Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN
Ayat yang gramatis mengandungi idea serta huraian yang lengkap. Hal ini demikian kerana,
idea yang dibawa itu menunjukkan perkara yang ingin disampaikan kepada pembaca.
Namun demikian, idea dan huraian dianggap tidak mempunyai kohesi dan koheren jika
sesuatu ayat mahupun perenggan tidak dihubungkan dengan penanda wacana. Penanda
wacana amat penting dalam penulisan bagi menunjukkan kesinambungan antara satu
perenggan dengan perenggan yang lain serta satu ayat dengan ayat yang lain. Tanpa
adanya kohesi dan koheren, perenggan itu dianggap tidak berkait dengan perenggan
sebelumnya kerana wacana lazimnya digunakan dalam dua keadaan yang berkaitan antara
satu sama lain.

2.0 KONSEP WACANA


Menurut Husin Fateh Din (2016), penanda wacana sebagai perangkai ayat untuk
menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain
dalam ayat atau perenggan. Hal ini dikatakan demikian kerana, perkaitan itu penting bagi
memberi kefahaman kepada pembaca. Tambahan pula, penanda wacana juga sebagai
perkataan atau rangkai kata yang mewujudkan kesinambungan dalam teks dan terdiri
daripada penanda leksikal, rujukan, penghubung, penggantian dan elepsis. (Nik Safiah
Karim, 2003).

Selain itu, wacana juga melihat kepada penggunaan kata-kata tertentu, struktur
sintaktik, kolokasi leksikal, keteraturan struktur teks dan sebagainya. Dalam pada itu,
Adenan Ayob (2009) mentakrifkan penanda wacana merupakan perkataan ataupun rangkai
kata yang berfungsi menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang
semasa menulis ataupun berucap. Dengan kata lain, wacana sebagai penghubung antara
satu ayat dengan ayat yang lain. Seterusnya, menurut Sanat Md. Nasir
(1987), wacana merupakan tautan penghubung ayat yang berfungsi menghubungkan unsur
linguistik iaitu unit teks sebelumnya dengan sesudahnya. Oleh itu, penggunaan penanda
wacana hendaklah selari dengan ayat yang digunakan supaya adanya kohesi dan koheren
serta pertautan antara satu sama lain.

3.0 ANALISIS KEUTUHAN DAN WACANA DALAM CERPEN “RENDANG LANDAK DAN
SAMBAL BAUNG”
Satu teks cerpen telah saya pilih untuk menganalisis aspek keutuhan wacana dan penanda
wacana yang terdapat dalam cerpen tersebut. Cerpen “Rendang Landak dan Sambal

1
Baung” karya Zaid Md Saman al-haj dalam Majalah Pendidik pada bulan April 2017 dipilih
kerana ayatnya mempunyai pertautan antara perenggan dengan perenggan yang lain dan
memudahkan saya untuk menganalisis keutuhan dan penanda wacana.

3.1 Analisis Keutuhan Wacana


Antara keutuhan wacana yang ada dalam cerpen ini ialah:

3.1.1 Keutuhan Semantik


Menurut Harimurti Kridalaksana (1995), hubungan semantik merupakan
hubungan antara klausa atau ayat sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana
maksud semantik secara umum ialah berkaitan dengan kajian makna. Jenis
keutuhan semantik ialah hubungan sebab dan akibat, alasan dan akibat,
perbandingan dan sebagainya. Contohnya:

3.1.1.1 Hubungan Amplikatif (Penghuraian)

Perengga Baris Contoh ayat dalam teks Huraian


n
24 12 Puan Hajah akan dapat berita Ayat ini menunjukkan hubungan
gembira daripada puteri-puteri amplikatif. Hal ini dikatakan demikian
puan. Mereka membenarkan kerana ayat ini menerangkan
puan bernikah lagi bagi mengapa Puan Hajah bakal
menggantikan tempat suami puan menerima berita gembira.
yang telah pergi buat selama-
lamanya.

3.1.2 Keutuhan Leksikal


Keutuhan leksikal merupakan penggunaan kata yang sesuai dengan makna
yang disampaikan dan perkataan itu boleh ditafsirkan melebihi satu makna.
Contohnya:

3.1.2.1 Sinonim
Sinonim merupakan perkara yang mempunyai maksud yang sama
tetapi berlainan ejaan. (O Grady dalam Faridah Nazir, Hashimah
Ibrahim, Mohd Salleh dan Zairinah Mohd Shukur, 2014).

3.1.2.2 Antonim
Antonim merujuk kepada sesuatu perkataan yang mempunyai ejaan
dan makna yang berbeza.

2
3.1.2.3 Hiponim
Menurut Kamus Dewan (2007), hiponim merujuk kepada kata yang
maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Contohnya, bas,
basikal, kereta dan lori tergolong dalam kenderaan.

3.1.2.4 Kolokasi
Kolokasi merujuk kepada pengulangan yang melibatkan kehadiran
sekumpulan yang saling berkait dengan idea, topik dan sebagainya.

3.1.2.5 Pengulangan

Unsur pengulangan ini wujud apabila unsur sama wujud dalam sesuatu
ayat tanpa mengubah maksud.

Perengga Baris Contoh perkataan dalam ayat Huraian


n
10 1 Mereka tergelak besar bersama. Dalam ayat ini, pengulangan
Kuatnya gelakan mereka perkataan gelak itu membawa
menyebab semua penghuni yang maksud ketawa. Ayat ini menyatakan
berada di bilik guru itu, bahawa gelakan yang kuat itu
tercengang kehairanan. menyebabkan guru-guru berasa pelik
dengan apa yang terjadi.

3.1.3 Keutuhan Gramatikal


Keutuhan ini berkaitan dengan tatabahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana
wacana yang berkualiti melihat kepada penggunaan tatabahasa yang
sempurna dan betul. Contohnya:

3.1.3.1 Penanda rujukan


Penanda ini menggunakan kata ganti nama diri ataupun kata ganti
nama tunjuk. Contohnya:

Perengga Baris Contoh perkataan dalam ayat Huraian


n
19 1 Selepas perjumpaan salam Perkataan itu merujuk kepada kata
pertama yang tidak dirancang itu, ganti nama tunjuk manakala mereka
mereka mengambil kesempatan merujuk kepada kata ganti nama diri.
untuk bersua lagi beberapa kali. Maka, jelaslah bahawa kata ganti
nama menjadi rujukan dalam ayat ini.

3
3.1.3.2 Penanda penggantian
Penanda ini merujuk kepada proses menggantikan unsur bahasa
menjadi unsur lain seperti kata kerja, klausa dan sebagainya.

Perengga Baris Contoh perkataan dalam ayat Huraian


n
20 6 Kedua-dua puterinya sedang Perkataan kedua-dua digunakan bagi
leka berbual santai di ruang tamu menggantikan perkataan dua orang.
sambil mata mereka leka sesekali Oleh itu, melalui peggantian ini ayat
terarah ke layar televisyen. menjadi lebih tersusun dan gramatis.

3.1.3.3 Elipsis
Elipsis merupakan terdapat unsur pengguran bagi mengelakkan
pengulangan perkataan atau maklumat dalam ayat.

3.1.3.4 Penanda penghubung


Penanda penghubung ini adalah sama dengan penanda idea.
Penanda ini berfungsi untuk menjalinkan perkataan dengan perkataan,
frasa dengan frasa, klausa dengan klausa dan ayat dengan ayat.
(Rujuk contoh Penanda Idea pada muka surat 6-7)

3.1.4 Keutuhan Fonologi


Menurut Kamus Dewan (2007), fonologi merupakan ilmu berkaitan bunyi
bahasa. Perkara ini dapat dilihat dalam ayat melalui intonasi suara, jeda dan
sebagainya.

Perengga Baris Contoh ayat dalam teks Huraian


n
4 1 Cikgu Masmanja menjadi Ayat ini merupakan ayat penyata
semakin takut untuk menghadapi kerana ada hentian di akhir dan
realiti hidup. intonasi suara mendatar. Maka, kita
dapat mengetahui bahawa Cikgu
Masmanja masih dalam ketakutan.

3.2 Analisis Penanda Wacana:


Menurut Adenan Ayob (2011), penanda wacana terbahagi kepada tiga iaitu penanda
kronologi, organisasi dan idea.

4
3.2.1 Penanda Kronologi
Menurut Kamus Dewan (2007), kronologi merupakan susunan peristiwa
mengikut masa berlakunya peristiwa berkenaan. Oleh itu, penanda kronologi
merujuk kepada perkara berkaitan waktu. memberi pengertian kepada perkara
yang berkaitan dengan waktu. Antara jenis penanda kronologi ialah:

3.2.1.1 Penanda Kronologi Tempoh


Penanda jenis ini merujuk kepada urutan waktu berlakunya sesuatu
peristiwa dan dikenal pasti melalui perkataan kini, sebelum itu,
sekarang dan seumpamanya.

Perengga Baris Contoh perkataan dalam ayat Huraian


n
3 3 Selama empat tahun, Cikgu Dalam ayat tersebut, selama empat
Masmanja menjalani kehidupan tahun menunjukkan bahawa perkara
seharian bersam dua orang itu berlaku dalam tempoh tersebut.
puterinya dalam suasana serba Oleh itu, melalui penggunaan
tidak kena. penanda kronologi, kita dapat
mengetahui bahawa Cikgu Masmanja
mempunyai masalah dalam menjalani
kehidupannya selama tempoh itu.

3.2.1.2 Penanda Kronologi Tambahan


Penanda jenis ini memberi maklumat kepada sesuatu peristiwa yang
diperkatakan sebelumnya. (Husin Fateh Din, 2016). Tambahan pula,
penanda jenis ini boleh dikenal pasti melalui perkataan dan, kini,
lantas, lalu dan sebagainya.

Perengga Baris Contoh perkataan dalam ayat Huraian


n
1 1 Dia gembira kerana sudah Penanda dan merujuk kepada
berjaya melarikan diri dari tambahan daripada apa yang
kesesakan dan hambatan hidup diperkatakan sebelumnya. Dalam ayat
yang mencabar di ibu kota ini, beliau gembira kerana berjaya
Malaysia. keluar daripada ibu kota yang penuh
dengan kekacauan dan dihuni
pelbagai masalah.

5
3.2.2 Penanda Organisasi
Penanda ini digunakan untuk menunjukkan pertautan wacana antara bahagian
sebelumnya dan bahagian lain. Dalam pada itu, organisasi ini merujuk kepada
kesatuan dalam bahagian sesuatu pertubuhan untuk tujuan-tujuan tertentu. (Faridah
Nazir et. al. 2014). Penanda jenis ini boleh dikenal pasti melalui pertama, dalam
hubungan ini, merumuskan dan sebagainya.

Perengga Baris Contoh perkataan dalam ayat Huraian


n
3 11 Segala urusannya mudah dengan Pendek kata membawa maksud
berkat kuat sokongan arwah yang sama dengan contohnya atau
suami. Pendek kata, ke mana misalnya. Ayat ini menerangkan
sahaja kaki melangkah dan roda bahawa Cikgu Masmanja pergi ke
kereta berputar, diri tidak lagi mana-mana seorang diri sahaja
ditemani tiang seri. selepas kehilangan suaminya.
Maka, jelas di sini bahawa ayat
yang sebelumnya menunjukkan
kesinambungan dengan ayat
selepasnya.

3.2.3 Penanda idea


Penanda idea ialah wacana yang menghubungkan buah fikiran dengan buah fikiran
atau fakta dengan fakta. (Faridah Nazir et. al., 2014). Penanda ini terbahagi kepada
tiga jenis iaitu :

3.2.3.1 Mengembangkan idea

Perengga Baris Contoh perkataan dalam ayat Huraian


n
13 16 Maaf ya haji, jika saya katakan Tambah pula merujuk kepada
kita perlu berkenalan dan saling pengembangan idea daripada
faham-memahami. Tambah pula, yang sebelumnya. Maka, di
saya punyai ibu, anak-anak dan sini menunjukkan bahawa
adik beradik. kesinambungan antara ayat
pertama dengan yang
seterusnya jelas dan tidak
tergantung.

