Anda di halaman 1dari 6

SJK(T) LADANG JENDARATA BAHAGIAN ALPHA BERNAM,

36009 TELUK INTAN, PERAK.

KOD SEKOLAH : ABDB006

KERTAS KERJA
PROGRAM CAKNA DIRI
2019

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TARIKH : 12.10.2019 – 13.10.2019


TEMPOH : 2 HARI 1 MALAM

TEMPAT
SJK(T) LADANG JENDARATA BAHAGIAN ALPHA BERNAM

PERASMIAN
PN.RAHMAHTHUNISA BEAHAM BT ABDUL RAHIMAN
GURU BESAR SJK(T) LADANG JENDARATA BAHAGIAN ALPHA BERNAM
KERTAS KERJA PROGRAM CAKNA DIRI
SJK(T) LADANG JENDARATA BAHAGIAN ALPHA BERNAM

1.0 PENGENALAN

Program Cakna Diri adalah satu program untuk membentuk murid yang berdisiplin dan
meningkatkan sahsiah. Dengan adanya, aktiviti sebegini dapatlah kita mendidik murid-murid
supaya menjadi insan yang mempunyai keyakinan diri dalam setiap perkara. Pada tahun ini,
pihak SJK(T) Ladang Jendarata Bahagian Alpha Bernam telah merangka sebuah kertas
kerja bagi melaksanakan aktiviti berkaitan dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi tahun
2019. Dengan adanya kerjasama dari setiap unit persatuan dan kelab di sekolah ini,
diharapkan program ini dapat dijayakan dengan cemerlang dan tercapai objektifnya.

2.0 NAMA PROGRAM

Program Cakna Diri Tahun 2019, SJK(T) Ladang Jendarata Bahagian Alpha Bernam

3.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini adalah :

i) Membina keyakinan diri murid apabila berhadapan dengan situasi yang mencabar
ii) Menanam sikap bersabar semasa aktiviti kumpulan dijalankan.
iii) Menanam sifat berdikari dalam kehidupan seharian dan berupaya berfikiran matang.

4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat :

i) Mewujudkan nilai kepimpinan bagi murid tahap 1 dan 2.


ii) Menanam sikap berdikari di kalangan murid-murid.
iii) Memupuk sikap bekerjasama dalam aktiviti yang melibatkan kumpulan untuk
mewujudkan hubungan Silaturahim.
5.0 JAWATANKUASA INDUK :

PENASIHAT

Pn.Rahmahthunisa Beaham Bt Abdul Rahiman

(Guru Besar)

PENGERUSI

Cik.Jessicka Rose A/P David

(Guru Kanan Kurikulum)

NAIB PENGERUSI

Cik.Mary Stella A/P Arokiasamy

(Guru Kanan HEM)

KETUA PROGRAM CAKNA DIRI

Cik.Mary Stella A/P Arokiasamy

SETIAUSAHA

Cik.Thilagavathy A/P Rajandran

BENDAHARI

Pn.Tamelarasi A/P Chittarasu


6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Urusetia & Pendaftaran : Cik.Mary Stella A/P Arokiasamy

Makanan & Minuman : Pn.Tamelarasi A/P Chittarasu

Kebersihan & Keselamatan : Pn.Vashugee A/P Manickam

Majlis Perasmian & Penutupan : Cik.Thilagavathy A/P Rajandran

Sijil & Hadiah : Cik.Tamarai Selvi A/P Tamil Selvan

Riadah & Sukaneka : En.Azmi bin Mohd Yusoff

Juru Gambar & Buku Program : Cik.Jessicka Rose A/P David

7.0 BUTIRAN PROGRAM CAKNA DIRI

i) Hari : Sabtu hingga Ahad


ii) Tarikh : 12 – 13.10.2019
iii) Tempat : SJK(T) Ladang Jendarata Bahagian Alpha Bernam
iv) Jurulatih : Semua guru dan kakitangan sekolah

8.0 SASARAN PENYERTAAN

Murid Tahun 3 : 4 orang


Murid Tahun 4 : 2 orang
Murid Tahun 5 : 5 orang
Murid Tahun 6 : 2 orang

9.0 AKTIVITI YANG DISARANKAN

Pengisian/ Kandungan Program Cakna Diri ini adalah menjurus kepada aspek-aspek
berikut :

a. Pendaftaran
b. Taklimat
c. Ice Breaking
d. My Dream Team
e. LDK
f. Explorace
g. Motivasi Satu (Pengurusan Diri)
h. Motivasi Kedua (Taat kepada ibu bapa)
10.0 SUMBER KEWANGAN

Bantuan Program Bimbingan dan Kaunseling : RM475.00

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL PERKARA KUANTITI RM

1 Span Double Side Tape 1 pcs 25.00

2 A4 Mix Color 3 rim 105.00

3 A4 Fotostat 200 pcs 20.00

4 Kad Manila Floresent 10 pcs 20.00

5 Kertas Mahjong 50 pcs 25.00

6 Sugar Paper Color 20 pcs 20.00

7 Kertas A4 Double A 2 rim 36.00

8 Pen Marker 2 dozan 70.00

9 Pensil 5 box 25.00

10 Water Colour 10 box 50.00

11 Pocket File 10 pcs 10.00

12 Gam Botol Besar 3 botol 24.00

13 Gunting 5 pcs 25.00

14 Pita Pelekat 5 pcs 20.00

JUMLAH BESAR 475.00


12.0 PENUTUP

Usaha murni secara berterusan dan sokongan padu amatlah diperlukan bagi menjayakan
program yang akan dilaksanakan ini berkualiti dan memberi manfaat yang baik kepada individu
terutamanya murid-murid yang telah disasarkan. Ini adalah selaras dengan matlamat program ini
untuk melahirkan murid yang mempunyai sahsiah peribadi yang mantap dan mampu membuat
perubahan seterusnya dapat memberikan kesan yang baik kepada diri sendiri, warga sekolah,
masyarakat dan negara.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………… …………………………… ……………………………


(CIK.R.THILAGAVATHY) (CIK.A.MARY STELLA)
Setiausaha Program Cakna Diri Guru Kanan HEM

Anda mungkin juga menyukai