Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NANAS,

21060 KUALA NERUS, TERENGGANU

Kertas Kerja :

CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN

“MUSTAHIL, ATAU BOLEH?”

Anjuran :

UNIT KURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NANAS
1.0 LATAR BELAKANG

Kertas kerja ini dibina untuk merancang dan melaksanakan program motivasi
kecemerlangan bagi memberikan motivasi kepada murid-murid Tahun 4 hingga 6
dalam merangka dan menetapkan gaya pembelajaran dalam bilik darjah. Di samping
itu, kertas kerja ini juga bertujuan mendapat kelulusan pentadbir sekolah dan
kebenaran menggunakan peruntukan kewangan sekolah serta memohon peruntukan
daripada agensi luar.

2.0 PENDAHULUAN

Pembelajaran merupakan proses mental atau fizikal yang membawa perubahan dalam
tingkah laku (Shea, 1994). Beliau berpendapat bahawa kebijaksanaan bukanlah suatu
elemen statik tetapi ia adalah satu sistem yang dinamik dan terbuka yang sentiasa
berkembang sepanjang hayat. Kebanyakan proses pembelajaran yang signifikan
adalah dari apa yang murid lakukan iaitu melalui proses tindakan dan pemerhatian.
Oleh sebab itu, setiap murid harus mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri
yang didorong oleh motivasi dalam dan luar pada diri mereka. Gaya pembelajaran
yang bermotivasi dipengaruhi oleh aspek-aspek personaliti, pemprosesan maklumat,
interaksi sosial, tumpuan perhatian terhadap sesuatu yang baru, unik dan terdapat
kelainan dalam diri individu.

Justeru, Unit Kurikulum SK Bukit Nanas merancang untuk melaksanakan


program motivasi kepada murid-murid tahun 4 hingga 6 yang menggariskan beberapa
objektif untuk dicapai. Program ini juga dirancang dan akan dilaksanakan dengan
harapan ia menjadi satu platform kepada semua murid memperoleh motivasi dalam
gaya pembelajaran mereka. Dalam pada itu, program ini juga adalah sebagai langkah
persediaan, dorongan dan sokongan moral bagi murid-murid menghadapi situasi
pembelajaran masa kini.

3.0 MATLAMAT

3.1 Meningkatkan motivasi murid mengenai gaya pembelajaran dalam bilik darjah.
3.2 Membantu murid untuk menetapkan minda ke arah yang positif untuk
mencapai kejayaan (Kejayaan adalah tidak mustahil).
4.0 OBJEKTIF

4.1 Membuka minda murid yang negatif (mustahil untuk berjaya) kepada
minda yang positif (kejayaan bukanlahmustahil).

4.2 Memberikan sokongan moral dan emosi kepada murid-murid untuk


mencapai kejayaan dalam bidang akademik di sekolah.

4.3 Memberikan inspirasi kepada murid dalam merancang gaya pembelajaran


yang berkesan dan kondusif.

4.4 Meningkatkan kesedaran murid mengenai halatuju pendidikan demi masa


depan yang cerah kelak.

5.0 SASARAN

5.1 Semua murid Tahun 4 hingga 6

6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh: 4 September 2023 (Isnin)


Masa : 7.30 pagi –12.00 tengahari
Tempat: Surau SK Bukit Nanas

7.0 AHLI JAWATANKUASA:

Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Haji Kamardin Bin Kaffi (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Cg. Nor Hayati Md Akhir (Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi1 : Cg. Mamat Bin Awang (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : Cg. Rosliza Binti Husin (Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras : Usth Haslina bt Taib(Penyelaras Kecemerlangan Akademik )


Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Pengacara Majlis : Cg Hartini bt Johari


AJK Teknikal & Siaraya : Cg Mazyudin bin Mokhtar

AJK Jamuan : Cg Zarina bt Hassan

AJK Cenderamata & Hadiah : Cg Norhayati bt Ali


AJK Buku Program : Cg Muhammad Shiraz Shahamier bin Mohd Sharif
AJK Pendaftaran, Siaran & Mult. : Cg Nurul lzza bt Ibrahim
AJK Kerohanian : Ustaz Afzainizam bin Abdullah
AJK Persiapan Tempat & Aktiviti : Cg Ranor Hanapi bin Razali

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Makanan dan minuman murid 1500.00


[150 Orang x RM 10.00]

2 Makanan dan minuman Guru dan Penceramah 500.00


[20 Orang x RM25.00]

Hadiah kuiz untuk murid 300.00


3 [30 orang x RM 10]

4 Sijil & Cenderamata Penceramah 200.00

JUMLAH (RM) 2500.00


9.0 TENTATIF PROGRAM

4 September 2023 (Isnin)

MASA AKTIVITI TINDAKAN

7.30 pagi Bacaan Yasin Panitia PAI

8.00 pagi Pendaftaran Murid (Peserta) AJK Pendaftaran

8.10 pagi Ucapan alu-aluan pengacara majlis Pengacara Majlis

8.20 pagi Bacaan Doa AJK Kerohanian

8.30 pagi Ceramah Motivasi – “Mustahil, atau Boleh? Penceramah Jemputan

10.30 pagi Kuiz spontan AJK Persiapan Tempat


& Aktiviti

11.30 pagi Penyampaian Hadiah Kuiz, Sijil dan Cenderamata AJK Cenderamata&
Penceramah Hadiah

12.00 Jamuan dan bersurai AJK Jamuan


tengahari

10.0 PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga program motivasi kecemerlangan ini dapat
diluluskan serta dilaksanakan dan mencapai objektif yang digariskan dengan jayanya dalam
melahirkan murid yang cemerlang secara seimbang sama ada akademik, akhlak dan
sahsiah, hubungan dengan sesama manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua
sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan Ilahi. Segala perancangan,
pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan
dengan lancar beserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.
Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

(Ustazah Haslina bt Taib) (Cg. Nor Hayati Md Akhir)


Guru Penyelaras Kecemerlangan Penolong Kanan Pentadbiran
SK Bukit Nanas,Kuala Nerus SK Bukit Nanas,Kuala Nerus

Disahkan Oleh:

(Haji Kamardin bin Kaffi)


Guru Besar,
SK Bukit Nanas,Kuala Nerus
Lampiran A
SENARAI NAMA MURID TAHUN _

6
7
Lampiran B
SENARAI NAMA MURID TAHUN _

8
9

Anda mungkin juga menyukai