Mereka tidak sekali-sekali membenarkan kegagalan (kecil atau besar)

menghampakan diri dan mengganggu perasaan. Sebagai bukti ketabahan, mereka akan "bangun semula pada setiap kali jatuh". Walaupun segala usaha tidak banyak menunjukkan hasil, mereka tetap mendapat faedah dan pengajaran daripada apa yang telah mereka lakukan.

(v) Ada Disiplin Diri Orang yang berjaya pandai membahagikan masa antara keutamaan tugas, kepentingan peribadi, dan kepentingan akademik. Mereka rnernberikan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam setiap kepentingan. Mereka juga berjaya menahan diri dari gangguan yang menghalang kejayaan mereka.

11

(vi)Bersyukur dan Bangga Orang yang berjaya berbangga dengan pencapaian yang mereka peroleh dan bersyukur dengan apa yang telah mereka capai, Mereka bersyukur dengan apa yang telah mereka lakukan dan memandang positif mengenai diri sendiri. Apabila perasaan ini tersemai dalam diri mereka, maka rasa kepuasan dalaman akan terbina, dan mereka tidak terlalu bergantung kepada faktor luaran atau orang lain mengatakan "well done" kepada mereka.

(vii) Dapat Melakukan Kerja dengan Cekap dan Mahir Mereka mempunyai kemahiran-kemahiran dan keperluan untuk berjaya. Siapa jua merekaatau apa jua bidang yang mereka ceburi, mereka ada apa yang mereka perlukan untuk berjaya.

(viii) Bersedia Mengambil Risiko Mereka rela bekerja lebih masa, dan bersedia untuk mencuba perkara-perkara baru dan tidak menghadkan pengetahuan atau kebolehan dalam satu-satu bidang sahaja. Mereka yakin dengan kebolehan mereka mematuhi peraturan dan berani menghadap cabaran

12

3.6. HUBUNGAN PELAJAR

ANTARA

MINAT,

SIKAP

DENGAN

PENCAPAIAN

MINAT PENCAPAIAN CEMERLANG PELAJAR

SIKAP

Rajah 2 : Model Hubungan Minat dan Sikap Terhadap Kejayaan Pelajar

Telah

banyak

kajian

berkaitan

faktor-faktor

mempengaruhi

pencapaian pelajar. Woolfolk (1998) mendefinisikan minat dan usaha merupakan aspek yang dikatakan telah mempengaruhi kejayaan

pembelajaran seseorang. Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan pencapaian pelajar ialah minat, sikap, gaya pembelajaran, kaedah pengajaran dan latar belakang keluarga. Di samping bahan dan alatan bantuan, aktiviti dan pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka (Biggs& Moore 1993). Minat mempunyai kaitan dengan sikap. Apabila seseorang meminati sesuatu maka ia akan bersikap positif terhadap perkara tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan. Namun, ada kalanya minat tidak selari dengan sikap seseorang. Seseorang pelajar yang berminat dengan mata pelajaran kejuruteraan tetapi malas untuk membuat kajian dan penerokaan tidak akan berjaya menjadi seorang Jurutera. Minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman. Kenworthy (dalam Noraini 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Hadiah Senin (1997), dalam kajiannya
13

mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah yang dilakukan terhadap 250 orang pelajar termasuk pelajar Melayu, Cina dan India dari lima buah sekolah di Batu Pahat Johor mendapati bahawa pelajar-pelajar yang baik pencapaiannya dalam mata pelajaran Sejarah adalah pelajar yang mempunyai minat terhadap mata pelajaran tersebut. Sikap pula wujud bersama manusia sejak dilahirkan. Sikap adalah nur atau cahaya dan roh yang ada dalam jasad manusia. Menurut Katz (1960), sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi seseorang individu dalam memberi nilai terhadap simbol objek atau apa yang disukai atau tidak. Sikap adalah sesuatu yang terhasil daripada perasaan, kepercayaan atau pemikiran seseorang terhadap objek psikologi. Adnan (1987) mendapati sikap pelajar terhadap sesuatu subjek mempunyai hubungan yang penting dengan pencapaian akademik mereka. Menurut Aminah (2008), dalam kajiannya mendapati bahawa sikap pelajar Melayu terhadap pembelajaran kurang menggalakkan apabila 73 peratus tidak suka membuat latihan tambahan, 50 peratus gagal menyelesaikan kerja rumah dan 48 peratus terlalu bergantung kepada guru (Utusan Malaysia, 17 Jun 2008). Abdullah dan Ainon (1997) mendefinisikan sikap sebagai apa yang kita sukai dan apa yang kita tidak sukai. Sikap menggambarkan kesediaan untuk melakukan sesuatu. Sikap juga menggambarkan kepercayaan seseorang berkenaan sesuatu perkara. Menurut Aiken (1976) sikap merupakan kecenderungan untuk bertindak secara positif atau negative terhadap objek tertentu, situasi, institusi, konsep atau seseorang. Menurut Abdul Rahim (2001) pula mendapati bahawa sikap memberi kesan yang khusus kepada tingkah laku, daya usaha, minat dan kesedaran.

14

3.7. BAGAIMANA MENJADI PELAJAR CEMERLANG Setiap pelajar ingin menjadi pelajar cemerlang dan sentiasa menanam cita-cita untuk menjadi yang terbaik. Dibawah menyenaraikan kaedah bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang. Marilah kita berkongsi ilmu yang diperolehi untuk membantu kita dalam mengapai citacita. Antara kaedah-kaedahnya ialah: (i) Belajar Dalam Persekitaran Yang Kondusif Persekitaran memainkan peranan penting untuk menjadi pelajar cemerlang. Tempat yang selesa menjadikan proses pembelajaran juga lebih selesa. Antara ciri-ciri persekitaran belajar yang selesa ialah: 1. 2. 3. Tenang / damai Sumber tenaga atau lampu yang mencukupi Elakkan daripada gangguan bunyi bising

Misalnya mengulang kaji dalam bilik lampu yang terang, dapat membantu pelajar mengulang kaji dengan lebih selesa. Selain itu elakkan perkara- perkara yang mengganggu proses pembelajaran seperti radio, television dan sebagainya. Para pelajar juga tidak digalakkan mengulang kaji di atas katil kerana menyebabkan pelajar tersebut cepat mengantuk.

(ii)

Sentiasa Bersedia Persiapan awal seseorang pelajar dapat dilakukan hanya melalui cara pembelajaran yang konsisten. Pelajar perlu mengulang kaji secara konsisten untuk mengelakkan kesukaran menelaah ilmu pada kemudian hari. Oleh itu pelajar dapat memahami

pelajarannya dengan lebih mudah, tenang serta tanpa sebarang tekanan apabila mereka mengamalkan teknik belajar secara konsisten. Cara pembelajaran disaat akhir mestilah dielakkan bagi
15

memudahkan kita mengulangkaji dengan lebih tenang dan tidak merasa tertekan. (iii) Menentukan Matlamat Setiap pelajar hendaklah mempunyai matlamat utama. Fakta utama yang menjadi asas kea rah mencapai kejayaan ialah penentuan matlamat. Pelajar perlu mempunyai matlamat tersendiri dalam merencanakan kejayaan yang diingini. Tanpa matlamat, kecemerlangan tidak mungkin di kecapi oleh pelajar. Misalnya kejayaan Nur Amalina yang mencapai 17A dalam peperiksaan SPM pada tahun 2004. Beliau mempunyai matlamat yang jelas untuk mencapai kejayaan.

(iv) Sentiasa Melakukan Amalan Kerohanian Amalan ini merupakan amalan yang dapat menstabilkan emosi. Amalan ini juga merupakan amalan yang paling berkesan dalam menstabilkan emosi dan keharmonian jiwa. Oleh itu untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar seharusnya melibatkan diri dalam proses menjernihkan jiwa iaitu dengan melakukan amalan-amalan kerohanian. Antara amalan kerohanian yang dapat membantu para pelajar menemui kedamaian jiwa dan kestabilan emosi ialah melakukan solat hajat, berdoa, solat tahajud dan berzikir. Begitu juga dengan agama lain yang mempunyai amalan kerohanian yang tersendiri.

(v)

Membuat Nota Ringkas Untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar perlu membuat nota ringkas untuk memudahkan proses mengulang kaji apabila tiba musim peperiksaan. Dengan adanya nota ringkas tersebut, dapat membantu pelajar menjamin ingatan dan kuasa ingatan seseorang pelajar dalam masa yang singkat.
16

Tambahkan warna-warna yang menarik dalam nota ringkas kerana otak lebih mudah mengingat jika mengunakan warnawarna.

(vi) Mengulangkaji Learning

Dengan

Menggunakan

Kaedah

Output

Kaedah ini melatih otak supaya menggunakan maklumat yang terkumpul. Kaedah ini dapat dilakukan melalui pembacaan buku nota, melakar, menyebut perkataan yang difahami dan menjawab soalan. Kaedah ini sering digunakan oleh para pelajar untuk mencapai kecemerlangan yang lebih berkesan. Mencari kata kunci yang mudah diingati oleh pelajar sendiri.

Beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah S.W.T titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran AlQuran ialah : (i) Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1] Iman dan kejayaan disebut oleh Allah S.W.T dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

(ii) Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati "iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2] Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
17

(iii) Prioriti. Mengutamakan apa yang utama. "dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3] Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum. Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah S.W.T, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran. Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru mendatangkan kerana faedah perkara-perkara kepada masa sebegini anda, tidak tidak

depan

menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

18

(iv) Prihatin sesama kita "dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4] Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawankawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lainlain. Sharing is caring.

