Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR 2

JALAN RUSA 55100 KUALA LUMPUR


TEL/ FAX : 03-92216525
Rujukan kami

: SKJP2/05/08/001/(02)/2015

Tarikh

: 23 Februari 2015

Kepada :
Dato Seri Syed Ali Al-Habshee,
Pengerusi,
Yayasan Pendidikan Cheras,
Pusat Rekreasi Cheras,
Jalan Peel,
55100 Kuala Lumpur.
Melalui :
Puan Hashimah binti Hashim,
Guru Besar SK Jalan Pasar 2,
Jalan Rusa,
55100 Kuala Lumpur.
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI

MENCERIAKAN PUSAT SUMBER

SEKOLAH
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.

Sehubungan dengan itu, adalah saya bagi pihak SK Jalan Pasar 2 ingin memohon

sumbangan kewangan dari pihak tuan bagi menambahbaik keceriaan di Pusat Sumber
Sekolah. Pusat Sumber yang yang cantik dan ceria akan membantu menarik murid untuk
berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah.

3.

Pusat Sumber Sekolah kami tidak mempunyai peruntukan kewangan yang

banyak bagi menambahbaik kemudahan dan keceriaan bilik khas tersebut. Bersamasama dengan ini dilampirkan gambar Pusat Sumber kami yang sedia ada.
4.

Oleh itu besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menghulurkan

bantuan dan sumbangan bagi menjayakan usaha kami menceriakan Pusat Sumber
Sekolah bagi menarik minat murid. Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan terus ke
akaun PIBG SEK KEB JALAN PASAR 2, nombor akaun 26419700000175. Sumbangan
berbentuk cek ditulis atas nama PIBG SEK KEB JALAN PASAR 2.

5.

Atas sumbangan dan keprihatinan pihak tuan, saya dahului dengan ucapan

ribuan terima kasih.


Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan tugas,

.................
(MASHITAH WAHIDAH BINTI HAZAKI)
Setiausaha,
Pusat Sumber Sekolah,
SK Jalan Pasar 2, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai