Anda di halaman 1dari 13

DISEDIAKAN OLEH:

ZALINA BINTI BIDIN


SU SUKAN
SK RU RENDANG
1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang
diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu
pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang
sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai
kesihatan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar
maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara
hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1.1 PROGRAM SENAMAN RINGAN DAN BERJALAN KAKI

Senaman Ringan dan Berjalan Kaki boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera.
Senaman Ringan dan Berjalan Kaki menjurus kepada senaman yang konsisten ,mengelakkan stress
dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan dadah.

1.2 TUJUAN PROGRAM


Hari Sukan Negara Kaki ini merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan
(KBS) bagi menjadikan warga kesihatan serta masyarakat senantiasa sihat daripada segi fizikal dan
mental. Program pada kali ini telah diadakan serentak seluruh Negeri pada (10 Oktober 2015)
pada jam 8.00pagi.

Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan
Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Jom
Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek
kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai
aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda
harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia di
bangku sekolah . Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya
hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.
1.3 RASIONAL PROGRAM

Senaman Ringan dan Berjalan Kaki ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga
sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, guru dan seterusnya
ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program Senaman Ringan
dan Berjalan Kaki ini akan dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan.

1.4 MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal.
mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Mata bercahaya lahir
dari minda yang cerdas,

1.5 OBJEKTIF PROGRAM

• Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan


pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah
terhadap kesihatan.

• Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi
di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk
mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti merokok dan peyalahgunaan
dadah.

• Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah
bagi mencapai matlamat bersama.

• Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada


para pelajar dan komuniti setempat.

• Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di mana
mereka berada.

• Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di sekolah,

• Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti
penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok
2.0 CARTA ORGANISASI

JAWATANKUASA HARI SUKAN NEGARA SK RU RENDANG 2015


“RENDANGTHON”
10 OKTOBER 2015 (SABTU)

PENASIHAT : En. Mohd Hatta bin Che Man ( Guru Besar)


PENGERUSI : En. Zunaidi bin Daud ( PK Kokurikulum)
NAIB PENGERUSI 1 : En. Mohd Asri bin Ab Rahman ( PK 1)
NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Nazura bt Abd Rahman (PK HEM)
SETIAUSAHA : Pn. Zalina bt Bidin ( Setiausaha Sukan )
BENDAHARI :Pn. Engku Roslina bt Engku Abdullah (Setiausaha Kokurikulum)
PERSIAPAN TEMPAT DATARAN (Sebelum
PELEPAS & Selepas)
1. En. Roslan bin Ngah (YDP PIBG) 1. Pn. Hajjah Samsiah bt. Mohamad Noor
2. Pekerja swasta lelaki

PENGACARA MAJLIS
1. Pn. Hajjah Zakiah Hanim bt. Ahmad MAKANAN&MINUMAN VIP ,GURU &
MURID
CENDERAHATI 1. Pn. Hajjah Nan Teh bt. Megat Omar
1. Pn. Engku Roslina bt. Engku Abdullah 2. Pn. Norulaini bt. Yusuf
3. Pn. Senik bt. Dagang
BUKU ATURCARA/PAMPLET 4. Pn. Tn.Sh. Zawiah bt. Sayed Harun
1. Pn. Azura bt Mohd Yusof 5. Pekerja Swasta Perempuan

TRACK BERJALAN KAKI(Sebelum & DOKUMENTASI


selepas) 1.Pn . Zalina bt. Bidin
1. En. Zamri bin Taib
2. En.Ahmad Yusri bin Ismail
3. En. Marzuki bin Omar SENAMAN RINGAN
4. En. Aznan bin Awi 1.En. Huzairul Azrin bin Abd. Kahar
5. En. Abdul Hafiz b. Ghani 2. En. Muhammad Syafiq b. Ghani

KAWALAN MURID
PERTOLONGAN CEMAS
1. Pn. Hajjah Azizah bt. Mamat
1. En. Mohamad Fazli bin Othman
PA SISTEM 2. En. Rohadi bin Jusoh
1. En. Ahamad Zaidi b. Yusof 3. En. Ros Al Sha’ary bin Yaakub
2. En. Razali b. Sulong 4. En. Muhammad Fauzan bin Salleh
5. Pn. Zainun bt. Abdullah
FOTOGRAFI 6. Pn. Sahila bt. Mohamad
1. Pn. Siti Nur Hidayah bt. Abdul Rahim 7. Pn. Norida bt. Botok@Yunus
2. Cik Wan Nor Syukriah bt. Wan Fauzi 8. Pn. Noor Murshidah bt. Samsudin
9. Pn. Norhamizan bt. Ibrahim
Dolumentasi Hari Sukan Negara SKRR

3.0 TENTATIF PROGRAM

ATURCARA HARI SUKAN NEGARA


“RENDANGTHON”
SK RU RENDANG 2015

HARI SABTU (10 OKTOBER 2015)

7.45 pagi - Murid kumpul di dataran.


- Kehadiran murid

8.30 pagi - Kata Aluan Guru Besar


- Perasmian (YDP PIBG )

9.30 pagi -Senaman Ringan

10.30 pagi - REHAT

11.00 pagi - Berjalan Kaki

12.00 tgh - Bersurai


Dolumentasi Hari Sukan Negara SKRR
Dolumentasi Hari Sukan Negara SKRR
Dolumentasi Hari Sukan Negara SKRR

1.0 PENGENALAN
1.1 Program Berjalan Ria
1.2 Tujuan Program
1.3 Rasional Program
1.4 Matlamat Program
1.5 Objektif Program

2.0 CARTA ORGANISASI


2.1 Jawatankuasa Hari Sukan Negara

3.0 PROGRAM
3.1 Tentatif Program

4.0 STRATEGI PELAKSANAAN


4.1 Aktiviti /Sasaran

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

6.0 PENILAIAN PROGRAM


6.1 Ulasan Program
6.2 Cadangan Penambahbaikan

7.0 KESIMPULAN

8.0 GAMBAR SEPANJANG PROGRAM


Dolumentasi Hari Sukan Negara SKRR

4.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

 Mesyuarat Jawatankuasa
 Persiapan untuk majlis perasmian dan aktiviti
 Majlis perasmian
 Aktiviti

Bil Aktiviti Tarikh Sasaran

1. Mesyuarat Jawatankuasa 07 Okt. 2015 Semua AJK

2. - Penyediaan brosur / 08 Okt. 2015 AJK


pamplet / baner /
bahan penerbitan
3. Majlis Perasmian 10 Okt. 2015 Semua murid
semasa
perhimpunan

4. Aktiviti sepanjang
program:

i) Senaman Ringan 10 Okt . 2015 Semua murid


ii) Berjalan Kaki
Dolumentasi Hari Sukan Negara SKRR

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

5.1 Semua ditanggung oleh YDP PIBG dengan Kerjasama JKKK

6.0 PENILAIAN PROGRAM

6.1 ULASAN PROGRAM

Alhamdulillah ,Program ini telah berjalan lancar pada 10 Okt. 2015.Sekolah Kebangsaan Ru
Rendang telah berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya. Program yang dianjurkan unit
kokurikulum sekolah itu membabitkan murid tahap satu dan dua serta guru.Pelbagai acara diatur
termasuk aktiviti senaman ringan dan Berjalan Kaki.Pada masa sama, ia memberi maklumat
tambahan mengenai aspek penjagaan kesihatan lain yang bermanfaat untuk proses pembelajaran.Ia
sebagai satu galakan kepada generasi muda untuk mengamalkan budaya gaya hidup sihat.Sebelum
aktiviti bermula, murid didedahkan teknik betul memanaskan badan diketuai oleh dua orang
guru.Manakala aktiviti Berjalan Kaki dimulakan dari pekarangan sekolah membabitkan perjalanan
sejauh 3.5 kilometer.Berjalan sambil menghirup udara segar sangat menyeronokkan apatah lagi
bersama rakan hingga kami tidak berasa letih.

Secara keseluruhan Program Senaman Ringan Dan Berjalan Kaki Tahun 2015 berjalan
dengan lancar dan teratur. Segala aturcara yang dirancang telah dapat dianjurkan mengikut masa
yang telah dirancang. Semua AJK pelaksana telah dapat menjalankan tugas dengan baik dan
teratur mengikut ketetapan dalam mesyuarat yang telah dijalankan.

6.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Dolumentasi Hari Sukan Negara SKRR

1) Memasukkan Pelbagai aktiviti lagi didalam tentatif Program Senaman Ringan Dan
Berjalan Kaki untuk tahun hadapan.
 Permintaan dari guru-guru agar dijalankan lebih banyak aktiviti agar program tersebut lebih
meriah dan meningkatkan semangat semua anggota yang terlibat.

2) Pertingkatkan lagi pemantauan dari segi disiplin pelajar.


 Pelajar perlu diingatkan tentang tingkahlaku serta sahsiah mereka dalam bersama-sama
meraikan Program Senaman Ringan Dan Berjalan Kaki . Batas-batas sebagai pelajar muslim
perlu dijaga. Semua guru berperanan dalam menegur serta memantau perjalanan disiplin serta
sahsiah pelajar kita.

3) Mengalakkan pemakaian pakaian sukan lengkap ketika Hari Program dijalankan


 Pelajar disarankan untuk memakai pakaian sukan sekolah lengkap ketika Program dijalankan
supaya lebih ceria dan meriah.

4) Mohon kerjasama guru dan kakitangan untuk bersama-sama dalam Program sekolah
 Guru dan kakitangan sokongan serta pekerja swasta diminta untuk bersama-sama memeriahkan
Program yang dianjurkan dan perlu dititik beratkan bagi mengambarkan tahap profesionalisme
staff pendidikan SKRR.

5) Jarak Program Berjalan Kaki Berbeza Tahap 1 dan 2


 Permintaan dari guru-guru supaya jarak Berjalan Kaki hendaklah dipendekkan jaraknya untuk
Tahap 1 pada tahun hadapan.

7.0 KESIMPULAN
Dolumentasi Hari Sukan Negara SKRR

Program Senaman Ringan Dan Berjalan Kaki ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat
mencapai objektif yang diingini. Aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan
mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan mengelakan
penyakit. Banyak faedah yang boleh didapati daripada berjalan kaki ini antaranya ialah seseorang
itu mampu membakar kandungan kalori dalam enam gelas teh tarik jika mereka berjalan kaki
seperti disyor Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MY Sihat) melalui Cabaran 10,000 Langkah
Sehari MY Sihat , penyakit tiga serangkai yang menjadi pembunuh nombor satu di Malaysia itu
mampu dikurangkan dengan mengamalkan berjalan 10,000 langkah sehari. Program ini dapat
meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada para
pelajar dan komuniti setempat.

Disediakan oleh, Tarikh: 11 OKT. 2015

……………………………..........…
(ZALINA BINTI BIDIN)
SU SUKAN
SK RU RENDANG

Disemak oleh, Tarikh:

…………………………………........
(ZUNAIDI BIN DAUD)
GURU PENOLONG KOKURIKULUM
SK RU RENDANG

Disahkan oleh, Tarikh:

………………………………………...
(MOHD HATTA BIN CHE MAN)
GURU BESAR
SK RU RENDANG

Anda mungkin juga menyukai