(v) Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan "dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7] Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan belajar berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

(vi) Jujur, amanah " dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8] Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya

19

kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana? Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

(vii) Tepati waktu "dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9] Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan. Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya. " Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

20

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

21

4.0 MOTIVASI INTRINSIK DAN EKSTRINSIK

4.1. JENIS-JENIS MOTIVASI Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari luar diri seseorang. Dalam pembelajaran, guru perlu tahu sama ada pelajarnya cenderung ke arah motivasi yang timbul dari dalam ataupun dari luar diri mereka. Ini perlu supaya guru dapat bertindak dengan sewajarnya bagi memberikan rangsangan kepada pelajarnya supaya berusaha.Motivasi yang berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu disebut motivasi intrinsik. Motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran adalah motivasi ekstrinsik. Di dalam kelas, guru perlu tahu jenis peneguhan yang hendak diberikan dan sekerap mana ia perlu diberikan. Ada peneguhan yang dapat diberikan dengan kerap, contohnya pujian sokongan ataupun pujukan. Menurut Kazdin (1984), peneguhan lebih berkesan sekiranya diberikan dengan kerap pada peringkat pembelajaran baru. Oleh itu, semasa pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaik-baiknya diberikan pujian dan sokongan dengan kerap. Hukuman ataupun deraan adalah suatu bentuk peneguhan negatif dan ia sebaik-baiknya tidak diberikan. Hukuman lazimnya digunakan oleh guru bagi menghapuskan kelakuan pelajar yang tidak baik.Hukuman ini mungkin sebagai kerja tambahan, kelas tahanan, deraan fizikal dan pelbagai jenis hukuman lagi.Guru juga menggunakan sindiran, kemarahan dan kritikan bagi mengawal kelakuan pelajar.Hampir semua jenis hukuman memberikan kesan buruk kepada pelajar.Oleh itu, peneguhan jenis ini lebih baik dielakkan.Hukuman boleh diberikan sekiranya jenis hukuman itu

dibenarkan oleh pihak sekolah, Jabatan Pendidikan ataupun Kementerian Pendidikan.

22

4.2. MOTIVASI INTRINSIK Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada

rangsangan dalaman.Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran. Sebagaimana yang sudah dibincangkan, Bruner (1966) mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan bagi murid yang baru masuk sekolah.Bagaimanapun, bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi.Terdapat juga motivasi intrinsik dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan.Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya. Harter (1981) mengenal pasti lima dimensi kecenderungan motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran. Dimensi-dimensi ini adalah cabaran, insentif bekerja bagi memuaskan minat dan sifat ingin tahu, percubaan penguasaan yang bebas, penilaian yang bebas berkenaan apa yang hendak dilakukan di dalam kelas dan kriteria dalaman untuk kejayaan. Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang mencabar.Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati guru bagi mendapat gred yang baik.Mereka lebih suka mencuba mengatasi masalah dengan sendiri daripada bergantung pada bantuan ataupun bimbingan guru.Mereka juga menerapkan suatu sistem penguasaan matlamat dan taraf penilaian yang membolehkan mereka membuat penilaian bebas berkenaan kejayaan ataupun kegagalan mereka di dalam kelas tanpa bergantung pada guru bagi mendapat maklumat ataupun penilaian. Menurut Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. Seseorang itu mengalami motivasi intrinsik yang tinggi sekiranya dapat melakukan sesuatu yang digemari seperti memandu kereta, melawat
23

tempat-tempat yang disukai, memilih tempat penginapan dan memilih makanan yang diidamkan.Sekiranya dia diberikan hadiah seperti lawatan ke tempat-tempat yang ditentukan oleh badan penganjur, tempat penginapan dan jenis makanan juga ditentukan oleh pihak itu, dia tidak mendapat peluang hendak menentukan segala-galanya sendiri.Oleh itu, motivasi intrinsiknya menjadi terlalu rendah. Guru yang mahu meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam bidang akademik perlu mewujudkan suasana akademik yang memberi peluang kepada pelajar mengawal.Guru juga perlu menentukan pelajar itu dapat melakukannya dengan cemerlang dalam keadaan itu.Walau bagaimanapun, perlu ditentukan terlebih dahulu yang pelajar itu

mempunyai persepsi yang diri mereka berkebolehan. Sekiranya mereka tidak mempunyai persepsi seperti itu, peluang-peluang yang diberikan bagi mengawal tidak akan digunakan dengan sempurna.

4.2.1. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Motivasi Intrinsik (i) Persepsi Kebolehan Seseorang itu membentuk kebolehan yang dipersepsi daripada penilaian berkenaan kebolehannya oleh orang lain. Kebolehan yang dipersepsi daripada penilaian berkenaan kebolehannya yang sebenar.Semakin tinggi pencapaian seseorang pelajar, semakin besar kemungkinan pelajar yang rasa itu menilai ini dirinya sebagai

berkebolehan.Kebolehan bagaimana pelajar itu

dipersepsi berkenaan

mempengaruhi yang

dirinya.Pelajar

mempunyai kebolehan yang dipersepsi yang tinggi kemungkinan besar mempunyai keyakinan diri sendiri.Pelajar ini sukakan cabaran, mempunyai sifat ingin tahu dan bertindak bebas bagi mencapai kemahiran.

24

(ii) Persepsi kawalan Kajian yang dijalankan oleh Harter (1981), Nicholls (1984) dan Weiner (1984) menunjukkan, pelajar menyatakan kejayaan dan kegagalan mereka di sekolah disebabkan oleh punca-punca dalaman yang dapat dikawal seperti usaha sendiri dan berupaya berusaha dalam keadaan sebenar.

(iii) Perasaan dalam pembelajaran Perasaan merangkumi sikap, nilai, minat dan pilihan yang ditunjukkan oleh individu pada sesuatu benda, perkara ataupun orang.Di sekolah, perasaan yang ditunjukkan oleh pelajar berkait dengan mata pelajaran yang dipelajari, guru dan sekolah.Seseorang pelajar mungkin mempunyai perasaan positif pada sesuatu mata pelajaran. Dia lebih sukakan mata pelajaran ini daripada mata pelajaran lain. Dia akan berusaha dengan giat bagi mendapatkan gred yang tinggi bagi mata pelajaran ini. Gred yang baik akan meyakinkannya yang dia benar-benar berkebolehan dalam bidang itu. Di sini, dapat dikatakan bahawa perasaan pelajar pada sesuatu mata pelajaran mempengaruhi pencapaiannya dan pencapaian ini mempengaruhi motivasinya. Kelakuan dan tugasan individu dipengaruhi oleh kebolehan dan caranya mengawal keadaan.Konsep kendiri positif memberi

keyakinan kepada individu yang dia mampu melakukan sesuatu tugasan.Selain itu, individu dapat menentukan sendiri tugasannya. Dia akan melibatkan diri dalam tugasan itu dan juga matlamat yang mendatangkan kejayaan kepadanya. Individu hanya akan

mempunyai konsep kendiri yang dia berkebolehan dan dapat mengawal usahanya sekiranya dia mempunyai motivasi intrinsik untuk berusaha tinggi. Terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan bagi membantu pelajar dalam mempertingkatkan motivasi intrinsik mereka. Ramalan keadaan Rothaum, Weisz dan Synder (1982)
25

berpendapat, cara bagi memper-tingkatkan persepsi diri pelajar pada kebolehan dan kawalan usaha adalah dengan mewujudkan keadaan yang dapat diramalkan bagi membolehkan mereka belajar. Tingkah laku produktif wujud sekiranya keadaan dapat

diramal.Bandura (1986) pula mengatakan, individu mengalami ketegangan sekiranya dia bekerja dalam suasana yang dia tidak dapat mengawalnya dan dia tidak mempunyai kebolehan.Ini mendatangkan dua implikasi.Pertama, dia mungkin menarik diri iaitu tidak melakukan tugasannya. Kedua, dia mungkin menjadi terlalu bergantung pada orang lain dalam melakukan tugasannya. Guru dapat memainkan peranan dalam mengurangkan ataupun

menangani ketegangan ini. Contohnya, dengan menganjurkan program orientasi kepada pelajar baru.Ini dapat mendedahkan mereka kepada situasi baru di sekolah itu. Minat intrinsik dalam pelajaran dapat dikekalkan dengan memberi tugasan yang seimbang.Tugasan itu perlu seimbang iaitu ada soalan yang mudah dan ada soalan yang sukar.Yang penting, persepsi diri pelajar tidak terjejas.Pelajar perlu melahirkan

kebolehan yang baru bagi mengekalkan motivasi intrinsik.

(iv) Bantuan pengajaran Faktor yang dapat meningkatkan konsep kendiri pelajar berkenaan kebolehannya adalah kejayaan dalam sesuatu tugasan.Biasanya pelajar memerlukan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan yang sukar. Guru biasanya memberitahu pelajar prosedur bagi menyelesaikan tugasannya. Guru jarang memberi peluang kepada pelajar memikirkan cara tersendiri bagi memperoleh kejayaan dalam tugasannya. Guru sebaik-baiknya mendedahkan pelajar kepada kemahiran membuat keputusan sendiri.Biarkan pelajar membuat keputusan sendiri tetapi dengan bimbingan guru.Ini dapat

meningkatkan motivasi intrinsik pelajar. Cara lain yang dapat


26

dilakukan adalah dengan memberi bantuan pengajaran kepada mereka. Ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara: a) Menunjukkan contoh Guru perlu menunjukkan contoh berkenaan apa yang pelajar perlu lakukan. Ini lebih baik daripada memberitahu pelajar berkenaan apa yang mereka perlu buat. Ini membolehkan pelajar menghayati sifat-sifat yang terdapat dalam contoh itu.Dalam keadaan ini, guru memberi peluang kepada pelajar supaya berfikir, mengawal usaha dan menentukan bagaimana serta sejauh mana pelajar bergantung pada contoh-contoh yang diberi.

b) Pembahagian tugas Strategi ini membolehkan guru memberi tugasan yang mencabar kepada pelajar.Tugasan dapat dibahagi kepada bahagianbahagian kecil dan setiap bahagian dilakukan oleh beberapa orang pelajar. Contohnya, sebelum guru meminta pelajar mengarang sebuah esei, guru akan meminta pelajar

menyediakan rangka esei. Guru terlebih dahulu membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberi tugasan kecil seperti bahagian pengenalan, isi-isi penting dan penutup. Perbincangan diadakan sebelum setiap pelajar mengarang esei itu secara individu.

c) Berkongsi tugasan Pendekatan ini hampir sama dengan pendekatan pembahagian tugasan. Kedua-dua pendekatan ini memerlukan tugasan dibahagi-kan kepada tajuk-tajuk ataupun bahagian-bahagian yang lebih kecil.Contohnya, berkenaan sejarah dalam aktiviti menghasilkan ini dapat

dokumen

Malaysia.Tajuk

dipecahkan kepada beberapa contoh kecil dan kumpulan kecil


27

pelajar hanya perlu membuat satu tajuk kecil.Kemudian, maklumat tajuk-tajuk kecil ini digabungkan bagi menghasilkan satu dokumen yang lengkap.

4.3. MOTIVASI EKSTRINSIK Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya.Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorongkan pelajar belajar. Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang pelajar kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya usaha pelajar itu meningkat. Peneguhan adalah suatu motivasi ekstrinsik yang boleh memberi kesan kepada tingkahlaku seseorang pelajar.

4.3.1. Peneguhan Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, keduanya, pertamanya untuk untuk memuaskan tekanan kehendakindividu; dan merangsang

mengurangkan

otak.Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif danpeneguhan negatif.

(i) Peneguhan Positif Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan,yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.Dalam bilik darjah,peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran.Contoh-contoh peneguhan
28

positif yang boleh diberikandalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar

melakukansesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, sebagainya. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerjayang bermutu tinggi.Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik.Hanyatingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan.Guru juga mestilah ikhlasketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif)yang memberi kesan ialah (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c)memuji tanpa pilih kasih, (d) memuji usaha dan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yangspesifik dan (f) memuji jawapan atau respons yang spontan. menepuk bahu pelajar,memberi hadiah dan

(ii) Peneguhan Negatif Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru.Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak menyiapkan kerja sekolah tersebut.Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).Segala hal yang tidak menyenangkan secara potensi dapat menjadi pengukuh negatif.

29

4.4. KAITAN ANTARA MOTIVASI INTRINSIK DAN MOTIVASI EKSTRINSIK Setiap manusia dapat dimotivasikan secara intrinsik ataupun ekstrinsik.Individu yang bermotivasi intrinsik mempunyai dorongan

dalaman.Mereka melakukan sesuatu atas kesedaran diri sendiri. Mereka tidak memerlukan unsur-unsur luar seperti orang lain ataupun peristiwa luar bagi menggiatkan mereka mencapai sesuatu matlamat. Mereka sendiri menentukan objektif dan seterusnya mencapai objektif itu. Deci dan Ryan (1985) berpendapat, manusia akan bermotivasi intrinsik apabila mereka mempunyai persepsi ataupun konsep kendiri yang mereka berkebolehan dan mampu membuat keputusan sendiri.

Sebaliknya, orang yang bermotivasi ekstrinsik tidak yakin mereka berkebolehan ataupun mampu membuat keputusan. Mereka bergantung pada orang lain dalam membuat keputusan dan melaksanakan tugasan mereka. Kadang-kadang mereka bekerjasama dengan orang lain yang lebih berkebolehan bagi mendapatkan kebaikan. Seseorang yang tidak mempunyai motivasi intrinsik perlu diberi motivasi ekstrinsik agar lamakelamaan motivasi intrinsik akan terbina dalam dirinya dan seseorang yang telah mempunyai motivasi intrinsik perlu juga diberi motivasi ekstrinsik agar motivasi intrinsik yang ada terus berkekalan dalam dirinya. Manusia biasanya tidak akan berada pada satu jenis motivasi sahaja. Kadang kala, individu bermotivasi intrinsik dan kadang kala bermotivasi ekstrinsik.Ini bergantung pada situasi dan keperluan individu.

30

5.0 KEYAKINAN DIRI

5.1. DEFINISI KEYAKINAN DIRI Menurut Kamus Dewan Edisi ke-empat, keyakinan bermaksud kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Manakala keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya Menurut definisi psikologi pula, keyakinan diri adalah himpunan kepercayaan atau bagaimana kita melihat diri kita sendiri. Kepercayaan dan juga bagaimana kita melihat diri sendiri pula dipengaruhi oleh motivasi, sikap dan tingkah laku seseorang. Ahli psikologi bernama Shauger mendefinisikan keyakinan diri ini sebagai anggapan seseorang tentang kompetensi dan keterampilan yang dimiliki serta kesanggupan untuk menangani berbagai macam situasi . Menurut Bandura 1986 pula, mengatakan keyakinan diri adalah merupakan persepsi tentang kemampuan individu untuk mengorganisasi dan mengimplementasi tindakan untuk menterjemahkan sesuatu. Manakala Pervin 1994 mendifinisikan keyakinan diri sebagai kemampuan yang dimiliki untuk membentuk perilaku yang relevan pada tugas atau situasi yang khusus. Oleh itu,dapat disimpulkan bahawa keyakinan diri adalah perasaan individu mengenai kemampuan dirinya untuk membentuk perilaku yang relevan dalam situasi-situasi khusus yang mungkin tidak dapat diramalkan dan mungkin menimbulkan stres.

31

5.2. KEPENTINGAN MEMBINA KEYAKINAN DIRI Kebolehan mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri. Ini bermakna lebih yakin seseorang itu terhadap dirinya maka lebih terbukalah kejayaan untuknya. Menurut Luxori (Percaya Diri, 2005) menyatakan keyakinan diri dapat mempengaruhi individu seperti berikut:(i) Akan bermotivasi untuk melakukan sesuatu sehingga

terpengaruh dalam tingkah laku (ii) Mampu mengambil keputusan dan menentukan pilihan yang tepat, efisyen dan efektif. (iii) Membuat individu menjadi lebih mampu dan motivasi untuk mengembangkan dan memperbaiki diri serta melakukan

berbagai inovasi sebagai lanjutannya. Seterusnya, Burns pula mengatakan dengan kepercayaan diri yang cukup, seseorang individu akan dapat mengaktualisasikan potensi yang dimilikinya dengan yakin dan mantap. Secara jelas tokoh ini menyatakan bahawa kepercayaan yang tinggi amat beperanan kepada memberikan sumbangan dalam hidup seseorang, kerana apabila individu percaya dirinya mampu untuk melakukan sesuatu, maka akan timbul motivasi untuk individu tersebut melakukan dengan jayanya. Ahli psikologi bernama Emma Young telah membuktikan bahawa keyakinan diri menyumbang ke arah kejayaan. Kajian beliau pada tahun 2001 terhadap pasukan ragbi Australia yang telah banyak memenangi kejohanan ragbi dunia sejak tahun 1975 telah menunjukkan bahawa setiap pemain Australia atau yang pernah menerima latihan ragbi di Australia mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat tinggi dan yakin untuk menang di setiap perlawanan hasil daripada latihan yang intensif, berterusan dan sistematik. Maka tidak hairanlah pasukan Australia terus mendominasi sukan di peringkat dunia sehingga ke hari ini.

32

5.3. SUMBER- SUMBER MEMBINA KEYAKINAN DIRI 5.3.1. Pengalaman kejayaan Pengalaman pengaruhnya kejayaan adalah sumber yang paling besar keyakinan diri individu yang mana

terhadap

menyebabkan keyakinan diri individu meningkat, sementara kegagalan yang berulang akan mengakibatkan menurunnya keyakinan diri, khususnya jika kegagalan terjadi ketika keyakinan diri individu belum benar-benar terbentuk secara kuat.

5.3.2. Pengalaman individu lain Individu tidak hanya bergantung pada pengalaman

kegagalan dan kejayaan sendirinya sahaja sebagai sumber keyakinan diri. Keyakinan diri juga dipengaruhi oleh pengalaman individu lain. Pengamatan individu akan kejayaan individu lain dalam bidang tertentu akan meningkatkan keyakinan diri individu tersebut pada bidang yang sama. Individu melakukan pujukan terhadap dirinya dengan mengatakan jika individu lain dapat melakukannya dengan berjaya, maka dirinya juga memiliki kemampuan untuk melakukannya dengan baik. Manakala, pengamatan individu terhadap kegagalan yang dialami individu lain walaupun telah melakukan banyak usaha akan menurunkan penilaian dirinya terhadap kemampuan sendiri dan seterusnya mengurangkan usahanya untuk mencapai kejayaan. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keyakinan diri individu mudah dipengaruhi oleh pengalaman individu lain, iaitu kurangnya pemahaman individu tersebut tentang kemampuan

orang lain dan kurangnya pemahaman individu akan kemampuan dirinya sendiri.

