Anda di halaman 1dari 5

II.

  Pengertian Penulisan Akademik

Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik.Ia mengkaji secara
teratur dan teliti sesuatu persoalan. Ia berbeza dari kaedah-kaedah lain seperti penulisan novel yang
berasaskan khayalan atau rekaan dan generalisasi daripada pengalaman. Kaedah saintifik adalah
berasaskan kepercayaan bahawa mana-mana fenomena mempunyai keterangan-keterangan
tertentu; iaitu tiap-tiap kesan mempunyai sebab. Kaedah ini berasaskan idea bahawa kesimpulan
hanya boleh diterima bila disokong oleh bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan data
secara objektif, tidak berat sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokong kebenaran
hipotesis dan mengabaikan yang tidak mengikut kehendak peribadi penyelidik. Untuk membolehkan
pengetahuan biasa menjadi pengetahuan ilmiah(sains), ia harus melalui jalan yang panjang. Proses
yang disebut sebagai kaedah ilmiah dapat disusun seperti di bawah;

(a) Pengumpulan data dan fakta

(b) Pengamatan data dan fakta

(c) Pemilihan data dan fakta

(d) Penggolongan data dan fakta

(e) Penafsiran data dan fakta

(f) Kesimpulan umum

(g) Perumusan hipotesis

(h) Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empiris

(i) Penilaian; menerima atau menolak atau menambah, ataupun merubah hipotesis

(j) Perumusan teori ilmu pengetahuan

(k) Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan

Rujuk Lampiran I untuk gambaran lebih jelas pengaplikasian kaedah saintifik oleh ahli sains sosial.

III.  Ciri-ciri Penulisan Akademik

Secara ringkas ciri-ciri penulisan akademik adalah seperti di bawah;

(a) Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alam kepada situasi yang
spesifik.

(b) Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.

(c) Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu.

(d) Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat prejudis.

(e) Penulisan ilmiah bersifat sistematik. Setiap langkah direncanakan secara sistematik, konseptual
dan mengikut prosedur yang jelas.

(f) Penulisan ilmiah tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan sebab-musabab dan pengertian
sesuatu masalah/persoalan. Kata-katanya mudah diidentifikasi.

(g) Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.


(h) Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada kenyataan-kenyataan
yang boleh menimbulkan keraguan.

(i) Penulisan ilmiah tidak bersifat argumentatif. Rumusan yang dibuat dalam penulisan ilmiah akan
membiarkan fakta berbicara sendiri.

(j) Penulisan ilmiah tidak bersifat persuasif. Jika penulisan berkenaan berjaya mengubah pandangan
pembaca, ia bukan melalui kaedah persuasif, argumentasi, percanggahan pendapat dan protes,
tetapi melalui fakta yang berdiri/berbicara sendiri.

(k) Penulisan ilmiah tidak akan memutar-belitkan fakta kerana ia akan merosakkan tujuan penulisan
ilmiah. Ia juga tidak akan melebih-lebihkan sesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang
mementingkan diri sendiri (Keraf, 1981, hlm. 15-19).

IV.  Esei Akademik Yang Baik

Esei akademik kebiasaannya akan mempunyai tiga bahagian yang jelas, iaitu pengenalan esei, isi esei
dan penutup.

(a) Pengenalan

Pengenalan akan bermula secara umum dan kemudian memokus kepada suatu idea
utama.Pengenalan penting untuk menarik minat pembaca supaya terus membaca. Pengenalan harus
mempunyai ciri-ciri menyeronokkan, menyampai dan memberi maklumat yang baru serta
merangsang naluri ingin tahu pembaca. Sebaik-baiknya ayat yang digunakan biarlah mudah, tepat
dan menarik. Perenggan pengenalan juga perlulah ringkas dan jitu.

(b) Isi Esei

Isi esei harus mempunyai banyak fakta dan maklumat. Bahagian ini biasanya lebih panjang daripada
bahagian-bahagian lain. Maklumat-maklumat tersebut boleh disertakan dengan penjelasan lanjut
dalam bentuk statistik, kutipan, anekdot, fakta, carta dan rajah. Ia bertujuan untuk menyokong idea
dan pendapat penulis. Di samping itu penjelasan ini juga menjadikan sesebuah esei lebih menarik
dan senang difahami dan ditulis dalam bentuk perenggan. Setiap perenggan perlu ada tiga perkara
penting iaitu kesatuan idea, urutan idea dan penonjolan idea utama. Ketiga-tiga perkara ini perlu
diberikan perhatian untuk memastikan peralihan idea berjalan lancar dan memudahkan pembaca
mengikuti perkembangan idea tersebut.

Apabila mengemukakan sesuatu idea dalam sesuatu perenggan, adalah perlu untuk
menghubungkannya dengan penyambung ayat yang betul. Caranya adalah dengan menggunakan
kata-kata penghubung seperti sementara itu, selepas itu, walau bagaimanapun, tetapi, sejajar
dengan, dalam perkembangan ini dan sebelum ini. Kata penghubung penting bagi memastikan
kelancaran idea dalam sesuatu esei dan memberikan maklumat yang sejelas-jelasnya kepada
pembaca.

Bilangan perenggan yang ingin digunakan oleh penulis bergantung kepada jumlah isi yang ingin
diketengahkan. Bahagian tubuh sebenarnya adalah bahagian atau argumentasi hujah. Penulis perlu
mengemukakan hujah yang akan meyakinkan pembaca. Untuk menarik perhatian pembaca, penulis
perlu memperkayakan perbendaharaan kata dan menguasai gaya bahasa supaya penulisan menjadi
lebih kemas dan efektif. Antara semua ini, yang paling penting ialah hujah-hujah disusun secara
logik. Isi yang disusun juga mestilah mengikut keutamaan.
(c) Penutup

Bahagian ini harus kembali kepada pengenalan dan membuat kenyataan umum. Bahagian penutup
juga sama penting dengan pengenalan. Penutup harus menarik seperti pengenalan dan jumlah
perkataan lebih kurang sama dengan pengenalan.

Untuk gambaran jelas mengenai struktur esei yang jelas, rujuk Sulaiman Masri. (1988). Penulisan
dalam Bahasa Malaysia Baku. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 56-63.

V.  Perkara-perkara Asas Dalam 


Membuat Penyelidikan Ilmiah

Membuat Penyelidikan Ilmiah

Penyelidikan ilmiah melibatkan dua kegiatan, pertama, proses penyelidikan dan kedua, cadangan
penyelidikan (  research proposal). Kedua-dua proses ini harus dijalankan mengikut peraturan-
peratauran tertentu untuk memastikan penulisan terakhir adalah lengkap dan tidak mengalami
kecacatan.

(a) Proses Penyelidikan

(i) Mendapatkan masalah atau tajuk

Penyelidikan bermula dengan masalah; iaitu penyelidik melihat wujudnya masalah di bidang yang
hendak dikaji.

(ii) Membentuk Hipotesis

Ia merupakan kesimpulan sementara bagi masalah yang hendak dikaji. Hipotesis juga mestilah
bersifat khusus dan bukan umum. Sebagai contoh, (a) wanita yang bekerja lambat berkahwin; (b)
pelajar rajin lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dan (c) petani yang mempunyai bendang
yang luas akan menggunakan jentera lebih awal dari petani yang mempunyai bendang yang sempit
(Ahmad Mahdzan Ayob,1983, hlm.17). Hipotesis juga tidak harus dipengaruhi oleh nilai,
pertimbangan moral atau etika; yang merupakan cadangan-cadangan yang mengatakan sesuatu itu
baik atau buruk. Sebagai contoh, (a) melewatkan perkahwinan di kalangan wanita yang bekerja
adalah tidak baik (nilaian) (b) petani yang tidak mengunakan jentera adalah ketinggalan zaman
(nilaian), (c) petani yang tidak menggunakan benih padi baru perlu mengubah sikap (norma). Ketiga-
tiga hipotesis ini akan menyukarkan untuk mengukur kenyataan seperti tidak baik dalam contoh (a)
ketinggalan zaman dalam (b) dan (c) perlu mengubah sikap yang lebih merupakan pandangan
peribadi yang bersifat pertimbangan nilai. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1983), tidak ada ukuran
yang objektif untuk menyukat buruk baik, ketinggalan zaman dan keperluan mengubah sikap.
Sesungguhnya suatu hipotiesis mestilah boleh diuji dan untuk itu memerlukan data yang konkrit.

(iii) Memungut Data

Data atau sumber boleh dibahagikan kepada sumber pertama dan kedua. Sumber pertama merujuk
kepada data asli yang dihasilkan oleh penyelidik sendiri sama ada melalui ujikaji, ujian kes atau
kajiselidik dan juga penerbitan rasmi. Sumber kedua berupa bahan-bahan bercetak yang dihasilkan
oleh individu atau institusi. Proses pengumpulan data berbeza-beza mengikut disiplin. Kaedah
pemungutan data yang biasa digunakan ialah kajian perpustakaan, siasatan(  survey), temuramah
(  interview), soal-selidik (  questionares) dan pemerhatian ikutserta (  participation observation).

(iv) Analisis Data
Analisis data adalah proses yang berbeza mengikut bidang kajian. Dalam bidang ekonomi, data akan
dianalisa dengan menggunakan ilmu statistik dan kaedah saintifik. Manakala dalam bidang
Sejarah/Pengajian Melayu, analisa lebih berupa huraian idea secara sistem dengan menggunakan
bukti, memapar atau menerang supaya fakta-fakta dapat difahami. Analisa boleh diringkaskan
seperti dibawah;

- Pengenalan

- Idea pokok

- Sokongan fakta utama kepada idea pokok

- Huraian daripada idea pokok dengan sokongan fakta pecahan atau fakta kecil termasuk misalan
dan/atau rajah

- Rangkaian idea pokok

- Fakta-fakta besar menyokong kepada rangkaian idea pokok

Analisis yang baik tidak harus mempunyai idea yang meloncat. Setiap idea mesti dikembangkan
dengan baik dari satu perenggan ke perenggan yang lain. Pendek kata analisis yang baik mesti
mempunyai flow of ideas, thoughts and descriptions yang baik. (  Metodologi dan Penyelidikan
dalam Pengajian Melayu, 1990, hlm.55). Harus juga diketahui bila harus diletakkan petikan dan nota
kaki supaya maklumat yang disampaikan adalah jelas dan tidak mengganggu aliran idea dalam para
berkenaan. Petikan pula seeloknya digunakan untuk menyokong fakta, tidak banyak dan terlalu
panjang. Petikan juga biarlah yang sangat-sangat perlu dan tepat.

Catatan kaki pula harus berperanan untuk menyokong huraian dan analisis. Disamping itu untuk
membantu pembaca membuat pembacaan lebih lanjut dan untuk memberi perspektif lain tentang
isu yang dibincangkan. Ini kerana jika perspektif yang berbeza dibincang dalam teks ia akan
menganggu aliran pemikiran (  Metodologi dan Penyelidikan dalam Pengajian Melayu, 1990, hlm.56).

(b) Menyediakan Cadangan Penyelidikan

(i) Masalah Kajian

Dalam masalah kajian, penulis harus menyatakan pernyataan kajian. Pengkaji harus menyatakan
persoalan yang ingin dikaji dan persoalan ini pula boleh dibahagikan kepada persoalan pokok dan
sampingan.

(ii) Skop Kajian

Skop kajian harus menyatakan batas kajian hingga setakat mana dan kenapa. Dalam bahagian ini
juga boleh dinyatakan bab-bab yang dijangkakan. Bab-bab ini seboleh mungkin mestilah berkait
antara satu dengan yang lain. Bahagian ini penting untuk pembaca atau penyelia mendapat
gambaran menyeluruh kerangka tesis pelajar.

(iii) Kepentingan Kajian

Dalam bahagian ini pengkaji harus menjelaskan keistimewaan kajian. Kepentingan kajian ini boleh
dilihat dari sudut akademik dan kepentingan kepada negara. Dari segi akademik, pembuktian adalah
dengan membuat literature review bidang yang dikaji dan menilaikan sejauh manakah tajuk yang
dipilih belum diusahakan dan ia dapat mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kepentingan
kepada negara adalah dengan merujuk kepada kajian-kajian bersifat kontemporari. Sebagai contoh
masalah keruntuhan moral di kalangan pelajar, kemasukan pekerja tanpa izin dari Indonesia dan
lain-lain. Kajian-kajian seperti ini dapat membantu kerajaan mengenalpasti masalah golongan-
golongan ini dan merancang dasar-dasar yang bersesuaian untuk menangani isu tersebut secara
efektif.

(iv) Kaedah Kajian

Kaedah kajian kebiasaannya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama kajian perpustakaan, kajian
lapangan dan kajian menemudaga dan persamplen. Kaedah-kaedah kajian ini berbeza mengikut
bidang-bidang yang diusahakan. Bagi pengkaji di bidang Sejarah, kajian mereka adalah
bersifat library research dengan merujuk sumber-sumber pertama dan kedua. Bagi pengkaji dalam
bidang Antropologi dan Sosiologi, pengkajiannya akan memerlukan penyelidik ke lapangan dan
bersama responden yang diselidiki. Bagi pengkaji dari bidang ekonomi, perlu menguasai ilmu
statistik, persamplen dan kaedah menggunakan komputer untuk menganalisis data.

Rujuk Lampiran II untuk gambaran jelas suatu contoh cadangan penyelidikan

Anda mungkin juga menyukai