Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SKBB2023/2024

TARIKH : 24 Mac 2023

MASA : 09.30 PAGI

TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA

1. Pembukaan Assalamualaikum W.B.T & Selamat Sejahtera

Yang Berusaha,
Guru Besar, Encik Roslan Bin Rosli
Yang dihormati , TR Slan
Penolong Kanan Pentadbiran, En Richard anak Rayim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Louis Spenser Gayoh
Penolong Kanan Kokurikulum. Encik Pindi Bin Baun,
Guru-guru, AKP, wakil klinik Tubau, ibu bapa dan para pelajar yang dikasihi
sekalian.

Bersyukur kita pada hari ini kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita
berkumpul pada hari ini di Dewan Serbaguna untuk Majlis Penangguhan
Program Transisi Tahun 1, SK Sg Bukit Balai 2023/2024.

2. Nyanyian Negaraku Hadirin sekalian dipersilakan untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku,
dan Ibu Pertiwiku Ibu Pertiwiku dan lagu sekolah.

(selesai nyanyian)

Majlis mengucapkan terima kasih.


Para hadirin dipersilakan duduk.
3. Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Ustaz Muhammad Khairil
Amirudin Bin Abdullah.

** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.
4. Overview Guru-guru, ibu bapa dan para pelajar sekalian,

Tujuan program transisi murid tahun 1 adalah untuk membantu murid-murid


Tahun 1 menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah
atau di pra kepada pendidikan lebih formal di tahun 1 sekolah rendah. Dengan
terlaksananya program ini, murid-murid diharap telah dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan kawan-kawan baru dalam masa
yang singkat.

Syabas dan taniah diucapkan juga kepada para guru dan pelajar atas kerjasama
dan komitmen yang telah ditunjukkan. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang
hadir dalam memberikan sokongan kepada anak-anak SKBB.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh murid tahun Satu.

Dimulakan dengan……………
Persembahan 1 : 1 Bijak
Persembahan 2 : 1 Pintar

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar


tadi.

***Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Nyanyian lagu “__________”


oleh
murid Tahun Satu. Dipersilakan.

** Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menghiburkan hati


sebentar tadi.

Ucapan penyelaras Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Seterusnya, majlis menjemput Penyelaras Program Transisi, cikgu Dewisusanti
untuk memberi sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih diatas ucapan sebentar tadi.

8. Ucapan Guru Besar Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar ucapan
penangguhan Program Transisi daripada Guru Besar, Encik Roslan Bin Rosli.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

**Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis penangguhan kita


pada hari ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian
Encik Roslan Bin Rosli menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Penyampaian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian Anugerah Khas Murid
Anugerah Khas mengikut kelas. Untuk itu majlis menjemput Yang Berusaha En Roslan
Bin Rosli, Guru Besar SK Sg Bukit Balai diiringi oleh____________
Penolong Kanan2 untuk menyampaikan anugerah kepada murid.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis dimulakan dengan…………….


 Anugerah murid paling rajin –
 Anugerah murid paling aktif –
 Anugerah murid paling berketrampilan -
 Anugerah murid paling ceria –
 Anugerah murid paling kreatif –

Mohon guru besar dan semua penolong kanan untuk terus kekal berada
dihadapan untuk acara seterusnya iaitu acara simbolik majlis
penangguhan iaitu penyerahan buku teks kepada wakil murid tahun 1.

Oleh itu dipersilakan adik Aqil Naufal Bin Mustapha Kamal untuk
menerima buku teks tahun 1. Dipersilakan.

Ribuan Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha En Roslan Bin


Rosli atas penyempurnaan anugerah dan acara simbolik sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah prasekolah.

Majlis diteruskan lagi dengan anugerah kehadiran terbaik bulan Mac.



Persembahan Hadirin yang dihormati sekalian, majlis diteruskan lagi dengan


prasekolah persembahan dari prasekolah _____________
Dipersilakan.

** Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menghiburkan hati


sebentar tadi.
Sesi Bergambar Sebelum bersurai,

Marilah kita bersama-sama merakamkan kenangan dengan sesi


bergambar. Dijemput semua semua yang hadir untuk kehadapan bagi
sesi bergambar.
Majlis Bersurai Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam Minggu Program Transisi Tahun 1.

Dengan ini, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Sampai jumpa
lagi, sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai