Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2020

Tarikh : 17 JANUARI 2020 (JUMAAT)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Balai Dato’ Ali, SK Dato’ Demang Hussin
1 Bismillahirrahmanirrahim…
UCAPAN PENGERUSI
MAJLIS Mayang berliut berisi padat,
Tidak bercabang lembut empulur,
Resamnya timur menjunjung adat,
Bila bertandang salam dihulur.

Assalamualaikum w.b.t.
1) Yang Berusaha, Pn. Jamilah binti Ishak,
Guru Besar SK Dato’ Demang Hussin.

2) Yang dihormati, En. Matmor bin Maryadi,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Pn. Seren binti Abd. Aziz,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Azizan bin Mustapa,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Suriani binti Atan,


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Pn. Aini Khayati binti Salim


Penyelaras Program Transisi Murid Tahun 1 Sesi 2020

warga pendidik SK Dato’ Demang Hussin serta anak murid yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah, pada hari ini selesailah sudah tiga minggu Program Transisi
Tahun 1 bagi sesi 2020. Program Transisi ini dilaksanakan adalah bertujuan
untuk membantu murid-murid  menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi
dari pendidikan tidak formal di tadika ke pendidikan formal di Tahun Satu
sekolah rendah.

2
BACAAN DOA Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon menjana taqwa

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Muhammad Zuhaili Anuar
bin Jasmi. Dipersilakan.

********************** (DOA) *************************

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3 Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, majlis mempersilakan Yang Berusaha


UCAPAN ALUAN Puan Jamilah binti Ishak, Guru Besar SK Dato’ Demang Hussin untuk
GURU BESAR menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

******************* (UCAPAN GB) ********************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Guru
Besar atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

4 Majlis pada hari ini akan dimeriahkan lagi dengan


PERSEMBAHAN ______________ daripada murid-murid Tahun 1.
PERSEMBAHAN
TAHUN 1 Mereka akan menyanyikan lagu tema bagi BAGI MINGGU TRANSISI &
GURU PENYAYANG yang bertajuk:
ANAK CEMERLANG

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


...........................................persembahan..................................

Begitulah seronok dan hebatnya persembahan yang dipertontonkan oleh adik-


adik Tahun 1 sebentar tadi

Untuk pengetahuan semua, persembahan tersebut adalah dibawah bimbingan


_______________________________

5 Seterusnya murid-murid akan dipersembahkan dengan persembahan badut dan


maskot , dipersilakan
PERSEMBAHAN
BADUT

6
PENUTUP Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirlah sudah Majlis
Penutup Program Transisi Tahun 1. Dengan terlaksananya program ini, murid-
murid diharap telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-
guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.
Saya serahkan semula majlis pada guru bertugas.

Sekian Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai