Anda di halaman 1dari 11

SULIT*

Nama : …………………………………………….
1 |RAM/BAHAN PAM PKP SET 15
Kelas: ……….
Bahagian A ( 15 Markah )
Jawab semua soalan.

1. Yang manakah merupakan faktor dalaman yang menentukan hubungan luar


Malaysia?
I Wawasan pemimpin
II Keadaan politik serantau
III Tanpa mengira ideologi
IV Keanggotaan Malaysia dalam ASEAN

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2.
 Memberi bantuan teknikal kepada negara-negara Pasifik
Selatan
 Menggurangkan pergantungan dengan negara barat

Penyataan di atas menrujuk kepada perkembangan dasar luar era


A Dato’Seri Mohd Najib b. Abd Razak
B Tun Abdullah b. Ahmad Badawi
C Tun Dr Mahathir b. Mohamad
D Tun Hussein b. Onn

3. Yang manakah kepentingan hubungan bilateral dan multilateral Malaysia?


I Pembangunan modal insan
II Peluasan pasaran dan perdagangan
III Persaingan pengeluaran barangan kilang
IV Perkongsian sumber-sumber bahan mentah dan makanan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

4. Yang manakah sebab perebutan beberapa buah negara ke atas kepulauan di Laut
China
Selatan?
I hak terhadap pulau-pulau
II menguasai sumber mineral
III menguasai sumber ekonomi
IV mengawal kegiatan pelanunan

2 |RAM/BAHAN PAM PKP SET 15


A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

5. Yang manakah kerjasama pembangunan wilayah kecil Pertubuhan Negara-Negara


Asia
Tenggara?
A Dialog Serantau ASEAN
B Komuniti Ekonomi ASEAN
C Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga
D Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

6.
 Pembangunan saintifik dan teknikal
 Pembangunan sosial dan sumber manusia

Penyataan di atas merujuk kepada


A ASEAN + 3
B Sidang kemuncak Asia Timur
C Komuniti Sosio-Budaya ASEAN
D Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik

7. Yang manakah benar tentang Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara
(SEANFWZ)?
I menyelesaikan pertikaian secara rundingan
II menjamin keselamatan perairan di Asia Tenggara
III menjamin keamanan dan kestabilan politik rantau Asia Tenggara
IV mengelakkan perlumbaan senjata nuklear di rantau Asia Tenggara

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

8. Yang manakah benar tentang Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia


Tenggara
(SEAMEO)?
I Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura
II Pusat Analisis dan Teknologi Genom di Malaysia
III Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi di Filipina
IV Pusat Pendidikan Rantau Bagi Sains dan Matematik di Malaysia
3 |RAM/BAHAN PAM PKP SET 15
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9. Malaysia menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-


Bangsa
Bersatu untuk menyelesaikan

A masalah alam sekitar


B pertikaian politik antarabangsa
C pertikaian tuntutan bertindih wilayah
D masalah keseimbangan ekonomi negara utara-selatan

10. Yang manakah benar tentang Kumpulan 8 Negara Membangun?


A kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial
B mengadakan latihan bersama ketenteraan antara negara anggota
C mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan ekonomi
serantau
D merupakan penggerak kepada kemajuan dan dasar pembangunan negara
selatan

11.  Mengelakkan tuntutan hak mengeksploitasi kawasan


 Memberi hak kedaulatan perairan antara dua buah negara dalam
pembabitan soal hasil laut.

Penyataan di atas merujuk kepada


A Mahkamah Keadilan Antarabangsa
B Mahkamah Jenayah Antarabangsa
C Zon Ekonomi Ekslusif
D Majlis Keselamatan

12.
 Makanan ubahsuai ginetik
 Kepelbagaian bioteknologi

Penyataan di atas merujuk kepada


A Protokol Kyoto
B Protokol Madrid
C Protokol Montreal
D Protokol Cartagena

13. Antara berikut yang manakah benar tentang Kumpulan 20 (G-20)?


I meliberalkan perdagangan antarabangsa
4 |RAM/BAHAN PAM PKP SET 15
II menetapkan peraturan perdagangan antarabangsa
III mengadakan perundingan dan perjanjian baharu perdagangan
IV mewujudkan suasana perniagaan yang menarik pelaburan asing secara
langsung

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14. Yang manakah benar tentang Dialog Perkongsian Pintar?


