Anda di halaman 1dari 5

NOTA DAN ESEI RINGKAS ANALISIS FISKAL: PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

DAN TRANSFORMASI PENYEDIAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN

Pengenalan

Peruntukan dalam menyediakan infrastruktur dalam bentuk jaringan pengangkutan yang baik amat
kritikal dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi Negara sebagai salah satu keperluan
pengantara dan pemangkin pertumbuhan ekonomi rentas sektor. Jaringan dan sistem
pengangkutan yang baik bukan sahaja menjadi penghubung antara lokasi bahkan ia mampu
menjimatkan masa penghantaran barangan dan perkhidmatan antara satu lokasi ke lokasi yang lain
malah ia bertindak sebagai medium pembangunan ekonomi setempat secara tidak langsung.
Kepentingan penyediaan infrastruktur pengangkutan dipertanggungjawabkan untuk dilaksanakan
oleh Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam merealisasikan
jaringan perhubungan darat, air dan udara sebagai pemudahcara medium pengangkutan dan
perdagangan.

Sektor pengangkutan juga mendapat perbelanjaan pembangunan yang agak besar melalui
peruntukan perbelanjaan persekutuan sejak Negara mencapai kemerdekaan melalui Dasar
Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional sehinggalah Dasar Wawasan Negara merupakan
dasar yang telah digubal bagi melonjakkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Malasyia.
Menurut kajian Kogid et. al, (2010), pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk jangka masa pendek
secara signifikan dipengaruhi oleh perbelanjaan penggunaan, perbelanjaan kerajaan, eksport,
kadar pertukaran matawang asing dan pelaburan langsung asing (FDI). Manakala dalam jangka
masa panjang, hanya perbelanjaan penggunaan dan eksport memainkan peranan penting kepada
pertumbuhan ekonomi. Penekanan penyediaan jaringan dan sistem infrastruktur pengangkutan
dilihat menjadi salah satu tumpuan kepada kerajaan Malaysia untuk memastikan pengangkutan
terus berkembang. Usaha kerajaan dalam menyediakan sistem pengangkutan yang dibuktikan
apabila wujudnya jabatan dan agensi yang mengawalselia dan memantau perkembangan jaringan
pengangkutan dalam memastikan perkembangan ekonomi berterusan.
Penyediaan Infrastruktur Pengangkutan Di Malaysia

Pembangunan struktur asas pengangkutan dan juga telekomunikasi merupakan usaha


pembangunan infrastruktur yang menjadi keutamaan dalam perbelanjaan kerajaan sejak tahun
1957. Fasa awal menyediakan infrastruktur untuk menyediakan struktur asas pengangkutan darat
merupakan nadi utama medium pengangkutan penumpang dan kargo berbanding sistem
pengangkutan udara dan air. Pengangkutan darat terbahagi kepada dua iaitu jalan raya dan rel
kereta api dan terdapat lima industri berada di bawah pengangkutan darat iaitu perkhidmatan kereta
api, perkhidmatan bas, pengangkutan muatan melalui jalan raya, teksi dan kereta sewa dan
pengangkutan darat lain. Penumpuan terhadap pembangunan jaringan jalan raya persekutuan dan
jalan luar Bandar dilaksanakan melalui rancangan pembangunan lima tahun sejak rancangan
pembangunan pertamaMalaysia pada tahun 1966. Bagi melihat dengan lebih jelas, rujuk jadual 1
yang menunjukkan agihan peruntukan bagi pembangunan infrastruktur dari Rancangan Malaysia
Pertama hingga Rancangan Malaysia ke-10. Pembangunan jalan mendapat bahagian yang besar
dalam peruntukan untukpembangunan infrastruktur. Berdasarkan jadual 1, dapat dilihat pola
pelaburan dalam infrastruktur dan pembangunan jalan semakin meningkat. Ini menjelaskan
bahawa kerajaan Malaysia menekankan kepada pembangunan infrastruktur kerana ia memainkan
peranan penting kepada pertumbuhan ekonomi (Hong et. al, 2011).

Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia yang menyediakan kemudahan infrastruktur pengangkutan


darat yang baik menunjukkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang sangat
memberangsangkan. Sebagai contohnya di Negeri Selangor yang terus menunjukkan pertumbuhan
KDNK semakin meningkat disebabkan salah satu faktornya adalah kemudahan infrastruktur yang
lengkap berbanding negeri yang kurang memberi penekanan kepada penyediaan kemudahan
infrastruktur pengangkutan darat contohnya di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Sabah dan
Sarawak menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Justeru, isu
mengenai kemudahan infrastruktur pengangkutan darat perlu dititikberatkan kerana pengangkutan
merupakan salah satu faktor kepada perkembangan pertumbuhan ekonomi.

Analisis Pola Peruntukan Belanjawan Pembangunan Infrastruktur Pengangkutan Darat

Perbelanjaan kerajaan merupakan elemen penting bagi sesebuah negara bagi membolehkan
sesuatu perancangan negara dilaksanakan. Peruntukan belanjawan melalui bajet tahunan yang
dibentangkan oleh Perdana Menteri mempunyai strategi yang tersendiri bagi memastikan
kekayaan negara terus berkembang dan dapat dinikmati seluruh rakyat di samping meningkatkan
pertumbuhan dan pembangunan negara secara keseluruhannya. Mohd Zainudin Saleh (2004)
menyatakan di Malaysia misalnya, perbelanjaan kerajaan ini telah menyumbang ke arah
pengembangan kapasiti pengeluaran ekonomi terutamanya melalui pembangunan sumber
manusia, kemajuan teknologi, penyediaan infrastruktur serta penyelidikan dan pembangunan
(R&D). Kerajaan juga memberi tumpuan kepada projek yang boleh menyokong strategi
pertumbuhan yang diterajui oleh sektor swasta terutamanya dalam meningkatkan kemudahan
infrastruktur bagi memenuhi keperluan ekonomi moden dan masyarakat yang semakin
berkemampuan.

