Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BEG BERKUNCI NO.

214 PUSAT MEL BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Puan Norzimah Bt Abd. Latif, Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, 43657 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

19 SEPTEMBER 2012.

Tuan, MEMOHON KEBENARAN MEMBUAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI KELAS PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH JALAN ENAM. Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman pihak tuan, tujuan utama pihak kami ke sekolah tuan adalah untuk memenuhi Sukatan Pelajaran bagi semester 6 iaitu subjek Pendidikan Jasmani Suaian (PJM
43657 BANDAR BARU BANGI,

3106). Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang dan pendedahan awal kepada para guru pelatih mengenai ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak Pendidikan Khas serta cara mendidik dan mengajar kanak-kanak yang istimewa. Di samping itu, kami juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada. 3. Butiran mengenai program tersebut adalah seperti berikut: Tarikh Masa Bilangan peserta : 25 September 2012 (Selasa) : 8.30-12.00 petang. : 18 orang guru pelatih termasuk seorang pensyarah pengiring. 4. Selain itu, kami juga ingin memohon kebenaran dari pihak tuan untuk meminjam alatan dari stor sukan sekolah bagi aktiviti yang bakal kami jalankan pada hari tersebut. Bersama-sama dengan ini, dilampirkan juga aturcara program pada hari tersebut untuk tujuan rujukan pihak tuan. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan lawatan ini, sila hubungi Nur Farahiyah Binti Ab Wahab ( 013-3108645).
SELANGOR DARUL EHSAN.

5.

Diharapkan agar permohonan diatas dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan. Kerjasama

dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Saya yang menurut perintah,

-----------------------------------------------(PUAN NUR AISYAH BINTI ABDULLAH) Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Pendidikan Islam, 43657 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Anda mungkin juga menyukai