I Menaja perundingan syarat-syarat perdagangan dunia
II Menggalakkan penglibatan sektor awam dan sektor swasta secara bersama
III Mempromosikan Pulau Langkawi sebagai pusat pelancongan bertaraf
antarabangsa
IV Memperjuangkan sistem perdagangan bebas dan terbuka bersama dengan
Pertubuhan Perdagangan Sedunia

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15. Yang manakah benar tentang misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa


Bersatu?
A Mentadbir wilayah yang belum merdeka
B Mengawasi pelaksanaan gencatan senjata
C Memberi bantuan kemanusiaan dan ketenteraan
D Menghentikan pencerobohan oleh sebuah negara terhadap negara lain

5 |RAM/BAHAN PAM PKP SET 15


Bahagian B [15 markah]
Jawab satu soalan sahaja.

16. Berdasarkan jadual di bawah, huraikan pola tangkapan pendatang asing oleh
agensi yang berkaitan dari tahun 2012 hingga tahun 2014.
MALAYSIA: TANGKAPAN PENDATANG ASING DARI
TAHUN 2012 HINGGA TAHUN 2014

Negara Tahun 2012 (orang) Tahun 2013 (orang) Tahun 2014 (orang)

China 1 200 900 1 280


India 352 420 425
Indonesia 8 325 8 490 8 539
Bangladesh 458 423 345
Thailand 546 568 650
Lain-lain 143 120 98
Jumlah 11 024 10 921 11 337

(Disesuaikan daripada Buku Perangkaan Sosial,Jabatan Perangkaan Malaysia


2015)

6 |RAM/BAHAN PAM PKP SET 15


Berdasarkan Buku Perangkaan Sosial,Jabatan Perangkaan Malaysia 2015,jadual
menunjukkan tangkapan pendatang asing dari tahun 2012 hingga tahun 2014.
Jumlah keseluruhan tangkapan pendatang asing oleh agensi pada tahun 2012
hingga tahun 2014 menunjukkan tidak konsisten iaitu turun dan naik. Pada tahun 2012,
jumlah tangkapan pendatang asing adalah 11 024 orang dan menurun kepada
10 921 orang pada tahun 2013. Penurunan sebanyak 103 orang (0.93%). Pada tahun
2013, jumlah tangkapan pendatang asing adalah 10 921 orang dan meningkat kepada
11 337 orang pada tahun 2014. Peningkatan sebanyak 416 orang (3.81%). Hal ini berlaku
kerana ekonomi luar negara yang tidak maju dan kerajaan tidak berupaya mengawas
penduduk luar negara yang ingin lari luar negara.
Tangkapan pendatang asing oleh agensi pada tahun 2012 hingga tahun 2014 yang
menunjukkan peningkatan adalah negara India, Indonesia adan Thailand. Sebagai contoh,
tangkapan pendatang asing negara Thailand adalah 546 orang pada tahun 2012 dan
meningkat kepada 650 orang pada tahun 2014. Peningkatan sebanyak 104 orang
(19.05%). Pendatang asing Thailand menyamar sebagai pelayan untuk mencari rezeki
demi menanggung perbelanjaan rumah.
Tangkapan pendatang asing oleh agensi pada tahun 2012 hingga tahun 2014 yang
menunjukkan penurunan adalah negara Bangladesh dan negara lain-lain. Sebagai contoh,
tangkapan pendatang asing negara Bangladesh adalah 458 orang pada tahun 2012 dan
menurun kepada 345 orang pada tahun 2014. Penurunan sebanyak 113 orang (24.67%).
Hal ini berlaku demikian kerana penduduk Bangladesh risau mereka tidak dapat balik ke
negara asing dan ditahan oleh kerajaan berkuasa.
Kesimpulannya, pihak berkuasa perlulah bekerjasama masalah pendatang asing
secara berterusan. Pihak berkuasa juga haruslah membanteras masalah dengan cara
Program 6P iaitu pemutihan,penguatkuasaan,pengusiran,pemantauan dan pengampunan.