33

5.3.3. Pujukan/Motivasi secara verbal Motivasi secara verbal boleh digunakan untuk meyakinkan individu bahawa dirinya memiliki kemampuan tersendiri yang membolehkan individu tersebut meraih apa yang diinginkan.

5.3.4. Keadaan fisiologi. Penilaian individu akan kemampuannya dalam

melaksanakan sesuatu tugas sebahagiannya dipengaruhi oleh keadaan fisiologi. Emosi dan keadaan fisiologi yang dialami oleh seseorang individu memberikan suatu isyarat sehingga situasi

yang menekan cenderung dihindari. Contohnya, informasi dari keadaan fizik seperti jantung berdebar, keringat dingin, dan gemetar menjadi isyarat bagi individu bahawa situasi yang dihadapinya berada di atas kemampuannya.

5.4. PUNCA-PUNCA KETIDAKYAKINAN DIRI Terdapat beberapa punca yang menyumbang kepada kurangnya keyakinan individu terhadap dirinya sendiri, antaranya ialah:(i) Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup atau hala tuju yang tidak menentu / tidak jelas (ii) Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap (iii) Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan (iv) Kurang kemahiran dan persediaan (v) Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis (vi) Kemiskinan akibat kurangnya idea serta Sains Kejayaan Hidup (vii) Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang sihat / cergas
34

Ciri-ciri orang yang mempunyai keyakinan diri yang rendah boleh dilihat dari petanda-petanda yang ditunjukkan oleh individu itu sendiri,

contohnya:-

(i) Kurang senyum (ii) Risau dan kelihatan risau (iii) Gugup dan kelihatan gugup (iv) Kurang berinteraksi (v) Malas bekerja atau berusaha (vi) Bersikap sambil lewa dan kelihatan selekeh (vii) Suka meminta-minta (viii) Mudah putus asa (ix) Suka gossip dan mengumpat (x) Defensif dan cepat marah (xi) Mudah atau suka berbohong

5.5. CARA-CARA MEMBINA KEYAKINAN DIRI. Keyakinan diri adalah bukan suatu yang diperolehi sejak dari lahir, tetapi ianya hendaklah dibentuk secara beperingkat melalui pengalaman kehidupan. Terdapat beberapa cara untuk membina keyakinan diri, antaranya ialah:(i) Kenali diri sendiri. Perhatikan kekuatan dan juga kelemahanan diri. Buang mana-mana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari semasa ke semasa.

35

Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.

(ii) Terima diri kita seadanya tanpa syarat. Jangan membandingkan diri dengan orang lain. Terima diri sendiri walau apa pun. Perkara yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian atau rupa paras hendaklah diterima dan menyayanginya. Aspek penampilan diri boleh diubah misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang menyakinkan, kegemukan badan dan cara bersosial. Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini tidak mempunyai segalagalanya. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tetapi kebanyakannya memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.

(iii) Amalkan bual diri yang positif. Menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung banyaknya.Contohnya dengan selalu mengatakan melakukan, aku mampu untuk lakukannya". " Aku mesti

(iv) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang Berjaya. Belajar bagaimana rakan-rakan boleh berjaya dari aspek

perancangan, azam, kegigihan, cara pergaulannya dan apa sahaja yang boleh dijadikan panduan membina kayakinan diri. Hindarkan diri dari orang yang boleh menghancurkan dan menyebarkan racun minda.

36

(v) Iktiraf Akui dan hargai setiap kajayaan yang telah diciptakan walaupun sekecil mana pun. Hadiahkan diri sendiri apabila mencapai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri, beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. Yang lebih baik ialah raikan kejayaan diri bersama ahli keluarga dan rakan taulan.

(vi) Imbas kembali semua kejayaan. Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran untuk

memasukkan emosi pengalaman manis sewaktu berjaya. Tambahkan dengan gambaran mental kejayaan yang diinginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah kejayaan tersebut telahpun dicapai. Rasakan kegembiraan dan keseronokan tersebut dalam mengiktiraf akan kemampuan dan kebolehan diri. Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah sedar untuk dibina satu kepercayaan dan tanggapan yang positif bagi diri untuk sentiasa berada di puncak. Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. Keyakinan tumbuh secara beransuransur, oleh itu lakukan perkara yang ingin dilakukan. Dalam proses tersebut memang ada kekurangan namun, hendaklah terus

melakukannya dan menilai semula amalan sehingga mencapai kesempurnaan yang diharapkan.

(vii) Perbaiki kemahiran komunikasi. Belajar dan selalu mengamalkan komunikasi secara efektif . Berperanan menjadi pendengar yang baik dan keluarkan pendapat apabila diberi peluang. Selalu mencuba kebolehan komunikasi dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai.Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang semasa berkomunikasi.
37

(viii) Belajar matlamat.

kemahiran

yang

berkaitan

dengan

cita-cita

dan

Setiap perkara berkaitan memerlukan ilmu untuk dilakukan dengan yakin. Ilmu dan amalan secara istiqamah mengenai perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri.

(ix) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas. Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk dicapai. Dengan adanya matlamat ianya dapat menguji dan membina keyakinan diri .

(x) Tabahkan diri Anggap diri tidak pernah gagal cuma sebenarnya yang kurang adalah hasil kepada usaha yang telah dilakukan. Sepertimana kata Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali dalam kajiannya menyatakan bahawa "Saya tidak gagal tetapi saya telah menemui cara yang salah untuk mencipta mentol ".

5.6. CIRI-CIRI INDIVIDU YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI Fatimah, seorang ahli psikologi Indonesia di dalam bukunya bertajuk Psikologi Perkembangan (2006) menggariskan ciri-ciri individu yang berkeyakinan tinggi adalah seperti berikut: (i) Percaya akan kemampuan atau kebolehan diri, hingga tidak memerlukan pujian atau penerimaan orang lain.

38

(ii) Tidak terdorong untuk menunjukkan sikap hipokrit demi diterima oleh orang lain atau masyarakat. (iii) Berani menerima dan menghadapi kritikan orang lain, berani menjadi diri sendiri. (iv) Mempunyai pengurusan diri yang baik dan emosi yang stabil. (v) Mempunyai internal locus of control (memandang hasil atau kegagalan, bergantung kepada usaha sendiri dan tidak mudah menyerah kepada nasib). (vi) Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri, orang lain dan keadaan persekitaraan.

5.7. KEYAKINAN DIRI DALAM KONTEKS PELAJAR Dalam persekitaran pelajar, masalah keyakinan diri selalunya wujud terutamanya di dalam bilik darjah. Masalah ini sedikit sebanyak mempengaruhi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mana akan menyebabkan tiada respon pelajar semasa P&P dan menyebabkan suasana pembelajaran akan menjadi pasif. Terdapat beberapa indikator yang menunjukkan pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri, antaranya ialah :(i) Tidak mahu mencuba perkara baru Seorang pelajar atau kanak-kanak yang tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi tidak berani mencuba perkara baru. Perkataanperkataan "Saya bodoh", "saya tidak boleh pandai sampai bila-bila pun" atau `peduli apa, tak ada orang yang pedulikan aku,' adalah antara perkataan-perkataan yang sering diucapkan oleh pelajar yang rendah keyakinan diri.

39

(ii) Mudah mengalah Pelajar yang berkeyakinan diri rendah mudah mengaku kalah dan sering berharap orang lain atau guru akan membantu

menyelesaikan masalah mereka.

(iii)Bersikap pesimis Sentiasa melihat sesuatu perkara dalam aspek yang negatif atau pesimis adalah juga ciri yang dimiliki oleh pelajar yang tidak yakin dengan diri sendiri. Pelajar ini lebih suka memikirkan apa akan jadi sekiranya mereka gagal dalam peperiksaan daripada memikirkan kebahagiaan yang akan mereka kecapi sekiranya mereka berjaya.

(iv)Tidak suka bergaul Pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri jelas dapat dilihat daripada cara mereka bergaul. Mereka kurang berinteraksi dengan orang lain dan tidak suka aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai. Aktiviti-aktiviti berkumpulan sangat tidak digemari dan sangat takut menghadapi cabaran-cabaran baru.

Oleh itu, ibu bapa dan guru seharusnya memainkan peranan penting dalam membantu pelajar membina keyakinan diri. Perkara

pertama dan penting diingati ialah berhati-hati dengan apa yang diucapkan terutamanya terhadap kanak-kanak yang sedang membesar. Seperti yang disebutkan di atas, keyakinan diri seseorang terbentuk berdasarkan pengalaman-pengalaman yang pernah

dilaluinya.Kanak-kanak sebenarnya sangat sensitif dengan kata-kata orang yang dekat padanya terutama ibu bapa dan guru-guru.

40

Bagi membina keyakinan diri pada pelajar ini, hendaklah sentiasa bukan sahaja memuji hasil atau kerja-kerja baik yang dilakukannya, tetapi juga usaha yang telah dilakukannya. Sebagai contoh, jika seseorang pelajar itu tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan di sekolah, tidak seharusnya berkata: "Awak perlu berusaha dengan lebih keras. Pasti berjaya." Sebaliknya apa yang perlu dikatakan ialah "Walaupun awak tidak berjaya kali ini, saya bangga kerana awak telah menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh." Kesimpulannya, apa yang penting ialah seharusnya sentiasa lebih menghargai usaha yang dilakukan daripada hanya melihat hasilnya. Untuk membentuk keyakinan diri pelajar, ibu bapa atau guru juga perlu menjadi contoh terbaik. Usaha untuk menggalakkan pelajar berfikiran positif sia-sia jika guru sendiri tidak yakin pelajarnya akan lulus cemerlang dan berjaya. Persepsi-persepsi salah yang menjadi kepercayaan pelajar

hendaklah diperbetulkan sebelum akhirnya akan meruntuhkan keyakinan diri mereka. Contohnya, jika ada pelajar yang mengatakan dia tidak pandai Matematik dan justeru mengatakandia bukan pelajar yang baik, adalah salah dan harus diperbetulkan. Pemikiran dan kepercayaan ini akan terus menerus membatasi dirinya untuk berjaya dan menjadi lemah semangat. Generalisasi salah ini akan membuatkannya putus harap terhadap kelebihannya yang lain. Pujuk pelajar tersebut dengan menyakinkan dia bahawa dia seorang pelajar yang baik dan apa yang perlu dilakukan ialah memberikan lebih masa sedikit dalam subjek Matematik dan bersama-sama untuk membantunya menyelesaikan masalah tersebut. Sentiasa memuji mereka dengan kata-kata yang

memberangsangkan. Lakukan dengan penuh spontan seperti sentiasa memeluk dan mengatakan perasaan bangga dengan mereka.Tetapi, anda perlu melakukannya dengan penuh ikhlas kerana kanak-kanak sangat sensitif dan tahu sama ada sesuatu perkara itu dilakukan dengan ikhlas atau tidak.
41

Sebenarnya, keyakinan diri pada seseorang itu bermula seawal usia bayi. Jika diperhatikan, usaha bayi untuk menyuapkan makanan ke mulutnya adalah pengalaman berguna kepada bayi ini mengenai sikap mencuba dan terus mencuba. Konsep mencuba, gagal, mencuba, gagal dan mencuba sehingga akhirnya berjaya sebenarnya membina kepercayaan kepada bayi itu mengenai kebolehannya. Sikap dan pelbagai pengalaman lain yang dibawa bersama-sama dengan proses pembesaran inilah yang membentuk keyakinan diri pada seseorang. "Apabila sesuatu bangsa tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri, maka sudah tentu bangsa itu akan kekal dalam kehinaan." - Tun Dr. Mahathir Mohamad

42

6.0 MATLAMAT, PERANCANGAN DAN PENGURUSAN DIRI

6.1. MATLAMAT
Apa maksud matlamat? Matlamat secara ringkasnya bermaksud sesuatu yang ingin anda capai. Selalunya, ia akan melibatkan penggunaan masa dan usaha yang bersungguh-sungguh. Sebenarnya, anda menggunakan matlamat setiap hari. Contohnya, anda ingin pergi ke kedai untuk membeli gula. Jadi, gula itu adalah matlamat anda pergi ke kedai. Anda hendak pergi ke padang untuk bermain bola. Jadi bermain bola adalah matlamat anda pergi ke padang. Senang bukan? Contoh di atas itu adalah contoh matlamat yang mudah. Anda tidak perlu berfikir panjang untuk menetapkan matlamat tersebut. Anda juga tidak perlu bersusah payah untuk mencapai matlamat anda. Jika matlamat anda adalah membeli gula di kedai, anda cuma perlu pergi ke kedai, beli gula dan pulang ke rumah. Mudah sahaja matlamat itu terlaksana. Bagaimana jika anda ubah sedikit matlamat anda di atas. Katakan, anda ingin pergi ke kedai, beli gula dan pulang ke rumah dalam masa 10 minit. Selalunya anda perlu mengambil masa selama 20 minit. Tentu matlamat ini akan jadi lebih mencabar bukan? Apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai matlamat baru ini? Jelas sekali, anda tentu perlu fikirkan berapa lama masa yang anda boleh jimatkan dalam perjalanan. Kalau selama ini anda berjalan, perlukah anda berlari? Anda juga perlu fikirkan tentang menjimatkan masa semasa membeli gula itu. Kalau selama ini anda suka meronda-ronda, berjalan-jalan dan membuang masa memerhatikan barang-barang yang anda tidak perlukan, perlukah anda hentikan semua itu dan terus dapatkan gula apabila anda sampai?

43

Semua persoalan baru yang timbul ini adalah disebabkan anda mempunyai matlamat yang lebih jelas dan lebih menarik. Matlamat ini semua memerlukan anda untuk berfikir dengan lebih kreatif. Anda juga perlu bersedia untuk membuat perubahan dan sanggup berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Penentuan matlamat yang baik menggabungan kriteria SMART matlamat adalah : spesifik, boleh diukur, tepat, realistik dan tepat pada masa. LETTER S MAJOR TERM SPECIFIC KHUSUS MINOR TERMS Significant, Simple M MEASURABLE DIUKUR Meaningful, Motivational, Manageable A ATTAINABLE DICAPAI Appropriate, Achievable, Agreed, Actionable, Ambitious, Assignable, Adjustable, Aligned, Stretching,

Aspirational, Acceptable, Action-focused R RELEVANT RELEVAN Result-Based, oriented, Results-

Resourced,

Resonant, Realistic T TIMELY TEPAT PADA MASANYA Time-oriented, framed, Timed, Time Time-

based,Timeboxed, Timebound, Time-Specific,

Timetabled, Time limited, Trackable, Tangible JADUAL 1 : S.M.A.R.T. Goals

44

6.1.1. Matlamat (Goal setting) : Pendekatan S.M.A.R.T.

LETTER S

MAJOR TERM SPECIFIC KHUSUS

MINOR TERMS Significant, Simple Stretching,

Matlamat adalah jelas dan tidak samar; tanpa ragam dan platitudes. Untuk membuat matlamat tertentu, mereka mesti

memberitahu tepat apa yang dijangka, mengapa ia penting, siapa yang terlibat, di mana ia akan berlaku dan sifat-sifat yang penting. Matlamat khusus biasanya akan menjawab lima soalan "W": a) Apa: Apa yang saya mahu capai? b) Mengapa: Khusus sebab, tujuan atau manfaat mencapai matlamat. c) Siapa: Siapa yang terlibat? d) Di mana: Kenal pasti lokasi.

LETTER M

MAJOR TERM MEASURABLE DIUKUR

MINOR TERMS Meaningful, Motivational, Manageable

Istilah kedua menekankan keperluan bagi kriteria konkrit untuk mengukur kemajuan ke arah pencapaian matlamat. Pemikiran di sebalik ini adalah bahawa jika matlamat tidak boleh diukur, ia tidak mungkin untuk mengetahui sama ada membuat kemajuan ke arah kejayaan. Kemajuan Mengukur sepatutnya untuk membantu sentiasa
45

berada pada landasan yang betul, mendekati tarikh sasaran, dan mengalami kegembiraan pencapaian yang mendorong kepada usaha yang berterusan yang diperlukan untuk mencapai matlamat akhir. Matlamat diukur biasanya akan menjawab soalan-soalan seperti: a) Berapa banyak? b) Berapa ramai? c) Bagaimana saya akan tahu apabila ia dicapai?

LETTER A

MAJOR TERM ATTAINABLE DICAPAI

MINOR TERMS Appropriate, Achievable, Agreed, Assignable, Actionable, Adjustable, Ambitious, Aligned, Aspirational, Acceptable, Actionfocused

Istilah ketiga menekankan kepentingan matlamat yang realistik dan dapat dicapai. Walaupun matlamat dicapai mungkin

memerlukan usaha untuk mencapainya, matlamatnya bukan adalah melampau. Itu adalah matlamat adalah tidak keluar jangkauan mahupun di bawah prestasi standard, kerana ini boleh dianggap siasia.

46

Apabila anda mengenal pasti matlamat yang paling penting untuk anda, anda mula memikirkan cara anda boleh membuat mereka menjadi kenyataan. Anda membangunkan sikap, kebolehan, kemahiran, dan kapasiti kewangan untuk mencapai mereka. Teori ini menyatakan bahawa matlamat dicapai boleh menyebabkan matlamat penetap untuk mengenalpasti sebelumnya diabaikan peluang untuk

membawa mereka lebih dekat kepada pencapaian matlamat mereka. Satu matlamat dicapai biasanya akan menjawab soalan: a) Bagaimana: Bagaimana matlamat boleh dicapai?

LETTER R

MAJOR TERM RELEVANT RELEVAN

MINOR TERMS Result-Based, Results-oriented, Resourced, Resonant, Realistic

Istilah keempat menekankan kepentingan matlamat yang dipilih adalah perkara Matlamat Pengurus Bank untuk "Buat 50 mentega kacang dan sandwich jeli pada pukul 2:00 petang " mungkin Khusus, Boleh Diukur, dicapai, dan Bakal Masa, tetapi kekurangan Relevance. Banyak kali anda akan memerlukan sokongan untuk mencapai matlamatsumber, suara juara, seseorang untuk

merobohkan halangan. Matlamat yang relevan kepada bos anda, pasukan anda, organisasi anda akan menerima bahawa sokongan yang diperlukan. Matlamat Relevan (apabila bertemu) memandu pasukan, jabatan dan organisasi ke hadapan.
47

Satu matlamat yang menyokong atau adalah sejajar dengan matlamat lain akan dianggap sebagai matlamat yang berkaitan. Matlamat yang berkaitan boleh menjawab ia kepada soalan-soalan ini: a) b) c) Adakah ini kelihatan berbaloi? Adakah ini masa yang sesuai? Adakah ini sepadan dengan usaha-usaha lain / keperluan kita? d) Adakah anda orang yang tepat?

LETTER T

MAJOR TERM TIMELY TEPAT PADA MASANYA

MINOR TERMS Time-oriented, Time Timed, framed, Time-

based,Timeboxed, Time-bound, TimeSpecific, Timetabled, Time

limited, Trackable, Tangible

Istilah kelima menekankan kepentingan asas matlamat dalam jangka masa yang memberikan kepada tarikh mereka akhir satu tarikh

sasaran. Satu

komitmen

membantu

menumpukan usaha untuk penyiapan matlamat pada atau sebelum tarikh matang. Ini sebahagian daripada kriteria matlamat SMART bertujuan untuk mencegah matlamat daripada diambil alih oleh krisis hari-hari yang sentiasa timbul dalam sesebuah organisasi.

48

Satu matlamat yang terikat dengan masa adalah bertujuan untuk mewujudkan satu sense of urgency. Satu matlamat yang terikat dengan masa biasanya akan menjawab soalan: a) Apabila? b) Apa yang boleh saya lakukan 6 bulan dari sekarang? c) Apa yang boleh saya lakukan 6 minggu dari sekarang? d) Apa yang boleh saya lakukan hari ini?

6.1.2. Jenis Matlamat Matlamat dibahagi kepada dua iaitu jangka pendek dan jangka panjang.Matlamat jenis jangka pendek adalah Matlamat yang memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk dicapai.Matlamat jangka pendek yang membawa kepada implementasi matlamat jangka panjang. Matlamat juga dibahagi kepada destinasi dan

prestasi.Matlamat destinasi ialah hasil akhir yang anda inginkan. Hasil ini terdiri dari perkaran yang dalam kawalan atau luar kawalan anda.Matlamat prestasi ialah tahap tindakan atau usaha anda yang perlu untuk mencapai matlamat destinasi. Anda mempunyai kawalan penuh dalam matlamat prestasi kerana ia melibatkan kadar usaha individu tanpa pengaruh luaran. Sebagai contoh, jika anda mahu turun berat badan, matlamat destinasi anda ialah mempunyai berat badan X pada tarikh Y. Matlamat prestasi pula adalah: (i) bersenam selama 1 jam 3 kali seminggu,
49

(ii) kurangkan kuantiti nasi separuh daripada biasa dan (iii) minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Dengan contoh ini dapatkah anda lihat bagaimana dua matlamat ini berbeza? Hasil akhir yang anda mahu adalah untuk mendapatkan berat badan X pada tarikh Y. Ini ialah matlamat destinasi. Ada banyak faktor yang mempengaruhi sama ada anda boleh turun berat badan atau tidak. Mungkin ada faktor-faktor di luar kawalan anda seperti tahap metabolisma, genetik dan lain-lain. Matlamat sebegini tidak menjamin anda akan dapat mencapainya. Oleh itu anda perlu tetapkan matlamat prestasi supaya ia mencerminkan tahap usaha yang anda perlu berikan untuk merealisasikan matlamat destinasi. Matlamat prestasi ini 100% terletak di tangan anda kerana pencapaian matlamat destinasi bergantung pada kadar usaha yang anda letakkan. Tiada faktor diluar kawalan anda. Selagi anda berusaha pada tahap itu, pencapaian matlamat prestasi terjamin. Inilah tujuan matlamat prestasi, ia menjadi kayu pengukur kepada usaha yang anda letakkan. Tidak cukup hanya meletakkan: (i) bersenam, (ii) kurang makan dan (iii) minum air lebih sebagai cara untuk mencapai matlamat destinasi. Ia tidak cukup spesifik dan sasaran tindakan anda kabur. Apakah yang dimaksudkan dengan bersenam?

50

Adakah bersenam sekali sebulan sudah cukup untuk turun berat badan? Anda perlu meletakkan satu standard untuk mengukur tahap usaha yang anda berikan. Dengan cara ini anda tahu sama ada (i) anda telah meletakkan usaha yang cukup mengikut standard yang ditetapkan (ii) strategi anda betul atau tidak jika anda dapat mencapai matlamat prestasi tetapi matlamat destinasi tidak tercapai (iii) melakukan perubahan dari segi strategi atau tahap usaha yang perlu diberikan.

6.1.3. Prinsip pembentukan matlamat (i) Matlamat mestilah matlamat anda sendiri (ii) Matlamat mestilah positif (iii) Matlamat mestilah boleh di capai dan nyata (iv) Matlamat mestilah ditulis (v) Matlamat mestilah spesifik Mengapa tidak mempunyai matlamat (i) Boleh dijangkakan (ii) Telah ditetapkan (iii) Takut kehilangan / kekalahan (iv) Takut kemenangan (v) Pengharapan yang terlalu tinggi

6.1.4. 9 Fakta penting dalam mencapai matlamat anda (i) Kuasai masa anda.
51

"Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"

(ii) Keputusan

di

tangan

anda..Jangan

biarkan

orang

lain

menghalang anda. "Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selamalamanya"

(iii) Hapuskan ketakutan. "Jika anda takut mencuba,anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya". (iv) Praktikan sikap positif

(v) Gambaran minda "Kejayaan bukan destinasi,ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".

(vi) Bina imej diri positif

(vii) Capai sebarang peluang yang mendatang "Peluang hanya datang sekali"

(viii) Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu

52

(ix) Ambil tindakan sekarang- Jangan cakap-cakap kosong sahaja. "Action speak louder than words" "1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"

(x) Keputusan

ditangan

anda,jangan

biarkan

sesiapa

yang

menghalang anda

6.1.5. Langkah-langkah untuk mencapai matlamat Secara ringkasnya, anda mesti meneliti minat sendiri, keinginan anda, komitmen dan tanggungjawab. Anda juga harus mengenal pasti matlamat yang penting kepada anda dan melakukan untuk bekerja ke arah mencapai matlamat tersebut seperti memutuskan bahawa anda mahu menggunakan pengalaman anda telah mendapat sebagai pelajar universiti, jadi menetapkan matlamat untuk menjadi mentor untuk pelajar tahun pertama. Anda perlu menetapkan matlamat yang realistik, jelas ditakrifkan dengan jangka masa yang tertentu, di mana kemajuan boleh diukur dan kejayaan dinilai dengan jelas. Contohnya, "Saya akan sihat" tidak adalah matlamat yang baik, kerana ia adalah samar-samar, tetapi "Saya mahu bersenam tiga kali seminggu selama 30 minit "adalah lebih baik. Ini mengesan kemajuan anda, menyesuaikan dan

menambah matlamat sebagai satu cara untuk terus memantau perkembangan anda dalam kehidupan.

53

(i) Langkah 1 a) Jelaskan kenapa anda membuat keputusan tersebut. b) Fikirkan berapa banyak masa yang anda ada. c) Tuliskan matlamat anda dan bila ia patut dicapai.

(ii) Langkah 2 a) Fikirkan tindakan yang akan diambil b) Cari maklumat yang berkaitan dengan situasi tersebut c) Senaraikan pilihan yang terbuka untuk anda (iii) Langkah 3

a) Senaraikan implikasi dan akibat dari setiap pilihan b) Hapuskan pilihan yang tidak munasabah atau tidak anda perlukan

(iv) Langkah 4 a) Ikut setiap pilihan sampai tamat b) Anda boleh mengikut lebih dari satu pilihan c) Jangan membuang masa jika anda menemui jalan buntu.

(v) Langkah 5 a) Tambah pilihan atau matlamat baru didalam tindakan anda
54

(vi) Langkah 6 a) Bila anda telah mencapai matlamat anda tuliskan matlamat baru dan had masa baru. Ikut langkah 2. (vii) Langkah 7 a) Bila anda telah mencapai matlamat yang terakhir, anda juga adalah kearah mencapai kejayaan yang jitu.

6.2. PERANCANGAN 6.2.1. Definisi Proses di mana menentukan matlamat yang ingin dicapai dan menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil di semua peringkat untuk mencapai matlamat. Aktiviti yang berorientasikan masa depan, iaitu apa yang hendak diperolehi pada masa hadapan dengan mula melaksanakan programnya sekarang.

6.2.2. Jenis Perancangan 6.2.2.1. Perancangan Jangka Panjang (Strategik) (i) Perancangan menyeluruh bagi mencapai matlamat (ii) Melibatkan proses pembuatan keputusan berkenaan matlamat jangka panjang (iii) Tempoh masa melebihi tiga tahun (iv) Usaha yang tinggi kerana melibatkan perancangan keseluruhan

55

(v) Memerlukan kemahiran konseptual yang tinggi

6.2.2.2. Perancangan Jangka Sederhana (Taktikal) (i) Perancangan yang direkabentuk bagi perancangan strategik. (ii) Diterjemahkan daripada perancangan jangka panjang (iii) Tempoh lebih singkat berbanding perancangan strategik iaitu antara satu hingga tiga tahun. melaksanakan

6.2.2.3. Perancangan Jangka Pendek (Operasian) (i) Perancangan terperinci (ii) Jangka masa paling pendek kurang daripada satu tahun. (iii) Penekanan pada tugas-tugas rutin. (iv) Dilakukan secara berulang-ulang contohnya kerja harian, mingguan, bulanan. (v) Berkaitan aktiviti pengeluaran

6.2.3. Kepentingan Perancangan (i) Menyediakan Hala Tuju a) Membantu menentukan matlamat, kumpulan kerja dan

membangunkan strategi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat. b) dapat mengagih dan mengguna sumber dengan lebih efektif dan efisien.
56

c) Membantu mengenalpasti operasi yang diperlukan serta bagaimana ia mempengaruhi organisasi. d) Contoh: Perancangan 5 tahun menyatakan visi, misi, objektif, rancangan operasi, keperluan kewangan, keperluan sumber manusia bagi mencapai matlamat

(ii) Tanda aras untuk mencapai objektif a) Perancangan membolehkan penetapan tanda aras yang hendak dicapai. b) Tanda aras adalah satu proses mencari ciri-ciri produk, perkhidmatan atau proses yang terbaik berbanding pesaing sebagai satu standard atau piawai untuk meningkatkan prestasi

(iii) Bertindak kepada persekitaran yang dinamik a) dapat mengenalpasti peluang dan masalah/ancaman yang dihadapi pada masa sekarang dan masa depan b) Penyesuaian boleh dilakukan dengan segera memastikan berjalan lancar menjimatkan masa, mengurangkan

pembaziran dan risiko.

(iv) Sebagai Alat Kawalan a) Dengan perancangan satu sistem kawalan dapat diwujudkan. b) dapat memastikan pencapaian selaras dengan perancangan. c) Tindakan pembetulan dapat dilakukan dari semasa ke semasa.

57

6.2.4. Jenis Perancangan Perancangan dibahagikan kepada visi, misi dan objektif. (i) Visi Satu pernyataan yang menyeluruh tentang pencapaian. Visi merupakan sesuatu yang ideal dan unik untuk dicapai dan matlamat jangka panjang. Ciri-Ciri Visi: a) Ringkas, padat dan jelas b) Realistik dan menimbulkan semangat c) Menjawab persoalan apa, untuk siapa dan bila

(ii) Misi Misi dinyatakan dalam nilai-nilai bentuk yang umum, sifat luas dan yang

memperlihatkan

kepercayaan,

orang

memegang kepentingan dalam masyarakat dan falsafah. Ia membentuk identiti dan imej penting sebagai panduan dan motivasi seseorang hala tuju supaya dapat memfokus usaha. Misi menjadi ukuran bagi menilai kejayaan seseorang iaitu sejauh mana berjaya memenuhi misi tersebut melalui usaha.

(iii)Objektif Objektif merupakan sasaran atau hasil akhir yang cuba atau dijangka dapat dicapai oleh sesebuah organisasi terbentuk daripada misi.

58

Biasanya

dinyatakan

dalam

bentuk

yang

lebih

khusus

berbanding misi dimensi masa yang lebih jelas. Setiap bahagian atau unit akan menetapkan objektif masingmasing selari dengan misi. Ciri objektif: SMART a) Spesifik Objektif yang ditetapkan mestilah khusus (mendalam) dan jelas. perlulah mengenalpasti bidang-bidang utama dan

aktiviti-aktiviti yang boleh menyumbang kepada prestasi (prestasi kewangan, perkhidmatan dan kepuasan dan inovasi) Selalunya berlandaskan kepada visi dan misi Contoh: Objektif Kolej Matrikulasi Labuan spesifik kepada melahirkan pelajar cemerlang.

b) Boleh diukur Objektif perlu dinyatakan dalam bentuk kuantitatif . Kejayaan atau kegagalannya mudah diukur. Contoh: Sasaran jualan 150,000 unit dalam tempoh satu tahun. Objektif yang tidak boleh diukur misalnya sasaran jualan yang tinggi dalam tempoh satu tahun.

59

c) Boleh dicapai Matlamat mestilah mencabar tetapi boleh dicapai (Realistik). Sesuatu objektif mestilah mampu dicapai Tidak terlalu tinggi atau mustahil untuk dicapai Objektif ditetapkan berdasarkan keupayaan Cth: Objektif jabatan pengeluaran perlu mengambil kira keupayaan menghasilkan barangan melalui sumbersumber yang dimiliki oleh organisasi.

d) Dikaitkan dengan Ganjaran Matlamat atau objektif perlu dikaitkan dengan ganjaran Sebagai faktor pendorong kepada pelaksana. Tujuannya supaya matlamat yang ditetapkan akan cuba dicapai dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan ganjaran yang dijanjikan. Contoh: Bonus, pakej percutian, wang tunai dan lain-lain.

e) Mempunyai tempoh masa Objektif yang ditetapkan mesti mempunyai had masa bila ia perlu dicapai. Tempoh masa diperlukan bagi mengukur pencapaian semasa proses membolehkan penilaian dilakukan.

60

Sekiranya tempoh tidak dinyatakan, maka akan terdapat pelbagai definisi tentang tempoh masa yang sepatutnya akan menjejaskan pencapaian matlamat.

Contoh:

Organisasi

menetapkan

untuk

mencapai

peningkatan keuntungan sebanyak 20% dalam tempoh 3 tahun.

6.2.5. Langkah-langkah dalam perancangan (i) Membangunkan terperinci, strategi yang realistik untuk

menyelesaikan masalah atau mencapai matlamat. (ii) Menjangka masalah atau kekangan, sentiasa mengkaji dan menyesuaikan rancangan untuk menampung perubahan dalam keadaan dan keutamaan anda. (iii) Menilai kejayaan strategi dalam mencapai matlamat asal, dalam rangka masa yang ditetapkan, sumber, dan peruntukan bajet.

6.3. PENGURUSAN DIRI (Self-monitoring) 6.3.1. Definisi Objektif yang menganalisis keadaan anda sendiri,

kemahiran dan kualiti, mengiktiraf kekuatan dan kelemahan anda, dan mengakui kawasan untuk penambahbaikan seperti jujur menerangkan kekuatan dan kelemahan anda pada permulaan sesi latihan gimnasium, supaya anda dan jurulatih anda boleh mengenal pasti kawasan untukanda untuk bekerja memperkuatkan badan.

61

Pengurusan diri mencerminkan dan tepat berdasarkan usaha anda dan kemajuan diri sendiri.Sebagai contohnya, jika anda mempunyai halangan di sepanjang jalan, membuat satu usaha untuk tidak membiarkan ia mendapat anda ke bawah, tetapi mengakui berapa banyak kemajuan anda telah dibuat ke titik itu

Pengurusan diri dapat mengenalpasti kawasan dalam hidup anda di mana anda mahu untuk meningkatkan pengetahuan atau kemahiran anda, dan menetapkan matlamat untuk memenuhi matlamat tersebut.

Contohnya, jika anda tidak memahami bagaimana untuk menggunakan perpustakaan universiti penyelidikan topik tugasan, anda mungkin menetapkan ini sebagai matlamat pembelajaran peribadi - dan dalam berbuat demikian, anda akan mendapat kemahiran yang berharga untuk seluruh pengajian anda dan kehidupan luar universiti.

62

7.0 JANGKAAN GURU

7.1. PENGENALAN Perbezaan individu di kalangan murid bolehlah dianggap perkara semula jadi. Ia boleh berlaku pada sebarang peringkat umur iaitu sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Di peringkat sekolah menengah rendah, sistem pendidikan di negara kita cuba membuat pembezaan atau pengaliran tertentu, iaitu khasnya berdasarkan prestasi seseorang pelajar. Pengaliran yang paling ketara sekali di negara kita ialah menempatkan pelajar-pelajar yang cerdik di sekolah-sekolah elit seperti Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Asrama Penuh yang lain. Manakala di peringkat sekolah pula, pelajar-pelajar dibahagikan ke kelas-kelas berdasarkan ukuran prestasi pelajar berdasarkan peperiksaan tahunan. Misalnya, selepas PMR pelajar dialirkan kepada beberapa jurusan seperti aliran sains, teknikal, agama dan biasa namun di dalam setiap jurusan tersebut juga mengandungi kelas yang terbaik dan kurang baik. Hal ini berlaku kerana ia berkait rapat dengan anggapan guru terhadap prestasi pelajar secara umumnya.

7.2. DEFINISI KONSEP Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) mendefinisikan jangkaan ialah sebagai suatu bentuk dugaan atau ramalan. Dalam hal ini, ia berkait rapat dengan ramalan atau jangkaan guru terhadap prestasi pelajar dalam bidang akademik di sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) guru bermaksud pembimbing atau pendidik yang menyampaikan ilmu. Dalam konteks ini, guru sentiasa bersedia merancang unit-unit pengajaran, memotivasikan serta menilai pelajar dari semasa ke semasa.
63

Prestasi pelajar bermaksud hasil yang telah diperoleh atau dicapai oleh seseorang pelajar. Dalam kajian ini, ia merujuk kepada hasrat guru untuk melihat peningkatan prestasi pelajar dalam bidang akademik keseluruhannya..

7.3. JANGKAAN GURU Mengikut Sharifah Alawiyah (1987), terdapat beberapa jenis atau bentuk pengaliran dan pembezaan yang biasa dilaksanakan di sekolah atau bilik darjah dalam sistem pendidikan sesebuah negara, iaitu pengaliran, bukan pengaliran, pengaliran berband (banding) dan

pengaliran tersembunyi, pengaliran berset (setting) dan pengaliran bergred (grading). Rentetan dari sistem pendidikan yang wujud di negara kita seperti bentuk pengaliran dan pembezaan yang biasa dilaksanakan telah membawa kesan dan ia berkait rapat dengan jangkaan guru terhadap prestasi seseorang pelajar di sekolah.

7.3.1. Tindakan guru apabila jangkaan prestasi pelajar telah dibuat

7.3.1.1. Pengaliran Berband (Banding) Apabila berlakunya situasi yang sedemikian,

lazimnya guru akan mengumpulkan pelajar secara tidak saksama iaitu yang pandai serta lemah, sedikit dan lebih ramai yang mempunyai pencapaian sederhana di dalam kelas. 7.3.1.2. Pengaliran Tersembunyi (Convert)

64

Pengaliran jenis ini ialah tidak berdasarkan penilaian kebolehan, tingkah laku dan latar belakang keluarga sebaliknya ia berdasarkan kriteria atau pandangan guru yang tersendiri. Biasanya pada peringkat murid-murid yang baru masuk ke sekolah rendah atau Darjah Satu, guru telah membuat pemilihan berdasarkan tingkah laku atau

pandangan serta kepercayaan guru sendiri. Kumpulan tersebut biasanya dikekalkan untuk beberapa tahun.

7.3.1.3. Pengaliran Berset (Setting) Mengumpulkan murid berdasarkan kebolehan mata pelajaran tertentu. Misalnya murid yang mendapat

pencapaian yang baik dalam mata pelajaran Matematik dan Sains dalam PMR bolehlah diletakkan ke kelas aliran sains. Di Malaysia pengaliran banyak bermula pada Tingkatan Empat. 7.3.1.4. Pengaliran Bergred Pengumpulan jenis ini ialah berdasarkan kemajuan dan pencapaian pelajar dan bukan berdasarkan ukuran kebolehan atau umur. Ia banyak dilaksanakan di Amerika dan Rusia.

7.4. IMPLIKASI JANGKAAN GURU TERHADAP PRESTASI PELAJAR Kajian tentang jangkaan guru telah dibuat oleh Palardy (1967) tentang kebolehan pelajar membaca di sekolah USA dan tersiar dalam Elementary School Journal yang bertajuk ' what teacher believe-what children achive'. Mengikut pendapat beliau, pelajar lelaki yang belajar dengan guru yang menjangkakan pencapaian sama dengan pelajar perempuan maka menunjukkan ada berlaku peningkatan. Sebaliknya kalau
65

guru tidak meramalkan pelajar lelaki adalah sama atau lemah dengan perempuan maka pencapaian pelajar lelaki dalam sesuatu ujian tidak akan meningkat. Sementara itu, mengikut Leigh (1977), pelajar mungkin tidak percaya terhadap jangkaan negatif yang dibuat oleh guru dan mereka boleh mengubahkan tingkah lakunya ke arah pencapaian yang lebih baik. Mengikut pendapat Dor-Bremme (1991), sudah menjadi kelaziman kepada guru-guru apabila mereka melihat pencapaian murid-murid dalam pendidikan adalah lemah maka dengan mudah pelajar dilabelkan sebagai lemah dan tidak ada harapan boleh maju. Menurut kajian Nash di sekolah rendah dan menengah di Scotland mendapati bahawa tingkah laku murid berdasarkan jangkaan guru. Sebagai contoh kalau guru menjangka pelajar adalah baik maka tingkah laku murid akan menunjukkan kebaikan walaupun mereka berada di manamana pun, dan pendapatnya lagi bahawa pelajar menunjukkan tingkah laku yang tidak baik oleh sebab guru tidak menaruh harapan yang mereka adalah berkelakuan baik.

7.5. PERBINCANGAN Telahan guru terhadap prestasi seseorang pelajar perlu positif kerana dalam hal ini pelajar yang lemah akan terus menjadi mangsa dan merasa terpinggir. Mereka bukan sahaja diajar oleh guru-guru yang kurang pandai tetapi juga guru-guru yang berkenaan tidak akan menjangkakan mereka akan menjadi pelajar yang pandai. Akibatnya kemajuan mereka sukar untuk meningkat dan kemungkinan besar jika pada masa Tingkatan Satu sekumpulan pelajar diletakkan di kelas yang tercorot maka begitulah nasib mereka sehingga sampai ke Tingkatan Tiga. 7.5.1. Ciri-ciri jangkaan yang dibuat oleh guru (i) Ada yang tepat dan ada yang tidak tepat.
66

(ii) Murid-murid

akan

menunjukkan

pencapaian

berdasarkan

harapan dan jangkaan daripada guru. (iii) Seandainya jangkaan yang dibuat oleh guru tidak tepat akan menimbulkan masalah kepada guru kemudiannya. (iv) Kebanyakan jangkaan yang dibuat oleh guru adalah lebih tepat jika dibandingkan dengan masyarakat (v) Jangkaan guru mungkin ada hubung kait dengan jantina. (vi) Guru perlu menaruh atau menjangka harapan yang lebih tinggi agar mereka dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Jangkaan guru ke atas prestasi seseorang pelajar turut memberi kesan kepada pelajar yang telah ditempatkan di kelas-kelas yang tertentu. Sebagai contoh pelajar yang diletakkan di kelas aliran sains semestinya dianggap oleh guru sebagai pelajar yang boleh mencapai keputusan peperiksaan yang memberangsangkan. Akibat yang timbul dari keadaan ini ialah pelajar mungkin akan rasa tertekan kerana guru mengharapkan pencapaian yang tinggi. Begitu juga jangkaan guru kepada seseorang pelajar menjelang peperiksaan adalah berbeza di mana guru tidak mengharapkan sangat kepada pelajar yang lemah untuk mendapat keputusan yang baik. Dengan ini pelajar yang lemah merasa tidak yakin oleh sebab tidak adanya rangsangan dari gurunya sendiri. Sedangkan pelajar yang terpilih ke kelas yang bijak, jangkaan guru terhadap mereka adalah lebih tinggi dan bersifat positif.

67

7.6. CADANGAN

Sebagai seorang guru, ia perlu menaruh harapan yang lebih baik kepada pelajar di bawah bimbingannya. Setiap tanggapan yang negatif perlu diubah. Berilah motivasi yang tinggi kepada seseorang pelajar agar minat dan prestasi mereka akan meningkat dari semasa ke semasa. Untuk mengelakkan anggapan guru terhadap prestasi pelajar menjadi negatif, guru boleh membuat kaedah seperti meletakkan berbagaibagai kebolehan atau tahap para pelajar di sesebuah kelas. Para pelajar tersebut boleh dikumpulkan menjadi dua atau kumpulan untuk mata pelajaran yang penting sahaja. Dengan cara tersebut pelajar yang kurang pandai boleh bersaing dengan yang pandai. Sementara pelajar yang pandai tidak akan terjejas walau di mana mereka diletakkan. Untuk itu guru bolehlah membuat latihan di alam kelas yang mempunyai murid yang berbeza-beza tahap kebolehan. Stail atau gaya pembelajaran perlu difikirkan juga kerana sesetengah pelajar yang lemah dapat belajar dengan bersemangat sekiranya mereka dikumpulkan secara beramai-ramai. Di Amerika Syarikat kaedah Student Team Learning (STL) dan Cooperative Learning Approaches (CLA) telah dimulakan pada pertengahan tahun 1980-an. Kaedah ini telah diperkenalkan oleh David dan Roger Johnson (1984), Elizabeth Cohen (1986), Robert Slavin dan beberapa orang tokoh yang lain.

68

7.7. KESIMPULAN Sememangnya pencapaian seseorang pelajar di sesebuah sekolah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh jangkaan atau label yang dianggapkan oleh guru. Walau bagaimanapun sesuatu jangkaan yang dibuat oleh guru tidak semestinya berlaku seratus peratus kepada pelajar. Namun mempengaruhi begitu, prestasi harapan pelajar. dan anggapan guru juga guru boleh boleh

Perbezaan

anggapan

menerangkan sekurang-kurangnya sebahagian dari kesan iklim sekolah ke atas pencapaian di samping menerangkan tentang kesan latar belakang sosioekonomi sesebuah sekolah. Walaupun ada bukti bahawa beberapa orang guru sekurangkurangnya mempunyai jangkaan yang berlainan untuk kumpulan pelajar yang berlainan dan anggapan ini boleh menghasilkan perbezaan dalam prestasi pelajar. Kebanyakan dari kajian ini tidak mempunyai reka bentuk yang dapat membantu kita untuk mengetahui bagaimana anggapan ini berhubung dengan pelajar dan mempengaruhi kejayaannya. Untuk tujuan ini kita perlu melihat kajian yang berkaitan secara langsung dengan proses interaksi di bilik darjah.

69

RUJUKAN

Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjung Malim Perak: Quantum Books.

Rujukan Internet: 1. http://yendra-hardinata.blogspot.com/2009/11/pengertian-motivasi-danfungsi-motivasi.html 2. http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2003&dt=1023&pub=DuniaPe ndidikan&sec=Motivasi&pg=mo_01.htm 3. http://rad.mil.my/rad/index.php?option=com_content&view=article&id=120 %3Asorotan-minda-pengarah-artileri-siri-52011&catid=1%3Alatestnews&lang=ms 4. http://ocw.utm.my/file.php/151/Topik_1_Pengenalan_Sosio_Pendidikan.p df

70

Anda mungkin juga menyukai