Berdasarkan perangkaan yang diperoleh dari Unit Perancang Ekonomi, pola peruntukan untuk
perbelanjaan penyediaan infrastruktur rangkaian sistem pengangkutan menunjukkan trend
pertambahan peruntukan menaik sejak Rancangan Malaysia Pertama sehingga Rancangan
Malaysia ke-11.(Jadual 1)

Jadual 1: Peruntukan bagi Infrastruktur dari tempoh 1966 hingga tahun 2010

Rancangan Tempoh Peruntukan Peruntukan


Malaysia Infrastruktur Pembangunan
Jalan
RM Juta RM Juta
RMKe-1 1966-1970 1550 400
RMKe-2 1971-1975 3150 800
RMKe-3 1976-1980 7000 1550
RMKe-4 1981-1985 9700 4000
RMKe-5 1986-1990 12100 4600
RMKe-6 1991-1995 14400 6800
RMKe-7 1996-2000 16100 12400
RMKe-8 2001-2005 18900 14200
RMKe-9 2006-2010 30304 17303
RMKe-10 2011-2015 60000*
Nota* anggaran kasar dengan RM51 bilion untuk projek HSR

Pada Rancangan Malaysia pertama sejumlah RM1,550 juta diperuntukkan untuk pembinaan jalan-
jalan kampong dan jalanraya antara Bandar dengan hanya perbelanjaan pembangunan jalan
sebanyak RM400 juta. Jumlah peruntukan pembangunan infrastruktur pengangkutan telah
meningkat kepada sekali ganda atau meningkat sebanyak 103% dengan peruntukan sebanyak
RM3,150 juta pada RMKe-2. Peruntukan belanjawan pembangunan yang dikhususkan kepada
pembinaan infrastruktur pengangkutan darat terus diberi perhatian dengan peruntukan RM7,000
juta iaitu kenaikan sebanyak 122% dalam RMKe-3 dengan peruntukkan pembinaan pembangunan
jalan meningkat kepada RM1,550 juta berbanding peruntukan sebanyak RM800 untuk tempoh
yang sama.

Pertambahan peruntukan pembangunan dalam membangunkan sektor pengangkutan


mencerminkan komitmen kerajaan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur untuk
menyokong dan memacu penjanaan ekonomi dengan menghubungkannya dengan kepesatan
pertumbuhan perindustrian Negara ketika tumpuan mempelbagaikan sumber ekonomi kepada
industri pembuatan dan perkilangan dalam tempoh RMKe-3 dengan pembukaan kawasan
perkilangan di Larkin, Johor, Mak Mandin, Pulau Pinang, Sungei Way, Selangor dan beberapa
tempat lain. Kemudahan infrastruktur pengangkutan jalan darat yang baik juga telah disediakan
kerajaan untuk menghubungkan Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan Pulau Pinang untuk
penghantaran barangan kargo perdagangan untuk tujuan eksport melalui pembinaan rel keretapi
ke pelabuhan selain jaringan lebuhraya persekutuan yang baik. Peruntukan perbelanjaan
pembangunan sektor pengangkutan pada RMKe-4 juga telah mencatatkan pola yang meningkat
kepada RM9,700 juta (1981-1985) pada RMKe-4. Kebanyakkan projek dalam fasa ini adalah
kesinambungan kepada projek pembnaan jaringan jalan raya dan jalan keretapi kargo dari kawasan
perindustrian ke pusat pengumpulan dan pengagihan barangan seperti laluan keretapi Kuala
Lumpur ke Pelabuhan Kelang dan Lebuhraya Pasir Gudang, Johor ke Pelabuhan Pasir Gudang.

Peruntukan perbelanjaan sektor ini terus meningkat kepada RM12,100 juta pada RMKe-5 (1986-
1990). Sejumlah RM14,400 juta pada RMKe-6 (1991-1995) yang dikhususkan untuk
membangunkan perkhidmatan rel transit aliran ringan (LRT) dan jaringan menudahan rel utnuk
pengangkutan penumpang seterusnya RM16,100 juta pada RMKe-7 (1996-2000). Peruntukan
sektor pengangkutan telah meningkat 12% atau RM2.8 bilion kepada RM18,900 juta dalam
RMKe-8. Peruntukan belanjawan sektor pengangkutan juga meningkat ke RM30.3 bilion dalam
RMKe9.
Peruntukan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur dalam tempoh RMKe6 hingga ke-9
adalah berdasarkan laporan Aku Janji Persekutuan 2013-2018 untuk meningkat dan menaik taraf
lima pengangkutan awam utama iaitu bas Rapid KL, myBAS, MRT, Transit Aliran Ringan (LRT)
dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR). Kejayaan untuk mengintegrasi perkhidmatan rel
bersepdu di sekitar Lembah Klang adalah manifestasi kerajaan bukan sahaja sebagai medium
pengantara dan pemudahcara perhubungan antara lokasi malah bertujuan untuk mengurangkan
kesesakan trafik terutama di Lembah Kekang dan Bandar-bandar utama di Semenanjung
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai