Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA JARING 3 SEBELAH TERTUTUP 2012.

ANJURAN: KELAB BOLA JARING PISMP 5.04 DAN 5.05

TARIKH: 9 MEI 2012 TEMPAT: GELANGGANG TENIS IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

PERTANDINGAN BOLA JARING 3 SEBELAH TERTUTUP IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2012.

1.0 PENDAHULUAN
Kertas ini bertujuan untuk memohon pihak Pengurusan dan Pentadbiran IPG Kampus Pendidikan Islam bagi mempertimbangkan dan meluluskan cadangan bagi menjayakan pengelolaan Pertandingan Bola Jaring 3 Sebelah Tertutup IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor. 2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM Pertandingan ini adalah salah satu aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pelajarpelajar dari Kelab Bola Jaring PISMP 5.04 dan 5.05. Pertandingan ini akan

disertai oleh pelajar-pelajar PISMP 5.04 dan 5.05. Setiap pasukan akan menyenaraikan tiga orang pemain termasuk seorang pemain simpanan. Pertandingan ini akan diadakan di gelanggang tenis IPG Kampus Pendidikan Islam. Program ini diadakan bagi memenuhi sukatan Pengurusan dan Pentadbiran Sukan. 3.0 MATLAMAT Ia bertujuan untuk memupuk sifat kepimpinan, meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta memberi pengalaman kepada pengelola bagi menguruskan sesebuah pertandingan. Aktiviti yang diadakan dalam program ini ingin memupuk dan menonjolkan sifat bekerjasama dalam setiap diri pengelola dan sekaligus, dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

4.0 OBJEKTIF 4.1 Meningkat kemahiran pengurusan dan pengelolaan dalam setiap diri pengelola. 4.2 Memberi peluang kepada para pengelola merasai pengalaman

menguruskan sesebuah pertandingan.

4.3 Melatih dan membentuk sikap kepimpinan dalam diri. 4.4 Meningkatkan keyakinan dan keberanian dalam mengelolakan sesebuah pertandingan. 4.5 Melahirkan pelajar yang berupaya untuk menguruskan pertandingan yang besar. sesebuah

5.0 TARIKH PERTANDINGAN Pertandingan ini akan diadakan pada 9 Mei 2012. 6.0 TEMPAT/LOKASI Gelanggang tenis IPG Kampus Pendidikan Islam. 7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Rujuk Lampiran 1. 8.0 SISTEM PERTANDINGAN Pertandingan ini akan dijalankan secara kalah mati dua kali ( Rujuk Lampiran 2). 9.0 BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN Rujuk Lampiran 3. 10.0 BORANG SKOR PERTANDINGAN Rujuk Lampiran 4. 11.0 ALATAN PERTANDINGAN Rujuk Lampiran 5. 12.0 UNDANG UNDANG PERTANDINGAN Pertandingan ini tertakluk di bawah Undang - undang Pertandingan Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Undang - undang Majlis Sukan Sekolah - Sekolah Malaysia (MSSM).

13.0 PERATURAN PERTANDINGAN 13.1 Pasukan 13.1.1 Setiap pasukan terdiri daripada daripada 4 orang pemain. 13.1.2 3 orang pemain sahaja yang akan bermain dalam satu perlawanan iaitu Center, Goal Attack dan Goal Defence dan seorang pemain lagi adalah pemain simpanan. 13.2 Cara Bermain 13.2.1 Pasukan akan diundi untuk menentukan permulaan permainan. 13.2.2 Hantaran permulaan hendaklah dilakukan oleh pemain Center yang berdiri di dalam bulatan permulaan yang terdapat di dalam kawasan bola jaring. 13.2.3 Hantaran permulaan tidak boleh dihantar terus ke dalam bulatan gol. 13.2.4 Hanya salah seorang pemain dari pasukan yang sama dibenarkan berada dalam bulatan gol pada satu satu masa. 13.3 Masa Permainan 13.3.1 Jangka masa permainan adalah selama 7 minit. 13.3.2 Setiap pasukan akan bermain selama 3 minit untuk separuh masa pertama, 1 minit masa rehat dan 3 minit untuk separuh masa kedua. 13.4 Gelanggang 13.4.1 Gelanggang adalah berukuran 15 meter panjang dan 10 meter lebar seperti gambar rajah berikut:

13.4.2 Separuh bulatan dengan jejari berukuran 0.5 meter ditanda di tengah tengah garisan permulaan dan dinamakan bulatan permulaan. 13.4.3 Di kawasan permainan terdapat separuh bulatan (A) dengan jejari ukuran 4 meter yang dinamakan ukuran bulatan gol. 13.4.4 Tiang Gol berukuran 3.05 meter tinggi diletakkan di tengah tengah garisan gol. 13.4.5 Bola yang digunakan adalah saiz 5 yang diperbuat daripada getah. 13.4.6 Kawasan bermain bagi setiap pemain adalah seperti berikut: Center (C) Goal Defence 13.5 Cara Bermain 13.5.1 Pasukan akan diundi untuk menentukan permulaan permainan. 13.5.2 Hantaran permulaan hendaklah dilakukan oleh pemain Center yang berdiri di dalam bulatan permulaan. 13.5.3 Hantaran permulaan tidak boleh dihantar terus ke dalam bulatan gol. 13.5.4 Hanya salah seorang pemain dari pasukan yang sama dibenarkan berada dalam bulatan gol pada satu satu masa. 13.6 Format Pertandingan 13.6.1 Cabutan undi akan dilakukan untuk menentukan kumpulan. 13.6.2 Jika perlawanan berakhir dengan seri, maka permainan akan diteruskan sehingga 3 kali hantaran tengah. 14.0 BORANG PENGESAHAN PENYERTAAN 14.1 Borang pengesahan penyertaan hendaklah diserahkan kepada pihak pengelola atau urusetia pertandingan sebelum atau pada 20 Mac 2012. 14.2 Semua pemain dan pasukan perlu mendaftarkan diri kepada pihak urusetia sebelum pertandingan berlangsung. 14.3 Borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan. B A&B A&B Goal Attack (GA) -

14.4 Pemain yang tidak berdaftar tidak dibenarkan mengambil bahagian. 14.5 Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut

dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan. 14.6 Sebelum pertandingan dimulakan, pengurus hendaklah mengemukakan senarai nama pemain kepada urusetia pertandingan dengan menggunakan borang yang disediakan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.

15.0 KEMENANGAN PERCUMA Pasukan yang bertanding hendaklah berada di gelanggang 10 minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada manamana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas 5 minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan. 16.0 PEMBATALAN PERNYERTAAN Pihak penganjur berhak untuk membatalkan mana mana pemain atau pasukan yang didapati melakukan penipuan atau tidak menepati kriteria yang ditetapkan. 17.0 KEMALANGAN Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan harta benda atau kemalangan yang mungkin dialami oleh peserta sebelum, semasa dan selepas pertandingan. 18.0 PERUBAHAN / PINDAAN Jawatankuasa pertandingan berhak mengubah, menggantikan atau meminda mana mana syarat dan juga peraturan serta jadual pertandingan tanpa terlebih dahulu memaklumkan kepada peserta atau pasukan.

Anda mungkin juga menyukai