Anda di halaman 1dari 6

SULIT* 1

Bahagian A [15 markah]


Jawab semua soalan.

1 Prinsip yang menjadi amalan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah
A Menghormati kedaulatan setiap negara
B Mengehadkan hubungan berdasarkan ideologi negara
C Mengutamakan kestabilan ekonomi dan sosial negara
D Meningkatkan kepentingan pertahanan dan ketenteraan

2 Yang manakah bentuk kerjasama dalam kalangan anggota ASEAN+3?


I Kerjasama ketenteraan
II Pembentukan blok perdagangan
III Kerjasama saintifik dan teknikal
IV Bantuan kewangan dan pakej pinjaman

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

3 Apakah usaha ASEAN bagi mengelak campur tangan kuasa besar di rantau Asia
Tenggara?
A Membentuk Piagam ASEAN
B Mengambil alih kawalan Selat Melaka
C Mengisytiharkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali
D Mengambil pendirian tidak campur tangan dalam konflik negara anggota

GERAK GEMPUR STPM 2020 - 900/3


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 2

4 Yang manakah penyelesaian yang diambil oleh Pertubuhan Negara-Negara Asia


Tenggara untuk mengekalkan semangat setia kawan dalam kalangan negara
anggota?
A Menubuhkan blok perdagangan
B Membentuk pakatan ketenteraan
C Menganjurkan forum serantau ASEAN
D Menyelesaikan masalah domestik negara anggota secara aman

5 Yang manakah benar tentang matlamat Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara
A Mengehadkan penggunaan senjata nuklear
B Mengelakkan perlumbaan senjata nuklear di negara ini
C Menyokong pembangunan teknologi muklear di Asia Tenggara
D Menggalakkan penggunaan tenaga nuklear dalam perindustrian

6 Yang manakah antara berikut merupakan pencapaian kerjasama ekonomi


serantau?
A Zon Ekonomi Ekslusif
B Majlis Perundingan Asia Timur
C Zon Aman Bebas dan Berkecuali
D Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand

7 Yang manakah pernyataan yang benar tentang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
(APEC)?
I Mengurangkan halangan perdagangan
II Mentadbir perjanjian perdagangan bebas global
III Membangunkan sistem perdagangan multilateral
IV Mewujudkan peraturan perdagangan antarabangsa

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

GERAK GEMPUR STPM 2020 - 900/3


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

8 Mengapakah Malaysia berminat dengan Kerjasama Selatan-Selatan?


A Meluaskan pasaran komoditi negara
B Menggalakkan kemasukan sumber manusia
C Membentuk kerjasama ekonomi dan teknikal
D Menjadi jurucakap bagi Negara Selatan-Selatan

9 Yang manakah menunjukkan penglibatan Malaysia dalam PBB?


I Pasukan pengaman di Lebanon
II Perjanjian damai Palestin-Israel
III Pembangunan semula Bosnia-Herzegovina
IV Penempatan tentera pelbagai negara di Iraq

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

10 Yang manakah antara berikut merupakan penglibatan Malaysia dalam ekonomi


antarabangsa.
I Kumpulan D-8
II Suruhanjaya Selatan-Selatan
III Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
IV Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

11 Yang manakah rasional Malaysia menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia?


A Memperluas dasar perlindungan
B Memperoleh pinjaman pembangunan
C Memperjuangkan pertumbuhan ekonomi yang telus
GERAK GEMPUR STPM 2020 - 900/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4

D Mendapatkan khidmat nasihat pembangunan tenaga buruh


12 Yang mana antara pernyataan yang benar mengenai isu Antartika?
A Merupakan milik warisan bersama
B Mempunyai kawasan perlombongan
C Merupakan kawasan air tawar dalam bentuk ais
D Mempunyai bahan galian yang berkualiti tinggi

13 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Kumpulan Lapan Negara-
Negara Membangun D-8?
I Dianggotai negara-negara Asia Pasifik
II Persidangan pertama diadakan di Malaysia
III Bidang Kerjasama termasuk membasmi kemiskinan dan buta huruf
IV Suatu badan yang bertumpu kepada kerjasama ekonomi dan perdaganagan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14 Yang manakah yang benar tentang pendirian Malaysia dalam isu-isu


antarabangsa?
A Menggesa pembentukan Order Baru Ekonomi Dunia
B Menyokong sekatan ekonomi terhadap Iran dan Iraq
C Menentang kebangkitan puak ekstremis secara kekerasan
D Menyokong penggunaan senjata nuklear dalam ketenteraan

15 Yang manakah penglibatan Malaysia dalam isu politik dunia?


A Menghantar tentera pemerhati ke Timor Leste
B Mencari penyelesaian konflik yang berterusan di Iraq
C Menandatangani perjanjian ketenteraan dengan negara serantau
D Memberikan sokongan kepada golongan pro-demokrasi di Myanmar

GERAK GEMPUR STPM 2020 - 900/3


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 5

Bahagian B [15 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

16 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan pola pelaburan


langsung asing di negara-negara terpilih pada tahun 2009 dan 2010. Nyatakan
sumbangan pelaburan langsung asing terhadap perkembangan ekonomi Malaysia.

PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI) DI NEGARA TERPILIH


PADA TAHUN 2009 DAN 2010
Tahun 2009 2010 Kadar Perubahan
Negara (USD Bilion) (USD Bilion) (%)
China 95.0 101.0 6.32
India 34.6 23.7 -31.50
Malaysia 1.4 7.0 400.0
Thailand 5.9 6.8 15.25
Jumlah 136.9 138.5 1.17
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Pelaburan Dunia PBB
Mengenai perdagangan dan pembangunan UNCTAD)

17 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan trend kadar


pengangguran di negara-negara bukan ASEAN dari tahun 2014 hingga tahun 2016.
Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pengangguran dunia.

KADAR PENGANGGURAN DI NEGARA-NEGARA TERPILIH


DARI TAHUN 2014 HINGGA TAHUN 2016
Tahun 2014 2015 2016
Negara (%) (%) (%)
Brunei DS 2.7 2.7 2.7
Malaysia 3.0 3.4 3.5
China 4.1 4.1 4.1
India 8.1 7.9 8.4
Rusia 5.1 5.6 6.3
Australia 6.4 6.3 6.2
(Disesuaikan daripada IMF World Economic Outlook,
Oktober 2015/2016)

GERAK GEMPUR STPM 2020 - 900/3


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 6

Bahagian C [50 markah]

Jawab dua soalan sahaja. Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi
karangan yang dihasilkan.

18 Malaysia mempunyai asas yang kukuh dalam merealisasikan industri


berasaskan hub halal di arena antarabangsa. Bincangkan.

19 Mengadakan hubungan baik dengan negara-negara lain secara bilateral dan


multilateral sudah semestinya menjadi keperluan kepada Malaysia. Jelaskan.

20 Fenomena El-Nino merupakan kejadian alam secara semulajadi yang melanda


beberapa buah negara di dunia telah memberi kesan kepada hidupan dan alam sekitar.
Huraikan.

GERAK GEMPUR STPM 2020 - 900/3


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Anda mungkin juga menyukai