Anda di halaman 1dari 14

1

1.0 Tajuk:
MENGGUNAKAN SKOR BINTANG UNTUK MENGATASI SIKAP PELAJAR
TINGKATAN 5 KIMPALAN DAN FABRIKASI LOGAM ( 5KFL ) TAHUN 2012
YANG TIDAK BERMINAT UNTUK BELAJAR MATA PELAJARAN AKADEMIK
TERMASUK BAHASA MALAYSIA
2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji:

2.1

Sekolah Menengah Vokasional Setapak,


Jalan Genting Kelang, Setapak,
53300 Kuala Lumpur

2.2 Penasihat:

Pn Hjh Hindon bt Abdul Rahman


Pengetua.
Sekolah Menengah Vokasional Setapak,
Jalan Genting Kelang, Setapak,
53300 Kuala Lumpur

2.3 Penyelaras: i. Encik Anuar Afandi bin Sharudin


Penolong Kanan,
Sekolah Menengah Vokasional Setapak,
Jalan Genting Kelang, Setapak,
53300 Kuala Lumpur
ii. Puan Rohana bt Zainal Abidin
Guru Kanan Bahasa
Sekolah Menengah Vokasional Setapak,
Jalan Genting Kelang, Setapak,
53300 Kuala Lumpur
2.4 Pelaksana:

3.0

Puan Ruslina binti Rahmat


Guru Cemerlang Bahasa Malaysia
Sekolah Menengah Vokasional Setapak,
Jalan Genting Kelang, Setapak,
53300 Kuala Lumpur.

Latar Belakang Kaji

Mata pelajaran Bahasa Malaysia sangat penting untuk memastikan pelajar Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat sijil kerana tanpa kelulusan dalam subjek ini
usaha pelajar selama dua tahun di tingkatan 4 dan 5 adalah sia-sia belaka. Subjek ini
juga tidaklah begitu susah terutama sekali bagi pelajar saya, 5 KFL yang semuanya
berbangsa Melayu kecuali seorang India. Mereka merupakan penutur jati Bahasa
Malaysia dan bahasa ini menjadi percakapan mereka seharian di rumah dan
di mana-mana mereka pergi.
4.0

Penyataan Masalah dan Keperihatinan


Pelajar-pelajar didapati lemah dalam menjawab subjek ini dan mendapat markah
yang kurang memberangsangkan. Kebanyakan mereka gagal dalam Bahasa Malaysia
kerana membiarkan soalan kosong tanpa dijawab ataupun menjawab tetapi bersikap
asalkan ada sahaja. Hal ini akan menjejaskan peratus kelulusan pelajar dalam Bahasa
Malaysia di sekolah ini. Mereka akan gagal dalam subjek Bahasa Melayu SPM
menyebabkan mereka tidak akan mendapat sijil SPM. Hal ini juga menjejaskan
peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke politeknik atau untuk mendapatkan
pekerjaan.

5.0

Rasional Kajian

Sekiranya seseorang pelajar itu lemah, hal ini boleh dibaiki dengan syarat dia
mempunyai keazaman yang kuat dan menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar.
Keadaannya berbeza sekiranya seseorang pelajar itu lemah ditambah pula dengan
sikapnya yang sangat negatif untuk membaiki diri selain tidak berminat langsung
dalam pelajaran akademik.. Contohnya mereka lebih suka ponteng sekolah, tidur di
dalam kelas, membuat bising, bersembang, tidak membawa beg sekolah berserta alatalat tulis dan buka latihan mereka.

Mereka tidak langsung menunjukkan minat dan usaha untuk meningkatkan diri semasa

P & P di dalam kelas walaupun mereka akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama
lagi. Ada dalam kalangan pelajar ini yang suka ponteng kelas akademik kerana lebih
suka membantu guru-guru bengkel dalam kerja-kerja yang melibatkan kursus mereka.

Terdapat juga dalam kalangan mereka yang terdiri daripada golongan keluarga susah,
terpaksa bekerja pada waktu malam untuk mendapat wang lebih seperti bekerja di
pasar malam dan menjadi DJ. Bagi mereka mendapat wang pada waktu sekarang lebih
realistik berbanding dengan janji ibu bapa atau guru mereka yang mengatakan mereka
akan mendapat lebih banyak wang sekiranya mereka belajar rajin-rajin dan mendapat
kerja yang baik pada masa hadapan. Bagi mereka selagi mereka tidak nampak
pulangannya lagi lebih baik mereka bekerja sekarang dan mendapat duit sekarang.

6.0

Objektif Kajian SKOR BINTANG

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Mengubah sikap pelajar agar lebih positif semasa P&P di sekolah.


Merangsang pelajar agar melibatkan diri secara aktif di dalam kelas
Pelajar menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Dapat mengelakkan pelajar yang malas dan suka tidur di dalam kelas.
Pelajar membawa buku dan peralatan sekolah supaya dapat menyiapkan tugasan guru.
Mewujudkan persekitaran seronok untuk belajar.
Melahirkan pelajar yang suka bersaing.
Mengubah sikap pelajar menjadi lebih rajin, aktif dan bersedia dalam P&P.

7.0

Metodologi Kajian (Kaedah Kajian)

i.

a. Semua orang suka akan ganjaran selepas melakukan sesuatu terutama sekali golongan
muda. Tujuan BINTANG diberikan adalah untuk mengubah sikap pelajar yang selama
ini sangat negatif. Pelajar yang dapat mengumpul BINTANG yang banyak. (10
bintang) dalam tempoh masa tertentu akan diberikan ganjaran berupa peralatan
keperluan persekolahan. BINTANG diberi sekiranya pelajar menunjukkan sikap
yang positif semasa di sekolah sama ada semasa P&P atau tidak. Contohnya :

* Sekiranya pelajar itu lemah tetapi ada usaha untuk menjawab atau melibatkan diri
dalam aktiviti yang dilaksanakan.
* Pelajar membawa alat-alat tulis yang lengkap dan menyiapkan tugasan yang
diberikan dengan sempurna.
* Selepas menghasilkan kerja yang baik, memuaskan dan cemerlang sama ada selepas
melaksanakan tugasan secara individu atau kumpulan.
(Pemberian BINTANG juga diberikan berdasarkan
untuk

keadaan

semasa, bertujuan

memotivasikan pelajar agar bersikap positif pada bila-bila masa. Satu usaha

yang baik satu bintang).


b. Satu PAPAN SKOR BINTANG akan diletakkan di papan kenyataan di hadapan atau di
belakang kelas agar pelajar dapat melihat perkembangan kutipan bintang yang mereka
dapat setiap bulan.
c. Pelajar yang mendapat lebih daripada 10 bintang , dalam masa

sebulan atau mengikut

kesesuaian masa ( tidak termasuk waktu cuti, waktu peperiksaan/ujian), akan menerima
hadiah misteri daripada guru. Oleh itu,

pelajar akan

cuba sedaya upaya

untuk

mendapatkan bintang dengan menyiapkan tugasan dan kerja sekolah yang diberikan.
( Hadiah misteri berupa barang-barang / peralatan belajar yang boleh digunakan oleh
pelajar )

ii. a. Sasaran Kajian Tindakan 5 KFL


Bangsa
Bil. pelajar

Sebab-sebab:

Melayu
28

India
1

Cina
-

Lain-Lain
-

Jumlah
29

i Kelulusan pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk peperiksaan


PMR sederhana dan mendapat sekitar 1A, 15B, 11C dan 2D. (Sila rujuk lampiran 1)
ii Keputusan

ujian / peperiksaan tingkatan 4 pada tahun 2011, banyak yang gagal.

(Sila rujuk lampiran 2)


iii. Kebanyakan pelajar kerap ponteng sekolah. (Sila rujuk jadual kehadiran pelajar.
(Lampiran 3)
iv. Sikap negatif yang mereka miliki / amalkan seperti suka tidur, malas belajar , tidak
menyiapkan kerja sekolah, tidak membawa peralatan sekolah seperti pen dan buku
selain suka ponteng sekolah boleh dibaiki.

8.0

Kesignifikan Kajian
Hasil kajian ini akan dapat digunakan oleh guru-guru di sekolah ini untuk memperbaik
sikap negatif pelajar semasa P&P seterusnya menanamkan minat mereka akan mata
pelajaran akademik

9.0

Skedul Kerja

BULAN

AKTIVITI

A. APRIL - MEI

i. Pemerhatian dan analisis sikap pelajar semasa P&P selain keputusan ujian
dan peperiksaan mereka semasa di tingkatan 4

B. JUN

(tidak termasuk waktu cuti persekolahan akhir bulan Mei awal Jun)
i. Memperkenal SKOR BINTANG melalui aktiviti dalam P & P
dan luar kelas:
a. Kerja kumpulan
b. Kerja individu
c. Kerja sekolah

d. Program 5S
e. Perbincangan Dalam Kelas
f. Kebersihan dan kecerian kelas
C. JULAI
D. OGOS

10.0

Analisis sikap selepas mengamalkan SKOR BINTANG


Melengkapkan laporan

Laporan
1.

Pendahuluan
1.1 Saya sebagai pelaksana Kajian Tindakan mengambil inisiatif untuk membaiki
SIKAP negatif pelajar seterusnya menanamkan minat mereka untuk belajar semasa
P&P berjalan bagi pelajar-pelajar tingkatan 5KFL, tahun 2012.
1.2 Saya telah merancang dan mengambil langkah-langkah berikut:

RANCANGAN
MERUJUK KEMBALI / AMBIL TINDAKAN
REFLEKSI
BERTINDAK DAN MEMERHATI

2. Langkah-langkah
2.1 Langkah Pertama:
a. Memperkenal dan memberikan taklimat pelaksanaan SKOR BINTANG
kepada pelajar.
b. Menampal Borang SKOR BINTANG pada Papan Kenyataan di hadapan
kelas. (Sila rujuk gambar dan borang SKOR BINTANG yang dilampirkan)
c. Menyediakan hadiah untuk para pelajar yang mendapat jumlah BINTANG
tertentu.

2.2 Langkah Kedua - mempraktikkannya semasa P&P:


a. Kerja individu
b. Kerja kumpulan
c. Penghantaran buku/ hasil kerja pelajar
d. Menjawab soalan
e. Menghuraikan sinopsis cerita
2.3 Langkah Ketiga:
Mempraktikkannya semasa di luar P&P:
a. Program 5S
b. Kebersihan dan keceriaan kelas
3. Tindak balas Pelajar
3.1 Pelajar memberikan respons yang sangat baik dengan menyiapkan tugasan yang
diberikan.
3.2 Pelajar yang selama ini pasif di dalam
telah cuba memberanikan diri untuk tampil

kelas seperti Januhasan dan Izhaar


ke hadapan kelas menceritakan bahan

KOMSAS yang dipelajari pada masa itu.


3.3 Pelajar sendiri telah berjumpa dengan saya menceritakan kebaikan teknik ini untuk
merangsang mereka agar lebih aktif di dalam kelas semasa P&P sedang berjalan.
11. 0

Masalah
Pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah tidak dapat mempraktikkan inovasi ini
menyebabkan mereka terus mendapat kelulusan yang tidak memuaskan dalam
ujian/peperiksaan sekolah.

12.0

Faktor Kejayaan
1. Terdapat teknik-teknik pembelajaran yang saya

lakukan

selain daripada SKOR

BINTANG semasa P&P di sekolah. Teknik teknik tersebut selain Kajian Tindakan

ini ialah:
i. Bahan Cerita Bergambar (Lampiran 4)
ii. Permainan Bahasa - MUDAHnya PERIbahasa dan KOMSAS

2.
3.
4.
5.

(Lampiran 5 dan 6)
iii. TUTOR MUDA semasa kerja kumpulan (Lampiran 7)
iv. RUMUSAN BERJADUAL (Lampiran 8)
Kesediaan pelajar untuk melibatkan diri.
Praktikal
Usahasama
- Guru pelaksana
- Pelajar 5KFL
Para guru dapat masuk ke alam remaja supaya tidak ada jurang antara guru dengan
pelajar, Apabila guru memahami kehendak sebenar, keinginan, citarasa, semangat,

sifat fizikal dan rohani mereka, guru mencari jalan untuk mengubah cara pengajaran yang
lebih disukai dan sesuai dengan para remaja.

13.0

Penutup
Sikap adalah satu

konsep

yang abstrak. Memperkatakan

tentang sikap dan arah

tujuannya adalah

juga memperkatakan tentang perubahan sikap dan percubaan yang

diingini tentulah daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik. Saya berasakan
juga bahawa Kajian Tindakan ini telah memberikan kesan yang positif kepada saya dan
pelajar-pelajar yang terlibat. Sesungguhnya, SKOR BINTANG boleh diubahsuai kepada
bentuk-bentuk atau

gambar-gambar lain. Contohnya

pelajar-pelajar perempuan, guru boleh

bagi kelas yang terdiri daripada

menggunakan bentuk

atau gambar yang

disukai oleh golongan wanita seperti gambar baju, beg, seluar, kasut dan sebagainya.
Bagi pelajar lelaki pula boleh menggunakan
untuk menarik minat mereka.

bentuk atau gambar kereta atau motor

Saya mengharapkan usaha yang saya lakukan kepada para pelajar tingkatan 5KFL akan
membawa manfaat kepada mereka seterusnya

melahirkan pelajar yang bukan sahaja

boleh menguasai Bahasa Malaysia dengan baik bahkan mula meminati

mata pelajaran

akademik sepenuh jiwa mereka selain mata pelajaran kemahiran. Semoga Kajian Tindakan
ini juga dapat dimanfaatkan oleh guru-guru lain demi untuk meningkatkan minat pelajarpelajar kita.

10

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SETAPAK


JALAN GENTING KELANG
SETAPAK
KUALA LUMPUR

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENGATASI KELEMAHAN
PENULISAN KARANGAN DARI ASPEK ISI
BAGI PELAJAR-PELAJAR
TING. 4 KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK 3 (4KE3)
TAHUN 2008

Lampiran B

OLEH:

RUSLINA BINTI RAHMAT

11

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SETAPAK


JALAN GENTING KELANG
SETAPAK
KUALA LUMPUR

LAPORAN KAJIAN
TINDAKAN

MENGATASI KELEMAHAN
PENULISAN KARANGAN DARI ASPEK ISI
BAGI PELAJAR-PELAJAR
TING. 4 KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK 3
(4KE3)

12

TAHUN 2008

OLEH:
RUSLINA BINTI RAHMAT

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SETAPAK, KUALA LUMPUR


Soal Selidik Pelaksanaan Pembelajaran Bahasa Malaysia Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik 3 ( 4KE3) tahun 2008.
Pengenalan
1. Kertas ini mengandungi dua muka surat.
2. Tujuan soal selidik ini adalah untuk mengetahui bagaimana anda belajar Bahasa Malaysia di
Kelas Tingkatan 4KE3 khususnya dalam penulisan karangan.

______________________________________________________________________________

Lampiran A
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SETAPAK, KUALA LUMPUR
Soal Selidik mengenai sikap pelajar-pelajar Tingkatan 4 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 3
( 4KE3) tahun 2008.
Selamat sejahtera guru-guru,
Jasa baik cikgu sangat dihargai dalam menjawab soalan-soalan di bawah berkaitan dengan pelajar-pelajar
Tingkatan 4KE3 . Kerjasama cikgu diucapkan terima kasih.

13

Lampiran A
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SETAPAK, KUALA LUMPUR
Soal Selidik mengenai sikap pelajar-pelajar Tingkatan 4 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 3
( 4KE3) tahun 2008.(Diisi oleh guru-guru)
Selamat sejahtera guru-guru,Jasa baik cikgu sangat dihargai dalam menjawab soalan-soalan di bawah
berkaitan dengan pelajar-pelajar Tingkatan 4KE3 . Kerjasama cikgu diucapkan terima kasih.
Soalan:
1. Sudah berapa tahun cikgu mengajar pelajar-pelajar tingkatan 4 KE3? bulan / tahun.
2. Adakah pelajar-pelajar tingkatan 4KE3 berminat untuk mendengar, membuat aktiviti atau
bertanyakan soalan kepada cikgu semasa cikgu mengajar?

3. Adakah mereka berminat untuk membuat sesuatu aktiviti secara berkumpulan?

4. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh cikgu semasa mengajar mereka?


..
..
5. Pada pendapat cikgu, adakah pelajar-pelajar tingkatan 4KE3 terlalu yakin terhadap kebolehan
atau kepandaian mereka?

6. Berapa peratuskah pelajar yang memberikan perhatian terhadap pengajaran cikgu semasa di
dalam kelas?

7. Adakah pelajar-pelajar ini menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran mereka sejak mereka
masuk hingga sekarang?

14

..
TANDATANGAN :
NAMA GURU

: ..

Anda mungkin juga menyukai