Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID

Terima kasih pengacara majlis.


Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha,
Tn Hj Mohd Ayob b Abd Wahab
Pengetua SMK Seri Kota Puteri,
Cik Jamaliah bt Ghani
Guru Penolong Kanan,
Puan Zalila Hidayu bt Aman
Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
Yang dihormati, semua guru dan yang
dikasihi, pelajar-pelajar SMK Seri Kota
Puteri sekalian.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu kesyukuran kepada Tuhan


kerana dengan limpah inayah-Nya, maka kita semua dapat berkumpul
meraikan majlis nan berbahagia pada pagi ini. Tidak lupa juga saya
mengucapkan sekalung bunga terima kasih kepada pihak sekolah ini yang
sudi mengundang saya bagi merasmikan majlis pada petang ini.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, di sini saya ingin mengambil


kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua
pemimpin pelajar yang dipilih dan dilantik pada hari ini. Saya yakin pelajar-
pelajar yang dilantik pada hari ini telah melalui satu proses pemilihan yang
1
rapi agar mereka yang terpilih memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk
membimbing rakan-rakan mereka di sekolah serta dapat membantu guru-
guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka di samping memberi
pendidikan yang berkualiti. Hanya dengan pendidikan yang berkualiti

2
sahaja dapat melahirkan warganegara yang efisen dan menjadi modal insan
negara yang produktif. Sesungguhnya pemimpin yang dilantik harus berasa
bertuah dengan perlantikan ini. Saya memohon kepada mereka agar berasa
syukur kepada Allah dan sentiasa mengingatiNya semasa memikul tugas
dan tanggungjawab itu nanti. Sehubungan itu, pada hari yang bersejarah ini
mereka patut diraikan.

Pemimpin pelajar berperanan sebagai pemimpin kecil yang dipilih untuk


menjalankan tugas dan tanggungjawab, membantu guru dan pentadbir
sekolah agar dapat mewujudkan satu persekitaran sekolah yang kemas
dan teratur. Persekitaran yang dimaksudkan adalah untuk menentukan
suasana yang damai, situasi yang terkawal dan menumpukan kepada
fungsi utama sebuah sekolah iaitu untuk melahirkan murid-murid yang
berpotensi menjadi pemimpin negara masa hadapan dan tunggak
pembangunan negara dalam apa jua bidang yang mereka minati. Saya
juga berharap pemimpin yang dilantik pada hari ini dapat menjalankan
tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah, jujur, ikhlas dan
bertanggungjawab.

Bagi pelajar lain pula, saya ingin berpesan agar sentiasa memberi
kerjasama kepada semua pemimpin sekolah yang dilantik. Saya ingin
menasihati pelajar-pelajar agar mematuhi dan menghayati peraturan
sekolah supaya guru-guru dan pentadbir sekolah dapat menumpukan
kepada usaha dalam membangunkan infrastruktur dan fasiliti sekolah serta
pembangunan akademik bagi menentukan kecemerlangan dan
kegemilangan sekolah dapat dipertingkatkan. Jauhi sikap-sikap negatif
seperti perbuatan merosakkan kemudahan sekolah, perbuatan membuli
3
dan bergaduh serta tidak menghormati guru-guru dan kawan-kawan
sekolah.

Saya juga ingin menasihatkan semua pelajar agar mengutamakan


pelajaran di sekolah. Hanya dengan memiliki pengetahuan dan kelulusan
yang tinggi sahaja dapat menjamin kehidupan kita pada masa hadapan.
Ianya sungguh penting dalam kehidupan. Ilmu pengetahuan dapat
mengubah taraf hidup sesebuah keluarga, pengetahuan dapat memenuhi
apa yang kita cita-citakan, pengetahuan dapat membezakan yang baik
dengan buruk. Untuk memperolehi pengetahuan, pelajar-pelajar harus
belajar bersungguh-sungguh, berdisiplin ketika belajar kerana disiplin asas
kejayaan, sentiasa berusaha tanpa mengenal putus asa.

Pada kesempatan ini, saya berdoa agar sekolah ini sentiasa mendapat
kerahmatan dan diberi perlindungan agar sentiasa berupaya melahirkan
insan-insan yang menjadi kebanggaan negara dan dijauhi dari segala
bencana atau musibah. Saya berharap guru-guru dan pentadbir sekolah
akan melipat gandakan usaha mereka dalam membentuk dan memberi
pelajaran kepada semua pelajar sekolah ini. Saya juga berdoa agar
pelajar-pelajar sekolah ini sentiasa beroleh kejayaan di dalam pelajaran
dan peperiksaan yang mereka bakal hadapi.

4
Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar sekolah ini sentiasa
cemerlang, gemilang dan terbilang dalam aktiviti akademik dan ko-
kurikulum dan menjadi sekolah contoh di daerah ini.

Dengan ini, saya merasmikan majlis pelantikan pemimpin murid Sekolah


Kebangsaan Bandar Seri Putra bagi tahun 2022.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai