Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TARIKH MASA TEMPAT : 2 JULAI 2012 : 8.00 10.00 PAGI : DEWAN DARUL MAKMUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera Sidang hadirin yang dimuliakan.. Salam hormat dan Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Institut

Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Majlis kita akan bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan Yang Berbahagia Encik Jaafar Bin Idris, Pengarah Institut Pendidikan Guru KampusTengku Ampuan Afzan. Sehubungan itu pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat menjaga adab majlis berikut: 1. Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Yang Berbahagia Encik Jaafar Bin Idris dibuat oleh Pengacara Majlis. 2. Diminta semua Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk berada di pintu masuk dewan 3. Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod senyap. 4. Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah tetamu kehormat meninggalkan majlis 5. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan. 6. Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan. 7. Pihak majlis memohon kerjasama hadirin hadirat sidang dewan sekalian untuk menyanyikan semua lagu perhimpunan dengan penuh bersemangat. 8. Para pelajar di minta untuk tidak menggunakan telefon bimbit serta membaca buku semasa majlis berlangsung

Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama dari Tuan-tuan dan Puan-puan.

1. Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia Encik Jaafar Bin Idris, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan,diiringi Timbalan Pengarah, pensyarahpensyarah kanan, Ketua2 Jabatan, ketua-ketua unit dan para pensyarah masuk ke dalam dewan. Lagu Negeri Pahang, Lagu IPGM Lagu IPGTAA Para hadirin dipersilakan duduk 2. Bissmillahhirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW Serta para sahabat dan keluarga baginda. a).Yang Berbahagia Encik Jaafar Bin Idris, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis b) Yang Berusaha Encik Roselan Bin Ahmad,Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis c) Yang Dihormati pensyarah-pensyarah kanan , d) Ketua-ketua Jabatan e) Ketua-ketua unit f) Para Pensyarah. g) Staf-Staf sokongan h) Barisan Ahli jawatankuasa Perwakilan Pelajar i) Barisan jawatankuasa kerja perhimpunan dan upacara khas. j) Serta Guru-Guru Pelatih Sekalian

3. Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wataala Kerana dengan limpah kurnia-Nya Diberi-Nya kita peluang Untuk berkumpul bagi mengikuti Majlis Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

4. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, Marilah kita bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Azlan Bin Wan Adnan@Wan Refol Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan. -BACAAN DOAMajlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadil Ustaz atas pimpinan doa sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dimuliakan, 5. Seterusnya, marilah kita bersama-sama menghayati alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang akan dialunkan oleh Al-Fadhil Ustaz Borhan Bin Arifin dari Jabatan Pengajian Islam dan Moral yang akan bermula daripada ayat 1 hingga ....... dari Surah Al-Israq. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. -BACAAN AL-QURANMajlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada al-fadhil Ustaz atas bacaan ayat suci AlQuran sebentar tadi

Hadirin sekalian, 6. Seterusnya adalah persembahan multimedia oleh EUREKA PRODUCTION, PISMP Sem 6 PSV -PERSEMBAHAN MULTIMEDIATerima kasih diucapkan kepada EUREKA PRODUCTION di atas persembahan multimedia itu tadi.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

7. Seterusnya majlis menjemput Yang Berusaha Encik Roselan Bin Ahmad,Timbalan


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis untuk membaca Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dengan penuh takzimnya majlis Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. - BACAAN PERUTUSAN HARI GURU Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Roselan Bin Ahmad atas kesudian membacakan perutusan sebentar tadi. Semoga perutusan itu tadi, kita bakal-bakal guru sewajarnya memahami peranan guru dan menghayati sepenuhnya serta bertekad untuk melaksanakan harapan dan amanah bertepatan dengan tema GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, 8. Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Encik Jaafar Bin Idris, Pengarah Institut Pendidikan Guru kampus Tengku Ampuan Afzan bagi

menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. - UCAPAN Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Jaafar Bin Idris atas kesudian beliau menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dimuliakan 9. Majlis diteruskan lagi dengan acara simbolik Perasmian Majlis Sambutan Hari Guru

2012 Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Majlis dengan ini menjemput Encik Roselan Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan bagi menjemput serta mengiringi Encik Jaafar Bin Idris, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan untuk menyempurnakan upacara tersebut. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-GIMIKMajlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Jaafar Bin Idris atas kesudian beliau menyempurnakan acara perasmian sebentar tadi

10.

Majlis kita pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan Teromba yang

akan dipersembahkan oleh Encik Abdul Majid Bin Min. Majlis dengan ini mempersilakan. Persembahan Teromba Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Abdul Majid Bin Min atas persembahan sebentar tadi.

11.

Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Tema Hari Guru 2012

Guru Invovatif Melonjak Tranformasi Pendidikan Negara, lagu Guru Malaysia, dan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Koir Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, dibawah pimpinan Syahariman Bin Hamid@Non Encik

Para hadirin diminta berdiri. LAGU TEMA HARI GURU LAGU GURU MALAYSIA LAGU NEGARAKU -

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Koir Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan atas pimpinan nyanyian lagu sebentar tadi. 12. Dengan berakhirnya nyanyian lagu NEGARAKU sebentar tadi maka, berakhirlah

sudah majlis kita pada pagi ini

13.

Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha Encik Roselan Bin Ahmad, Timbalan

Pengarah, bersama-sama Pensyarah-pensyarah kanan, Ketua-ketua jabatan serta Para pensyarah mengiringi Yang Berbahagia Encik Jaafar Bin Idris untuk menikmati jamuan ringan di Anjung Selera. SEKIAN.. Wabilahitaufik walhidayah wassalam mualaikum warahmatullah...

Anda mungkin juga menyukai