Anda di halaman 1dari 8

SULIT*

Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan .

1 Yang manakah berikut mengubah dasar luar Malaysia?

I Perkembangan hubungan diplomatik antara negara ASEAN


II Kejatuhan Iraq ke tangan Amerika Syarikat
III Hubungan damai negara-negara Eropah
IV Penghapusan Dasar Aparteid
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Yang manakah berkaitan dengan penubuhan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara
(SEANWFZ)?

I Memiliki atau menyimpan senjata nuklear


II Menjadikan ASEAN sebagai pusat pengujian senjata nuklear
III Negara kuasa besar tidak boleh menceroboh kedaulatan negara ASEAN
IV Kerjasama negara ASEAN dapat dikukuhkan tanpa campur tangan kuasa
luar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3 Yang manakah benar tentang Mesyuarat Asia-Eropah?


I Mewujudkan kerjasama ketenteraan
II Membincangkan tentang masalah hutang negara membangun
III Bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan globalisasi
IV Meneroka kerjasama baru dalam bidang ekonomi, politik, dan sosial

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

900/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT*
SULIT*

Dialog Selatan-Selatan Matlamat X

Matlamat X adalah bagi


I Menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa
II Membentuk Skim Keutamaan Perdagangan Global
III Membentuk Kerjasama Negara Selatan dari segi ekonomi
IV Memberikan peluang persaingan perniagaan antarabangsa
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5
Membetulkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi antarabangsa
Menghapuskan jurang perbezaan antara negara-negara membangun
dengan negara-negara perindustrian

Matlamat di atas merujuk kepada

A Order Baru Ekonomi Dunia


B Tabung Kewangan Antarabangsa
C Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan
D Persidangan mengenai Kerjasama Ekonomi Antarabangsa

6 Sidang Kemuncak ASEAN + 3 di Kuala Lumpur pada bulan Disember 2005


membincangkan
I kerjasama ketenteraan
II kerjasama kebudayaan
III tenaga dan pemeliharaan tenaga
IV teknologi komunikasi maklumat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

900/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT*
SULIT*

7 Yang manakah merupakan rancangan tajaan kerjasama ASEAN?


IKoridor Raya Multimedia
IIKawasan Perdagangan Bebas ASEAN
IIIPusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan
IVSegitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, dan Singapura
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

8 Yang manakah isu bilateral yang dibincangkan oleh Malaysia dengan Singapura?
I Semakan kadar harga air
II Pembuangan sisa toksik di perairan Malaysia
III Penebusgunaan tanah di perairan Pulau Tekong
IV Pembinaaan kompleks Kastam, Imegresen, dan Kuarantin
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

9 Yang manakah merupakan cabaran kepada Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)


selepas era 2000?
I Keganasan antarabangsa
II Peningkatan kerjasama multilateral
III Persaingan dalam kalangan negara-negara perindustrian
IV Kemunculan Amerika Syarikat sebagai kuasa unipolar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

900/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT*
SULIT*

10
Landasan perkongsian pintar antara benua yang melibatkan
sektor awam dan swasta sesebuah negara

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Rancangan Colombo
B Mesyuarat Asia-Eropah
C Warisan Bersama Dunia
D Dialog Antarabangsa Langkawi

11 Yang manakah membincangkan implikasi sains dan teknologi terhadap alam sekitar?
A Protokol Kyoto
B Protokol Madrid
C Protokol Cartagena
D Protokol Copenhagen

12 Yang manakah termasuk dalam tuntutan bertindih melibatkan Malaysia telah


diselesaikan melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa( ICJ )?
I Pulau Sipadan
II Pulau Bidung
III Pulau Ligitan
IV Pulau Pisang

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

900/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT*
SULIT*

6
13 Yang manakah merupakan matlamat penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan,
Perdagangan, dan Teknologi Selatan (SITTDEC)?

I Menyebarkan maklumat ekonomi


II Memantapkan kedudukan ekonomi
III Menjalinkan kerjasama perdagangan
IV Mengimbangi keluaran komoditi utama

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

14 Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada negara Kumpulan 15 (G15)?

I Mewujudkan pusat pembangunan nuklear negara selatan


II Mengadakan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan
III Menubuhkan pusat pertukaran data pelaburan perdagangan dan teknologi
IV Menerima ahli bersekutu dalam kalangan negara maju dalam sidang
kemuncaknya

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15
Badan yang berkuasa untuk menyelesaikan pertikaian berhubung kegiatan
penambakan laut oleh Singapura di kawasan sekitar perairan Johor

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Tribunal Antarabangsa mengenai Undang-undang Laut PBB
B Jawatankuasa Bersama Sempadan Laut ASEAN
C Mahkamah Keadilan Antarabangsa
D Zon Ekonomi Eksklusif

900/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT*
SULIT*

7
Bahagian B [15 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

16 Berdasarkan jadual di bawah, huraikan perubahan rampasan senjata api dan jumlah
tangkapan bagi tahun 2013 hingga tahun 2015. Jelaskan implikasi peningkatan penyeludupan
senjata api terhadap keselamatan negara.

JUMLAH RAMPASAN SENJATA API DAN JUMLAH TANGKAPAN


BAGI KES PENYELUDUPAN SENJATA API DI MALAYSIA
DARI TAHUN 2013 HINGGA TAHUN 2015

Tahun Jumlah Rampasan Senjata api Jumlah Tangkapan

(kes) (kes)

2013 292 287


2014 283 273
2015 298 290

(Disesuaikan daripada statistik Bahagian Kepolisan dan


Keselamatan Sempadan, Kementerian Dalam Negeri, 2015)

900/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT*
SULIT*

17. Berdasarkan carta di bawah, bincangkan cabaran yang dihadapi dalam kerjasama ASEAN+3
dan jelaskan langkah-langkah mengatasi cabaran sosial.

CABARAN DALAM KERJASAMA ASEAN +3

CABARAN

Politik Ekonomi Sosial

Keganasan Pasaran Beban Kualiti


Pengangguran
Produk Hutang Hidup

Pertumbuhan
Perubahan Penguasaan Jenayah
Perniagaan
Pemimpin Tempat

(Disesuaikan daripada http://www.scribd.com/doc/17489127/ASEAN)

900/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT*
SULIT*

9
Bahagian C [50 markah]

Pilih dua daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.

18. Aktiviti penyeludupan antara Malaysia dan negara jiran seolah-olah isu yang tidak
berkesudahan. Pelbagai faktor dan kesan akan timbul ekoran masalah ini. Bincangkan.

19. Usaha penambakan laut yang dijalankan oleh Singapura mendapat bantahan dari Malaysia.
Bincangkan rasional dan masalah yang timbul akibat tindakan tersebut.

20. Malaysia tidak mengiktiraf pelarian namun mereka tetap dilayan dengan sewajarnya, malah
lebih baik berbanding negara lain. Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh negara sekiranya
menjadi tumpuan pelarian antarabangsa.

900/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT*

Anda mungkin juga menyukai