Anda di halaman 1dari 5

SJK(TAMIL) BATU ANAM,SEGAMAT, JOHOR.

JBD 7070

KERTAS KERJA

PROGRAM MOTIVASI MURID TAHAP 2 DAN


IBUBAPA

TAHUN 2019

BIDANG : HAL EHWAL MURID

UNIT : BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1.0 PENGENALAN

Program motivasi ini merupakan salah satu program yang telah dirangka oleh Ahli Jawatan
Kuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling dan dijadikan sebagai program tahunan SJK(T) Batu Anam.
Program motivasi ini mensasarkan murid – murid Tahun 4, 5, dan 6 dan ibubapa murid Tahun 4,
5, dan 6. Program ini dirancang bertujuan untuk membentuk disiplin, sahsiah diri dan jati diri
murid. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi diri murid dalam pembelajaran
dan pembentukan akhlak yang lebih baik. Di samping itu juga, program motivasi ini bertujuan
untuk menyedarkan ibubapa akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa.

2.0 RASIONAL
Setiap sekolah mengimpikan murid yang mempunyai semangat cintakan sekolah yang
tinggi. Hasrat ini boleh dicapai sekiranya murid – murid ini dapat dipupuk dengan sikap dan
contoh yang baik dengan bimbingan ibubapa masing-masing. Jika sikap disiplin, jati diri dan
sahsiah diri yang tinggi dapat dipupuk, pihak sekolah sudah semestinya dapat menumpukan
sepenuh perhatian terhadap bidang kurikulum dan kokurikulum ke arah yang lebih cemerlang.

3.0 MATLAMAT
Melahirkan murid –murid yang berdisiplin dan berdaya saing serta jati diri yang tinggi
bersahsiah dan berperibadi mulia. Di samping itu, murid dan ibubapa juga dapat mengetahui
betapa pentingnya disiplin diri untuk masa depan masing – masing.

4.0 OBJEKTIF
4.1. Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta menghormati hak diri orang
lain.
4.2. Memberi peluang kepada murid – murid untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan
diri.
4.3. Membimbing peserta meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah.
4.4. Memberi kesedaran kepada peserta dan ibubapa tentang pentingnya disiplin untuk kejayaan
hidup.

1
4.5. Memotivasikan diri ibubapa dan para peserta supaya belajar dengan lebih teratur dan
menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan.
5.0 BUTIRAN PROGRAM

5.1. Tarikh cadangan : 28 Julai 2019 (Ahad)


5.2. Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
5.3. Tempat : Dewan SJK(T) Batu Anam

6.0 KUMPULAN SASARAN


6.1. Murid Tahun 4, 5, dan 6 dan ibubapa

7.0 AHLI JAWATAN KUASA

Penasihat : Encik P. Govindasamy A/L Perumal (Guru Besar)


Pengerusi : Pn.P.Sridewi ( GPK Hal Ehwal Murid )
Setiausaha : En.R.Kithan ( Guru Kelas Tahun 4 )
AJK : Encik R. Ravi (GPK Pentadbiran)
Encik N. Ranjeet Kumar (GPK Kokurikulum)
Encik S. Karthik (Guru Kelas Tahun 5)
Cik.G. Gayathrie (Guru Kelas Tahun 6)

8.0 PENGISIAN PROGRAM


7.1. Aturcara Program
7.20 pagi Pendaftaran murid dan ibubapa di dewan sekolah
7.30 pagi Penyampaian alat tulis kepada murid-murid
7.45 pagi Bacaan doa
8.00 pagi Ceramah Motivasi (Slot 1)
(Penceramah : Encik Kavimaaran THR Raaga)

10.00 pagi Rehat


10.30 pagi Ceramah Motivasi (Slot 2)
(Penceramah : Encik Kavimaaran THR Raaga)

12.30 tengah hari Bersurai

2
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Jenis Perbelanjaan Jumlah

1. Buku Program, Kertas Mah Jong, Marker, Sijil RM 100


2. Bahan Bengkel, Alat tulis Bengkel 46 X RM 10 RM 460
3. Bayaran Penceramah RM 1300
4. Makanan Murid ( Sarapan ) 46 X RM 5 RM 230
5. Makanan Murid ( Tengahari ) 46 X RM 7 RM 322
6. Banner RM 300
7. Gambar dan Video Program RM 288

Jumlah Keseluruhan RM 3000

10.0 PENUTUP

Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan program kali ini agar
tercapai objektif yang disasarkan demi kebaikan murid dan sekolah. Semoga dengan
pelaksanaan program ini sedikit sebanyak akan akan memberi kesan serta kesedaran terhadap
diri murid-murid dalam erti kata mengahargai diri sendiri demi keluarga, agama, bangsa dan
negara.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………… …………………………………..
En.R.Kithan, Pengerusi PIBG,
Guru Penyelaras Bimbingan dan Kaunseling SJK(Tamil) Batu Anam
SJK(T) Batu Anam

Disokong oleh,

3
……………………………………………

Anda mungkin juga menyukai