Anda di halaman 1dari 2

Ucapan Pelancaran Amalan Guru Penyayang 2016 (Ucapan Penyelaras Program)

Assalammualaikum wr..wt
Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang berbahagia En Jalaluddin b Ismail,
Pen Kanan HEM ,Pn Norain bt Ismail, Pemangku Pen Kanan Petang , guru-guru
sesi petang yang dedikasi dan seterusnya anak didik Tahun 1,2 dan 3 yang
dikasihi sekalian.
Hari ini 18 Jan 2016, Pelancaran Amalan Guru enyayang diadakan lagi. Sejak
2012 lagi program ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
ke sekolah-sekolah di Malaysia. Kini 5 tahun telah berlalu, tahniah dan syabas
kepada semua mentor / cikgu cikgu yang telah berjaya melaksanakan program
ini d SK Jelapang. Dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diamanahkan oleh
kementerian mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa baik dan kerjasama
yang telah cikgu-cikgu berikan, hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.

Guru-guru yang dedikasi dan murid-murid yang di sayangi,


Untuk pengetahuan semua, program ini telah di bahagikan kepada 3 fasa kini,
Fasa 1 : Meraikan kedatangan dan kepulangan murid
Meraikan kejayaan murid.
Perjumpaan Mentor Mentee
Fasa 2: Program Unlocked Students Potential atau Kemenjadian Diri Murid.
Fasa 3: baru sahaja diwar-warkan iaitu 3S : Senyum , salam dan sapa.
Guru-guru yang dedikasi dan murid-murid yang di sayangi,
Di sini , saya menagambil kesempatan untuk mengumumkan nama-nama
mentor kepada mentee bagi sesi 2016 ini. ( Rujuk senarai nama mentor 2016)
Guru-guru yang dedikasi dan murid-murid yang di sayangi,
Program ini secara tidak lansung dapat membina jambatan kasih saying,mesra ,
ambil berat antara mentor dan mentee. Diharap tahun 2016 ini membuka
lembaran baru untuk kita sama-sama mencari ganjaran pahala dalam tugas kita
sebagai pendidik.
Guru-guru yang dedikasi dan murid-murid yang di sayangi,
Mari sama-sama kita laungkan :
Mentee : Kami saying cikgu-cikgu SK JELAPANG
Mentor : Cikgu-cikgu juga saying kamu.murid-murid SKJ
SKJ ; Excellent

Akhir kata, sama-samalah kita membina jati diri dengan pimpin diri dan pimpin
orang lain untuk menjadikan dii kita manusia yang berguna dunia dan akhirat
Sekian ,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai