Anda di halaman 1dari 5

.

Surat Melayu Terawal Abad ke-16 - 18

Berasarkan kajian yang dilakukan bukti sejarah menunjukkan bahawa bahasa Melayu seawal tahun 1521
telah digunakan dalam surat menyurat antara Raja Ternate dengan Raja Portugal. Dalam warkah ini
sultan Abu Hayat yang masih kecil dan dianggarkan berusia di bawah 10 tahun telah mengutus sepucuk
surat kepada raja Portugal pada waktu itu. Sudah tentu baginda tidak mengutus surat tersebut tetapi
pihak istana yang mengutus warkah bagi pihak baginda pada waktu itu.

Persoalannya, baginda dengan berani mengutus warkah kepada Raja Portugal dalam bahasa Melayu
kerana ingin memaklumkan bahawa Francisco Serra mahu dibunuh oleh raja Jailolo dan Raja Tidore
kerana disuruh oleh Raja Ambon. Apabila mendengar berita tersebut, Raja Ternate Sultan Abu Hayat
telah menghantar perahu 7 buah untuk menyelamatkan Francisco Serra. Orang-orang Feringgi di
Bejahan telah dibunuh dan harta mereka telah dirampas. Baginda telah meminta bantuan daripada raja
Portugal kerana masalah berlakunya peperangan dengan Jailolo dan Bejahan pada waktu itu.

Surat Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal

Pada tahun 1521

Setahun kemudian, iatu dalam tahun 1522, Raja Ternate Sultan Abu Hayat telah mengutus warkah
kepada Raja Portugal lagi. Warkah ini berlainan nadanya berbanding dengan warkah baginda yang
pertama. Kandungan warkah ini menyatakan bahawa Sultan Bayan Sarrallah telah meninggal dunia dan
kapal Raja Castell telah datang dua buah dengan senjata meriam yang lengkap untuk melindungi bandar
Ternate.

Surat Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal

Pada tahun 1522

Warkah ketiga yang menggunakan bahasa Melayu juga ditujukan kepada seorang pedagang yang
bernama Sir James Lancaster pada tahun 1602. Sekiranya diamati warkah ini ia merupakan surat izin
berdagang yang dikeluarkan oleh seorang raja Aceh pada waktu itu. Warkah ini bukan sahaja
memberikan kebenaran kepada orang Inglitir/Inggeris untuk menjalan perdagangan dengan orang-orang
Melayu di Aceh, Samudera dan kawasan sekitarnya yang diperintah oleh raja Aceh tetapi juga
mengandungi beberapa peraturan yang dikenakan kepada orang-orang Inggeris yang datang berdagang
dan juga masyarakat tempatan. Walaupun secara umum surat izin berdagang ini memberi kebebasan
kepada pedagang Inggeris namun terdapat undang-undang ketat yang mengawal mereka.

Surat ini dimulakan dengan kepala surat yang berbunyi:

Jawi yang dipersembahkan kapitan Inggeris itu

Kemudian surat bermula dengan

Aku raja yang kuasa yang di bawah angin ini yang memegang tahta kerajaan negeri Aceh dan negeri
Samuddera dan segala negeri yang takluk ke negeri Aceh ...

Larangan yang dikenakan kepada mereka pula ialah: Sekiranya hutang belum dibayar oleh orang-orang
Inggeris, mereka tidak dibenarkan belayar melainkan mereka telah dijatuhkan hukum oleh hakim
terlebih dahulu.

Bagi masyarakat tempatan pula mereka perlu melakukan beberapa perkara, iaitu:

1. berbuat baik dengan orang Ingglitir dan berurus niaga dengan mereka

2. menolong mereka sekiranya ditimpa kecelakaan di laut tetapi barang-barang yang diselamatkan tidak
boleh diambil melainkan diberi sebagai hadiah.

3. Orang Inglitir yang mewasiatkan hartanya hendaklah disahkan wasiatnya dan diserahkan kepada
pemiliknya

Surat izin dagang yang diberikan kepada James Lancester 1602

Surat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada pembesar negeri tahun 1602

Berdasarkan surat ini jelas menunjukkan bahawa Sultan Aceh pada waktu itu telah menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa untuk berkomunikasi dengan para pedagang berbangsa Inggeris yang
datang berdagang ke Aceh.

Surat Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada James I Raja Inggeris 1615

Surat seterusnya yang penting ialah surat yang dihantar oleh Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada
raja Inggeris, iaitu Sir James Lancester pada tahun 1615. Warkah yang dikatakan terpanjang ini dihantar
oleh seorang raja dengan raja dari dua benua yang berlainan dan bahasa yang digunakan ialah bahasa
Melayu[1]. Walaupun kandungan warkah ini merupakan kata-kata pujian terhadap Sultan Perkasa Alam,
yang merangkumi 24 baris daripada 34 baris keseluruhannya, namun yang diketengahkan ialah
kekuasaan raja yang menghantar warkah tersebut.

Kandungan warkah ini antara lain memuji keagungan sultan yang merangkumi perkara-perkara yang
berkaitan dengan mahligai raja, perbendaharaan raja, kuda dan gajah raja, alat-alat istana raja,
keturunan raja dan tanah jajahan raja. walaupun sekali imbas warkah ini menunjukkan keangkuhan raja
untuk memaparkan segala yang dimilikinya namun, perkara penting yang ingin diketengahklan kepada
Raja James I ialah tentang kehebatan Sultan Perkasa Alam merupakan seorang raja yang setaraf dengan
James I atau lebih daripada itu.

Yang menariknya ialah bahasa Melayu yang digunakan dalam warkah ini dimulakan dengan surat
daripada Seri Sultan Perkasa Alam Johan berdaulat, raja yang beroleh martabat kerajaan yang dalam
takhta kerajaan yang tiada terlihat oleh penglihatan yang tiada terdengar oleh penegar ...[2]. Bahasa
Melayu yang digunakan oleh baginda Sultan Perkasa Alam merupakan kesinambungan daripada raja-raja
terdahulu yang telah mengutus warkah kepada pihak barat dengan menggunakan bahasa tersebut.
Baginda merasakan bahasa bahasa Melayu merupakan bahasa yang agung dan pihak Barat perlu
mempelajari bahasa tersebut sekiranya mereka mahu mengadakan hubungan dengan baginda.

Sikap baginda dan raja-raja terdahulu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan
antarabangsa merupakan satu usaha memartabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa. usaha
baginda kemudiannya diteruskan oleh pemerintah-pemerintah lain seperti surat di bawah ini. Surat in
telah dihantar oleh Surat Tunku Baginda Raja Mahkota dari Anak Sungai kepada Jeneral J.C.Collet, di
Bengkulu pada tahun 1712.

Surat Tunku Baginda Raja Mahkota dari Anak Sungai kepada

Jeneral J.C.Collet, Bengkulu, 1712

Dalam surat ini, Tunku Baginda Raja Mahkota dari Anak Sungai Padang Sumatera telah mengutus
warkah kepada Kapten Mister Jardin yang berada di Bengkulu. Baginda telah menceritakan tentang
hubungan baginda dengan beberapa orang Mister kerajaan Belanda. Baginda juga memaklumkan
tentang perkara-perkara yang berlaku dalam pemerintahan baginda kepada orang Belanda tersebut.

Tahun-tahun berikutnya, lebih banyak surat berbahasa Melayu ditulis oleh pemerintah tempatan
kepada pihak Inggeris ataupun Belanda dan daripada pihak barat kepada pemerintah tempatan. Salah
satu daripada surat yang tidak kurang pentingnya ialah surat Sultan Abdul Jalil Riayat Syah dari Johor
dan Pahang kepada Raja Perancis Louis XV pada tahun 1719. Dalam surat ini, Sultan Abdul Jalil Riayat zill
Allah fi al-alam memaklumkan kepada Raja Louis XV tentang kedatangan Kapitan Villaumont Gardin ke
Terengganu kerana ingin mengadakan persahabatan dan hendak berniaga di Terengganu.

Baginda telah menggunakan peluang ini dengan menghantar surat kepada raja Perancis yang bernama
Louis Quinze Roi de France et de Navarre. Bagindan juga memohon bedil dan ubat bedil daripada raja
Perancis. Sebagai balasannya, baginda membenarkan kapal Perancis berdagang di mana-mana sahaja di
wilayah kekuasaan Johor.

Surat ini merupakan permulaan hubungan kerajaan Johor dan Pahang dengan Perancis kerana
sebelumnya tidak hubungan dibuat. Perkara penting yang hendak diketengahkan ialah penggunaan
bahasa Melayu oleh pemerintah Johor dan Pahang dalam hubungan baginda dengan kerajaan Perancis
pada waktu itu.

Surat Sultan Abdul Jalil Riayat Syah dari Johor dan Pahang

kepada Raja Perancis Louis XV pada tahun 1719.

Pada tahun 1733 seorang lagi raja, iaitu Seri Sultan Gandam Syah dari Muko-muko, Sumatera telah
mengutus sepucuk warkah kepada East India Company pada tahun 1733. Dalam surat ini baginda
meminta agar hubungan Muko-muko dengan Kompeni bertambah baik demi perdagangan lada yang
terdapat di Anak Sungai. Baginda mahu Kompeni terus berada di Anak Sungai supaya mudah dan
sentosa isi negeri yang berada di bawah perintah baginda. Lihat contoh surat di bawah.

Surat Gandam Syah dari Muko-muko kepada East India Company pada 1733
Surat de Klerk di Betawi kepada Sultan Muhammad Bahauddin di Palembang pada tahun 7 May 1779

Bahasa Melayu terus digunakan sebagai bahasa perhubungan yang utama bukan sahaja oleh
pemerintah tempatan tetapi juga oleh pihak Barat. Dalam surat yang dihantar oleh de Klerk di Betawi
kepada Sultan Muhammad Bahauddin di Palembang pada tahun 1779, bahasa Melayu yang digunakan
pada waktu itu dengan gaya persuratan Melayu telah digunakan oleh pengirimnya. De Klerk begitu
prihatin dan menjaga hubungannya dengan pemerintah Melayu dan beliau tidak ragu-ragu dengan
keupayaan bahasa Melayu yang telah menjadi lingua franca pada waktu itu. Permulaan warkah beliau
berbunyi begini:

Bahawa Gurdanur Jenderal Reynier de Klerk dan sekalian Raden van India berkirim ini surat ikhlas
sahabat bersahabat dan berkasih2an kepada sahabat handai taulannya Paduka Seri Sultan Ratu
Muhammad Bahauddin raja atas takhta kerajaan Palembang, dipohon atasnya sihat dan afiat serta
daulat dan segala berkat yang boleh membahagiakan pada sendirinya beserta rakyat2nya istimewa pula
sahabat bersahabat pada antara Tuan Sultan dengan Kompeni Wolandawi, boleh tinggal tetap dan
teguh hingga zaman yang mutakhirin adanya.

Kandungan warkah de Klerk walaupun lebih menguntungkan pihak Belanda dengan perjanjian jualan
lada dan juga timah putih namun yang paling penting ialah penggunaan bahasa Melayu dalam surat
menyurat yang berlaku pada waktu itu.

Pada tahun 1785 sepucuk surat lagi telah dihantar oleh Sultan Nuku dari Tidore kepada pihak barat.
Dalam warkah ini terdapat beberapa tandatangan daripada para pembesar yang menyatakan
persetujuan mereka dan menyokong hubungan Tidore dengan Belanda. Lihat gambar di bawah.

Anda mungkin juga menyukai