Anda di halaman 1dari 2

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Semester I Tahun 2022

KUIZ 2 : 29 SEPTEMBER 2022

KAMPUS : IPOH

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : GPMK1012


KURSUS : PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
MASA : 30 MINIT
JUMLAH MARKAH : 10

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi satu bahagian:


Bahagian A : 2 soalan esei pendek (10 markah)

2. Jawab satu soalan dalam Bahagian A.

3. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam kertas putih saiz A4 menggunakan fon
Arial 11.

4. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

5. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon yang lain.

6. Calon yang GAGAL menghantar jawapan kuiz pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal kuiz ini.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 2 HALAMAN BERCETAK

© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT GPMK1012

BAHAGIAN A
( 10 markah )

Jawab satu soalan sahaja.

1. Kelas anda diminta untuk menganjurkan Perhimpunan Siswa Guru, Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh bagi bulan September 2022.

Tuliskan sepucuk surat rasmi kepada Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
melalui mentor anda untuk mengundang pengarah memberikan ucapan dalam
perhimpunan tersebut.
Panjang surat anda tidak melebihi 80 patah perkataan.
(10 Markah)

2. PERHIMPUNAN SISWA GURU BULAN SEPTEMBER 2022


Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Atur Cara

7:30 pagi : Siswa guru mengambil tempat di dalam DST


7:55 pagi : Perarakan masuk Pengarah dan Ahli M3P
8:00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak
8:10 pagi : Ikrar Rukun Negara
8:15 pagi : Ucapan Hormat Pengacara Majlis
8:17 pagi : Bacaan Doa
8:22 pagi : Ucapan Pengarah IPGK Ipoh
8:50 pagi : Nyanyian lagu Guru Malaysia
Nyanyian Lagu IPGM
9:00 pagi : Perhimpunan tamat.

Berdasarkan atur cara perhimpunan seperti di atas, tuliskan teks pengacara majlis
Perhimpunan Siswa Guru, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh bagi Bulan September
2022.
Panjang teks pengacara majlis tidak melebihi 80 patah perkataan.
(10 Markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

2 SULIT
© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai