Anda di halaman 1dari 3

Apa itu penanda wacana?

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi


merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat. Kegagalan dalam
penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak
mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Contohnya: Ayat 1: Saleha suka membaca.
Ayat 2 : Salaeha suka memasak.
Ayat 1 + Ayat 2 + penanda wacana = Saleha suka membaca dan
memasak.
Ayat di atas boleh dirangkaikan dengan menggunakan penanda wacana dan masih
mengekalkan maksud yang sama tanpa mengubah apa-apa maklumat ayat.
Fungsi Penanda Wacana
1. Menghubungkan ayat dengan ayat
2. Menghubungkan perenggan dengan perenggan
3. Membantu pendengar/pembaca memahami teks
Jenis Penanda Wacana.
1.Menandakan pertentangan maklumat :

bagaimanapun
biarpun demikian
meskipun begitu
meskipun demikian
namun
namun begitu
namun demikian
sebaliknya
sungguhpun demikian
walau bagaimanpun
walaupun begitu
walaupun demikian
meskipun

Contoh ayat:
1. Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun demikian, kami tidak pernah
meminta belas ihsan daripada orang lain.
2. Saliza memang seorang murid yang pintar. Namun begitu, dia jarang membantu
rakannya yang lemah dalam pelajaran.

3. Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk pergi
ke banglo Dato' Kamal.
4. Amirul tidak pergi ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan
video.
2.Menandakan sesuatu yang kian bertambah:

lagipun
lebih-lebih lagi
malah
tambahan lagi
tambahan pula

Contoh ayat:
1. Saya tidak dapat melihat dengan jelas lebih-lebih lagi pada waktu malam.
2. Danish suka menonton rancangan dokumentari, tambahan pula yang berkaitan
dengan haiwan.
3. Ramai suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis
barang. Lagi pun, harganya murah.
4. Farzana mendapat tawaran belajar di luar negara. Malah, perbelanjaannya pun
akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

3.Menunjukkan akibat atau kesimpulan:

akhir kata
akhirnya
dengan itu
jadi
justeru
kalau begitu
lantaran itu
malangnya
oleh itu
semenjak itu
oleh sebab itu

Contoh ayat:
1. Ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Sejak itu, dia sering
termenung dan kelihatan murung.

2. Badrul selalu ponteng sekolah. Lantaran itu, ibu bapanya telah dipanggil oleh
pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
3. Ibu bapa saya tiada di rumah ketika ini. Oleh itu, saya dan adik-adik saya tidak
dibenarkan bermain di luar rumah.
4. Peperiksaan UPSR semakin hampir. Justeru, kita perlu belajar bersungguhsungguh dan menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar.
4.Menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya:

kemudian
lepas itu
selanjutnya
selepas itu

5.Menunjukkan dalam masa yang sama atau pada masa itu:

dalam pada itu


di samping itu
selain itu
sebelum itu

Anda mungkin juga menyukai