Anda di halaman 1dari 9

030201160033

Tajuk: Kajian terhadap strategi kemasukan dan cabaran perniagaan antarabangsa serta

penelitian terhadap lini produk dan hayat produk bagi Xiaomi Corporation di Malaysia.

0
030201160033

1.0 PENGENALAN

Malaysia kekal menjadi pasaran utama kepada pengeluar telefon pintar global,
Xiaomi di rantau Asia Tenggara dari segi pertumbuhan dan teknologi. Pengurus Besar
Xiaomi International bagi Asia Tenggara, KM Leong, berkata Malaysia mempunyai potensi
pertumbuhan yang jelas selain penembusan segmen telefon pintar yang tinggi. Kadar
kepenggunaan telefon pintar di Malaysia adalah tinggi berdasarkan kepada infrastruktur
digital yang menyeluruh di negara ini. Malaysia adalah salah satu pasaran utama Xiaomi di
rantau Asia Tenggara dan memainkan peranan yang lebih penting dalam perniagaan global
Xiaomi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Leong berkata, sejak kebelakangan ini, khususnya ketika pandemik COVID-19


melanda negara, Xiaomi melihat permintaan yang lebih tinggi untuk segmen telefon pintar
pada harga lebih berpatutan. pengguna terutamanya golongan B40 juga kini mampu memiliki
telefon pintar pada harga yang mampu milik selain peningkatan permintaan untuk tujuan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Secara keseluruhan Xiaomi melihat
pengguna Malaysia sebahagian besarnya memilih telefon pintar yang mempunyai harga
mampu milik dan optimis kategori telefon pintar kelas pertengahan akan terus menguasai
pasaran tahun ini.

Terdapat banyak permintaan untuk lebih banyak produk ekosistem di Malaysia dan
ingin mendorong lebih ramai rakyat Malaysia menerapkan gaya hidup rumah pintar melalui
penyatuan yang lancar dengan telefon pintar Xiaomi. Justeru, Xiaomi berhasrat untuk
memperkenalkan lebih banyak produk ekosistem digital di negara ini. Ini membolehkan lebih
ramai orang menikmati produk inovatif Xiaomi dalam kehidupan seharian.

Di samping itu, beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh Xiaomi ketika
menjalankan hubungan perniagaan di Malaysia. Pertama, Xiaomi telah mengumumkan
statistik perolehan mereka sepanjang tahun 2021. Berdasarkan daripada statistik tersebut,
jualan telefon pintar Xiaomi telah meningkat sebanyak 30% iaitu sebanyak 190 juta unit
sekali gus mencipta rekod dalam syarikat tersebut. Namun, menurut data Statcounter, pasaran
Apple masih menjadi paling tinggi di Malaysia suku pertama tahun 2022 yang diikuti dengan
Samsung, Huawei, Oppo, Xiaomi dan Vivo.

Jika hendak dibandingkan dengan tahun lalu, Xiaomi telah menduduki tempat
pertama dan dinobatkan sebagai telefon pintar nombor satu di Malaysia.

1
030201160033

Walaubagaimanapun, Xiaomi dilihat tidak dapat mengekalkan kedudukannya pada tahun


tersebut. Seterusnya, pengguna model-model telefon pintar Xiaomi sering mengadu tentang
masalah telefon pintar Xiaomi yang mudah menjadi panas. Selain itu, kesedaran jenama yang
rendah terhadap Xiaomi. Rakyat Malaysia tidak begitu mengenali akan jenama Xiaomi jika
dibandingkan dengan jenama Apple, Samsung dan Huawei. Akhir sekali, telefon pintar
keluaran Xiaomi kerap juga mendapat aduan daripada pengguna tentang masalah kehabisan
bateri yang mampu menganggu pengalaman para pengguna yang menggunakan peranti
elektronik Xiaomi.

2
030201160033

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama berkaitan dengan syarikat Xiaomi
Corporation seperti berikut:

1. Mengkaji strategi yang digunakan oleh syarikat Xiaomi Corporation untuk


memasuki pasaran Malaysia.

2. Menganalisis lima cabaran perniagaan yang dihadapi oleh Xiaomi Corporation


Malaysia.

3. Mengkaji lini produk Xiaomi Corporation Malaysia yang merangkumi kedalaman


dan kelebaran produk.

4. Menganalisis kitaran hayat bagi salah satu produk Xiaomi Corporation Malaysia.

3
030201160033

3.0 LATAR BELAKANG

Xiaomi Corporation atau biasanya dikenali sebagai Xiaomi dan berdaftar sebagai
Xiaomi Inc merupakan salah sebuah syarikat elektronik yang cukup terkenal di dunia.
Syarikat ini terletak di Beijing, China. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 6 April 2010.
Pengasas bagi syarikat gergasi ini ialah Lei Jun yang kini seorang bilionair pada usia 40
tahun. Xiaomi Corporation terlibat dalam perniagaan pembuatan aplikasi mudah alih,
komputer riba, televisyen, sistem operasi dan sudah semestinya, telefon pintar. Syarikat ini
berada di kedudukan ke-338 dunia dan merupakan syarikat termuda dalam Fortune Global
500.

