Anda di halaman 1dari 9

KAJIAN TINDAKAN LALUAN PPDa

SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN LEDANG, TANGKAK


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TAJUK KAJIAN TINDAKAN :


KEBERKESANAN LORONG PPDa DALAM MEMBERI MAKLUMAT
MENGENAI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DALAM
KALANGAN PELAJAR , GURU DAN KAKITANGAN SMK LEDANG.

PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan satu proses yang memerlukan pelbagai aspek medium yang boleh
dilaksanakan oleh para pendidik di institusi pendidikan bagi memenuhi keperluan generasi Y
yang mempunyai cita rasa yang semakin kompleks. Perkembangan dunia pendidikan yang
semakin berkembang hari ini adalah bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan sumber
maklumat yang semakin hari semakin berkembang mengikut peredaran zaman. Kurikulum
merentas matapelajaran adalah salah satu amalan yang semakin mendapat perhatian dalam
kalangan warga pendidik untuk menjamin aspek-aspek pendidikan yang dinyatakan di atas
dapat dicapai dengan sempurna.
Pedagogi Pendidikan hari ini semakin memerlukan seorang guru memikirkan media-media
yang menarik, berinovasi dan canggih seperti penggunaan bahan-bahan maujud alat
elektronik , pembelajaran di luar bilik darjah, pembelajaran simulasi dan pembelajaran
melalui aktiviti lawatan-lawatan adalah semakin mendapat perhatian dan memberi impak
yang lebih berkesan .
Dalam konteks ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menlontarkan pelbagai sumber
pendidikan yang dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah-sekolah. Kita seharusnya
sentiasa berfikirkan positif agar setiap langkah yang kita ambil bertepatan dan wajar untuk
membantu pelajar mendapat ilmu yang bermanfaat sehingga sekolah boleh digelar pengeluar
produk yang berkualiti dari aspek penggunaan tenaga manusia.

Salah satu sumber yang dilaksanakan di sekolah-sekolah adalah pelaksanaan Program


Pendidikan Pencegahan Dadah. Kementerian Pendidikan juga menggalakkan sekolah-sekolah
di negara ini melaksanakan program PPDa di sekolah-sekolah .Beberapa pertandingan juga
diadakan di sekolah-sekolah berkaitan dengan Pendidikan Pencegahan Dadah seperti
Pertandingan Bilik PPDa, pertandingan Lorong PPDa dan sebagainya. Sekolah Menengah
Kebangsaan Ledang Tangkak juga menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
mengambil bahagian dalam Pertandingan Lorong PPDa . SMK Ledang telah dipilih oleh
pihak JPNJ untuk mewakili negeri Johor dalam pertandingan PPDa peringkat
kebangsaan. Hal ini demikian kerana SMK Ledang telah menjadi johan di peringkat negeri
yang diadakan pada tahun 2013. Usaha-usaha gigih telah dilakukan untuk mewujudkan
Laluan PPDa di sekolah ini dan sehingga kini. Laluan PPDa ini telah berjaya memberi
manfaat kepada warga Sekolah Menengah Kebangsan Ledang , Tangkak. Bagi memastikan
Laluan PPDa ini berjaya memberi impak yang maksima, pihak sekolah telah merangka satu
kajian yang dapat mengenal pasti keberkesanan penggunaan Laluan PPDa ini.
RASIONAL KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai
keberkesanan Laluan PPDa yang dibina di SMK Ledang. Pembinaan Laluan PPDa ini sudah
pasti memerlukan komitmen daripada semua pihak bagi merealisasikannya selain
memerlukan kos yang tinggi. Semua ini adalah untuk memberi kesedaran kepada warga
sekolah agar memilih jalan yang betul untuk menjalani kehidupan mendatang dan tidak
terjebak dengan penyalahgunaan najis dadah.

OBJEKTIF KAJIAN
Mendapatkan maklumat keberkesanan Laluan PPDa kepada warga sekolah dalam
usaha untuk membendung masalah penagihan rokok ,inhalan , penagihan dadah , arak dan
yang seumpamanya di sekolah SMK Ledang.
Mendapatkan maklumat keberkesanan Laluan PPDa dalam usaha memberi pelbagai
maklumat positif dan negatif berkaitan rokok, dadah, inhalan, arak, AIDS dan HIV.
Mendapatkan maklumat keberkesanan Laluan PPDa dalam usaha memberi kesedaran
tentang maklumat-maklumat yang boleh dijadikan panduan agar warga sekolah tidak terjebak
dengan masalah yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.
Memberi maklumat kepada pihak sekolah untuk membuat penambahbaikan kepada
Lorong PPDa di sekolah ini khasnya bagi keberkesanan dan impaknya terhadap pelajar.

PROSEDUR KAJIAN
Kajian dilaksanakan dengan memberi soalselidik kepada 150 responden. Responden dipilih
terdiri daripada 110 orang pelajar , 20 orang guru dan 20 orang kakitangan sekolah. Setiap
responden akan menjawab 20 soalan yang berstatus YA atau TIDAK. Setiap soalan adalah
berkisarkan keberkesanan Laluan PPDa dalam usaha memberi impak yang maksimum
mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah di SMK Ledang. Pra Kajian dilakukan pada bulan
Januari 2014 bagi mengenalpasti tahap keberkesananan Laluan PPDa dalam member
maklumat berkaitan dadah, inhalan , rokok , AIDS dan HIV. Post Kajian pula dilakukan pada
bulan Ogos 2014 bagi menilai semula keberkesanan pelbagai maklumat yang terdapat pada
Laluan PPDa.

PECAHAN RESPONDEN- PELAJAR


M C I
LELAKI 20 20 10
PEREMPUAN 20 20 10

PECAHAN RESPONDEN GURU


M C I
LELAKI 6 5 2
PEREMPUAN 6 5 2
PECAHAN RESPONDEN KAKITANGAN SEKOLAH
M C I
LELAKI 5 5 2
PEREMPUAN 5 5 2

SOALAN SOAL SELIDIK ( LIHAT LAMPIRAN 1)


ANALISA J KAJIAN
Kajian ini kajian soal selidik dan data-data akan diproses secara diskriptif. Data-data akan
diterjemahkan dalam bentuk carta bar dan carta pai. Berdasarkan carta-carta ini , huraian
akan dibuat mengenai tajuk kajian ini.

DAPATAN KAJIAN

KEPUTUSAN PRA KAJIAN

SOALAN YA TP TIDAK
ITEM 1 80 40 30
ITEM 2 60 65 35
ITEM 3 45 30 75
ITEM 4 60 43 47
ITEM 5 91 9 50
ITEM 6 86 34 30
ITEM 7 36 54 60
ITEM 8 48 50 52
ITEM 9 57 47 46
ITEM 9 68 37 45
ITEM 10 69 11 70
ITEM 11 85 43 22
ITEM 12 65 45 40

KEPUTUSAN POST KAJIAN


SOALAN YA TP TIDAK
ITEM 1 120 12 18
ITEM 2 132 5 13
ITEM 3 143 2 5
ITEM 4 2 3 145
ITEM 5 146 3 1
ITEM 6 149 0 1
ITEM 7 4 2 144
ITEM 8 142 3 5
ITEM 9 146 2 2
ITEM 9 143 3 4
ITEM 10 130 12 8
ITEM 11 120 10 20
ITEM 12 30 20 100

CARTA BAR MENUNJUKKAN DAPAT KAJIAN KEBERKESANAN LORONG PPDa DALAM


MEMBERI MAKLUMAT TENTANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH KEPADA PELAJAR ,
MURID DAN KAKITANGAN SMK LEDANG, TANGKAK.

HURAIAN KEPUTUSAN PRA KAJIAN

Bagi Item 1, saya banyak mendapat maklumat tentang kesan negatif yang diperoleh akibat
menyedut asap rokok di Laluan PPDa sebanyak 80 responden menyatakan setuju, 40
responden kurang pasti dan 30 responden tidak setuju.

Bagi Item 2, banyak maklumat tentang penyakit AIDS dan HIV


yang dipamerkan di sudut AIDS dan HIV, Laluan PPDa. Sebanyak
45 responden bersetuju, 30 tidak pasti dan 75 tidak setuju
dengan pernyataan ini.

Bagi Item 3, banyak maklumat yang boleh membantu saya


menghindarkan diri agar tidak tersebut dengan masalah
penagihan rokok, penagihan dadah, penagihan inhalan dan
penagihan arak di Laluan PPDa sekolah saya. Sebanyak 65
responden bersetuju dengan kenyataan ini, 2 tidak pasti dan 5
tidak setuju dengan pernyataan ini.

Bagi Item 4, Laluan PPDa sekolah saya hanya membazir dan


kurang memberi manfaat kepada pelajar, guru dan warga sekolah
yang lain. Sebanyak 60 responden setuju dengan pernyataan ini,
43 orang responden tidak pasti dan 47 orang responden
menyatakan tidak setuju dengan pernyataan ini.

Bagi Item 5, keadaan persekitaran di Laluan PPDa sekolah saya


amat menarik dan tidak jemu dikunjungi. Seramai 91 orang
responden menyatakan persetujuan, 9 orang responden
menyatakan tidak pasti, 50 orang responden menyatakan tidak
setuju dengan pernyataan ini.

Bagi Item 6, air terjun yang terdapat di Laluan PPDa amat


menyamankan dan memberi banyak informasi tentang kesan-
kesan negatif akibat penyalahgunaan dadah. Sebanyak 86
responden menyatakan persetujuan, 34 tiada responden
menyatakan tidak pasti, 30 orang responden menyatakan tidak
setuju dengan pernyataan ini.

Bagi Item 7, Laluan PPDa sekolah saya amat membosankan dan


tidak seharusnya dikunjungi oleh pelajar. Sebanyak 36 orang
responden menyatakan setuju, 54 orang responden menyatakan
tidak pasti, 60 menyatakan tidak setuju dengan pernyataan ini.

Bagi Item 8 ,Laluan PPDa sekolah saya memberi motivasi kepada


saya untuk sering berkunjung ke situ dan menimba ilmu berkaitan
PPDa. Sebanyak 48 orang responden menyatakan persetujuan, 50
orang responden menyatakan tidak pasti dan 42 orang responden
menyatakan tidak setuju.

Bagi Item 9 ,Laluan PPDa sekolah saya tidak memberi apa-apa


maklumat yang berguna kepada saya. Sebanyak 68 orang
responden menyatakan tidak setuju, 37 tidak pasti dan 45 orang
responden menyatakan tidak setuju.

Bagi Item 10, saya boleh menceritakan semula apa yang saya
perolehi melalui pemerhatian saya di Laluan PPDa kepada ibu
bapa, rakan-rakan saya di sekolah ini dan di luar sekolah.
Sebanyak 69 orang responden menyatakan setuju, 11 responden
menyatakan tidak pasti, 70 orang responden menyatakan tidak
setuju dengan kenyataan ini.

Bagi Item 11, guru pernah membawa kelas saya untuk melakukan
pengajaran dan pembelajaran di kawasan Laluan PPDa sebanyak
85 orang responden bersetuju, 43 responden menjawab tidak
pasti dan 22 orang responden menyatakan tidak.
Bagi soalan 12 Laluan PPDa di sekolah saya patut ditambah baik
supaya lebih menarik, sebanyak 65 responden menyatakan ya, 18
responden menyatakan tak pasti dan sebanyak 127 orang
responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

HURAIAN DAPATAN KAJIAN ( POST KAJIAN)

Bagi Item 1 , saya banyak mendapat maklumat tentang kesan


negatif yang didapati akibat menyedut asap rokok di Laluan
PPDa. Sebanyak 120 responden menyatakan setuju , 12
responden kurang pasti dan 18 responden tidak setuju.

Bagi Item 2 , banyak maklumat tentang penyakit AIDS dan HIV


yang dipamerkan di sudut AIDS dan HIV, Laluan PPDa. Sebanyak
132 responden bersetuju, 5 tidak pasti dan 13 tidak setuju
dengan pernyataan ini.

Bagi Item 3, banyak maklumat yang boleh membantu saya


menghindari diri agar tidak tercebur dengan masalah penagihan
rokok, penagihan dadah, penagihan inhalan dan penagihan arak
di Laluan PPDa sekolah saya. Sebanyak 143 responden bersetuju
dengan kenyataan ini, 2 tidak pasti dan 5 tidak setuju dengan
pernyataan ini.

Bag Item 4 , Laluan PPDa sekolah saya hanya membazir dan


kurang memberi manfaat kepada pelajar, guru dan warga sekolah
yang lain. Sebanyak 2 responden setuju dengan pernyataan ini, 3
orang responden tidak pasti dan 143 orang responden
menyatakan tidak setuju dengan pernyataan ini.

Bagi Item 5, keadaan persekitaran di Laluan PPDa sekolah saya


amat menarik dan tidak jemu dikunjungi. Sebanyak 146 orang
responden menyatakan persetujuan, 3 orang responden
menyatakan tidak pasti, 1 orang responden menyatakan tidak
setuju dengan pernyataan ini.

Bagi Item 6, air terjun yang terdapat di Laluan PPDa amat


menyamankan serta memberi banyak informasi tentang kesan-
kesan negatif akibat menyalahgunakan dadah. Sebanyak 149
responden menyatakan persetujuan, tiada responden
menyatakan tidak pasti , 1 orang responden menyatakan tidak
setuju dengan pernyataan ini.

Bagi Item 7, Laluan PPDa sekolah saya amat membosankan dan


tidak seharusnya dikunjungi oleh pelajar. Sebanyak 4 orang
responden menyatakan setuju, 2 orang responden menyatakan
tidak pasti ,144 menyatakan tidak setuju dengan pernyataan ini.
Bagi Item 8, Laluan PPDa sekolah saya memberi motivasi kepada
saya untuk sering berkunjung ke situ dan menimba ilmu berkaitan
PPDa. Sebanyak 142 orang responden menyatakan persetujuan, 3
orang responden menyatakan tidak pasti , dan 5 orang responden
menyatakan tidak setuju.

Bagi Item 9, Laluan PPDa sekolah saya tidak member apa-apa


maklumat yang berguna kepada saya. Sebanyak 146 orang
responden menyatakan tidak setuju, 2 tidak pasti dan 2 orang
responden menyatakan tidak setuju.

Bagi Item 10, saya boleh menceritakan semula apa yang saya
dapat melalui pemerhatian saya di Laluan PPDa kepada ibu bapa,
rakan-rakan saya di sekolah ini dan di luar sekolah. Sebanyak 130
orang responden menyatakan setuju,12 responden menyatakan
tidak pasti, 8 orang responden menyatakan tidak setuju dengan
kenyataan ini.

Bagi soalan 11 Guru pernah membawa kelas saya untuk


melakukan pengajaran dan pembelajaran di kawasan Laluan
PPDa. Sebanyak 120 orang responden bersetuju, 10 responden
menjawab tidak pasti an 20 orang responden menyatakan tidak.

Bagi soalan 12 Laluan PPDa di sekolah saya patut ditambah baik


supaya lebih menarik. Sebanyak 15 responden menyatakan ya,
18 responden menyatakan tidak pasti dan sebanyak 127 orang
responden tiak bersetuju dengan kenyataan ini.

RUMUSAN

Laluan PPDa SMK Ledang merupakan satu projek yang amat


berkesan dalam usaha warga pendidik untuk memberi sebanyak
mungkin maklumat yang berkaitan dengan aspek-aspek
pencegahan dadah. Seluruh warga SMK Ledang akan sentiasa
berwaspada agar tidak terjebak dengan masalah penagihan
dadah ini kerana saban hari mereka sentiasa mendapat maklumat
yang diperlukan ini.

HURAIAN KEPUTUSAN PRA KAJIAN

Bagi Item 1, saya banyak mendapat maklumat tentang kesan


negatif yang didapati akibat menyedut asap rokok di Laluan PPDa
sebanyak 80 responden menyatakan setuju, 40 responden kurang
pasti dan 30 responden tidak setuju.

Bagi Item 2, banyak maklumat tentang penyakit AIDS dan HIV


yang dipamerkan di sudut AIDS dan HIV, Laluan PPDa. Sebanyak
45 responden bersetuju, 30 tidak pasti dan 75 tidak setuju
dengan pernyataan ini.

Bagi Item 3, banyak maklumat yang boleh membantu saya


menghindari diri agar tidak tercebur dengan masalah penagihan
rokok, penagihan dadah, penagihan inhalan dan penagihan arak
di Laluan PPDa sekolah saya. Sebanyak 65 responden bersetuju
dengan kenyataan ini , 2 tidak pasti dan 5 tidak setuju dengan
pernyataan ini.

Bagi Item 4 , Laluan PPDa sekolah saya hanya membazir dan


kurang memberi manfaat kepada pelajar , guru dan warga
sekolah yang lain. Sebanyak 60 responden setuju dengan
pernyataan ini, 43 orang responden tidak pasti dan 47 orang
responden menyatkan tidak setuju dengan pernyataan ini.

Bagi Item 5, keadaan persekitaran di Laluan PPDa sekolah saya


amat menarik dan tidak jemu dikunjungi. Sebanyak 91 orang
responden menyatakan persetujuan, 9 orang responden
menyatakan tidak pasti, 50 orang responden menyatakan tidak
setuju dengan pernyataan ini.

Bagi Item 6, air terjun yang terdapat di Lalauan PPDa amat


menyamankan serta memberi banyak informasi tentang kesan-
kesan negatif akibat menyalahgunakan dadah. Sebanyak 86
responden menyatakan persetujuan, 34 tiada responden
menyatakan tidak pasti, 30 orang responden menyatakan tidak
setuju dengan pernyataan ini.

Bagi Item 7, Laluan PPDa sekolah saya amat membosankan dan


tidak seharusnya dikunjungi oleh pelajar. Sebanyak 36 orang
responden menyatakan setuju ,54 orang responden menyatakan
tidak pasti ,60 menyatakan tidak setuju dengan pernyataan ini.

Bagi Item 8, Laluan PPDa sekolah saya memberi motivasi kepada


saya untuk sering berkunjung ke situ dan menimba ilmu berkaitan
PPDa. Sebanyak 48 orang responden menyatakan persetujuan, 50
orang responden menyatakan tidak pasti, dan 42 orang
responden menyatakan tidak setuju.

Bagi Item 9, Laluan PPDa sekolah saya tidak memberi apa-apa


maklumat yang berguna kepada saya. Sebanyak 68 orang
responden menyatakan tidak setuju, 37 tidak pasti dan 45 orang
responden menyatakan tidak setuju.
Bagi Item 10 , saya boleh menceritakan semula apa yang saya
dapat melalui pemerhatian saya di Lalauan PPDa kepada ibu
bapa, rakan-rakan saya di sekolah ini dan di luar sekolah.
Sebanyak 69 orang responden menyatakan setuju, 11 responden
menyatakan tidak pasti, 70 orang responden menyatakan tidak
setuju dengan kenyataan ini.

Bagi soalan 11 Guru pernah membawa kelas saya untuk


melakukan pengajaran dan pembelajaran di kawasan Laluan
PPDa. Sebanyak 85 orang responden bersetuju, 43 responden
menjawab tidak pasti dan 22 orang responden menyatakan tidak.

Bagi soalan 12 Laluan PPDa di sekolah saya patut ditambah baik


supaya lebih menarik. Sebanyak 65 responden menyatakan y, 18
responden menyatakan tidak pasti dan sebanyak 127 orang
responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

Anda mungkin juga menyukai