Anda di halaman 1dari 3

TAJUK TUTORIAL JAN 2020

P8D
EDUP3083
ASAS KEPEMIMPINAN dan PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU

1. Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion

Tutorial 1– 1 jam (Topik1)

a) Nyatakan kriteria-kriteria sesuatu pekerjaan yang memenuhi konsep profesional.


b) Huraikan bagaimana seseorang guru yang profesional dapat melaksanakan kuasa autonomi dalam membuat
keputusan.

2. Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara

Tutorial 2-1 jam (Topik2)

c) Bincangkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dari segi pembinaan MODAL INSAN (JERIS).

Tutorial 3-1 jam (Topik2)

d) Setiap guru mempunyai peranan dalam pembentukan modal insan setiap pelajar. Nyatakan peranan yang
boleh dilaksanakan oleh seorang guru untuk memenuhi aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025.

3. Perundangan Berkaitan Guru dan Pendidikan

Tutorial 4 – 1 jam (Topik3)

e) Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam menyatakan Peraturan 4(2)(b) Seseorang pegawai
tidak boleh berkelakuan yang memungkinkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kepentingan
awam. Bahaskan.

Tutorial 5 – 1 jam (Topik3)

f) Bincangkan berserta contoh bagaimana guru-guru Malaysia dapat melaksanakan tanggungjawab profesional
mereka dalam memenuhi hak kanak-kanak dan aspirasi yang digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM)2013-2025.
4. Kualiti Guru

Tutorial 6– 1 jam (Topik4)

g) Standard prestasi merupakan dokumen piawaian keberhasilan,kompetensi teras dan profesional yang perlu dicapai
oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Jelaskan kepentingan
dokumen piawaian tersebut.

Tutorial 7– 1 jam (Topik4)

h) Guru yang berpuas hati mempamerkan tahap komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan dan kurang berisiko
meningggalkan profesionnya. Bincangkan implikasi kepada sistem pendidikan negara jika guru-guru meninggalkan
profesionnya disebabkan ketidak puasaan kerja.

5. Peringkat Perkembangan Guru

Tutorial 8– 1 jam (Topik5)

i) Trotter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan untuk seseorang guru menjadi pakar dalam
bidang yang diceburinya. Terangkan lima peringkat perkembangan tersebut beserta contoh yang sesuai.
j) Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986).
Kaitkan dengan perkembangan guru di Malaysia. (soalan tambahan)

5. Peringkat Perkembangan Guru

Tutorial 9 – 1 jam (Topik5)

k) Enam Peringkat Perkembangan Guru (KPM) boleh melonjakkan kegemilangan pendidikan di negara kita.
Bincangkan.

Tutorial 10– 1 jam (Topik6)


l) Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) adalah usaha untuk melengkapi pembangunan profesionalisme
sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru
dan pemimpin sekolah.
Bincangkan impak pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) terhadap perkembangan profesionalisme
guru.

6. Pembangunan Kemahiran Profesionalisme Guru

Tutorial 11-1 jam (Topik 6)


m) Pelan PPB dibangunkan sebagai usaha meningkatkan profesionalisme keguruan. hal tersebut sejajar dengan
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 berkenaan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Sejauh
manakah Pelan PPB KPM yang dibangunkan mampu memenuhi Pekeliling tersebut? Bincangkan.

Tutorial 12-1 jam (Topik 6)

n) Pelan pembangunan profesionalisme peribadi perlu ada dikalangan guru. Sediakan satu pelan PPB peribadi
menggunakan Pelan Pembangunan Kendiri yang diadaptasi daripada Career Development Plan- Success Through
People (2006).

7. Kepemimpinan Guru

Tutorial 13– 1 jam (Topik7)


o) Kepemimpinan boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi dan kepuasan ahli/individu yang berada
dalam organisasi tersebut. Banding bezakan kepemimpinan transformasi dan kepemimpinan transaksi dalam
sesebuah organisasi pendidikan.

Tutorial 14– 1 jam (Topik7)


p) Sebagai warga pendidik, kita mempunyai komitmen demi menangani cabaran-cabaran kepemimpinan
guru untuk mencapai matlamat PPPM(2013-2025). Bincangkan cabaran-cabaran kepemimpinan guru dalam proses
membentuk individu yang memenuhi aspirasi murid.

7. Kepemimpinan Guru

Tutorial 15- 1 jam (Topik 7)

q) Pemimpin guru perlu memiliki kemahiran profesional disamping mempunyai ilmu pengetahuan dan sahsiah yang
baik untuk diteladani oleh warga sekolah untuk menentukan kecemerlangan sekolah dan pencapaian murid. Sejauh
manakah kemahiran-kemahiran pemimpin guru dapat membantu rakan guru meningkatkan kualiti kerja?

8.Struktur Organisasi Pendidikan di Malaysia

Tutorial 16– 1 jam (Topik8)


r) Sekolah Berkesan berkait rapat dengan struktur pentadbiran dan pengurusan di sekolah. Pemimpin
utama harus memiliki karisma, keperibadian, bakat, kemahiran dan kebolehan untuk pemimpin,membimbing
dan membawa warga sekolah ke arah satu matlamat iaitu kecemerlangan pendidikan. Bincangkan ciri-ciri
Sekolah Berkesan seperti yang dirumuskan oleh Mortimer (1995)

Tutorial 17– 1 jam (Topik8)


s) Tugas dan tanggungjawab guru bukan setakat dalam bilik darjah sahaja tetapi ia juga merangkumi pendidikan di
luar bilik darjah. Bincangkan sejauh mana guru berkesan dapat membentuk intelektual dan sahsiah cemerlang
dalam kalangan murid.

9. Guru sebagai Agen Perubahan

Tutorial 18– 1 jam (Topik9)

t) Cikgu Rizwan menggunakan e-pebelajaran sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Beliau
menyampaikan maklumat dan berinteraksi dengan murid-muridnya melalui blok,Facebook,Twitter,
Edmodo dan padlet,. Berdasarkan situasi di atas, huraikan kekuatan dan kelemahan medium pengajaran yang
digunakan oleh Cikgu Rizwan.

9. Guru sebagai Agen Perubahan

Tutorial 19– 1 jam (Topik9)

u) "Flipped Classrom" merupakan kaedah pedagogi baharu yang mempraktikkan pengajaran berbantukan video
yang selari dengan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah seperti seperti kerja rumah, aktiviti kumpulan dan aktiviti
penyelesaian masalah. Perincikan dengan contoh yang sesuai ,halangan-halangan yang mungkin menjelaskan
pelaksanaan kaedah ini.

Anda mungkin juga menyukai