Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMANTAPAN
DISIPLIN & SAHSIAH MURID
SK TINANGOL 2021

Anjuran:

Unit Bimbingan dan Kaunseling


dengan Kerjasama Unit Disiplin,
Panitia Pendidikan Agama Islam, &
Panitia Pendidikan Moral
1.0 PENGENALAN

Pembinaan disiplin dan sahsiah terpuji merupakan elemen penting dalam melahirkan
murid yang cemerlang dalam segenap aspek. Justeru itu, murid-murid perlu
didedahkan kepada amalan disiplin dan sahsiah yang sewajarnya diamalkan
khususnya di dalam sekolah. Berasaskan kesedaran keperluan menyediakan aktiviti
khas bagi membentuk disiplin dan sahsiah murid yang baik, maka Unit Bimbingan
dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin, Panitia Pendidikan Islam dan Panitia
Pendidikan Moral menganjurkan Program Khas: Pemantapan Disiplin dan Sahsiah
Murid SK Tinangol 2021.

2. 0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai kesantunan budi yang tinggi
dengan menjadikan nilai murni sebagai tunggak amalan kehidupan sepanjang masa.

3. 0 OBJEKTIF

3.1 Membentuk individu murid yang berdisiplin, berbudi bahasa serta bersopan
santun.
3.2 Mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian sebagai budaya
mereka.
3.3 Membantu pihak sekolah mengatasi masalah tingkahlaku kurang sopan
dalam kalangan pelajar.
3.4 Memupuk budaya menghormati mengikuti norma baharu dalam kalangan
pelajar di sekolah.

4. 0 SASARAN

Semua murid SK Tinangol

5.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Encik Jaffery Maginbal

(Guru Besar)

Naib Pengerusi I : Puan Merin Majaman


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi II : Puan Kamrah Masiau

(Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi III : Puan Katia Kadaun

(Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras : Cik Rosfinie Suking

(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Setiausaha : Cik Nadiana Jairin

(Panitia Pendidikan Moral)

AJK : Ustaz Mohd. Baharuddin Mat Hasan

(Panitia Pendidikan Agama Islam)

5.1 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA / MAJLIS PELANCARAN

Juruacara : Cik Prisca Jasinta Majin


Buku Aturcara : Puan Hasninah Hassan
PA Sistem : Encik Stephen Aiyong
Bacaan doa : Ustaz Mohd Baharruddin Mat Hasan
Persiapan pentas (backdrop) : Elnabeth Elvia Yamoh
Gimik pelancaran : Cik Vellenie P. Ringgingon
Hebahan / publisiti : Rosfinie Suking
Dokumentasi / Fotografi : Nurshaimah Samsudin
Hadiah / cenderahati : Nadiana Jairin
Pemilihan murid : Guru Pendidikan Moral
i. Salmi@Salwa Maradu (1G)
ii. Lorne Jomihot (1S)
iii. Katia Kadaun (2G)
iv. Kemilin Kumui (2S)
v. Merin Majaman (3G)
vi. Kamrah Masiau (3S)
vii. Salmi@Salwa Maradu (4G)
viii. Katia Kadaun (4S)
ix. Jaffery Maginbal (5G)
x. Prisca Jasinta Majin (5S)
xi. Nadiana Jairin (6G)
xii. Yolisak Sinangkan (6S)
Guru Pendidikan Agama Islam
i. Salmiah Mohamad
ii. Mohd Baharuddin Mat Hasan

6.0 CADANGAN AKTIVITI

Bagi program ini, aktiviti utama yang diadakan ialah pertandingan sahsiah
terbaik iaitu pemilihan murid-murid yang menunjukkan sahsiah terpuji untuk
diberi penghargaan sebagai peneguhan positif kepada murid tersebut dan
menjadi contoh kepada murid-murid lain.

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

I. Murid diberi penerangan dan ditunjukkan contoh amalan sahsiah murni : Cara
hormat ketika di pintu pagar sekolah, ketika berjumpa dengan warga sekolah
dan pelawat ke sekolah (demonstrasi / gambar / video / bunting, dsbg.)

II. 3-5 minit sebelum pdpc bermula semua guru menerapkan slogan sekolah SK
Tinangol Pencetus Kecemerlangan dan sahsiah terpuji merupakan salah satu
aspek kecemerlangan yang perlu dicapai.

III. Membuat pelancaran program pemantapan disiplin dan sahsiah murid.

IV. Membuat pemantauan / penilaian keberkesanan menggunakan kriteria tertentu.

V. Memilih wakil murid yang menunjukkan disiplin dan sahsiah terbaik secara
mingguan untuk diberikan penghargaan semasa perhimpunan.

VI. Mengadakan pemilihan tokoh murid anugerah disiplin dan sahsiah cemerlang
untuk diberi pengiktirafan pada akhir tahun.

VII. Pelaporan / pemantauan yang berterusan .


7.0 BUTIRAN AKTIVITI

Tarikh / Masa pelancaran : 19 / 4 / 2021

Tempoh pelaksanaan : Sepanjang tahun

Tempat : SK Tinangol

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BAHAN HARGA KUANTITI JUMLAH


(RM) (RM)
1. Banner 45.00 1 45.00
2. Tripod Bunting stand 25.00 2 50.00
3. Bunting 24.00 2 48.00
4. Button badge 2.50
5. Cenderahati 10.00 4 40.00
JUMLAH

9.0 SUMBER

PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling, Panitia Pendidikan Moral, & Panitia
Pendidikan Agama Islam.

10.0 PENUTUP

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh

_________________ _________________ ___________________

(ROSFINIE SUKING) (KAMRAH MASIAU) (JAFFERY MAGINBAL)

Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan HEM Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Tinangol Sekolah Kebangsaan Tinangol Sekolah Kebangsaan Tinangol

Anda mungkin juga menyukai