Anda di halaman 1dari 3

1.

0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Peningkatan kos sara hidup yang berlaku pada kini disebabkan faktor peningkatan
pendapatan yang rendah berbanding dengan kenaikan indeks harga pengguna. Menurut
Pensyarah Fakuliti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, Dr.Mohd. Yusof
Saari, mengatakan pertumbuhan kadar gaji dan upah pendapatan yang tidak selari dengan
kenaikan kos sara hidup menyebabkan sebilangan warga kota cendurung melakukan lebih
daripada satu pekerjaan.

Terdapat dua faktor yang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup iaitu harga
barang dan pendapatan. Jika harga meningkat lima peratus, sementara pendapatan meningkat
sebanyak dua peratus, maka kuasa beli dan isi rumah akan menurun. Menurut kepada trend
kenaikan indeks harga pengguna (IHP), tidaklah meningkat dalam keadaan yang ekstrem.
Indeks hanya meningkat lebih sedikit daripada paras yang normal. Contohnya, jika melihat
pada purata asal sebanyak 2.5 peratus, tetapi indeks meningkat kepada 2.7 peratus, oleh itu
kenaikan tersebut masih kecil.

Namun, kos sara hidup yang tinggi berlaku disebabkan penyusutan pertumbuhan
kadar gaji dan upah dalam hampir kebanyakan industri. Dalam industri perlombongan
misalnya, peningkatan gaji yang dicatatkan sebanyak 11 peratus pada tahun 2014, namun
pertumbuhan kadar tersebut menurun kepada 6 peratus pada tahun 2015 yang disebabkan
oleh faktor penurunan harga minyak.

Melihat peningkatan IHP yang tidak ketara, suadah tentu tingkat gaji dan upah
mempengaruhi kos sara hidup yang semakin meningkat. Walaupun purata gaji dan upah
semakin meningkat setiap tahun, tetapi harga barangan juga semakin meningkat
menyebabkan pengguna terpaksa berbelanja kos yang tinggi untuk mendapatkan barang dan
perkhidmatan. Maka, terdapat hubungan yang ketara antara tingkat upah benar dengan kadar
inflasi di Malaysia. (Laporan Utusan Malaysia).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat 9 (Tahun 2007), upah didefinisikan sebagai
wang dan lain-lain yang diberikan kepada orang yang disuruh mengerjakan sesuatu, bayaran
sebagai pembalasan jasa, ganjaran untuk tenaga orang yang telah digunakan.

1
Upah dapat dibezakan atau dibahagikan kepada 3 jenis iaitu upah wang, upah bukan
wang, dan upah benar. Upah wang atau dikenali sebagai upah norminal ialah jumlah
pembayaran dalam bentuk nilai wang kepada buruh atas sumbangan mereka sama ada dalam
bentuk fizikal atau mental dalam proses pengeluaran. Upah bukan wang ialah faedah yang
diperolehi dalam bentuk bukan wang seperti kemudahan tempat tinggal, pakaian seragam,
kemudahan perkhidmatan kesihatan, pengangkutan serta kemudahan lain yang disediakan
oleh majikan. Upah bukan wang juga dikenali sebagai faedah sampingan.

Buruh yang mendapat faedah ini akan menikmati taraf hidup yang lebih baik
berbanding dengan buruh yang tidak mendapat sebarang faedah bukan wang walaupun
kedua-duanya mendapat upah wang yang sama.

Upah benar ialah kuasa beli upah wnag yang diterima oleh buruh yang diukur
daripada jumlah barang yang dapat dibeli oleh buruh dengan jumlah upah wang yang ada.
Upah benar akan merosot apabila tingkat harga barang umum meningkat dan sebaliknya upah
benar akan meningkat apabila tingkat harga barang umum menurun. Selain itu, upah benar
dapat dikira dengan menggunakan indeks harga pengguna dan upah wang atau upah
norminal. (Ekonomi Malaysia, Ace Ahead Teks STPM, Penggal 3).

Inflasi merupakan satu masalah ekonomi yang merujuk kenaikan tingkat harga umum
secara berterusan. (Lai Mooi Chang, 2004). Inflasi boleh didefinisikan sebagai kenaikan
tingkat harga umum. Ini tidak bererti bahawa semua harga barang meningkat, terdapat juga
pada inflasi yang tinggi, harga bagi sesetengah barang tidak berubah, malahan ada juga yang
menurun. Walau bagaimanapun, secara purata tingkat harga di pasaran adalah meningkat. Ini
bererti apabila kita memperkatakan inflasi, kita merujuk kepada tingkat harga umum dan
bukan tingkat harga satu barang sahaja. (Hamzaid Yahya, 2011).

Secara umumnya inflasi dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu inflasi tarikan
permintaaan, inflasi tolakan kos dan inflasi diimport.

Inflasi tarikan permintaan merupakan inflasi yang berlaku disebabkan terdapat


lebihan permintaann agregat berbanding dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan dalam ekonomi pada masa yang tertentu. Inflasi ini berpunca daripada
pertambahan perbelanjaan agregat secara berterusan dalam sesebuah ekonomi yang telah
mencapai tingkat guna tenaga penuh. (Muhamad Shukri, Lim Kien Kwok dan Safriza, 2015)

2
Inflasi tolakan kos pula merupakan inflasi yang berlaku disebabkan kenaikan kos
pengeluaran seperti kenaikan upah atau kenaikan kos faktor pengeluaran yang lain tanpa
diikuti oleh penambahan produktiviti. Inflasi tolakan kos juga berlaku disebabkan kenaikan
harga barang yang sengaja dilakukan oleh firma untuk mendapatkan keuntungan yang lebih
tinggi. (Muhamad Shukri, 2015)

Inflasi import pula merupakan inflasi yang berlaku disebabkan kenaikan harga
barangan diimport. Apabila sesebuah negara mengimport barangan dari luar negara yang
mengalami inflasi atau mengimport barang dari luar negara dengan harga yang tinggi, maka
barang yang diimport itu akan dijual dalam negara dengan harga yang tinggi. (Hamzaid
Yahya, 2011)

Anda mungkin juga menyukai