Anda di halaman 1dari 4

ATURCARA PENTADBIRAN

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN


KURSUS FASILITATOR PELAJAR SAHABAT PPDa-PETRONAS
TARIKH
MASA
TEMPAT
PERASMI

Masa

: 26 APRIL 2013
: 11.00 PAGI-12.30 TENGAH HARI
: PELANGI BALAU RESORT, KOTA TINGGI
:

Perkara
Ketibaan VIP
Juruacara :
Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En. Abdul
Rahman bin Abdul Rahim diiringi En. Mustaffa bin Ibrahim dan
Saudara Farid Izzudin bin Zulkifli untuk masuk ke dewan.
Nyanyian Lagu Negeri Johor, Jauhi Dadah
Juruacara:
Mohon hadirin berdiri untuk sama-sama menyanyikan 3 buah
rangkaian lagu.
Lagu pertama lagu Bangsa Johor
Nyanyian lagu Dadah Durjana
Nyanyian lagu Hidup Cemerlang Tanpa dadah
Hadirin dipersilakan duduk..
Salutasi
Juruacara :
Bismillahirrahmannirahim
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, Selamat Sejahtera
dan Salam Satu Malaysia
Seuntai Kasih, Selaut Rasa
Yang Berbahagia En. Abdul Rahman bin Abdul Rahim
Timbalan Ketua Sektor
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Yang Berusaha En. Mustaffa bin Ibrahim
Ketua Unit, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Yang Dihormati Saudara Farid Izzuddin bin Zulkifli

MOHD HANIF_MAJLIS PERASMIAN PENUTUP FASILITATOR PELAJAR SAHABAT PPDa-PETRONAS

Tindakan

Dari SMK Bandar Tenggara merangkap Penghulu Program


Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah
Jurulatih Eksekutif
Jurulatih Utama
Seterusnya peserta Kursus Fasilitator Pelajar Sahabat PPDaPetronas 2013
Kata Aluan
Juruacara :
Seroja sebatang tumbang di pekan,
Kedengaran di Perlis kuat terperi,
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis bertambah seri
Bersyukur, segala puji bagi Allah....marilah kita memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Illahi yang memiliki segala petala langit dan
bumi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, nikmat kesenangan
dan kelapangan yang dikurniakan maka dapatlah kita sama-sama
menjayakan Kursus Fasilitator Pelajar Sahabat PPDa-Petronas
peringkat Negeri Johor.
Bacaan Doa
Juruacara :
Hadirin sekalian
Majlis dengan ini mempersilakan saudara Mohammad Faiz bin
Mohyin untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan...
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Mohammad
Faiz bin Mohyin atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan Penghulu
Juruacara:
Hadirin sekalian majlis diteruskan dengan mempersilakan
Saudara Farid Izzudin bin Zulkifli dari SMK Bandar Tenggara
merangkap Penghulu Program untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Farid Izzudin bin Zulkifli
atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah


MOHD HANIF_MAJLIS PERASMIAN PENUTUP FASILITATOR PELAJAR SAHABAT PPDa-PETRONAS

Juruacara :
Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah puan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
En. Mustaffa bin Ibrahim, Ketua Unit, Unit Pendidikan Pencegahan
Dadah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran
Negeri Johor untuk menyampaikan ucapan aluan.
Majlis dengan ini mempersilakan...
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Mustaffa bin
Ibrahim atas ucapan sebentar tadi.
Persembahan Mutimedia
Juruacara :
Hadirin sekalian marilah kita sama-sama menyaksikan
persembahan multimedia.
Demikian tadi, tayangan multimedia tanda ingatan bersama
sepanjang kursus berlangsung.
Ucapan Perasmian Penutup
Juruacara :
Daun teratai daunnya kalis,
Banyak ditanam di tapak semaian;
Belum lengkap kiranya majlis,
Jika tiada ucapan perasmian.
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia En. Abdul Rahman bin Abdul Rahim, Timbalan Ketua
Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran
Negeri Johor untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis pada hari ini.
Dipersilakan...
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En. Abdul
Rahman bin Abdul Rahim atas ucapan dan perasmian sebentar
tadi.
Penyampaian Hadiah
Juruacara :
Hadirin sekalian majlis seterusnya mempersilakan saudara Farid
Izzudin bin Zulkifli dan En. Mustaffa bin Ibrahim mengiringi En.
Abdul Rahman bin Abdul Rahim untuk menyampaikan hadiah.

Hadiah bagi kumpulan beriman dimenangi oleh kumpulan 1


MOHD HANIF_MAJLIS PERASMIAN PENUTUP FASILITATOR PELAJAR SAHABAT PPDa-PETRONAS

Kumpulan paling huru-hara dimenangi oleh kumpulan 4


Kumpulan paling sporting dimenangi oleh kumpulan 7
Kumpulan paling bekerjasama dimenangi oleh kumpulan 10
Kumpulan paling rajin dimenangi oleh kumpulan 2
Kumpulan paling sopan dimenangi oleh kumpulan 8
Kumpulan paling pemalu dimenangi oleh kumpulan 3
Kumpulan banyak borak dimenangi oleh kumpulan 9
Kumpulan paling latah dimenangi oleh kumpulan 6
Kumpulan paling sentap dimenangi oleh kumpulan 5
Seterusnya acara penyampaian hadiah bagi peserta terbaik
peserta terbaik kursus.
Peserta terbaik lelaki kategori Sekolah Rendah ialah Saudara
Muizzuddin bin Azlizam dari SK Bandar Penawar 2
Peserta terbaik perempuan kategori Sekolah Rendah ialah
Saudari Nurul Hidayah binti Mansor dari SK Bandar Penawar
Peserta terbaik lelaki kategori Sekolah Menengah ialah Saudara
Muhammad Salihin Ikram bin Ismail dari SMK Semenchu
Peserta terbaik perempuan kategori Sekolah Menengah ialah
Saudari Mira Suhada binti Zulkipli dari SMK Bandar Penawar
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan
dipersilakan wakil daerah Kota Tinggi
Wakil Daerah Johor Bahru
Dan Wakil Kulaijaya
Penyampaian Cenderamata
Juruacara:
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha En.
Mustaffa bin Ibrahim menyampaikan cenderamata kenangan
kepada Yang Berbahagia En. Abdul Rahman bin Abdul Rahim atas
kesudian memeriahkan majlis kita pada hari ini.
Penutup
Juruacara:
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Semua hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan
lagu negaraku.
Akhir kata saya sudahi dengan wabillahitaufiq wal hidayah
wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan terima kasih
Dipersilakan semua tetamu kehormat untuk menikmati jamuan
yang disediakan.

MOHD HANIF_MAJLIS PERASMIAN PENUTUP FASILITATOR PELAJAR SAHABAT PPDa-PETRONAS

Anda mungkin juga menyukai