7 |RAM/BAHAN PAM PKP SET 15


17. Berdasarkan jadual di bawah, buat analisis terhadap kadar pengangguran di negara-
negara Asia Tenggara terpilih dari tahun 2013 hingga tahun 2015. Jelaskan kesan
pengangguran kepada masyarakat di sesebuah negara.
KADAR PENGANGGURAN DI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA
TERPILIH DARI TAHUN 2013 HINGGA TAHUN 2015

Kadar pengangguran (%)

Negara Tahun 2013 Tahun 2014 Tahun 2015

Malaysia 3.1 3.3 3.4

Vietnam 3.6 3.4 3.3

Indonesia 7.2 7.6 7.0

Thailand 0.6 0.6 0.7

Filipina 7.1 6.8 6.3

Singapura 1.9 2.0 1.9

Myanmar 3.3 3.3 3.3

(Disesuaikan daripada http://www.focus-economics.com/regions/asean)

Bahagian C ( 50 Markah )

Jawab dua soalan sahaja.

18. Isu pelarian di beberapa negara di dunia telah meninggalkan pelbagai kesan kepada
Malaysia. Tindakan perlu dilaksanakan bagi menangani isu tersebut. Bincangkan.

19. Sumber air bersih di beberapa negara di dunia semakin berkurangan. Keadaan ini
menjejaskan kesejahteraan manusia dan alam sekitar. Bincangkan.

20. Kerjasama Malaysia dengan negara-negara ASEAN dapat menggalakkan


pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara. Bincangkan usaha-usaha yang dapat
membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

SOALAN TAMAT

8 |RAM/BAHAN PAM PKP SET 15


18. Isu pelarian di beberapa negara di dunia telah meninggalkan pelbagai kesan kepada
Malaysia. Tindakan perlu dilaksanakan bagi menangani isu tersebut. Bincangkan.
Pelarian merupakan salah satu isu yang akan menjejaskan imej negara dan
membawa keburukan kepada diri dan keluarga. Penduduk yang melarikan diri ke
berhampiran negara Malaysia kerana mereka bimbang akan ditindas ole pemerintah.

Antara kesan isu pelarian kepada Malaysia adalah menjejaskan hubungan


diplomatik antara negara. Hubungan antara Malaysia dengan negara asal akan terjejas
kerana penerimaan pelarian negara mereka. Hubungan diplomatik yang terjejas akan
menjejaskan ekonomi negara disebabkan tidak membuat pelaburan. Negara asal
mencemuh tindakan Malaysia menerima pelarian.

Selain itu, penularan pelbagai penyakit merupakan salah satu kesan isu pelarian
kepada Malaysia. Negara yang tidak mementingkan kebersihan negara dan tidak
menjalani pemeriksaan terhadap orang imigresen akan menyebabkan masalah penularan
penyakit. Sebagai contoh,negara yang tidak menyediakan perkhidmatan kesihatan yang
sempurna dan baik kepada pesakit akan melawan penyakit. Kesannya, penyakit
berbahaya yang mendatangkan kepada negara akan menjangkit kepada penduduk
tempatan.
Antara tindakan Malaysia menangani isu pelarian adalah memperketat kawalan di
pintu sempadan negara. Keselamatan di kawasan sempadan perlulah dipertingkatkan oleh
pihak berkuasa dengan penguatkuasaan undang-undang.Sebagai contoh, imigresen
menyekat kemasukan dengan menegaskan pasport yang baru untuk memasuki negara
Malaysia.
Selain itu, tindakan mengadakan kerjasama antarabangsa haruslah Malaysia
bertindak demi menangani isu tersebut. Malaysia boleh bekerjasama dengan pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu untuk menyelesaikan masalah isu pelarian. Kesannya, isu
pelarian dapat diselesaikan dengan cadangan ahli-ahli PBB.

Di samping itu, Malaysia boleh melakukan tapisan kesihatan untuk menangani


masalah isu pelarian. Hal ini demikian kerana tahap kesihatan golongan pelarian perlu
menjalani tapisan kesihatan sebelum masuk ke negara Malaysia. Golongan pelarian yang
menghidap penyakit berjangkit dapat mendapat rawatan yang sesuai.

Kesimpulannya, pihak berkuasa semua negara perlulah menyelesaikan masalah


isu pelarian dengan cara yang efektif dan tegas. Dengan tindakan ini, keselamatan dan
keamanan negara dapat terjamin.

9 |RAM/BAHAN PAM PKP SET 15


19. Sumber air bersih di beberapa negara di dunia semakin berkurangan. Keadaan ini
menjejaskan kesejahteraan manusia dan alam sekitar. Bincangkan.

Kekurangan sumber air bersih yang berpunca daripada aktiviti manusia dan
faktor semula jadi telah mengundang kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar.
Antara punca sumber air bersih berkurangan adalah pencemaran sumber air.
Aktiviti pencemaran sumber air yang dilakukan secara berleluasa ini adalah
memudahkan perkilangan menjimatkan kos dan masa untuk menapis sisa toksik,sisa
kimia dan sebagainya. Hal ini telah menyumbang kepada kekurangan sumber air
bersih. Sumber air bersih yang memanfaatkan manusia dan semua hidupan akan
terjejas.

Selain itu, punca seterusnya adalah peningkatan suhu global.Fenomena


peningkatan suhu ini berlaku apabila iklim di kawasan tanah berubah ekoran
daripada aktiviti penyahutanan oleh manusia. Perubahan ekstrem suhu bumi akhirnya
menjejaskan ekosistem bumi dan mencetuskan pelbagai fenomena perubahan iklim.

Antara kesan kekurangan sumber air bersih adalah kepupusan flora dan
fauna. Sumber air bersih yang kekurangan hari ini memusnahkan habitat flora dan
fauna. Hal ini boleh mengakibatkan kepupusan jika tidak ditangani segera. Tindakan
manusia yang mementingkan diri sendiri telah mengorbankan khazanah alam demi
mengejar kemajuan dan kebendaan.Kesannya, manusia juga kehilangan sumber
makanan jika masalah kepupusan ini tidak terkawal.

Selain itu,kekurangan sumber air bersih juga menjejaskan hidupan akuatik


yang merupakan sumber protein kepada manusia. Aktiviti perindustrian dan aktiviti
yang mengotorkan air akan menyebabkan pencemaran logam berat. Laluan utama
pencemaran dari darat ke lautan ialah sungai. Sungai-sungai yang tercemar
mengalirkan pelbagai racun ke dalam lautan dan dimakan oleh hidupan akuatik.

Di samping itu, perebakan wabak penyakit adalah salah satu kesan


kekurangan sumber air bersih.Bekalan makanan yang tidak mencukupi akan
menyebabkan penduduk mengalami masalah kesihatan. Masalah ini semakin kritikal
apabila penduduk kurang mendapat rawatan dan pengambilan makanan yang tidak
seimbang.Pada masa yang sama, penduduk juga kemungkinan menyebabkan wabak
penyakit merebak seperti taun, demam tinggi,kanser kulit dan sebagainya.

Kesimpulannya,sumber air yang bersih semakin kekurangan akibat perbuatan


manusia sendiri. Oleh itu, manusia haruslah memelihara alam sekitar supaya selamat
dan selesa untuk didiami.

10 |RAM/BAHAN PAM PKP SET 15


11 |RAM/BAHAN PAM PKP SET 15

Anda mungkin juga menyukai