Anda di halaman 1dari 30

KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN

PPD Seberang Prai Tengah

Kenyataan Media
Menteri Pendidikan Malaysia
8 Disember 2022

Pendidikan merupakan satu wadah utama bagi menyerlahkan potensi individu sekali gus melahirkan
insan yang berilmu, bertanggungjawab dan menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan
ummah.
Saya menyedari bahawa amanah dan harapan yang amat besar menanti saya apabila dilantik sebagai
teraju utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kesedaran dan keyakinan ini mendorong saya untuk memulakan sesi libat urus dengan pihak- pihak
berkepentingan yang berkaitan bagi menekuni status dan tahap kemajuan semasa pada peringkat
Bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), serta kementerian
secara keseluruhan.
Saya turut meluangkan masa dengan pengetua serta guru besar (PGB) di sekolah dan para guru yang
merupakan barisan pertahanan pendidikan pertama negara dalam menjayakan misi membina legasi
pendidikan manusiawi.
Gabungan pendekatan atas-ke-bawah (top-down) dan bawah-ke-atas (bottom-up) ini memberikan input
dan akan menjadi pendekatan utama dalam mentadbir kementerian berlandaskan semangat dan roh yang
terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Berdasarkan sesi interaksi awal yang berlangsung dalam minggu ini, saya cukup yakin dengan
kemampuan, bakat dan kesungguhan jentera KPM yang melaksana dan menggubal dasar-dasar
kementerian dan akan bersama-sama saya memikul amanah dalam melakar era baharu sektor
pendidikan negara.

FADHLINA SIDEK
YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Think Big : Make It Happen Do It Together 1


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

Pulau Pinang Peneraju Transformasi Pendidikan Negara

"Selaku peneraju utama di JPN Pulau Pinang, saya amat mengharapkan


kerjasama daripada semua pihak di peringkat JPN, PPD, Pengetua dan Guru
Besar seterusnya seluruh warga sekolah untuk kita sama-sama menggembleng
tenaga dan usaha untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan. Saya amat
yakin kita pasti beroleh kejayaan. Terima kasih”

Tuan Haji Abdul Rashid bin Abdul Samad


Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Pelan Strategik Jabatan Pendidikan Pulau Pinang 2023-2025

Think Big : Make It Happen Do It Together 2


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

Kata alu-aluan
Pegawai Pendidikan Daerah
PPD Seberang Prai Tengah
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah atas


kejayaan Sektor Pengurusan Sekolah PPDSPT menerbitkan
kompilasi Amalan Terbaik Kepimpinan Berkesan tahun 2023.
Sekalung tahniah dan syabas kepada barisan SIPartners +
PPDSPT terdiri daripada Zalina binti Harisun selaku Ketua
Editor , Baharuddin bin Hashim dan Haji Zaini bin Mat Zain
dalam merealisasikan
penerbitan buku ini. Seterusnya setinggi-tinggi terima kasih kepada Hajah Maimunah binti Hussein,
PhD.( Pensyarah Kanan IABCU) , dan Hajah Noor Ashikin Binti Haji Shahrom, KB.PA (Kaunselor
IABCU) selaku mentor dalam menjayakan aktiviti ini. Menjadi satu harapan kepada pihak pengurusan
agar penerbitan buku yang menghimpunkan projek-projek amalan terbaik kepimpinan Pendidikan
Daerah Seberang Prai Tengah ini dapat dijadikan rujukan oleh para pemimpin sekolah.
Semoga usaha ini dapat membantu memantapkan kepemimpinan sekolah sentiasa berfikir dan bekerja
secara ‘Think Big : Make It Happen Do It Together ‘ , memaksimumkan potensi guru dan
melahirkan murid “Anak Baik Lagi Cerdik” menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan
pembelajaran serta iklim pembelajaran ceria yang kondusif di sekolah sejajar tujuh teras KPM dengan
konsep MADANI. Hal ini adalah selaras dengan Anjakan ke 5 PPPM 2013-2025. Oleh itu, usaha
mendokumentasikan perkongsian amalan terbaik ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin.
Setinggi-tinggi Tahniah dirakamkan kepada MPSM M7, MPSM M8, semua pembentang, penulis
laporan dan semua pihak terlibat yang telah memberi komitmen tinggi dalam menghasilkan amalan
terbaik projek sekolah .
Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya dan diharapkan buku kompilasi ini dapat memberi
manfaat kepada para pemimpin sekolah serta beroleh rahmat Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

Haji Suhaimi bin Abdullah B.C.N


Pegawai Pendidikan Daerah
PPD Seberang Prai Tengah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Think Big : Make It Happen Do It Together 3


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

Kata pengantar
Timbalan Sektor Pengurusan Sekolah PPD
Seberang Prai Tengah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ucapan terima kasih kepada SIPartners+, Jawatankuasa


Perkongsian dan Penerbitan Amalan Terbaik Pemimpin
Berkesan yang julung kali diilhamkan di Sektor
Pengurusan Sekolah PPDSPT dengan tujuan
memperkasakan kepimpinan PGB melalui perkongsian
ilmu.
Perkongsian Amalan Terbaik dalam kalangan PGB telah mewujudkan ruang di kalangan pengetua guru
besar berkongsi pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman yang menjadi suri teladan kepada
rakan PGB khususnya PGB baharu, seterusnya dapat membuka minda dan mencetus idea pemimpin-
pemimpin sekolah dalam merancang serta melakukan perubahan yang memberi impak kepada
kemenjadian murid secara holistik.
Penerbitan ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada seluruh warga pendidik ke arah
peningkatan profesionalisme dan kompetensi pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
Aktiviti Perkongsian Amalan Terbaik dan penulisan laporan ini adalah hasil usaha gigih daripada
banyak pihak sama ada di PPDSPT dan pihak luar.
Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pembentang dan ahli jawatankuasa atas
kejayaan cemerlang penganjuran aktiviti ini. Semoga hasrat murni perkongsian dan penulisan laporan
amalan terbaik ini memberi impak sejajar dengan matlamat Anjakan 5 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Malaysia MADANI.

Shuhada bin Ibrahim


Timbalan Sektor Pengurusan Sekolah PPD
Seberang Prai Tengah Kementerian
Pendidikan Malaysia

Think Big : Make It Happen Do It Together 4


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

Dari Meja
Ketua Editor
Aktiviti Perkongsian Amalan Terbaik dan
penulisan laporan seterusnya kepada penerbitan
buku Kompilasi Amalan Terbaik Pemimpin
Berkesan 2023 merupakan suatu usaha
merealisasikan anjakan ke-9 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Buku
terbitan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang
Prai Tengah (PPDSPT) ini mengandungi koleksi projek yang telah ilaksanakan di sekolah-
sekolah menengah dan sekolah-sekolah rendah di Daerah Seberang PeraiTengah oleh
barisan kepimpinan dan guru. Projek-projek yang dimuatkan di dalam buku ini bertujuan
untuk menjadi rujukan dan pencetus idea kepada kepimpinan pendidikan sekolah untuk
melaksanakan projek-projek seumpamanya yang menekankan usaha ke arah mewujudkan
sekolah kualiti. Projek-projek yang terkandung di dalam buku ini merupakan hasil usaha
pihak sekolah dalam menyelesaikan dan menangani pelbagai isu yang dihadapi dengan
bantuan dan sokongan warga sekolah serta pihak luar seperti PIBG, KSIB, ibu bapa, alumni,
komuniti, agensi dan rakan strategik. Projek-projek yang telah dijalankan merangkumi 9 buah
dalam bidang Kurikulum, 5 dalam bidang Hal Ehwal Murid, 2 dalam bidang KoKurikulum , 1
dalam bidang Kewangan, 2 dalam bidang Perhubungan Luar dan 1 bidang Pengurusan
Kepimpinan Organisasi. Diharapkan buku Kompilasi Amalan Terbaik Kepimpinan Berkesan
ini dapat membantu para pemimpin pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah menjadi lebih
proaktif, kreatif dan inovatif dalam memajukan sekolah masing-masing sejajar dengan Tujuh
Teras Utama KPM dan konsep Malaysia MADANI di samping menghasilkan impak yang
positif terhadap kemenjadian murid serta kelestarian sekolah.

Akhir kata, pihak editor mengucapkan jutaan terima kasih serta ucapan tahniah kepada Pengetua, Guru
Besar, Penolong Kanan, Ketua Panitia dan guru-guru yang turut sama berusaha gigih menyumbang
penulisan laporan projek amalan terbaik ini.

Zalina binti Harisun


Ketua Editor
Pegawai Pengupayaan Kepimpinan Sekolah (SIP+) PPD
Seberang Prai Tengah

Think Big : Make It Happen Do It Together 5


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK


PGB DAERAH SEBERANG PRAI TENGAH 2022/2023

PENGENALAN
Matlamat Anjakan 5 PPPM 2013-2025: Menempatkan Pemimpin Berprestasi Tinggi di setiap Sekolah.
Sejajar dengan 9 bidang kompetensi kepimpinan Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia (SKKSM), PGB perlu sentiasa dibugarkan samada daripada segi pengetahuan, kemahiran
mahupun nilai.
Sehubungan dengan itu aktiviti Perkongsian Amalan Terbaik PGB ini dirancang dengan tujuan
mewujudkan ruang dan peluang perkongsian amalan terbaik dalam kalangan PGB supaya dapat
mengetengahkan PGB sebagai pemimpin instruksional dan perubahan di sekolah. Ruang perkongsian
yang diberikan kepada PGB yang membentang dapat menyuntik semangat dan memperkukuh jati diri
sebagai pengurus dan pemimpin institusi pendidikan dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini.
Pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman para pembentang dapat menjadi suri teladan kepada
sesama rakan PGB. Pembentangan merangkumi bidang Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi,
Pengurusan Kurikulum. Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pentadbiran
Pejabat, Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal, Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan
dan Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Perhubungan Luar. Bahan perkongsian amalan
terbaik ini akan dikumpulkan dan diterbitkan dalam bentuk e-Book sebagai perkongsian kepada semua
pemimpin pendidikan.

OBJEKTIF
1. Mewujudkan platform perkongsian ilmu kepemimpinan dalam 9 bidang kompetensi
SKKSM.
2. Memantap dan memperkukuhkan jati diri PGB melalui perkongsian ilmu
kepemimpinan daripada rakan sekerja.
3. Peningkatan profesionalisme kepemimpinan PGB PPD Seberang Prai Tengah.

Think Big : Make It Happen Do It Together 6


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : Hj Suhaimi bin Abdullah (Pegawai Pendidikan Daerah) Pengerusi
: Shuhada bin Ibrahim (Timbalan Sektor Pengurusan Sekolah)
Timbalan Pengerusi : Hj. Mohd. Fuad bin Mohd Khir (Timbalan Sektor Perancangan)
Saipollizan bin Saad (Timbalan Sektor Pembelajaran) Shimsol
bin Kasim (Timbalan Sektor Pembangunan Murid)
Setiausaha : Zalina binti Harisun
Bendahari : Nadia binti Abdul Hamid
Mentor Penerbitan : Hajah Maimunah binti Hussein, PhD.
(Pensyarah Kanan, IABCU )
: Hajah Noor Ashikin Binti Haji Shahrom KB.PA
(Kaunselor, IABCU)
Ketua Editor : Zalina binti Harisun

Urus Setia : Jawatankuasa Sijil & Surat Menyurat :


Baharuddin bin Hashim (SIPartners+) Yuhana binti Mohd Yusof
Hj. Ramli bin Ahmad (Pengerusi MPSM M8) Hj Nor Faizah binti Hassan
Dainuri bin Ramly (Pengerusi MPSM M7) Jabri Nor Liza binti Mobin
bin Hasan (Pengerusi MGB Zon Tengah) Jura binti Nor Azmah binti Abu Bakar
Hamid (S/U MGB ZonTengah) Baiyed bin Rifaie
(GB Juara)

Pengacara & Moderator : Rakaman/ICT :


Roslen bin Abd Ghani (Pegawai SISC+)
Nabila binti Abdul Rahim
Khairolajman bin Ismail (Pegawai SISC+)
Mohd Noor bin Jakaria
Nor Shifa binti Saad (Pegawai SISC+)
Nur Anna binti Abdullah (Pegawai SISC+)

Pembimbing PAT Satelit & Eminent :


Ramlan bin Mislan
Hilmi bin Mohd Zain
Muhammad Haniff bin Mansor
Mohd Fuad bin Bakar
Liang Chee Kin Norulamin bin Ismail
Shahril Azrul bin Mohd Sohaimi
Syuhairah binti Abdul Rahman

Think Big : Make It Happen Do It Together 7


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

SENARAI PENULIS LAPORAN

TAJUK PENULIS ORGANISASI


A-T-W-I-O-D Bujang Bin Sayem (P) SMK Penanti
bujangsayem@gmail.com
Guru Muda Permata Sayang Salizawati binti Omar (GB) SK Permatang To’ Kandu
Nor Azizah binti Salleh (G) salizawati6874@gmail.com
SURPRISE BOX Safuan bin Shuib (GB) SK Kebun Sireh
safuanshuib73@gmail.com

