Anda di halaman 1dari 3

Bandingkan dasar tutup pintu dan buka pintu di Negara China dan Jepun.

Pada umumnya. kebanyakan Negara-negara di Asia seperti Thailand. China. dan Jepun mengamalkun
dasar tutup pintu terhadap kuasa-kuasa Barat. Negara-negara berkenaan mengamalkan dasar tersebut
kerana mereka tidak memerlukan barangan dari luar khususnva barangan Barat. Ini kerana mereka
mengamalkan ekonomi sara diri dan mempunyai sumber bekalan makanan yang mencukupi untuk
rakyatnya. Selain itu. Mereka juga bimbang kuasa Barat akan campur tangan dalam arena politik
tempatan di samping kebimbangan terhadap perkembangan agama Kristian akan mencemarkan
kebudayaan tempatan Di samping itu. negara China pula menganggap mereka sebagai Middle Kingdom
sementara Negara-negara lain sebagai barbarians,. laitu tidak bertamadun. Oleh itu. China enggan
mengadakan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan negara-negara barat.

China mengamalkan dasar tutup pintu semasa pemerintahan Manchu dalam kurun ke-19China juga
mengenakan peraturan-peraturun ketat terhadap perdagagan Barat dengan dasar perdagangan luar
dihadkan dan dikawal ketat sebaliknya pihak Barat pula mengamalkan perdagangan bebas kerana ia
merupakan hak bagi semua bangsa. China mengamalkan dasar tutup pintu disebabkan beberapa faktor
antaranya ialah beranggapan China sebagai Middle Kingdom, iaitu negara kayangan dan bertamadun
tinggi sementara negara-negara lain sebagai tidak bertamadun. atau barbanrians. China juga tidak
memerlukan barangan Barat kerana ia mengamalkan ekonomi sara diri yang tidak memerlukan barang-
barang dari Barat. Selain itu, ia mempunyai kawasan luas untuk bekalan sumber asli seperti hasil
pertanian untuk barangan makanan, galian. dan sebagainya. Di samping itu. China juga tidak senang
terhadap tindak-tanduk di kalangan saudagar Barat yang kurang sopan seperti tidak menghormati
amalan budaya China.

Sehubungan dengan itu. banyak sekatan dikenakan ke atas perdagangan Barat seperti perdagangan
hanya boleh dijalankan melalui Cohong. iatu sekumpulan wakil perdagangan yang diakui dan diberi hak
oleh kerajaan China. pedagang Barat juga hanya dibenarkan berdagang di Canton. Di samping itu.
saudagar barat tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita tempatan dan tidak dibenarkan
menggunakan sungai dengan bebas untuk menjalankan kegiatan perdagangan di pedalaman China.
Sekatan yang dikenakan oleh China telah menyukarkan pedagang-pedagang Barat. Misalnya Cohong
yang menjadi wakil perdagangan China telah melakukan penipuan dan penindasan seperti mengambil
kesempatan membeli barangan British dengan harga yang rendah dan menjualkannya dengan harga
yang tinggi. mereka juga melakukan pemerasan dan rasuah. Mereka sering berhutang dengan saudagar-
saudagar asing tetapi hutang tersebut tidak dijelaskan dengan sempurna. Sebaliknya. saudagar Barat
memerlukan barangan China seperti tehdan sutera tetapi China tidak memerlukan, barangan Barat, ini
menjadikan perdagangan tidak seimbang antara kedua-dua belah pihak dan keadaan ini telah
membimbangkan saudagar Barat, khususnya saudagar British. Utusan-utusan perdagangan pihak Barat
khususnya British yang dihantar untuk merundingkan penyelesaian segala masalah yang timbul
semuanya menemui kegagalan.

Namun demikian desakan pihak Barat untuk memperoleh barangan China serta keinginan menjadikan
China sebagai pasaran bagi barangan kilang semakin kuat. Keadaan ini disokong pula bahawa abad ke-19
merupakan abad peluasan kuasa politik Barat. Oleh itu, Barat mula memikirkan cara-cara menggunakan
kekerasan untuk memasuki China dan membuka pintu perdagangan China. Ini penting kerana Barat
memerlukan. perdagangan seimbang dengan China Cara kekerasan yang digunakan oleh Barat untuk
membuka pintu China ialah melalui perisytiharaan Perang Candu 1. China tewas dalam peperangan
tersebut. dan ini telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Nanking 1842 di antara China dengan
British. Antara syarat Perjanjian Nanking ialah lima pelabuhan dibuka kepada pedagang Barat khususnya
British, iaitu -Shanghai. Amoi. Canton. Foochow dan Ningpo. Hong Kong pula diserahkan kepada
Inggeris. Monopoli perdagangan Cohong dihapuskan. China dikehendaki membayar ganti rugi
peperangan sebanyak S21 Juta. serta cukai 3% ad valoren untuk barangan import dan 5% untuk
barangan eksport. Hubungan perdagangan dengan pihak Barat juga mesti dijalankan atas dasar sama
taraf. Dalam hal ini, China yang tewas dalam peperangan tersebut terpaksa menandatangani perjanjian
tersehut dengan pihak British. Selain itu. China juga kemudiannya terpaksa menandatangani perjanjian
dengan negara-negara Barat lain seperti Amerika Syarikat. dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis.
Norway, Sweden dan Rusia. Semua perjanjian tersebut amat merugikan China kerana kuasa asing telah
mendapat banyak konsesi. Di samping itu. Perjanjian Nanking telah menamatkan dasar tutup pintu
ataupun zaman pemencilan China yang telah berjalan berkurun-kurun lamanya.

Sebaliknya. dasar tutup pintu Jepun telah berjalan secara umumnya sebelum pemulihan Meiji 1868.
Dasar pemencilan ini berjalan selama kira-kira 250 tahun lamanva dan boleh dikatakan sehingga tahun
1850-an tidak terdapat pedagang asing di Jepun. Dalam jangka masa itu. Jepun menumpukan perhatian
kepada aktiviti ekonomi dalam negeri. iaitu dalam bidang pertanian sebagai sumber kehidupan. Jepun
menjalankan dasar tutup pintu berdasarkan faktor-faktor berikut. Antaranya ialah kebimbangan
terhadap campur tangan politik akan berlaku seperti penaklukan yang berlaku di negara-negara Asia
yang lain. misalnya Filipina oleh Sepanvol. Burma oleh Inggeris. Vietnam oleh Perancis dan sebagainya.
Selain itu, Jepun juga bimbang agama Kristian yang dibawa masuk oleh mubaligh-mubaligh Barat akan
digunakan untuk menyatukan kaum feudal bagi rnenjatuhkan kerajaan. Di samping itu. wujud
persaingan di kalangan negara asing atau negara Barat yang menimbulkan masalah kepada Jepun. Oleh
yang demikian. Jepun telah rnenghalau para mubaligh dan para pedagang asing keluar dari Jepun kerana
tidak mahu timbul sebarang masalah dalam negeri. malahan orang .Jepun sendiri tidak dibenarkan
keluar negeri ataupun membina kapal laut yang besar-besar kerana .Jepun tiada kepentingan
perdagangan luar. Walau bagaimanapun. dasar tutup pintu Jepun ini tidak berkekalan kerana terdapat
beberapa percubaan yang dibuat oleh pihak Barat seperti Amerika Syarikat untuk mengadakan
hubungan dengan Jepun.

Dasar buka pintu .Jepun pula dapat dilihat melalui perubahan dasar dalam kurun ke-19 dengan
percubaan Amerika Syarikat mengadakan perhubungan dengan Jepun melalui Komodor Perry pada
tahun 1853. Amerika berminat mengadakan hubungan dengan Jepun di atas factor-faktor tertentu.
antaranya ialah kegiatan kapal-kapal nelayan yang rnenangkap ikan paus dan anjing laut. Kapal-kapal
nelayan mereka seringkali memasuki perairan Jepun dan anak-anak kapal berkenaan sering berlindung
di pantai .Jepun apabila berlaku cuaca buruk atau kapal mereka karam dipukul ribut Malangnya mereka
telah menerima layanan buruk daripada pihak berkuasa Jepun. Selain itu. kapa1- kapal dagang Amerika
yang menggunakan laluan Lautan Pasifik dalam perdaganganya dengan China memerlukan pelabuhan
persinggahan untuk mendapatkan bekalan arang batu. bekalan makanan dan untuk membaik pulih
kerosakan. Sehuhungan dengan itu. Keshogunan Tokugawa terpaksa mengadakan hubungan dengan
Arnerika Syarikat kerana ia lebih kuat dari segi ketenteraan. Untuk tujuan itu. Komondor Perry telah
diutuskan ke Jepun untuk merundingkan hal ini pada tahun I853 dan disusuli kemudian pada tahun 1854
dengan angkatan perang yang Iebih besar dan pihak .Jepun memaklumi tujuan tersebut Ekoran itu
Perjanjian Kanagawa di tandatangani pada 31 Mac 1854 yang menandakan bermulanya era buka pintu
Jepun. Antara syarat-syarat Perjanjian Kanagawa ialah dua buah pelabuhan dibuka, iaitu Shimoda dan
Hokadate di samping Nagasaki bagi mendapatkan bekalan bahan api dan makanan serta untuk membaik
pulih kerosakan. Jepun juga hendaklah memberi layanan yang baik kepada kelasi-kelasi Amerika yang
terdampar di pantai Jepun akihat dipukul ribut dan sebagainya. Selain itu. Amerika juga akan
menempatkan seorang konsulnya di Shimoda bagi kemudahan pedagang-pedagang Amerika. Di samping
itu, perdagangan terhad di bawah peraturan-peraturan Jepun di semua pelabuhan yang dibuka dan
Amerika juga mendapat layanan hak wilayah asingan. Sementara itu. perjanjian tersebut telah menjadi
asas penting dan membuka peluang kepada kuasa-kuasa Barat untuk mengadakan perjanjian dengan
Jepun. Misalnya. perjanjian dengan Britain pada Oktober 1854, dengan Russia pada Februari 1855 dan
dengan Belanda pada November 1855. Sehubungan dengan itu. Jepun mengamalkan dasar buka pintu
secara rasmi pada zaman Meiji 1868. Langkah ini telah dapat mengelakkan Jepun daripada menerima
nasib buruk seperti China dan Burma yang telah ditakluki oleh British. Namun demikian. dasar buka
pintu ini bermakna Jepun terpaksa menerima kemasukan pengaruh Barat sama ada dalam sistem politik
mahupun sistem ekonomi.

Sebagai kesimpulannya. terdapat kepentingan-kepentingan tertentu yang menyebabkan kedua-dua


kuasa menjalankan dasar tutup pintu dan juga dasar buka pintu. Namun demikian, China yang dibuka
secara paksa melalui peperangan telah banyak merugikan negara berkenaan sama ada dari segi politik
mahupun ekonomi dalama jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Sehaliknya, Jepun yang
menjalani proses buka pintu secara rundingan telah berjaya menjadikan negara itu sebuah negara yang
maju dan kuat pada zaman pemrintahan Meiji dan setenusnya

Anda mungkin juga menyukai