Anda di halaman 1dari 7

FORUM

Selamat pagi, Salam sejahtera, Salam Perak Aman Jaya.


Warga dewan sekalian
\
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang segak-segak lagi


tampan bergaya pada hari ini, izinkan saya untuk mengupas terlebih dahulu tajuk
forum pendidikan kita pada hari ini.
Tajuk forum kita berkisar tema pendidikan iaitu tonggak pendidikan UNESCO.
Pendidikan boleh dirumuskan sebagai proses kesinambungan yang dilalui oleh
manusia dengan cara bimbingan, latihan dan didikan khususnya berkaitan dengan
perkembangan intelek, kerohanian, jasmani,sosial dan estetika. Dalam erti kata lain
pendidikan boleh dilihat sebagai pewarisan kebudayaan dan pengembangan potensipotensi individu pada diri manusia untuk menjadikanya sebagai manusia yang berilmu,
berakhlak, sihat, berbudaya, berseni, berguna dan bertanggungjawab.
Malaysia tidak terkecuali dalam menyertai UNESCO seperti penyertaanpenyertaannya yang lain dalam ASEAN, Komenwel, OIC dan lain-lain lagi. Malaysia
telah menyertai UNESCO pada awal penubuhannya. Pada 1993, UNESCO telah
membentuk 4 toggak pendidikan. Selaras dengan mandat yang diberikan oleh PBB
kepada unesco dalam melaksanakan kemajuan dalam bidang pendidikan, pada 1996
badan ini telah menetapkan bahawa tonggak ini harus dijadikan panduan bidang
pendidikan. UNESCO telah menggariskan 4 tonggak utama bagi sistem pendidikan.
yang juga dikenali sebagai 4 pillar.
Justeru itu, UNESCO ditubuhkan untuk untuk menyumbang ke arah kedamaian dan
keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang
pendidikan, sains dan kebudayaan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini
Keberkesanan tonggak pendidikan UNESCO: Adakah selaas dengan mencapai hasrat
negara? Persoalan inilah kunci utama forum yang ingin kita gunakan sebagai pembuka
pintu-pintu kecemerlangan warga pendidik dalam persoalan menuju ke arah
kecemerlangan pendidikan Malaysia.
Baiklah siding hadirin. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu,
mari kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan
risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini.
1

FORUM
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, Dato, Saravanan Krishna yang merupakan
Timbalan Meneteri Pendidikan Kedua. Apa khabar Dato
Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju Punjabi saudari Haahshini Amirthalingam merupakan
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru. Selamat datang saudari.
Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari Asswini Chandran
merupakan Setiausaha Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia. Selamat datang juga buat
saudari.
Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama dan ketiga.

Soalan 1 : Haahshini
Apakah itu UNESCO dan terangkan serba sedikit mengenai tujuan penubuhannya?

Terima kasih kepada panel kedua kita atas lontaran pengenalan dan tujuan UNESCO
yang utuh lagi berisi. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa tonggak
UNESCO menjadi dasar yang penting bagi mengelolakan sebarang dasar pendidikan
mahupun sebarang penggubalan dalam sistem pendidikan. Justeru, saya ingin
menanyakan persoalan seterusnya kepada ahli panel kita yang pertama.
Soalan 2 : Saravanan
2. Bolehkah dato jelaskan serba sedikit mengenai empat tonggak pendidikan seperti
yang digariskan dalam UNESCO yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar.

Sidang hadirin, demikian tadi penjelasan tentang tonggak pendidikan yang perlu
dikuasai oleh pelajar-pelajar. DI sisi kita dapat rumuskan bahawa terdapat empat
tonggak utama bagi pendidikan iaitu Belajar untuk menguasai ilmu, Belajar untuk menguasai
kemahiran, Belajar untuk menjadi insan dan belajar untuk harmoni dan bekerjasama pada
pandangan saya merupakan penjelasan terperinci dan menarik daripada ahli panel
pertama. Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel ketiga,saudari
Soalan 3 : Asswini
3.

Adakah dasar kpm berkait rapat dengan tonggak pendidikan UNESCO ?

FORUM
Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar berhubung dengan dasar KPM dan
tonggak pendidikan UNESCO. Saya yakin dengan tonggak pendidikan UNECO ini
hasrat kpm dapat dicapai melalui perkembangkan potensi individu yang menyeluruh
dari segi jasmasi, emosi, rohani, intelek dan sosial,

Oleh itu, soalan saya yang seterusnya kepada ahli panel kedua, saudara

Soalan 4 : Haahshini
4.
Pada asasnya, adalah tanggungjawab besar seorang guru bagi melahirkan anak
murid yang berilmu pendidikan untuk mengharungi wawasan 2020. Pada pendapat cik,
apakah peranan guru yang penting dalam menguasai tonggak pertama UNESCO iaitu
belajar untuk menguasai ilmu?

Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang kedua. Memang tidak dapat
disangkal lagi, guru memikul tanggunjawab yang besar dan mengharungi cabaran
pendidikan masa kini.. Tetapi saya ingin bertanya secara ringkas tentang pendapat ahli
panel kita pada hari ini,
Belajar untuk menguasai kemahiran merupakan tonggak kedua dalam UNESCO .
Soalan 5 : Asswini
Saya ingin persilakan panel ketiga untuk memberi penjelasan dan saranan tentang
tonggak kedua UNESCO.
Terima kasih saudara. asswini ahli panel kita yang ketiga. Saya tertarik dengan
pendapat ahli panel tadi bahawa tonggak kedua menekankan pendidikan yang dapat
melengkapkan murid dengan kemahiran seperti interpersonal, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah . Justeru itu, panel
pertama Dato
Soalan 6 : Saravanan
6.

Pada pendapat dato, apakah peranan guru dalam tonggak Belajar untuk

Menguasai Kemahiran?
Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan oleh panel kita sebentar tadi.
Diharapkan ianya dapat dijadikan pegangan dan panduan oleh warga pendidik
3

FORUM
sekarang. Sekarang kita perdengarkan pula pendapat daripada panel kita yang kedua
saudara haahshini, secara ringkas tentang

Soalan 7. : Haahshini
7.

maksud

tonggak ketiga dan saranan dalam tonggak yang ketiga. Silakan

saudari.
Terima kasih kepada ahli panel kedua, saudari haahshini kerana sudi berkongsi mengenai
tonggak ketiga pendidikan UNESCO iaitu belajar untuk menjadi insan berguna. Di sini kita
dapat merumuskan bahawa Setiap individu perlu diberi didikan awal supaya mereka boleh
berfikir secara kritis, berdikari dan berupaya membuat keputusan. Soalan seterusnya kepada
ahli

panel

ketiga

saudari

asswini,

Soalan 8. : Asswini
8.
Guru yang berinformasi dan kreatif adalah tuntutan kehendak abad ke-21.
Sebagai seorang guru yang bakal berkhidmat, bagaimanakah seorang guru dapat
aplikasi tonggak ketiga dalam bilik darjah dan luar bilik darjah?

Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh panel ketiga kita sebentar tadi. Guru
merupakan insan yang mulia yang menerapkan nilai-nilai murni di sesi p & p untuk
membantu murid-murid berhidup penuh denngan nilai-nilai kemanusian. Persoalan
yang seterusnya untuk panel kita yang pertama,

Soalan 9 : Saravanan
9.

Kita sedia maklum bahawa tonggak yang keempat ialah belajar untuk harmoni

dan bekerjasama. Bolehkah dato jelaskan secara terperinci tentang tonggak pendidikan
keempat UNESCO?

FORUM
Terima kasih dato saravanan ahli panel kita yang pertama kita masih
membicarakan tentang tonggak pendidikan UNESCO

lagi

Saya memang tertarik dengan penjelasan dato mengenai tonggak pendidikan


keempat iaitu belajar untuk hidup harmonis di mana sistem pendidikan di seluruh
Negara memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain
Soalan seterusnya kepada panel kedua saudari Asswini

Soalan 10 : Asswini
10.
Pada asasnya, adalah tanggungjawab besar seorang guru bagi melahirkan anak
murid yang berilmu pendidikan untuk mengharungi wawasan 2020. Pada pendapat cik,
apakah peranan guru yang penting dalam menguasai tonggak pertama UNESCO iaitu
belajar untuk menguasai ilmu?
Terima kasih kepada panel kedua yang memberi pandangan bernas mengenai tanggu
njawab guru dalam menerapkan nilai kerjasama di kalangan murid tanpa mengira
bangsa, agama dan kaum.. Seterusnya, saya ingin menanyakan persoalan seterusnya
kepada ahli panel kita yang kedua.

Soalan 11 : Haahshini
11.
Berdasarkan tonggak keempat, bolehkah saudari menjelaskan sejauh mana
tonggak keempat dapat dikuasai melalui pendidikan di dalam bilik darjah mahupun di
luar bilik darjah?
Terima kasih saudari ahli panel ketiga. Berdasarkan penjelasan ahli panel ketiga kita
dapat memahami pelbagai program dijalankan untuk memberi peluang kepada murid
meneroka dan memahami orang lain diawal persekolahan Serta kepada kepelbagaian
budaya rakyat negara & kesedaran tentang saling memahami serta saling memerlukan
antara sama lain. Sekarang kita perdengarkan pula pendapat daripada panel kita yang
pertama dato saravanan, secara ringkas tentang

Soalan 12 : Saravanan
12.

cabaran yang dihadapi oleh para pendidik dalam merealisasikan tonggak

pendidikan UNESCO dan bagaimana mereka dapat menangani cabaran tersebut?

FORUM
Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar berhubung dengan cara menangani
cabaran dalam merealisasikan UNESCO. Saya ingin menujukan persoalan yang
seterusnya kepada ahli panel ketiga asswini.

Soalan 13 : Asswini
13.
Pada pendapat saudari, apakah cabaran utama bagi merealisasikan tonggak
pendidikan UNESCO ?
Terima kasih saudari asswini atas pendapat tadi. Sejurus dengan pendapat ahli panel
ketiga apakah pendapat anda saudara haahsini dalam
Soalan 14 : Haahshini
apakah cabaran utama bagi merealisasikan tonggak pendidikan UNESCO ?
Terima kasih saudari atas pendapat anda. Demikian tadi, perbincangan menarik
berhubung tonggak pendidikan UNESCO.

Selanjutnya, sebelum mengakhiri perbincangan,saya ingin memperpersilakan ahli-ahli


panel kita merumuskan topik perbincangan kita pada hari ini. Silakan mana-mana ahli
panel kita membuat rumusan
Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir
dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini
tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat
mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri
sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).
Kesimpulannya perkara yang berkaitan dengan masalah ini sebenarnya bukanlah suatu
perkara yang patut kita pandang remeh. Setiap individu mempunyai tanggungjawab
dalam membendung kemelut ini daripada terus menjadi barah. Sebelum kita menuding
jari kepada mana-mana pihak, elok kita renung-renungkan sejenak....
Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang
berbunyi:
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
6

FORUM
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Tuhan yang maha esa, dan yang
kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri.

Anda mungkin juga menyukai