Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SERI PETALING,

JALAN WAN SENDARI, 57000 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
KEMPEN MEMBUDAYAKAN
MINUM AIR KOSONG
2023
1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kelebihan
minum air kosong. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering
diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.
Para murid menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar
maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara
hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

Kempen Minum Air Kosong ini dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah
Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan
Jom Hidup Sihat. Di samping itu, ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai
aspek kesihatan terutamanya air kepada para murid serta masyarakat di sekitar. Kesedaran golongan
ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari
rumah

2.0 MATLAMAT

2.1 Memastikan murid sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari
segi fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi


meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid,
guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.
3.2 Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya
kepada para murid dan komuniti setempat.
3.5 Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan murid walau di
mana mereka berada.
3.6 Memastikan para murid dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di sekolah.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Semua murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling


4.2 Guru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling
4.3. Anggota Kumpulan Pelaksana Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling

5.0 JAWATANKUASA INDUK

Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :

Penasihat : Puan Salmiah Jalil - Guru Besar


Pengerusi : Puan Rosniati Baharuddin Arif – GPK KOKO
Naib Pengerusi : Puan Hasanah Said – GPK Tadbir dan Kurikulum
: Puan Zainorrita Zainun – GPK PPKI
Penyelaras : Puan Siti Maizon Abdullah
Setiausaha : Encik Russani Muaram
Juruacara : Puan Nurdini Samsudin
PA Sistem : Encik Mohamad Suhaidi Mohd Sujak
Persiapan Tempat : Puan Wong Yee Fun
Gimik Pelancaran : Puan Rozaitul Ikhma Ab Razak
Dokumentasi : Puan Siti Maizon Abdullah
Jurugambar : Puan Mazarina Azlin Mustaffa

6.0 TENTATIF
7.20 pagi : Murid-murid berada dalam kelas masing-masing
Guru-guru masa pertama berada di dalam kelas Bersama murid
7.35 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis – Juruacara
7.40 pagi : Bacaan doa
: Ucapan Guru Besar dan Perasmian Kempen Minum Air Kosong
7.45 pagi : Gimik Pelancaran
7.50 pagi : Bersurai

7.0 TARIKH
7 Jun 2023 (Rabu)

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perkara Anggaran Harga Seunit Bilangan Harga


Bunting 2 x 5 kaki RM 25 1 RM 25
Air Mineral (Gimik) RM 1 20 RM 20
Reben RM 2.50 2 RM 5
Jumlah keseluruhan RM 50

Perbelanjaan kempen ini dibiayai sepenuhnya oleh salah seorang ibu bapa murid SK Bandar Baru Seri
Petaling.

9.0 PENUTUP
Diharapkan kempen ini dapat berlangsung dengan lancar dan dapat kerjasama daripada
semua pihak. Program ini sedikit sebanyak dapat membuka minda murid untuk mengamalkan hidup
yang lebih sihat dengan memperbanyakkan minum air kosong.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ...................................
(SITI MAIZON ABDULLAH) (ROSNIATI BAHARUDDIN ARIF)
Penyelaras GPK Kokurikulum
Unit Kesihatan SK Bandar Baru Seri Petaling
SK Bandar Baru Seri Petaling

Disahkan oleh,

……………………….
(SALMIAH JALIL)
Guru Besar
SK Bandar Baru Seri Petaling

Anda mungkin juga menyukai