Anda di halaman 1dari 3

3.

0 PENULISAN REFLEKTIF

Refleksi adalah amalan ataupun perlakuan dengan cara memikirkan semula pengalaman individu itu sendiri. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini melibatkan individu terbabit membuat andaian dan sebab musabab berasaskan fakta melalui pelbagai jenis kaedah seperti pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Menurut Hanipah (1999), beliau menyatakan bahawa refleksi adalah proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. Oleh yang demikian, saya telah melakukan refleksi selepas menyiapkan tugasan kerja kursus Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. Sebagai permulaan, tugas ini telah diberikan pada 19 Ogos 2013 di Dewan Abdul Jalil. Kesemua kelas semester 8 telah terlibat dalam taklimat yang berkaitan dengan tugasan ini. Antara pensyarah yang turut serta dalam sesi taklimat tersebut adalah Puan Siti Khazimah, Puan Tan Yoke Peng dan Puan Shariah dari Jabatan Ilmu Pendidikan. Sepanjang taklimat tersebut dijalankan, segala butiran berkaitan tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional telah diterangkan satu per satu dengan terperinci. Setelah sesi taklimat dijalankan, maka saya mengambil inisiatif untuk melakukan sedikit pembacaan berkaitan dengan topik tugasan tersebut. Walaubagaimanapun, hasil daripada pembacaan tersebut membuatkan saya tidak faham berkaitan dengan topik-topik yang telah saya baca tersebut termasuk penerangan dari Puan Tan Yoke Peng tentang topik-topik yang berkaitan dengan tugas ini semasa waktu kuliah hari Rabu dan Khamis. Hasil daripada masalah tersebut, menimbulkan rasa kerisauan di dalam diri saya. Setelah itu, timbul pula satu isu di mana Puan Tan Yoke Peng iaitu pensyarah subjek telah merancang untuk mengadakan aktiviti perbahasan yang melibatkan penglibatan satu kelas. Ini menambahkan lagi kerisauan dalam diri saya kerana perbahasan memerlukan individu tersebut memahami topik-topik yang berkaitan untuk membalas hujah lawan. Oleh itu, satu mesyuarat kelas telah diadakan bagi membincangkan ahli kelas yang perlu mewakili kumpulan pembangkang dan pencadang. Setelah bermesyuarat, saya berperanan sebagai penyokong dan pencari maklumat bagi pihak pencadang.
15

Sebelum aktiviti perbahasan tersebut dijalankan, saya mula berasa gementar dan risau kerana sebelum ini, saya tidak pernah terlibat dalam perbahasan tetapi saya cuba bertindak dengan berfikir positif bahawa aktiviti tersebut adalah satu pengalaman dan mungkin ia akan memberi kebaikan kepada diri saya. Sepanjang aktiviti perbahasan dijalankan, saya dapat melihat semangat dan keyakinan yang ditunjukkan oleh para pencadang dan pembangkang dalam menyampaikan hujahhujah mereka. Hasil daripada melihat dan menyertai aktiviti perbahasan tersebut secara tidak langsung menimbulkan rasa semangat dalam diri untuk berkeyakinan seperti mereka. Selain itu, saya juga turut mula memahami topik-topik yang berkaitan dengan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional apabila selesai

mendengar hujah-hujah yang disampaikan oleh rakan-rakan kelas. Setelah aktiviti perbahasan tersebut selesai, saya mula celik akal. Di mana, saya mula memahami topik-topik berkenaan dan selepas itu, saya cuba mengambil langkah seterusnya dengan memulakan penulisan tugasan saya. Sepanjang melakukan penulisan tersebut, saya banyak melakukan rujukan terhadap buku-buku yang berkaitan dengan Asas Kepimpinan. Kemudian, saya juga turut mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan tidak kira sama ada rakan kelas ataupun rakan kelas lain bagi bertukar fikiran, idea dan pendapat. Hal ini menunjukkan bahawa saya berusaha untuk memahami topik-topik tersebut dengan baik kerana ia dapat membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna dan baik. Sepanjang tugasan ini dilakukan,saya mengalami pelbagai perasaan ataupun emosi dalam diri. Sebagai contoh, saya berasa keliru, tertekan, geram dan selalu menangis. Ini semua kerana tugasan yang diberikan adalah susah dan ia melibatkan High Order Thinking individu. Justeru itu, saya perlu memaksa diri saya untuk berfikiran di aras tinggi untuk menepati objektif tugasan ini. Walaubagaimanapun, saya cuba untuk memujuk diri sendiri dengan berfikir secara waras dan positif demi menyiapkan tugasan tersebut. Di mana, saya cuba mencabar diri dengan mengelak untuk menangis dan menyiapkan tugasan ini dengan sempurna, mengikut seperti yang dikehendaki dan menghantarnya tepat pada waktunya.

16

Dalam pada masa yang sama, pensyarah juga turut terlibat dengan memberi bimbingan kepada saya dan rakan-rakan kelas dalam memastikan kami memahami topik-topik yang berkaitan dengan tugas ini. Selain itu, beliau juga turut memastikan tugasan kami tidak terpesong dari kehendak soalan. Di mana, beliau sentiasa menyuruh kami untuk menghantar draf kandungan yang telah dilakukan untuk disemak olehnya. Jika terdapat kesalahan yang dilakukan semasa semakan, maka beliau akan menyuruh saya dan rakan-rakan untuk membetulkannya. Sebagai contoh, saya telah menghantar draf kandungan saya kepada beliau melalui email beberapa kali dan hasilnya, beliau telah memberi komen dan perkara yang perlu saya perbaiki bagi penulisan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa bimbingan yang dilakukan turut membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini memberi manfaat kepada saya. Antara manfaat yang saya perolehi ialah peningkatan Ilmu. Apabila melakukan tugasan ini, secara automatiknya saya memperolehi ilmu baru iaitu berkaitan dengan Asas Kepimpinan dan perkembangan profesional. Di mana, sebelum ini saya tidak mempunyai

pengetahuan tentang topik tersebut. Justeru itu, saya dapat mengamalkan dan mengaplikasikan pengetahuan baru tersebut dalam kehidupan guru yang bakal saya lalui. Selain itu, saya juga turut dapat meningkatkan kualiti diri sebagai seorang bakal guru. Ini kerana dengan adanya asas kepimpinan tersebut serta aspek-aspek yang berkaitan dapat menjadikan saya sebagai seorang bakal guru yang profesional dan berkesan dalam kepimpinannya terutama di dalam bilik darjah. Secara kesimpulannya, tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional ini telah memberi kesedaran kepada saya bahawa bidang pendidikan bukanlah mudah seperti yang dikhabarkan. Sebagai guru, kita perlulah menggalas tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas tidak kira tugas yang diberi membebankan ataupun tidak. Bahkan kita juga perlu berusaha untuk menjadi guru yang lebih baik dan berkesan dari semasa ke semasa bagi menghadapi cabaran pendidikan yang ada. Oleh yang demikian, mutu pendidikan akan terjamin.

17

Anda mungkin juga menyukai