Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA

SEMINAR TAMADUN ISLAM DAN PERADABAN MELAYU


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
TAHUN 2019
Atur cara Teks Catatan
Hadirin diminta mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan
bermula sebentar sahaja lagi.

Ketibaan VIP Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Khalid Bin Jonit
dan Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu diiringi oleh dif-dif jemputan masuk ke dalam dewan.

Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan tiga rangkaian


lagu.

*Lagu Negaraku*
*Lagu Wilayah*
*Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia*

Hadirin dipersilakan duduk

Salutasi Asalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Yang Berusaha , Encik Khalid Bin Jonit
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu,

Yang dihormati, Prof Madya Dr. Roslan Bin Mohd Nor


Pensyarah Jabatan Sejarah Islam dan Ketamadunan Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya

Yang Berusaha, Ustaz Mohd Lutfi Bin Ahmad,


Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral

Para Pensyarah,
serta siswa pendidik sekalian.
Selamat datang ke Seminar Tamadun Islam dan Peradaban Melayu,
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,
bagi tahun 2019.

Tetak buluh kajang sepuluh


Bacaan doa Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput saudara Muhammad Amirul Fikri Bin Azman
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada saudara


Muhammad Amirul Fikri Bin Azman atas bacaan doa sebentar tadi.

Melayang Serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan


kurniaNya, dapat kita berkumpul dalam majlis yang mulia ini sempena
Seminar Tamadun Islam dan Peradaban Melayu bagi Tahun 2019.

Secara ringkasnya, seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi


pendedahan dengan lebih mendalam berkaitan dengan tamadun Islam
dan peradaban Melayu selari dengan kursus Tamadun Islam dan Tamdun
Asia (TITAS).

Ucapan KJ JPP Hadirin yang dihormati,

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha Encik Khalid Bin Jonit , Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian
Pendidikan IPG Kampus Bahasa Melayu untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan


Pengarah atas ucapan alu-aluan itu sebentar tadi. Diminta tuan Pengarah
kekal berada di atas pentas bagi merasmikan Gimik Perasmian majlis kita
pada hari ini.
Terima kasih kepada Tuan Pengarah atas gimik perasmian itu tadi.

Penceramah Hadirin yang dirahmati,

Majlis diteruskan lagi dengan ceramah sempena Seminar Tamadun Islam


dan Peradaban Melayu
Sebelum itu, saya akan bacakan biodata penceramah kita terlebih
dahulu.

Prof Madya Dr. Roslan Bin Mohd Nor dilahirkan di _________________.


Beliau mendapatkan pendidikan rendah di _____________, pendidikan
menengah di _______________. Kemudian, beliau melanjutkan
pengajian peringkat ijazah sarjana muda di __________ dalam jurusan
_________. Setelah itu, beliau menyambung pengajian peringkat sarjana
dan doktor Falsafah di ________________ dalam bidang
__________________. Kini, beliau bertugas sebagai pensyarah di
Jabatan Sejarah Islam dan Ketamadunan Melayu, Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya.

Baiklah, tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya


menjemput Prof Madya Dr. Roslan Bin Mohd Nor untuk menyampaikan
ceramah yang bertajuk “ Peperangan dan Kesan Terhadap Tamadun
Sejagat”

Terima kasih kepada Prof Madya Dr. Roslan Bin Mohd Nor atas
kesudian beliau menyampaikan ceramah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dengan ini majlis


menjemput

Yang Berusaha Encik Khalid Bin Jonit


Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Pendidkan
untuk menyampaikan cenderamata kepada penceramah kita pada hari
ini. Majlis dengan segala takzimnya mempersilakan.
Majlis merakam ucapan terima kasih atas penyampaian cenderamata
sebentar tadi.

Penutup Hadirin sekalian,

Dengan itu, berakhirlah sudah pembentangan kertas utama pada pagi


ini.

Penutup pada Hadirin yang dihormati,


sebelah
petang Dengan berakhir pembentangan yang terakhir sebentar tadi, maka
berakhirlah sudah Seminar Tamadun Islam dan Peradaban Melayu pada
kali ini.

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta.

Anda mungkin juga menyukai