Pengasas Xiaomi Corporation, Lei Jun telah mengasaskan Kingsoft serta Joyo.com
namun dijual kepada Amazon dengan harga $75 juta pada tahun 2004 bagi mengumpul dana
menubuhkan Xiaomi Corporation. Xiaomi Corporation melancarkan telefon pintarnya yang
pertama pada bulan Ogos 2011 dan dengan cepat mendapat bahagian pasaran di China untuk
menjadi syarikat telefon pintar terbesar di negara ini pada tahun 2014. Pada mulanya, syarikat
ini hanya menjual produknya secara dalam talian. Bagaimanapun, ia kemudiannya membuka
kedai batu bata dan mortar.

Menjelang tahun 2015, Xiaomi Corporation sedang membangunkan rangkaian luas


elektronik pengguna. Pada tahun 2018, Xiaomi Corporation adalah pengeluar telefon pintar
keempat terbesar di dunia, yang memimpin pasaran kedua terbesar, China, dan pasaran kedua
terbesar, India. Xiaomi kemudiannya mengembangkan rangkaian elektronik pengguna yang
lebih luas, termasuk ekosistem peranti rumah pintar (IoT). Pada tahun 2020 pula, syarikat ini
menjual 146.3 juta telefon pintar dan sistem pengendalian MIUInya mempunyai lebih 500
juta pengguna aktif bulanan. Pada suku kedua 2021, Xiaomi Corporation mengatasi Apple
Inc. untuk menjadi penjual telefon pintar kedua terbesar di seluruh dunia, dengan penguasaan
pasaran sebanyak 17%, menurut Canalys. Xiaomi Corporation mengekalkan harganya hampir
dengan kos pembuatan dan bil kos bahan dengan mengekalkan kebanyakan produknya
dipasaran selama 18 bulan, lebih lama daripada kebanyakan syarikat telefon pintar. Syarikat
ini juga menggunakan pengoptimuman inventori dan jualan kilat untuk mengekalkan
inventorinya rendah.

Dalam semakan 2021 WIPO annual World Intellectual Properety Indcators, Xiaomi
telah disenaraikan sebagai ke-2 di dunia dengan 216 reka bentuk dalam pendaftaran reka
bentuk perindustrian yang diterbitkan di bawah Hague System pada tahun 2020. Pada 8

4
030201160033

Februari 2022, Lei Jun mengeluarkan kenyataan di Weibo untuk mengumumkan rancangan
untuk Xiaomi memasuki pasaran telefon pintar mewah dan mengatasi Apple sebagai penjual
teratas telefon pintar premium di China dalam tempoh tiga tahun. Untuk mencapai matlamat
itu, Xiaomi Corporation akan melabur AS$ 15.7 bilion dalam R&D dalam tempoh lima tahun
akan datang dan syarikat itu akan menanda aras produk dan pengalaman penggunanya
terhadap barisan produk Apple. Lei Jun menyifatkan strategi baharu itu sebagai “pertempuran
hidup atau mati untuk pembangunan kita” dalam siaran Weibo, selepas bahagian pasaran
Xiaomi Corporation di China menguncup selama suku berturut-turut, daripada 17% kpada
14% suku pertama dan suku ketiga 2021 dan menurun lagi kepada 13.2% suku keempat
2021.

Xiaomi Corporation mempunyai 15,000 orang pekerja di China, India, Malaysia,


Singapura dan berkembang ke negara-negara lain termasuk Indonesia, Filipina dan Afrika
Selatan. Xiaomi Corporation turut merupakan sebuah syarikat elektronik yang menghasilkan
teknologi paling berharga ke-4 dunia setelah menerima pembiayaan sebanyak AS $1.1 bilion
daripada para pelabur, menjadikan penilaian Xiaomi Corporation lebih daripada AS $46
bilion.

5
030201160033

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian atau tatacara


mendapatkan maklumat bagi mencapai objektif kajian. Pengkaji telah menggunakan pelbagai
kaedah bagi melaksanakan kerja kursus pengajian perniagaan semester 3 tahun 2022.
Terdapat beberapa kaedah kajian yang digunakan. Antaranya:

4.1 Sumber Primer

Sumber primer merupakan sumber data penelitian yang diperoleh secara langsung
dari sumber asli. Sumber ini bersifat asli dan belum ditafsir. Sumber ini juga ialah bahan
yang belum diolah atau dicetak iaitu sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal.

4.1.1 Artikel

Pengkaji menggunakan kaedah kajian artikel bagi mengumpul maklumat berkaitan


dengan syarikat yang ingin dikaji iaitu syarikat Xiaomi Corporation. Bermacam-macam jenis
artikel yang dapat diperolehi oleh pengkaji untuk menjayakan kerja kursus ini.

4.2 Sumber Sekunder

Sumber sekunder merupakan sumber data penelitian yang diperoleh melalui media
perantara atau secara tidak langsung. Sumber ini pada umumnya mempunyai bukti, catatan
atau kajian lepas yang telah tersususn dalam arkib sama ada yang diterbitkan atau yang tidak
diterbitkan.

