Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM LONJAKAN SAUJANA


TAHUN 6 SESI 2022/2023

TARIKH :
14 NOVEMBER 2022 (ISNIN)

MASA :
8.00 PAGI – 5.00 PETANG

TEMPAT :
DEWAN, SK DURIAN BURONG

Anjuran:
JAWATANKUASA KECEMERLANGAN PPSR/PBD
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PENGENALAN
Program Lonjakan Saujana ini untuk murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan
Durian Burong seramai 72 orang. Program ini merupakan satu perancangan khusus bagi
membantu murid-murid untuk membina keyakinan diri dan sahsiah di samping
meningkatkan ketahanan mental.

Program ini diharapkan akan dapat membantu melahirkan sikap positif dalam diri
murid-murid agar dapat melengkapkan diri dengan satu semangat yang kental, dan
sentiasa berusaha tanpa mengenal rasa putus asa serta dapat memberikan tumpuan
terhadap pembelajaran.

RASIONAL

Melalui analisis Ujian Pentaksiran Sumatif 1 yang dijalankan oleh Jawatankuasa


Kecemerlangan Tahun 6, didapati kebanyakan murid-murid ini belum bersedia
sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan dan dalam masa yang sama, tahap motivasi
murid juga amat membimbangkan.

OBJEKTIF

1) Menanamkan sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran.


2) Membina keyakinan diri dalam kalangan murid-murid agar lebih bersedia
untuk menghadapi peperiksaan.
3) Mewujudkan nilai belajar yang baik dan berkesan dengan menggunakan
teknik menjawab yang betul.
4) Mendedahkan murid-murid kepada kepentingan pengurusan masa.
5) Menimbulkan kesedaran kepada diri murid-murid tentang pentingnya ilmu
pengetahuan dan ketrampilan dalam pelbagai bidang.

1
TARIKH

14 November 2022 (Isnin)

MASA

8.00 pagi hingga 6.00 petang

TEMPAT

Dewan, SK Durian Burong

KUMPULAN SASARAN

72 orang murid Tahun 6

ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran Perbelanjaan
Bil Perbelanjaan
RM 150.00
1 Penceramah ( 1 X RM 150.00 )

Makan minum murid (72 X RM 12.00)


2 Sarapan pagi (RM3.00)
RM 864.00
Makan tengah hari (RM6.00)
Minum petang (RM3.00)

3 Modul dan bahan edaran (72 X RM 13.00) RM 936.00

4 Banner RM 50.00

Jumlah Keseluruhan RM 2000.00

JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM LONJAKKAN SAUAJANA TAHUN 6

2
Penasihat : Ustaz Abdul Hakim bin Mohamad

Pengerusi : Ramli bin Endut (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Nornazrahni binti Mohamad (PK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : Rosman Abadi bin Abdul Razak (PK Kokurikulum)

Penyelaras : Maria binti Mamat (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Penolong : Rohayati binti Mamat (Penyelaras Tahun 6)


Penyelaras

Setiausaha : Aspalela binti Abdullah

PA Sistem : Ustaz Johari bin Idris

Pengacara Majlis : Maria binti Mamat

Jurugambar : Ustaz Mohd Syukri bin Abdullah

Disiplin : Irwan Bin Ismail


Guru mata pelajaran semasa

Dokumentasi : Kamisah binti Amir

Makanan Murid : Nurul Khamariah binti Abd Ghani


Bibidahlia binti Ghazali
Rosmadah Alawiyyah binti Mohamad

Pendaftaran : Sabarina binti Abu Bakar


Sulyati Syadni inti Ramli

ATURCARA PROGRAM

3
MASA / HARI AKTIVITI
7.45 – 8.00 PG Pendaftaran Murid
8.00 – 9.00 PG Taklimat Program Dan Ice Breaking
9.00 – 10.00 PG Ceramah Motivasi
10.00 – 10.30 PG REHAT
10.30 -11.30 PG LDK 1 (Penerokaan Kendiri)
11.45 – 1.00 TGH LDK 2 (Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang)
1.00 – 2.00 PTG REHAT / Solat Zohor
2.15 – 3.30 PTG LDK 3 (Pengurusan Masa)
3.30 – 4.30 PTG Borang Aku Janji
4.30 – 5.00 PTG Majlis Penutup

PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar program ini menjadi satu motivasi yang dapat
mendedahkan kepada para pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri mereka dalam
menghadapi cabaran seterusnya bersedia untuk ke sekolah menengah. Selain itu,
diharapkan program ini dapat memberikan pengetahuan berguna ke arah melahirkan
pelajar yang cemerlang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………. ………………………..
(MARIA BINTI MAMAT) (RAMLI BIN ENDUT)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Penolong Kanan Pentadbiran

4
5

Anda mungkin juga menyukai