Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ORIENTASI TAHUN 1

Pengacara Skrip Catatan


Burung kelicap di dahan bidara
Hinggap terbang burung tempua
Salam diucap pemanis bicara
Selamat datang kita bersua Ucapan Aluan

Yang Berusaha
Puan Norliza binti Mohd Yusoff,
Guru Besar SK Damansara Damai 1,
Yang Dihormati
En. Ahmad Kamal bin Mohammed Arshed,
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
En Mohammad Z bin Zulkopli,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Muird,
En Mohd Redzuan bin Mohd Nor,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Puan Tan Siew Ping, Penolong Kanan Petang

Yang Dipertua Pengerusi PIBG SKDD1


Encik Azrul Haza bin Mohamed Zabri
AJK-AJK PIBG, guru-guru, serta murid-murid yang dikasihi
sekalian,

Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera

SELAMAT DATANG diucapkan ke Hari Orientasi Tahun 1,


Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1, sesi 2023/2024.

Hadirin sekalian,

Sekalung penghargaan diucapkan kepada para ibu bapa yang Makluman


hadir dan turut serta dalam program Hari Orientasi Tahun 1 sesi
2023/24. Matlamat kita pada hari ini adalah untuk memberi
pendedahan awal kepada murid tahun satu tentang situasi
sebenar agar mereka lebih yakin dan bersemangat untuk
melangkah kealam persekolahan. Diharapkan anak-anak tahun 1
2023/24 akan dapat menyesuaikan diri dan membina
kecemerlangan diri di sekolah ini.
Hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa, mari kita teruskan
majlis dengan menjemput Yang Berusaha
Puan Norliza binti Mohd Yusoff, Ucapan GB
Guru Besar SK Damansara Damai 1, untuk memberikan ucapan.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

*****Ucapan GB*****

Terima kasih kepada


Yang Berusaha
Puan Norliza binti Mohd Yusoff
Guru Besar SK Damansara Damai 1, atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian, Taklimat peraturan


sekolah
Majlis diteruskan lagi dengan Taklimat Peraturan Sekolah yang
akan disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Dengan itu, majlis menjemput En. Mohammad Z bin Zulkopli
untuk menyampaikan taklimat. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

*****TAKLIMAT*****

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En Mohamad Z


atas penyampaian taklimat sebentar tadi.

Seterusnya marilah kita sama-sama mendengar Taklimat Taklimat transisi dan


Transisi & SARANA Ibubapa yang akan disampaikan oleh Pn sarana
Tan Siew Ping , Penolong Kanan Petang SK Damansara Damai
1. Dipersilakan

****TAKLIMAT****
Terima kasih kepada Puan Tan Siew Ping atas taklimat yang
disampaikan.

Hadirin sekalian, sebagai pelengkap majlis marilah sama-sama Ucapan ydp


kita mendengar ucapan daripada Encik Azrul Haza bin
Mohamed Zabri, Yang Di Pertua PIBG, SK Damansara Damai
1. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*****UCAPAN*****
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar
tadi.

Hadirin sekalian, demikianlah tadi ucapan dan taklimat Hari


Orientasi Tahun 1. Semoga ucapan dan taklimat yang
disampaikan dapat memberi suntikan semangat dan menjelaskan
kepada tuan puan perihal berkaitan persekolahan anak-anak.
Untuk makluman tuan puan, selepas ini ibu bapa boleh naik ke
kelas dan bawa anak untuk rehat di ANJUNG CITRA. Kita akan
sambung sesi pada jam 11 pagi untuk urusan-urusan bersama
guru kelas di kelas masing-masing.

Sekian terima kasih.

SENARAI VIP

Yang Berusaha
Puan Norliza binti Mohd Yusoff
Guru Besar SK Damansara Damai 1,

Yang Dihormati
En. Ahmad Kamal bin Mohammed Arshed,
Guru Penolong Kanan Kurikulum,

Yang Dihormati
En Mohammad Z bin Zulkopli,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Muird,

Yang Dihormati
En Mohd Redzuan bin Mohd Nor,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati
Puan Tan Siew Ping,
Penolong Kanan Petang

Yang Dipertua Pengerusi PIBG SKDD1


Encik Azrul Haza bin Mohamed Zabri

Anda mungkin juga menyukai