6
3.2.3.2 Pertentangan idea

Perengga Baris Contoh perkataan dalam ayat Huraian


n
13 9 Jika beberapa minggu yang Perkataan tetapi merujuk kepada
lepas, hanya sesekali sahaja kata hubung yang menunjukkan
pesanan ringkas daripada Haji pertentangan idea mengenai sesuatu
Zamzam dibalas tetapi kini dia hal. Dalam ayat ini, Cikgu Masmanja
pula kerinduan jika tidak merindui Haji Zamzam apabila tiada
menerima apa-apa pesanan pesanan dihantar kepadanya.
ringkas.

3.2.3.3 Hubungan idea

Perengga Baris Contoh perkataan dalam ayat Huraian


n
16 2 Dia cuba menggunakan Dalam ayat ini, perkataan kerana
lebuhraya LEKAS untuk balik ke menunjukkan hubungan idea dengan
rumah sewanya di Petaling Jaya idea. Buktinya dapat dilihat apabila
kerana esok dia akan bertugas pelaku cuba menghubungkan idea
seperti biasa. utama dan menjelaskan sebab itu.

4.0 KESIMPULAN
Natijahnya, penanda wacana merupakan aspek terpenting dalam menulis teks cerpen. Hal
ini demikian kerana pelbagai jenis wacana digunakan bagi menunjukkan pertautan antara
ayat sebelumnya dengan ayat yang lain. Tanpa adanya wacana, kohesi dan koheren antara
perenggan tidak wujud. Selain penanda wacana, keutuhan wacana juga penting bagi
menunjukkan sesuatu ayat itu mempunyai kesinambungan. Oleh itu, fungsi wacana adalah
untuk membantu penulis serta pembaca mengaitkan pertautan antara baris dengan baris
seterusnya. Justifikasinya, wacana penting dalam penulisan bagi mengelakkan sesuatu yang
ditulis itu tergantung dan mendatangkan tanda tanya kepada pembaca

7
5.0 RUJUKAN

Adenan Ayob. (2011). Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan:


Meteor Doc. Sdn. Bhd

Aida Atiqah Abu Samah. (2014). Keutuhan wacana. Diakses pada 12 Februari 2018
daripada: https://goo.gl/YZCrZB

Arniey Ilias. (n.d.). Keutuhan wacana. Diakses pada 11 Februari 2018 daripada:
https://goo.gl/kEC1R6

Faridah Nazir, Hashimah Ibrahim, Mohd Salleh dan Zairinah Mohd Shukur. (2014).
Wacana penulisan. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Harimurti Kridalaksana. (1995). Keutuhan wacana dalam Dewan Bahasa. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Husin Fateh Din. (2016). Wacana Penulisan. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Kamus Dewan. (Edisi keempat). (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Fadzeli Jaafar, Idris Adam dan Norsimah Mat Awal. (2015). Analisis
kohesi wacana sains berdasarkan teori nahu fungsinya. Jurnal Bahasa Jilid 15, Bil. 1.
Diakses pada 10 Februari 2018 daripada: https://goo.gl/CsC1sP

Mohammad Fadzeli Jaafar. (2015). Penanda wacana dalam teks Melayu lama berunsur
Sejarah. Jurnal Bahasa, 243-258. Diakses pada 12 Februari 2018 daripada:

8
https://goo.gl/PLjBzP

Nik Safiah Karim. (2003). Bimbingan pelajar bahasa kita jilid 1. Selangor: Cerdik
Publications

Nurmasitah Mat Hassan & Jama’yah Zakaria. (2015). Kohesi gramatikal penghubung dalam
karangan berbahasa Melayu. Jurnal Pendidikan dan Linguistik, Vol 3, 101-113.
Diakses pada 13 Februari 2018 daripada: https://goo.gl/d7PZoL

Sanat Md. Nasir. (1987). Ayat komplemen bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Shamsul Hazliyatul Akma Mohmad. (2010). Tautan wacana dalam penulisan karangan
pelajar tingkatan 6. Latihan ilmiah Master. Diakses pada 15 Februari 2018 daripada:
https://goo.gl/1AZckr

9
LAMPIRAN

10

Anda mungkin juga menyukai