Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA DAN TERAPI BOWLING


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (MASALAH PEMBELAJARAN)
SEKOLAH KEBANGSAAN GEMAS

1. PENDAHULUAN

Murid-murid Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) seharusnya diberi peluang


untuk menikmati dan menyesuaikan diri dengan pelbagai aktiviti yang dapat mendedahkan
mereka dengan corak kehidupan bermasyarakat, penggunaan kemudahan awam serta cara
pengurusan diri dan persekitaran. Melalui program ini juga diharapkan dapat membentuk
keyakinan diri murid, melatih mereka untuk berdikari, mengamalkan sikap bekerjasama dan
menyemai sifat kepimpinan selain menggalakkan interaksi, komunikasi dan integrasi di dalam
dan luar sekolah.

2. RASIONAL

Program ini boleh menjadi satu landasan kepada murid-murid untuk saling berinteraksi
antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum mahupun sosial. Perlaksanaan
program ini adalah dilihat sebagai satu langkah untuk memantapkan disiplin serta ketahanan
diri setiap murid. Ini kerana kebanyakan murid Pendidikan Khas kurang terdedah dan terlibat
secara langsung dalam kegiatan yang memerlukan murid berdikari dan bergaul dengan
masyarakat sekitar. Selain itu juga, melalui program ini juga dapat melatih diri menjadi seorang
yang peka dan sentiasa bersedia serta bertindak mengikut arahan. Secara tidak langsung dapat
membentuk sahsiah diri murid untuk menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.

3. OBJEKTIF

Objektif utama bagi Program Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka adalah untuk:
i. Mewujudkan integrasi yang berkesan di kalangan guru-guru dan murid- murid
Pendidikan Khas.
ii. Mendedahkan murid-murid Pendidikan Khas dengan cabaran dan saingan berhadapan
persekitaran serta masyarakat luar.
iii. Memberi peluang kepada murid menggunakan kemudahan awam di samping melatih
mereka memahami serta mematuhi peraturan dan arahan di tempat-tempat awam serta
menghargai kemudahan yang disediakan.
iv. Membentuk disiplin diri, memupuk sahsiah dan berupaya menjaga keselamatan diri
sendiri/rakan serta mematuhi peraturan serta arahan guru ketika berada di luar bilik
darjah.
v. Mewujudkan suasana Pengajaran dan Pembelajaran Luar Bilik Darjah yang
menyeronokkan dan berkesan.
vi. Meningkatkan disiplin diri, kawalan diri, kemahiran sosial dan daya tahan murid
pendidikan khas.

4. KUMPULAN SASARAN

i. Murid Pendidikan Khas seramai 11 orang


ii. Guru seramai 3 orang dan
iii. 1 Pembantu Pengurusan Murid

5. JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : En. Mohd Taufik bin Awap (Guru Besar SK Gemas)
Naib Pengerusi 1 : En. Hanafiah bin Ismail (GPK Pentadbiran SK Gemas)
Setiausaha : Pn. Wan Norzakiah bt Baharuddin
AJK : Pn. Anisah bt Abdullah
: Pn. Normaiza bt Daud
: Pn. Che Hafiza bt Hamid

6. JAWATANKUASA PELAKSANA
Ketua Lawatan : Pn. Wan Norzakiah bt Baharuddin
Pengurus Peserta : Pn. Normaiza bt Daud
Disiplin dan Keselamatan : Pn. Wan Norzakiah bt Baharuddin
: Pn. Che Hafiza bt Hamid
Dokumentasi : Pn. Anisah bt Abdullah

7. BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 18 Mei 2017


Hari : Khamis
Masa : 7:00 Pagi Hingga 4.30 Petang

8. TENTATIF PROGRAM

Perkara Masa
1. Pendaftaran murid 7:00am- 7:59 am
2. Bandar Raya Bersejarah Melaka 8:00am- 10:59am
-Melawat Kota Famosa dan murid mengambil gambar untuk
menyediakan buku skrap
3. The Shore Oceanarium Melaka 11:00am- 12:59pm
- Tajuk PdP : hidupan laut/air
:mengambil nota/bahan untuk menyediakan buku
skrap
4. Kudapan/Solat 1:00pm- 2:29pm
5. Melaka International Bowling Centre (MIBC) 2:30pm- 4:29pm
-menjalankan terapi bowling

9. ANGGARAN PERBELAJAAN

Perkara Kuantiti X (RM) Jumlah (RM)


1. Ticket
a) The Shore Oceanarium 1X 12.00 12.00
b) MITC 1X 5.00 5.00

1. Makan Minum Peserta


- Sarapan 1 X RM 7 7.00
- Makan tengah hari 1X RM7 8.00
- Minum Petang 1X RM 7 8.00
Tambang bas 1X RM30 30.00

Jumlah 70.00

10. ANGGARAN PENDAPATAN

- Kutipan ibu bapa = RM 70.00

11. PENUTUP

Diharapkan Program Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka ini dapat mencapai objektif yang telah
ditetapkan dan dilaksanakan dengan jayanya. Akhirnya, semoga program terapi ini dapat
memberikan satu kenangan serta pengalaman yang tidak ternilai harganya dalam diri setiap
murid Pendidikan Khas SK Gemas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh ,

.
WAN NORZAKIAH BT BAHARUDDIN MOHD TAUFIK BIN AWAP

Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Guru Besar


(Masalah Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Gemas
Sekolah Kebangsaan Gemas NEGERI SEMBILAN
NEGERI SEMBILAN

Anda mungkin juga menyukai