Anda di halaman 1dari 7

PERANAN MALAYSIA DALAM ASEAN

TOPIK 5 : ISU ISU KEPRIHATINAN NEGARA

PERANAN MALAYSIA DALAM ASEAN

Malaysia dan Hubungan Serantau (ASEAN)


    Keanggotaan dan matlamat
    Bentuk kerjasama
    Cabaran

Pengenalan
Dasar luar Malaysia bertujuan menjamin kemakmuran dan kestabilan negara serta
keselamatan negara. Kerjasama antarabangsa dan hubungan luar melibatkan unsure politik,
social, ekonomi dan budaya. Dasar luar Malaysia juga melibatkan usaha mencari cara-cara
baharu untuk mencapai dan menjaga kepentingan negara dalam persekitaran antarabangsa
yang sentiasa berubah. Perkembangan dasar luar negara dipengaruhi fahaman atau konsep
kepimpinan setiap Perdana Menteri. Jika sebelumnya dasar luar negara lebih menekankan
hubungan serantau, kini penekanan lebih diberikan pada hubungan dengan negara lain pada
peringkat antarabangsa demi memelihara kepentingan ekonomi dan politik selaras dengan era
globalisasi.
Keanggotaan dan Matlamat
Keanggotaan ASEAN
Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan di Bangkok, Thailand pada 8
Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok.
ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Brunei
Darussalam menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984, Vietnam pada tahun 1995, Laos dan
Myanmar pada tahun 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pula menyertai ASEAN pada tahun 1999.

Matlamat ASEAN
Antara matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti berikut:
    Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan pembangunan kebudayaan di
rantau Asia Tenggara.
    Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi
prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
    Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai bidang
termasuk latihan dan penyelidikan
    Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor pertanian
dan perdagangan.
    Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.

Bentuk Kerjasama 

Kerjasama Politik
1.    Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN  telah
diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.
2.    Matlamat penubuhannya ialah:
a.    Memelihara keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mengelak
campur tangan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China
dalam hal-hal di rantau ini.
b.    Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara
secara aman dan bukan menggunakan kekerasan.
c.    Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.
d.    Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.
3.    Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk
memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.
4.    ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan Vietnam
di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang
untuk menentukan nasib negara mereka sendiri.

Kerjasama Ekonomi
Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana tiada aktiviti
dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian
seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan
Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976
di Bali semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.
Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:

 Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia


 Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia
 Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina
 Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura
 Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand
 Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.
 Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya dalam bidang automotif.
 Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk meningkatkan perdagangan
antara negara anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka
panjang, perolehan istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan
tarif dan perluasan tarif istimewa.
 Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan
 Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) ditubuhkan untuk menyelaras
kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN
 Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada
negara-negara yang terlibat dalam projek-projek uasaha sama ASEAN.
 Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi
 Pemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota
 Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen
 Mengiktiraf lessen pemandu di rantau ASEAN
 Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian
 Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data
mengenai masalah pertanian
 Penubuhan Plant Quarantine Traning Centre and Institute di Serdang
 Mengadakan dialog dengan negara-negara maju
 Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan pembangunan dalam
bidang perdagangan, perlancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:
 IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)
 IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura)    BIMP-EAGA (Kawasan
Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina)
Kerjasama Sosial dan Kebudayaan
Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negara ASEAN
melalui aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dll.
Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Tujuan penubuhan
adalah seperti berikut:

 Mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan bahasa moden


 Meningkatkan semangat persaudaraan di antara negara anggota
 Meningkatkan peranan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan yang lebih luas
 Pembentukan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)
 Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan
Menganjurkan projek berikut;

 Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC)


 Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH)
 Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau
Pinang.

Cabaran ASEAN
Ekonomi
Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah dan
getah asli negara-negara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi dirantau
ini.Negara-negara ASEAN terpaksa member perhatian kepada sektor perkilangan dan
perkhidmatan.
Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkan persaingan yang sengit
dikalangan negara ASEAN.Pergantungan kepada negara maju dari segi ekonomi masih
berlanjutan. Indonesia dan Thailand dibebani hutang luar negara.

Sosial
Negara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan taraf hidup rakyatnya. Proses
pembandaran yang pesat dan kadar pengangguran yang meningkat menjejaskan usaha
meningkatkan taraf hidup penduduk di negara ASEAN.

Politik
Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN Percubaan rampasan kuasa atau
keganasan di Filipina dan Indonesia. Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap
kebebasan berpolitik di negara masing-masing.

Vietnam memberikan sumbangan untuk memperkuat peranan ASEAN

THANH CHUNG - THU HOARabu, 21 November 2012 | 14.53.38

 Chia sẻ

(VOVworld) – Perdana Menteri (PM) Vietnam Nguyen Tan Dung dan istri beserta delegasi tingkat tinggi
Vietnam pada Selasa malam (20 November) telah meninggalkan Phnom Penh, ibukota Kamboja pulang
kembali ke Hanoi, ibukota Vietnam, mengakhiri dengan baik kunjungan untuk menghadiri Konferensi
Tingkat Tinggi ASEAN ke-21

(VOVworld) – Perdana Menteri (PM) Vietnam Nguyen Tan Dung dan istri beserta delegasi tingkat tinggi
Vietnam pada Selasa malam (20 November) telah meninggalkan Phnom Penh, ibukota Kamboja pulang
kembali ke Hanoi, ibukota Vietnam, mengakhiri dengan baik kunjungan untuk menghadiri Konferensi
Tingkat Tinggi ASEAN ke-21 dan semua Konferensi Tingkat Tinggi yang bersangkutan di Kamboja. Dalam
Konferensi Tingkat Tinggi ASEAN ke-21 kali ini, Vietnam telah memberikan sumbangan yang aktif pada
suksesnya konferensi ini. 

PM Nguyen Tan Dung menghadiri konferensi di Kamboja

(Foto:  truongsahoangsa.info)

Hasil yang paling besar dalam Konferensi Tingkat Tinggi ASEAN ke-21 kali ini ialah para pemimpin ASEAN
telah bertekad mendorong lebih kuat lagi pelaksanaan peta jalan pembangunan Komunitas ASEAN pada
2015, menyelesaikan secara tepat waktu semua target yang telah ditetapkan dalam setiap pilar
komunitas, khususnya pilar ekonomi. Menurut itu, ASEAN perlu berfokus mendorong perkembangan
secara setara dan berkesinambungan, mempersempit kesenjangan dalam perkembangan di kawasan,
menuju ke target membawa ASEAN menjadi satu pasar satu-satunya dan satu tata ruang produksi yang
satu, punya persaingan yang tinggi dan semakin berintegrasi pada perekonomian global. Para pemimpin
ASEAN juga memberikan bimbingan memperkuat penyambungan dan konektivitas di kawasan, pertama-
tama dalam ASEAN dan kemudian diperluas ke kawasan Asia Timur. Untuk turut mencapai hal ini,
bersama dengan upaya semua pemerintahan, perlu memperkuat penggerakan sumbangan sektor
swasta, badan usaha serta dari para mitra dan semua organisasi keuangan internasional.

Pada konferensi kali ini, para pemimpin ASEAN telah menegaskan perlu terus mengembangkan peranan
dominan ASEAN dalam menjamin lingkungan yang damai, stabil, aman dan berkembang di kawasan,
serta struktur kerjasama kawasan dan memberikan pengarahan untuk menangani semua masalah yang
menjadi minat bersama di kawasan. 

Penanda-tanganan Pernyataan Phnom Penh

(Foto: vov.vn)

Mengenai hal ini, Menteri Luar Negeri Vietnam Pham Binh Minh memberitahukan: “Konferensi kali ini
telah mengesahkan beberapa pernyataan yang penting, diantaranya ada Pernyataan Phnom Penh
tentang Hak Asasi Manusia. Sehubungan dengan peringatan ultah ke-10 pelaksanaan Deklarasi tentang
Perilaku semua pihak di Laut Timur, ASEAN dan Tiongkok telah mengesahkan Pernyataan tentang
peringatan ultah ke-10 untuk mendorong lebih lanjut lagi pelaksanaan Deklarasi ini. Para pemimpin
ASEAN juga sepakat membentuk Institut Perdamaian dan Kerujukan, memanifestasikan keinginan
membangun kawasan ASEAn yang damai dan stabil. Bersamaan itu, para pemimpin ASEAN juga
mengesahkan banyak pernyataan dengan para mitra dialog ASEAN yaitu Tiongkok, Amerika Serikat,
Jepang, diantaranya memperkuat kerjasama laut, transportasi perhubungan dan masalah-masalah yang
lain.

Menlu Vietnam Pham Binh Minh

(Foto: nguyenthikimtien.net)

Delegasi Vietnam yang dikepalai PM Vietnam Nguyen Tan Dung menghadiri Konferensi Tingkat Tinggi
kali ini, meneruskan pedoman aktif, berinisiatif, bertanggung jawab dan memberikan sumbangan
kepada pekerjaan bersama, khususnya memperkuat solidaritas dan peransan sentral ASEAN dalam
struktur kawasan. Menurut itu, Vietnam menganggap penting dan aktif memberikan sumbangan kepada
penguatan peranan dan kerjasama ASEAN, serta membangun ASEAN yang bersatu, berkonektivitas,
kokoh dan kuat, memperluas hubungan kerjasama dengan semua negara mitra dialog, demi
perdamaian, kestabilan dan kerjasama perkembangan di kawasan. 

Menteri Luar Negeri Vietnam Pham Binh Minh memberitahukan:"Kita telah bersama dengan negara-
negara ASEAN memberikan sumbangan kepada penyusu

Selain itu, pada kesempatan ini, PM Nguyen Tan Dung juga telah melakukan banyak pertemuan bilateral
dengan negara-negara mitra di kawasan. Melalui semua kontak ini, hubungan dengan negara-negara
mitra dialog terus diperkuat dan menjadi lebih intensif dan praksis lagi.

Konferensi Tingkat Tinggi ASEAN ke-21 dan semua konferensi yang bersangkutan juga meninggalkan
selar khusus bagi Vietnam karena dalam Konferensi Tingkat Tinggi ini, para pemimpin ASEAN telah
memutuskan mengangkat Deputi Menteri Luar Negeri Vietnam Le Luong Minh menjadi Sekretaris
Jenderal ASEAN untuk masa bakti lima tahun 2013-2017. g

Simak lebih lanjut di Brainly.co.id - https://brainly.co.id/tugas/17612222#readmore

Anda mungkin juga menyukai