Projek 1 Guru : 1 Buku Wan Roha binti Wan Ibrahim SK Pendidikan Khas Alma
(GB) wanroha5618456@gmail.com
Arca Kemesraan Latifah binti Md Yusof (GB) SK Bukit Teh latifah5296@gmail.com
Salina bt Musa (G)
Lee Khee Kie (G)
Penjaminan Kualiti PBD 4P Ramli bin Ahmad SMK Taman Inderawasih
ramli0001pgt@gmail.com
SIT IN SEJaBM SATU Noor Lila binti Zakaria (P) SMK Bandar Baru Perda
PERMULAAN Hanisah binti Othman (G) Siti noorellan@gmail.com
Norsyiqah binti Azmi (G)
SMART PARTNERSHIP Hasni Binti Saman (GB) SK Seri Penanti
hasnisaman@gmail.com
STEM ORIENTATED Beh Khoon Seng (GB) SJKC Sin Ya
SCHOOL g-27225187@moe-dl.edu.my
“HiTS” Fun Sook Han (GB) SJKC Keow Kuang
ytongtan@gmail.com
PROGRAM KELAS Roslan bin Abu Hasan (GB) SK Pauh Jaya
TERHEBAT lantokun@yahoo.com.my
MENCELUK POKET KE Vijayaletchumi a/p Vairavan SMK Prai
MENUNDUK DIRI (P) pea0001@jpnpp.edu.my
Tabung “Tik Tok” Che Asa Binti Chat SK Seberang Jaya
Rohani Binti Ayop cheasachat19@gmail.com

“ROAD TO” AUDIT Haji Mohamad Pisal Bin A SMK Guar Perahu
KEWANGAN CEMERLANG Bakar, PhD. (P) pak_anjang64@yahoo.com

Payung Mutiara Dainuri bin Mohd Ramly (P) SMK Berapit


dainurim@gmail.com
MABUK #30 Hari Jura binti Hj Hamid (GB) SK Machang Bubok II
Jura_hamid@yahoo.com.my
FROM ZERO TO HERO Aziah binti Yahaya SMK Permai Indah
Manjie_92@yahoo.com

FLORIKULTUR Balkis binti Kader Bawa SK Convent


PBB0018@moe.edu.my
PERKASAKAN DIRIKU Azhan bin Abdullah Smk Pauh Jaya
CIKGU 67azhanabdullah@gmail.com

Rediri22 #SharingIsCaring Zalina binti Harisun SIPartners+ PPDSPT


Zaini bin Mat Zain zalinaharisun@moe.gov.com
Baharuddin bin Hashim

Think Big : Make It Happen Do It Together 8


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

A-T-W-I-O-D

Bujang Bin Sayem


Pengetua
SMK Penanti

bujangsayem@gmail.com

ABSTRAK
Murid-murid merupakan aset negara yang bernilai yang perlu dijaga, diasuh dan
didik kerana mereka merupakan generasi pemimpin pada masa hadapan. Namun,
terdapat murid yang tidak berkeyakinan diri dan berketerampilan dalam sesuatu
bidang yang diceburi disebabkan masalah penguasaan Bahasa kedua , terutama
Bahasa Inggeris. Justeru itu, SMK Penanti merancang program Around The World
In One Day ( A-T- W-I-O-D ) bagi menyuntik semangat murid dan memberi impak ke
arah penambahbaikan potensi diri sejajar dengan minat dan kebolehan mereka
untuk mencapai kecemerlangan serta jati diri sebenar. Program ini diperkenalkan di
bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa
Inggeris dalam kalangan murid melalui penggunaan Bahasa Inggeris yang lebih
meluas di sekolah. Program ini melibatkan seramai lebih darpada 530 orang pelajar 86
orang guru dan 22 orang pelajar luar pelajar sekolah. Hasil pelaksanaan program ini
telah menunjukkan perubahan ketara dalam penglibatan dan penguasaan murid
dalam Bahasa Inggeris serta memberi impak terhadap kecemerlangan dan
kemenjadian murid dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Hasil
komitmen dan kesungguhan melaksanakan program ini, SMK Penanti telah
mendapat pengiktirafan JPNPP untuk mewakili Pulau Pinang dalam International
Conference on English Language ( ICEL ) di Hotel Royale Chulan , Negeri Sembilan
pada 26 – 28 Ogos 2022 . Program ini akan diteruskan dan ditambahbaik dari masa
ke semasa .

