Anda di halaman 1dari 11

BAB 7

REFLEKSI

Program Saya Terror Sifir yang dirangka dan dirancang melalui penjanaan
strategi dan operasi yang teratur telah berjaya mencapai objektif, seratus peratus
(100%) lulus minimum gred C.Kejayaan pelaksanaan program Saya Terror Sifir
ini banyak bergantung kepada kepimpinan tuan Guru Besar dan guru Matematik
serta jawatankuasa program yang begitu komited untuk melihat murid dapat
menguasai sifir dan seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan Melalui pelaksanaan program ini, keberkesanannya dapat dilihat
dalam beberapa aspek seperti kepimpinan, kekuatan program, kelemahan
program dan cadangan penambahbaikan.

7.1 Aspek Kepimpinan dan Pengurusan

Untuk menjadi pemimpin yang berkesan dan mampu untuk membawa kejayaan
kepada organisasi yang diterajui maka pemimpin tersebut harus memiliki ciri-ciri
seperti tegas dan bertujuan, pendekatan bermusyawarah dan ahli professional.
Guru Besar yang berkesan mesti memiliki ciri-ciri profesional dalam setiap
tindakan dan arahannya. Guru Besar adalah individu yang terlibat dan tahu apa
yang berlaku dalam bilik darjah, termasuk kurikulum, strategi pengajaran, serta
memantau kemajuan murid serta perkembangan guru-gurunya. Menurut Abdul
Ghani (2009), kepimpinan adalah faktor utama yang membawa kepada
penambahbaikan sekolah. Ini bermakna, Guru Besar mesti individu yang mahir
dalam kurikulum secara keseluruhannya, terlibat sepenuhnya dalam setiap
perancangan kurikulum sekolah, menilai pengajaran guru, serta berusaha
membaiki amalan PdP dalam bilik darjah.

Guru besar seharusnya menguasai semua pengetahuan dan kemahiran dalam 9


bidang utama seperti yangterkandung dalam Standard Kompetensi Kepengetuan
Sekolah Malaysia (SKKSM) Kesemua bidang utama ini merupakan garis
panduan untuk mengurus dan menggerakkan organisasi ke arah mencapai
matlamat yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Seperti yang
semua sedia maklum Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-
2025) dalam Anjakan yang ke-5 iaitu Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi
Ditempatkan Di Setiap Sekolah mencabar kemampuan Guru Besaruntuk berani
melakukan perubahan ke arah pencapaian dan peningkatan organisasinya. Ini
menjadikan Guru Besar seorang pentadbir, pengurus dan pemimpin organisasi
yang perlu sentiasa berusaha untuk mengukir kejayaan.

Program Saya Terror Sifir yang dilaksanakan sepanjang program


sandaran ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada Guru Besar Cemerlang
SK Seri Bayu, Tn. Hj. Zahidi bin Hj. Zulkeffli, Beliau telah menunjukkan
kepimpinan transformasi dalam pelaksanaan program ini dengan memberi
sokongan dan kerjasama dalam segenap bidang sama ada sumbangan idea,
tenaga dan masa. Beliau sedar bahawa murid-murid di sekolah ini tidak
mengikuti mana-mana kelas tuisyen kerana kesibukan ibubapa berkerja samada
disektor perkilangan atau kerajaan.

Selain menunjukkan gaya kepimpinan transformasi Tn. Hj. Zahidi bin Hj.
Zulkeffli juga dilihat menunjukkan gaya kepimpinan instruksional sepanjang
program ini dilaksanakan. Dalam setiap perjumpaan dengan guru-guru mata
pelajaran beliau sering meminta guru-guru dalam jawatankuasa program ini
memberi fokus kepada headcount murid-murid sasaran. Gaya kepimpinan yang
diamalkan ini dapat di amalkan kerana dirasakan kerana beliau juga merupakan
bekas peserta NPQEL ambilan tahun 2012. Dalam masa sandaran ini beliau
sering memberi bimbingan untuk menguruskan program agar dapat memberi
kesan yang besar kepada kumpulan sasaran. Semasa pembentukan pasukan
kerja, beliau lebih suka mengamalkan konsep bimbingan dan perbincangan
bukannya arahan.

Setiap ahli jawatankuasa program ini bebas untuk memberi pandangan dan
cadangan dalam memantapkan pelaksanaan program ini malah, semua
cadangan, idea dan pandangan mereka juga diambil kira untuk penambahbaikan
program ini. Tn. Hj. Zahidi bin Hj. Zulkeffli juga menunjukkan pendekatan
delegasi dalam pengagihan tugas dalam jawatankuasa pelaksanaan program ini
semasa mesyuarat dijalankan. Semasa proses pelaksanaan program ini beliau
juga mengawal dan memantau peranan guru-guru yang dipertanggungjawabkan.

Beliau mampu berkomunikasi dengan berkesan dengan semua


kakitangan terutama jawatankuasa program ini. Keupayaan komunikasi
berkesan yang beliau miliki ini diamalkan terutama komunikasi dua hala dalam
sesi perbincangan beliau dalam memantapkan pelaksanaan program. Hal ini,
secara tidak langsung memberi keyakinan dan motivasi kepada guru kerana
mereka merasakan kehadiran mereka dalam jawatankuasa ini dihargai.Sikap
mesra beliau ini amat di senangi oleh semua kakitangan sekolah.

Program Saya Terror Sifir ini memberi impak yang positif kepada program
sandaran ini.Sepanjang pelaksanaan program ini pengalaman memimpin dan
mengurus telah diamanahkan sebagai pengurus Program Terror Sifir ini.
Semuanya bermula dari merangka pelan strategi, pelaksanaan projek
sehinggalah kepada penilaian projek. Setiap peringkat itu memerlukan
kemahiran memimpin dan mengurus yang berkesan demi memastikan
perlaksanaan projek berjalan lancar sedari awak sehingga akhir.

Kesimpulannya, gaya kepimpinan yang diamalkan memainkan peranan


penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program
penambahbaikan yang dilaksanakan di sekolah. Program Saya Terror Sifir yang
dilaksanakan ini talah mendapat sokongan dan kerjasama yang sangat baik
daripada barisan pengurusan dan ahli jawatankuasa program ini. Semangat
kerja sepasukan yang telah menjadi budayakerja guru di sekolah ini menjadi
pemangkin kepada penambahbaikan dan peningkatan pencapaian akademik
sekolah.
7.2 Kekuatan Projek

Sepanjang empat minggu program ini dilaksanakan terdapat beberapa kekuatan


yang dikesan melalui dapatan daripada analisis pencapaian dalam ujian pasca,
analisis soal selidik dan pemerhatian. Maklum balas daripada guru Matematik
yang membantu melaksanakan program ini juga diambil kira. Semuanya bermula
dari perancangan strategik yang dijana dengan matlamat membuat lonjakan
pencapaian dalam penguasaan sifir 2 hingga 12.

(a) Lulus seratus peratus minimum gred C dalam Ujian Post Test
Matematik

Program Saya Terror Sifir hampir menepati sasaran apabila 17 daripada 20


orang murid lulus seratus peratus dengan minimum gred C. Seorang murid lulus
dengan gred D.

(b) Peningkatan bilangan murid menguasai sifir 2 hingga 12

Setelah analisis pencapaian dibuat, terdapat peningkatan yang ketara dengan 16


orang murid dapat menjawab soalan ujian post test berbanding 10 orang dalam
ujian pra.

(c) Peningkatan GPMP Matematik dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun

Setelah murid-murid tahun 4 Mutiara melalui program ini dapat diperhatikan


berlaku peningkatan yang memberangsangkan dapat peningkatan GPMP dalam
peperiksaan Pertengahan Tahun.

Hal ini, memberi gambaran bahawa setelah program ini dilaksanakan berlaku
peningkatan dalam pencapaian dalam mata pelajaran Matematik sama ada dari
segi lulus minimum gred C, atau peningkatan dalam GPMP.
Selain itu, kekuatan projek ini juga bergantung kepada aspek sumber manusia,
penerimaan murid sasaran dan jalinan hubungan luar yang baik.

(a) Sumber manusia

Gaya kepimpinan Guru Besar serta kesanggupan dan keinginan untuk membuat
penambahbaikan kepada kecemerlangan sekolah adalah merupakan kekuatan
yang paling utama. Guru Besar Cemmerlang SK Seri Bayu ini menggunakan
kepakaran beliau dalam memimpin sekolah serta jawatankuasa kerja program ini
dengan memberi komitmen, galakan, idea, pandangan serta mengamalkan
delegasi terkawal dalam kalangan guru-guru Matematik program ini. Dengan
adanya seorang guru yang sememangnya berpengalaman dalam pengajaran
Matematik tahun 4 berjaya menghasilkan murid yang saling membantu murid-
murid lemah yang lain belajar.

Manakala bagi murid-murid sasaran program ini juga memberikan


komitmen yang baik sepanjang pelaksanaannya. Kebanyakan daripada mereka
mematuhi masa yang diperuntukkan untuk menghafal dan menguasai sifir yang
dipilih. Semua kad sifir dan latihan yang telah distrukturkan telah digunakan
mengikut tmasa-masa yang telah ditetapkan.

Sokongan daripada pihak ibu bapa kepada murid-murid sasaran ini juga
amatlah menggalakkan. Ibu bapa memainkan peranan memantau pelaksanaan
program ini di rumah. Peranan memantau pelaksanaan ini dibuktikan dengan
menandatangani ruang yang disediakan dalam kad kemajuan sifir yang
dibekalkan kepada murid sasaran. Semua ibu bapa murid sasaran telah
melaksanakan peranan yang perlu mereka mainkan demi kebaikan anak
mereka.

Sokongan terakhir yang diterima adalah daripada guru Matematik yang


mengajar murid-murid sasaran. Guru-guru ini akan menyemak setiap kad
kemajuan sifir dan tugasan yang telah disiapkan oleh murid-murid sasaran
semasa perhimpunan, waktu rehat, waktu relief atau waktu kelas tambahan sifir
untuk mengelakkan pembaziran masa. Guru ini juga akan menyemak bukti
pemantauan daripada ibu bapa murid-murid sasaran.

(b) Penerimaan murid-murid

Kesedaran tentang pentingnya menguasai sifir 2 hingga 12 dan belajar secara


bersistematik dapat diwujudkan dalam diri murid. Melaluinya pembelajaran murid
akan menjadi aktif serta seterusnya meningkatkan penguasaan kemahiran dalam
mata pelajaran Matematik .Program yang dilaksanakan ini berjaya untuk melatih
murid berdisiplin dan mempraktikkan penggunaan masa dengan berkesan dan
teratur. Setiap masa lapang seperti pada waktu pagi, waktu rehat dan waktu
petang serta cuti hujung minggu.Murid juga dapat berinteraksi serta digalakkan
mengadakan sesi perbincangan dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan
yang disediakan.

(c) Hubungan dengan Ibu Bapa dan Pihak Luar

PIBG SK Seri Bayu sentiasa membantu dari segi kewangan dalam semua
program yang sekolah anjurkan untuk peningkatan pencapaian murid-murid .
Pihak pengurusan PIBG juga menyediakan kewangan dalam program Saya
Terror Sifir ini melalui tabung kecemerlangan pendidikan. Hubungan baik antara
sekolah dan PIBG ini sememangnya telah berjalan sejak dari penubuhan
persatuan ini. Sebarang aktiviti yang melibatkan murid-murid sekolah akan
ditanggung sepenuhnya oleh pihak PIBG

Majlis Guru Besar daerah Manjung juga sangat membantu dalam


memberikan khidmat nasihat dan juga bantuan daripada ADUN Lumut Pangkor
yang disalurkan melalui Majlis Guru Besar. Terdapat beberapa program yang
mendapat bantuan kewangan daripada Yang Berhormat. Lebihan daripada
peruntukan program yang lalu digunakan sedikit untuk program Saya Terror Sifir
ini.

Kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak menjadi sumber


kekuatan yang memberi impak kepada keberkesanan programyang
dilaksanakan dalam usaha meningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik
di sekolah ini. Melalui program Saya Terror Sifir ini diharapkan melalui
penguasaan sifir dapat dijadikan salah satu budaya kecemerlangan sekolah
seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Oleh itu, sebarang peningkatan
pencapaian dalam mata pelajaran akan meningkatkan GPMP dan peningkatan
GPS turut berlaku serta sekali gus akan menaikkan band sekolah kepada yang
lebih baik.

7.3 Kelemahan Projek

Walau sebaik mana perancangan yang telah dibuat pada awal sesuatu program
pasti akan ada kelemahan yang dapat dilihat setelah program itu dilaksanakan.
Begitu juga dengan Program Saya Terror Sifir ini yang pada awal
perancangannya dirasakan telah sempurna. Antara kelemahan yang telah
dikenal pasti semasa dan selepas pelaksanaan program inia adalah dari segi
masa, peranan ibu bapa, kesungguhan murid dan penguasaan sifir yang dihafal.

(a) Masa

Masa untuk pelaksanaan program ini yang dirancang selama 4 minggu


dirasakan agak singkat dan membebankan murid-murid untuk menguasainya.
Peruntukan masa untuk murid menghafal di waktu pagi dan rehat di dapati agak
kurang sesuai. Terdapat murid-murid yang tidak dapat melaksanakan tugasan
kerana kekangan masa yang dihadapi. Masa menghafal di waktu pagi didapati
dapat dilaksanakan sekitar sepuluh minit sahaja kerana murid-murid yang
merupakan pengawas sekolah perlu menjalankan tugas mereka. Begitu juga di
waktu rehat agak kurang masa untuk membaca kerana waktu yang agak singkat

(b) Peranan ibu bapa

Terdapat beberapa ibu pada yang agak kurang memainkan peranan dalam
memantau penghafalan sifir anak-anak mereka pada pertengahan pelaksanaan
program ini. Mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada anak mereka dalam
penghafalan di rumah. Ibu bapa masih meletakkan harapan di bahu guru-guru di
sekolah untuk menguruskan pembelajaran anak-anak mereka. Pemantauan
mereka pada awal perjalanan program tidak dapat diteruskan sehingga ke
akhirnya. Ini mungkin berkaitan dengan tahap kesedaran dalam diri sesetengah
ibu bapa ini masih kurang atau akibat kesibukan mencari rezeki.

(c) Keyakinan dan motivasi diri murid

Keyakinan dan motivasi diri dalam kalangan murid -murid dirasakan masih
rendah. Terdapat beberapa murid yang gagal menguruskan masa mereka
dengan cekap dan berkesan. Kumpulan ini perlu sentiasa dimotivasikan dari
masa ke semasa. Ini mungkin kerana kurangnya sokongan daripada keluarga
dan tidak jelas dengan cita-cita masa hadapan mereka.

(d) Kekangan Beban tugas guru

Guru mata pelajaran yang mengajar kelas murid sasaran tidak sempat untuk
membuat semakan persendirian terhadap latihan selepas pembacaan yang
dilaksanakan dalam program ini. SK Seri Bayu, adalah sebuah sekolah besar
yang mempunyai ramai guru tetapi agar kurang guru opsyen Matematik. Ini
menyebabkan berlakunya pertindihan tugas yang pelbagai seperti mengajar di
kelas yang berbeza aras dan mengajar mata pelajaran yang berbeza.
Kerencaman tugas ini menimbulkan kesukaran kepada guru mata pelajaran
Matematik ini untuk menyemak secara terperinci dan individu dalam setiap kali
penghafalan dan penguasaan sifir dilakukan.

7.4 Cadangan Penambahbaikan

Berdasarkan pemerhatian, maklum balas dan temu bual yang dilakukan


sepanjang pelaksanaan program ini, beberapa kekuatan dan kelemahan
program telah dikenal pasti dan ini membolehkan penambahbaikan dibuat.
Cadangan penambahbaikan kebiasaannya dibuat melalui proses post-mortem
selepas sesuatu program selesai dilaksanakan. Semua proses ini bertujuan
untuk mengkaji punca kelemahan agar perkara yang sama tidak berulang pada
masa akan datang.

Berdasarkan kepada masalah masa yang dihadapi, saya merasakan


program ini perlu dilakukan seawal mungkin dan secara berterusan. Pemilihan
waktu pagi dan waktu rehat boleh diganti dengan penggunaan waktu ganti. Guru
ganti boleh menggunakan waktu itu untuk murid menguasai sifir dan menghafal
sifir. Jika pelaksanaan program ini dijalankan pada awal tahun empat
sehinggalah ke tahun enam dirasakan semua sifir akan dapat dikuasai oleh
murid sepenuhnya. Hal ini kerana, murid mempunyai Kad sifir dan cara hafalan
yang berstruktur dan bersistematik .

Memandang program yang dijalankan ini terbukti membuahkan hasil yang


baik walau pun dilaksanakan dalam waktu yang singkat, saya mencadangkan
program ini diteruskan dan matapelajaran teras yang lain dapat berkongsi idea
dalam melakukan pekara yang sama. . Melalui penguasaan dan hafalan yang
berstruktur dan sistematik pengetahuan murid dapat diperluaskan secara
berperingkat.
Peranan PIBG, ketua kampung, kumpulan sokongan ibu bapa ( KSIB )
boleh dilibatkan dalam memberi kesedaran kepada semua ibu bapa murid-murid
yang akan menduduki UPSR khususnya dan semua murid amnya. Dalam
memberikan kesedaran peri pentingnya peranan ibu bapa dalam pendidikan
murid-murid ini semua pihak boleh bersama memberi sokongan dan bantuan
kepada pihak sekolah.

Penempatan guru bimbingan sama ada lantikan kementerian mahu pun


lantikan sekolah boleh digunakan untuk membantu murid-murid yang
mempunyai motivasi dan keyakinan diri yang rendah. Murid-murid yang kurang
berkeyakinan ini perlu dibantu sebagai persediaan menyeluruh supaya mereka
lebih bersedia dalam menghadapi peperiksaan UPSR kelak.

Dari segi kekangan beban tugas guru pula saya mencadangkan supaya
pembahagian tugas dan jawatankuasa sekolah di struktur semula. Ini kerana
terdapat pembahagian bidang tugas yang agak tidak seimbang antara tugas-
tugas kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan pentadbiran. Melalui
penstrukturan semula ini mana-mana jawatankuasa yang kurang penting boleh
digabungkan atau pun digugurkan dan kekalkan yang penting dan memberi
impak tinggi sahaja.

Kesimpulannya, semua cadangan penambahbaikan yang diperjelaskan di


atas mampu mengatasi segala kelemahan yang terdapat dalam program Saya
Terror Sifir ini. Pelaksanaan program ini adalah untuk melihat hasil dalam
jangka masa yang singkat, Namun segala kelemahan yang timbul diberi
cadangan penambahbaikan untuk jangka masa panjang ke arah pencapaian
hasil yang dihasratkan.Segala cadangan penambahbaikan ini perlu digerakkan
secara menyeluruh yang dimulai oleh kumpulan pengurusan sekolah. Budaya
kerja sepasukan yang telah wujud dalam persekitaran organisasi sekolah perlu
diperkasa. Dengan pelaksanaan program ini sebagai projek rintis ke arah
mewujudkan budaya kerja cemerlang di SK Seri Bayu. Seterusnya,
meningkatkan band sekolah kepada tahap yang lebih baik dan menempatkan SK
Seri Bayu dalam kelompok sekolah terbaik dalam daerah Manjung.

Anda mungkin juga menyukai