Anda di halaman 1dari 7

Kem Kembara Ibadah 2018

KERTAS KERJA
KEM KEMBARA IBADAH (KELAB AGAMA ISLAM)
PERINGKAT SMK KALAKA, ROBAN
2018M/1439H

TARIKH:

4 OGOS 2018

HARI:

SABTU

TEMPAT:

SMK KALAKA, ROBAN

1
Kem Kembara Ibadah 2018

KERTAS KERJA KEM KEMBARA IBADAH


(KELAB AGAMA ISLAM)
PERINGKAT SMK KALAKA, ROBAN

1.0 Pendahuluan

Kem Kembara Ibadah merupakan salah satu daripada aktiviti di dalam Kelab Agama
Islam. Ia telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti Kelab Agama Islam yang
merangkumi berbagai aspek pembinaan akhliah dan rohani seperti amali solat, taharah, riadah
dan sebagainya. Semua aktiviti ini merupakan peluang kepada murid-murid untuk
mengukuhkan kefahaman dalam bidang ibadah dan mendedahkan kepada mereka
cara beribadah yang sebetulnya selain yang telah dipelajari semasa waku sekolah.
Di samping itu, Kem Kembara Ibadah juga sebagai penjana kepada Kurikulum Pendidikan Islam
di sekolah-sekolah.
Terdapat 25 orang murid yang bakal menyertai kem ini. 14 orang dari tingkatan 3 dan 11
orang murid dari tingkatan 5.

2.0 Tema

“MENYEMAI DUNIA, MENUAI AKHIRAT”

3.0 Objektif

Program ini dilaksanakan bagi:


2.1 Memberikan kelainan aktiviti bercirikan Islamiah.
2.2 Mendedahkan murid dengan pelaksanaan ibadah yang betul
2.3 Meningkatkan penghayatan dalam ibadah melalui kefahaman bacaan dalam solat.
2.4 Mengeratkan ukhwah dan hubungan antara murid dan juga guru bagi
mewujudkan suasana harmonis semasa di kelas nanti.
2.5 Mendidik murid mencintai ibadah.
2.6 Mendorong pelajar untuk menghafaz ayat-ayat dan surah-surah tertentu dari al-
Quran dengan bacaan yang betul dan lancar.
2.7 Mendedahkan kepada pelajar landasan dan saluran yang harmoni, bermoral dan
tidak menyalahi hukum agama untuk berhibur dan bergembira.

2
Kem Kembara Ibadah 2018

4.0 Kelolaan

 Kelab Agama Islam (SMK Kalaka,Roban)

5.0 Maklumat Pelaksanaan Program

4.1 Tarikh : 4 Ogos 2018 (SABTU)

4.2 Tempat : SMK Kalaka, Roban

6.0 Struktur Organisasi Kem Kembara Ibadah

Penaung : Encik Iman bin Joni Pengetua SMK Kalaka, Roban


Pengerusi : Encik Zubaidi bin Rajimi
Naib Pengerusi : Siti Na’ilah binti Junaidi
Setiausaha : Hairunnisa binti Jaffar
Penolong : Ashyila binti Laman
Setiausaha
Bendahari : Salamah binti Suhaili @ Suhai
Penolong : Norfarahin binti Jolen
Bendahari
Ahli
Jawatankuasa :
► Noraini binti Bidin
► Haziena binti Hamid
► Nik Mahadi bin Nik Mat
► Nurazreen Suhaza binti Umar
► Norliza binti Jahani
► Halimah binti Kasim
► Wan Siti Nursyazwani binti
Mohamed Azami
► Hasmah binti Bujang Mula
► Saidatul Syarida Maulad Taib

3
Kem Kembara Ibadah 2018

7.0 TENTATIF PROGRAM


ATURCARA
KEM KEMBARA IBADAH 2018

Tarikh : 4 OGOS 2018


Hari : SABTU
Tempat : SMK KALAKA, ROBAN

Masa Aktiviti Tempat

7.00 - 7.30 pg Kehadiran Peserta Bilik Pendidikan Islam

7.30 pg – 9.30 pg Bersuci :

Penceramah : Ustazah Istinjak


Nabila (SMK BM Saratok)
Tayammum Bilik Pendidikan Islam
/ Surau SMK Kalaka
Wudhuk

Mandi Wajib

9.30 – 10.00 pg Minum Pagi Bilik Pendidikan Islam

10.00 - 12.00 ptg Solat :

Penceramah : Ustaz Malik Rukun Solat


Sebeli ( SK Mudong)
Teori Solat Bilik Pendidikan Islam
/ Surau SMK Kalaka
Amali / Praktikal Solat

12.00 - 13.30 ptg Rehat / Solat Surau SMK Kalaka

13.30 – 16.00 ptg Explorace Sekitar SMK Kalaka,


Roban

16.00 – 16.30 ptg Majlis Penutupan Bilik Pendidikan Islam

16.30 ptg Solat / Bersurai Surau SMK Kalaka

4
Kem Kembara Ibadah 2018

ATURCARA MAJLIS PENANGGUHAN RASMI


KEM KEMBARA IBADAH, SMK KALAKA, ROBAN

Tarikh : 4 OGOS 2018


Masa : 4.00 PETANG
Tempat : BILIK PENDIDIKAN ISLAM, SMK KALAKA ROBAN

4.00 petang : Para peserta mengambil tempat masing-masing

4.05 petang : Ketibaan para tetamu jemputan

: Bacaan doa oleh

: Ucapan Alu-aluan oleh

:Ucapan Perasmian Penangguhan Kem Kembara Ibadah

: Pengumuman keputusan dan penyampaian sijil, hadiah dan cenderahati


Kem Kembara Ibadah 2018

: Majlis bersurai

5
Kem Kembara Ibadah 2018

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

8.1 Peruntukan
 Kelab Agama Islam
 PIBG
 PCG Pendidikan Islam

8.2 Anggaran perbelanjaan

ANGGARAN PERBELANJAAN KEM KEMBARA IBADAH 2018

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Makanan
- Sarapan & Minum pagi
- Makan tengah hari 15 x RM10 RM150
 Tetamu jemputan, Urusetia,
2 Makanan (Minum pagi + makan
tengah hari ) 25 X RM10.00 RM250.00
 Peserta
3 Bahan – bahan untuk modul
 Manila Kad 1 rim
 Marker Pen (Permanent) 4 kotak RM200
 Kertas Mahjong 50pc(1 gulong)

 Kertas A4 1 rim

 Lain-lain
4 Bayaran Penceramah RM60 X 2 RM 120
JUMLAH KESELURUHAN RM 720.00

6
Kem Kembara Ibadah 2018

9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan usaha mengadakan Kem Kembara Ibadah 2018 ini mampu untuk
menggalakkan murid mendalami ilmu agama Islam dengan lebih proaktif.. Malah ia juga
dijadikan sebagai medium bagi mengukuhkan kefahaman murid dalam ibadah yang dilakukan
dalam kehidupan seharian. Program ini juga diharap dapat menarik minat murid terhadap mata
pelajaran Pendidikan Islam serta dapat merapatkan ukhuwah antara murid dan guru serta
menyahut cabaran wawasan 2020 melahirkan individu yang progresif dan cemerlang.

Disediakan oleh,

.............................................
( ZUBAIDI BIN RAJIMI)
Pengerusi Kelab Agama Islam SMK Kalaka

Disemak oleh,

................................................
(MARTIN ANAK JALIN)
Ketua Bidang Kemanusiaan SMK Kalaka

Disahkan oleh,

..................................
( IMAN BIN JONI)
Pengetua,
SMK Kalaka Roban

Anda mungkin juga menyukai