Anda di halaman 1dari 1

3.

0 CADANGAN

Berdasarkan data arah aliran eksport Malaysia ke Republik Rakyat China (Jadual 1
dan Jadual 2), dapat dilihat bahawa jumlah eksport menunjukkan peningkatan yang ketara
manakala kadar pertumbuhan juga menunjukkan perubahan yang positif sepanjang tahun
2004 sehingga 2014. Jelaslah bahawa eksport Malaysia ke China dalam prestasi yang
baik. Oleh hal yang demikian, usaha dan langkah perlu dilaksanakan oleh kerajaan bagi
mengukuhkan jumlah eksport dan kadar pertumbuhan yang positif ini.

Kerajaan haruslah mengekalkan Perjanjian Perdagangan Barangan di bawah


Perjanjian Rangka Kerja Komprehensif Ekonomi dengan Republik Rakyat China. Dengan
adanya perjanjian ini, syarikat-syarikat dalam negara yang menjalankan aktiviti eksport
dan import dengan Republik Rakyat China kini dibenarkan menggunakan invois pihak
ketiga dan susunan sijil keutamaan bagi menikmati keistimewaan tarif di bawah ACFTA.
Maka, perjanjian tersebut sangat efektif untuk mengekalkan dan mngukuhkan lagi
pertumbuhan eksport yang positif antara Malaysia dengan China.

Seterusnya, kerajaan juga perlu memberi perhatian dan mengambil langkah yang
efektif bagi mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dengan negara China. Kemajuan
yang baik telah dicapai dalam peningkatan hubungan ekonomi ASEANChina
terutamanya dalam bidang perdagangan, pertanian, pengangkutan dan pelancongan serta
dalam pembangunan sub-serantau BIMP-EAGA. Pelaksanaan FTA ASEANChina bagi
barangan telah membawa kepada peningkatan perdagangan dua hala di antara ASEAN
dan Republik Rakyat China. Maka, dengan meningkatkan hubungan perdagangan dan
ekonomi antara Malaysia dengan China, Malaysia akan dapat meningkatkan lagi eksport
barangan ke negara China.

Anda mungkin juga menyukai