Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Alhamdullilah,setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNYA dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini tepat pada masanya. Pada permulaaan proses untuk menyiapkan tugasan ini, saya agak keliru dengan soalan tugasan yang diberikan tetapi setelah diberi penerangan oleh Puan Rahimah binti Yaakub, saya lebih faham akan kehendak soalan dan cara untuk melaksanakan tugasan ini. Untuk tugasan ini, saya bekerjasama dengan rakan sekelas saya iaitu Ahmad Zulhelmi bin Ramlan. Sebelum meneruskan proses menyiapkan tugasan ini, kami telah membuat perbincangan antara kami bagi melancarkan lagi tugasan kami ini. Oleh itu, saya dan Zul telah mencari bahan-bahan tentang teori-teori pembelajaran yang diperlukan bagi melakukan tugasan ini bersama-sama. Kemudian, kami bahagikan tugasan ini kepada dua supaya ia lebih mudah untuk dilakukan. Walaubagaimanapun, kami tetap berhubung dan berjumpa antara satu sama lain bagi melihat perjalanan proses tugasan kami ini. Alhamdulillah, tugasan yang kami lakukan berjalan dengan lancar. Sebagai tambahan, tajuk tugasan ini amat dekat dengan diri saya sebagai pelatih guru dan saya bertanggungjawab untuk mengetahuinya. Antara manfaat yang saya dapat dari melakukan tugasan ini ialah saya dapat mengetahui pelbagai jenis teori pembelajaran iaitu Behavioris, Kognitif, Humanis, Sosial dan Konstruktivis. Selain itu, saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan saya yang sedia ada, mengasah otak saya untuk berfikir, memantapkan penulisan saya serta menganalisis teknik SWOT terhadap teori-teori pembelajaran.

Oleh itu, saya berharap dengan tugasan ini akan member manfaat kepada saya agar menjadi seorang bakal guru yang berkualiti, berilmu pengetahuan dan prihatin. Akhir sekali, saya akan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran ini dalam pembelajaran dan pengajaran saya pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai