Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN JERANGAU

23200 BUKIT BESI TERENGGANU

KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID
DAN
JAWATANKUASA DISIPLIN DAN LEMBAGA PENGAWAS

TEMPAT:
PUSAT KOKURIKULUM KUALA BERANG

TARIKH:
21 HINGGA 22 SEPTEMBER 2022
1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas SK Jerangau. Program ini melibatkan
semua pengawas sekolah yang telah dilantik bagi sesi persekolahan 2022. Tujuan utama
penganjuran kem ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas
yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran
memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian,
program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan,
pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar.. Pengawas sekolah
memerlukan bimbingan dan panduan yang betul. Pertambahan ilmu adalah salah satu cara
yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka kursus kepimpinan ini
sangat sesuai dilaksanakan. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan
yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi
mengharumkan nama sekolah.

2.0 RASIONAL

Sebagai seorang yang terpilih menjadi pengawas sekolah, seseorang murid itu perlu sedar
bahawa mereka memainkan peranan penting untuk mengerakkan segala aktiviti yang
dirancang. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pengawas-pengawas tidak akan dapat
menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini murid-murid yang
dilantik memegang jawatan pengawas akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka
dan bersama-sama membantu mengatasi masalah disiplin di sekolah.

3.0 MATLAMAT

Untuk memastikan murid-murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai


kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.


4.2 Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.
4.3 Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.
4.4 Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan
modul yang pelbagai.
4.5 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang
mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan
akademik dan sahsiah.
4.6 Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila
menghadapi tugas yang diamanahkan.

5.0 KUMPULAN SASARAN


40 murid dari tahun 2 hingga tahun 6 SK Jerangau.

6.0 TARIKH DAN MASA


Tarikh : 21 hingga 22 Ogos 2022
Hari : Rabu hingga Khamis
Masa : 2:45 petang (Rabu) – 12:30 tengahari (Khamis)

7.0 TEMPAT
Pusat Kokurikulum Kuala Berang

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk

Penaung : En. Mohd Ridhuan bin Ishak (Guru Besar)


Pengerusi : Pn. Rosni binti Awi (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : En. Roslan Bin Taib (GPK 1)

2 : En. Mohd Firdaus Bin Ibrahim (GPK Kokurikulum)

Ketua Unit : En. Norhamizi bin Mohamad


Penyelaras : Pn. Nur Hidayah Binti Azmi

Jawatankuasa Kerja

Pendaftaran & Penginapan : Pn. Norosmini Binti Nawi

Kawalan dan Disiplin Peserta : En. Norhamizi Bin Ibrahim


Pembantu Fasilitator : Jurulatih Pusat Kokurikulum Kuala Berang
Makan Minum Peserta : Pn. Rosni binti Awi

Penyediaan Alatan dan Bahan : Pn. Nornajihah Binti Salim


Kerohanian : En. Abzainizam Bin Ab Allah @ Abdullah

Dokumentasi : Pn.Nur Hidayah Binti Azmi

Juru Acara Majlis : Pn.Nur Hidayah Binti Azmi

9.0 TENTATIF PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI


2:45 petang Pendaftaran dan Pembahagian Kumpulan
3:00 Taklimat/Ice Breaking
SLOT 1
3:30
JUMAAT Kerusi Sejuk Panas
4:30 Solat Asar dan minum petang
SLOT 2
5:00
Kemahiran Berkomunikasi
13 MAC 2015
6:30 Makan malam / tadbir diri / Solat / Tazkirah
SLOT 3
9:00 malam
Si Buta Sayang
SLOT 4
10:00
Resolusi Pemimpin
10:30 Muhasabah Diri
11:00 Minum Malam
6:00 pagi Solat / Tazkirah
7:00 Senaman pagi / Minum pagi
SABTU
SLOT 5
8:00
Ceramah Kepimpinan
14 MAC 2015
10:00 Rehat / Minum pagi
SLOT 6
10:30
Tugas Pengawas
12.00 Majlis Penutup dan Gotong Royong
12.30 tgh Bersurai
10.0 ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan Jumlah ( RM )

Makan Peserta dan Guru (RM 14 x 45) RM 675.00


Minum petang Jumaat – RM3
Makan malam Jumaat – RM 6
Sarapan pagi Sabtu – RM 3
Minum pagi Sabtu – RM 3

Bayaran Penceramah RM 300.00

Saguhati Fasilitator RM 25.00

Bahan Edaran dan alatulis RM 200.00

RM 800.00
Sewaan Bas

RM 2000.00
11.0 PENUTUP

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka
sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan di dalam
diri dan sekolah. Kursus ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan
membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri
dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk
barisan kepimpinan Pengawas yang kreatif dan inovatif. Di atas keprihatinan dan sokongan
pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Jerangau , jutaan terima kasih diucapkan.

Disediakan oleh,

…………………………………….
(NUR HIDAYAH BT AZMI)
Setiausaha
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas
SK Jerangau

Disemak oleh,

…………………………………….

(PN. ROSNI BINTI AWI)


Penolong Kanan HEM
SK Jerangau

Disahkan oleh,

......................................................

(EN MOHD RIDHUAN BIN ISHAK)


Guru Besar ,
SK Jerangau.

Anda mungkin juga menyukai