4.2.1 Internet atau Laman Sesawang

Pengkaji memperoleh maklumat tambahan dengan menggunakan khidmat internet


bagi mengakses laman sesawang yang releven dengan kajian tentang syarikat Xiaomi
Corporation. Hal ini mampu memudahkan tugasan pengkaji dalam pengumpulan maklumat.

4.2.3 Buku Rujukan

Buku rujukan merupakan buku yang disimpan untuk dijadikan bahan atau sumber
maklumat. Buku rujukan juga merupakan buku-buku bacaan tambahan serta memenuhi
keperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran seseorang. Pengkaji telah menggunakan
beberapa buku rujukan untuk membantu pengkaji lebih memahami akan kajian tentang
syarikat Xiaomi Corporation.

6
030201160033

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian menurut adalah merupakan satu laporan kajian yang melaporkan
berkaitan penyelidikan masalah, mengenalpasti soalan yang diberi dan mengandungi
maklumat yang dikumpul dan ditafsir oleh pengkaji. Dalam bahagian ini, pengkaji akan
menghuraikan dan mengupas hasil daripada kajian yang dilakukan ke atas syarikat Xiaomi
Corporation. Pengkaji akan menghuraikan lebih mendalam mengenai strategi kemasukan, 5
cabaran, lini produk dan kitaran hayat produk tehadap syarikat tersebut.

5.1 Strategi Yang Digunakan Oleh Xiaomi Corporation Untuk Memasuki Pasaran
Malaysia.

5.1.1 Eksport

Beberapa strategi digunakan oleh Xiaomi Corporation bagi memasuki pasaran


Malaysia. Strategi yang digunakan oleh syarikat tersebut ialah kaedah eksport. Definisi
eksport ialah menghantar atau membolehkan penghantaran barangan dari satu negara ke
negara lain. Kaedah ini sangat berguna dan merupakan salah satu langkah terbaik untuk
mengembangkan sesebuah perniagaan dengan berkesan. Syarikat besar tersebut iaitu Xiaomi
Corporation menggunakan strategi ini untuk bertapak dalam pasaran Malaysia. Syarikat
tersebut mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2014 dan menubuhkan beberapa
cawangan di Malaysia dan menjual produk-produk yang dihasilkannya di China. Syarikat ini
menggunakan kaedah eksport ini kerana kaedah ini melibatkan gaya pemasaran yang meluas
dan merupakan kaedah penting untuk bercampur tangan dalam pasaran antarabangsa dengan
efisien. Tambahan lagi, kaedah eksport menyebabkan syarikat ini menjimatkan kos dengan
setiap pembukaan operasi di negara-negara baru. Kaedah ini mudah untuk dilaksanakan
dalam pasaran antarabangsa kerana kadar risiko yang lebih kurang.

5.1.2 Francais

Strategi seterusnya yang dipakai oleh Xiaomi Corporation untuk memasuki pasaran
Malaysia ialah melalui francais. Francais bermaksud satu bentuk perniagaan dimana
francaisor (syarikat induk) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan seperti nama
perniagaan dan cop dagang. Namun, francaisi (syarikat kecil) perlu membayar royalti kepada
francaisor. Seperti Xiaomi Corporation, syarikat ini mempuyai banyak cawangan yang
terletak di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Jenama Xiaomi telah lama wujud dalam

7
030201160033

negara Malaysia sejak tahun 2014 dan jenama ini bukan lagi asing buat rakyat Malaysia.
Dengan wujudnya kedai fizikal yang telah banyak dirasmikan di Malaysia, para peminat
jenama ini boleh mendapatkan produk-produk keluaran Xiaomi seperti televisyen, penghawa
dingin, router, pembersih udara, telefon pintar dan sebagainya dengan mudah.

5.1.3 Harga Mampu Milik

Xiaomi Corporation menjual produknya dengan harga yang sangat berpatutan.


Jenama Xiaomi sudah menjadi cukup terkenal di Malaysia disebabkan penjualan produknya
yang bekualati dan tidak begitu mahal jika dibandingkan dengan jenama-jenama besar yang
lain seperti Samsung, Apple, Huawei dan Realmi. Menurut data dari Canalys, Xiaomi berjaya
meletakkan dirinya di tangga kedua pengeluar telefon pintar terbesar dunia pada suku kedua
2021. Salah satu faktor yang menyebabkan Xiaomi Corporation menjual produknya dengan
harga mampu milik adalah kerana syarikat ini tidak tamak mengaut keuntungan berlebihan.
Syarikat ini hanya mengambil keuntungan maksimum sebanyak 5% dari kos penghasilan
produk keluaran mereka. Tahun demi tahun Xiaomi Corporation konsisten dalam bukan
sahaja melancarkan telefon pintar yang mampu milik tetapi dengan spesifikasi yang lebih
kompetitif berbanding peranti pesaing yang dijual pada harga setanding. Penetapan harga
yang mesra dompet ini turut dapat dilihat pada powerbank, aksesori, televisyen dan banyak
lagi produk keluaran Xiaomi di peringkat global. Jenama Xiaomi merupakan salah satu
jenama yang sering menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai