Anda di halaman 1dari 21

AMBILAN: PPISMP PI 5618 SEMESTER 1 TAHUN 2018

KULIAH 7

Bentuk dan Jenis Kesantunan

Kesantunan Nonverbal
Kesantunan Lisan

Oleh:
SAPIEE BIN SAIDI
Jabatan Pengajian Melayu
GSB 1012 KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA IPG Kampus Tun Abul Razak
Kesantunan Non Verbal
Komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa
tubuh dengan cara beradab dan sopan.

Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di


mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi
wajah,pandangan mata, sentuhan, dan gerakan tubuh

Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata


juga memainkan peranan yang penting untuk melestarikan konsep
kesantunan berbahasa itu
Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah:-

i. Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah


disampaikan secara verbal.
ii. Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan simbol atau
lambang.
iii. Kontradiksi (contrast/ regulating) - menolak sebuah pesan verbal dengan
memberikan makna lain menggunakan pesan nonverbal.
iv. Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan bahasa bukan
verbal.
v.Penegasan (accenting / moderating) - menegaskan dan mengukuhkan
Bahasa bukan verbal.
 Aspek-Aspek Kesantunan Non
Verbal

i. Gerakan Anggota Badan
• Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan
mempunyai makna tertentu.
• Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam
komunikasi yang dihasilkan.
• Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang
difahami oleh semua orang seperti;

· Isyarat gerakan tangan
· Isyarat air muka
· Bahasa tubuh
ii. Gerakan Mata
• Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi
tanpa lisan.

Contohnya:
Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat
Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya
Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak
tenteram perasaannya.
iii. Gerakan Tangan
• Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh
kebanyakan
orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan.
• Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat
mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
• Contohnya:
Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan
maksudnya.
Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang
bermakna diam/ tolong senyap

Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah
untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.

Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan
menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.
iv. Mimik Muka
• Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat
yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi
tanpa lisan.
• Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan
harapan seseorang.
• Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang
untuk bertindak balas terhadap seseorang.
• Contohnya:
Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi
dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksud yang
tersurat dan tersirat.
Kesantunan Lisan

Komunikasi lisan merupakan komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung
ketika dua orang berbual. Kesantunan lisan ini dapat dilihat dalam aktiviti seperti
perbualan, wawancara,ucapan,pengacara majlis,pengumunan dan arahan dalam
perhimpunan,mesyuarat,protokol pertemuan dengan murid,rakan setugas dan
sebgainya.
Komunikasi secara lisan terdapat dalam dua
bentuk, iaitu secara formal atau tidak formal.
Dalam komunikasi lisan secara formal, kita perlu
menggunakan gelaran yang betul. Komunikasi
secara tidak formal pula, kita juga perlu
menngunakan bahasa yang bersopan yang tidak
menyinggung perasaan orang lain. 
• Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu
diambil perhatian ialah:
a. Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap
yang sopan
b. Suara dan intonasi yang sopan
c. Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
d. Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
e. Penggunaan sistem panggilan yang betul
f. Gaya bahasa yang sesuai
d. Isi perbincangan yang tidak sensitif
• Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek
kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:
a. Gaya percakapan yang sopan
b. Pandangan mata yang sesuai
c. Gerak laku yang bertatasusila
d. Mimik muka yang positif
e. Hayunan tangan yang sesuai
f. Imej diri
Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk:
a. Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan,ucapan, pidato,
forum dll
b. Tidak rasmi/ tidak formal - perbualan telefon,
perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri
dll
• Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal
mempunyai peraturan yang berbeza dari segi
penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan
gerak laku
• Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau
di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian
penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.
• Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya
hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu
majlis atau urusan yang berkenaan.
• Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai
dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat
tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan
bahasa tetap terpelihara.
• Dalam semua suasana dan urusan rasmi,
kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam
bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara
maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan
bahasa baik daripada sudut linguistik,
sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.
Kesantunan Penulisan
• Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan
idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang
tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa
akan datang
• Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan
bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi
rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal
• Bentuk komunikasi bertulis secara formal
ialah:
a. Surat kiriman rasmi
b. Laporan
c. Kertas kerja
d. Ucapan rasmi
e. Pidato
f. Minit mesyuarat
Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-
aspek kesantunan yang perlu diberikan
perhatian ialah seperti:-
a. Penggunaan kata panggilan yang betul
b. Kata sapaan yang betul
c. Gaya bahasa yang tepat
d. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai
dengan konteks
e. Isi yang tidak sensitif

Anda mungkin juga menyukai