Kata kunci: Bahasa Inggeris, pupuk, minat, jati diri

Think Big : Make It Happen Do It Together 9


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

Guru Muda Permata Sayang

Salizawati binti Omar


Guru Besar

Nor Azizah binti Salleh


Guru
Sekolah Kebangsaan Permatang To’ Kandu

salizawati6874@gmail.com

Abstrak
Membaca merupakan satu kemahiran penting untuk dikuasai dalam kehidupan
setiap individu kerana kemahiran ini merupakan asas kepada kebolehan seseorang
individu itu untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Kelemahan menguasai
kemahiran membaca dan menulis akan menjadikan seseorang murid itu tidak
berminat untuk belajar. Bagi memastikan murid-murid pemulihan khas Sekolah
Kebangsaan Permatang To’ Kandu mendapat intervensi dan bimbingan yang
berkesan, sekolah ini telah mengambil inisiatif melaksanakan program Guru Muda
Permata Sayang yang berkonsepkan bimbingan rakan sebaya bagi membantu
murid-murid pemulihan khas Tahun 2 dan Tahun 3 yang masih belum menguasai
kemahiran membaca dan menulis. Dapatan kajian menunjukkan hasil intervensi
yang telah dilaksanakan ini seramai 34 orang murid pemulihan khas Kelas Permata
Sayang telah berjaya mencapai tahap penguasaan minimum iaitu TP 3 bagi bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam Pentaksiran Bilik Darjah Akhir Tahun 2021
sekali gus telah pun mencapai sasaran KPI yang telah ditetapkan. Selain itu,
kepimpinan juga merupakan faktor penting untuk meningkatkan pencapaian
akademik murid dalam menentukan kecemerlangan sekolah. Oleh yang demikian,
guru besar sekolah ini telah mengamalkan pelbagai gaya kepimpinan bagi
memastikan beliau berupaya meningkatkan pencapaian akademik murid-murid di
sekolah beliau.

Kata kunci: kemahiran membaca dan menulis, intervensi membaca dan menulis,
pemulihan khas, gaya kepimpinan guru besar

Think Big : Make It Happen Do It Together 10


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

SURPRISE BOX

Safuan bin Shuib


Guru Besar
SK Kebun Sireh

safuanshuib73@gmail.com

Abstrak
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan salah satu elemen di dalam Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang menjadi kayu ukur tahap kemenjadian murid dalam
akademik. Berdasarkan tinjauan, dapatan data PBD tahun 2019 dan 2020
menunjukkan tahap pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris masih pada tahap
yang rendah berbanding mata pelajaran lain. Justeru satu program intervensi telah
dilaksanakan di SK Kebun Sireh yang dinamakan Program Inovasi “Surprise Box” .
yang dilaksanakan secara jaringan di antara Unit Pusat Sumber Sekolah dan Panitia
Bahasa Inggeris bagi menghasilkan satu inovasi yang murah, mampu dan mudah
dibina. Seterusnya inovasi ini berupaya memberi keseronokan kepada murid –
murid untuk beraktiviti berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan secara tak
langsung meningkatkan penguasaan murid – murid dalam Bahasa Inggeris.
“Surprise Box” merupakan satu kotak terpakai yang telah diubahsuai, dihias dan di
dalamnya terdiri daripada alatan permainan. Program ini merupakan satu inisiatif
pihak sekolah bagi menarik minat murid – murid kepada Bahasa Inggeris,
meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam PBD seterusnya adanya di
kalangan murid yang mampu ke hadapan dalam menyertai aktiviti pertandingan
Bahasa Inggeris. Hasil daripada program ini, terdapat impak yang positif apabila
adanya peningkatan tahap penguasaan PBD Bahasa Inggeris pada tahun 2021
dengan purata 10% dan adanya penyertaan murid dalam aktiviti pertandingan
Bahasa Inggeris.

Kata kunci: Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Tahap


Penguasaan

Think Big : Make It Happen Do It Together 11


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

Projek 1 Guru : 1 Buku

Wan Roha binti Wan Ibrahim


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma

wanroha5618456@gmail.com

ABSTRAK
Buku atau bahan bacaan dalam tulisan Braille merupakan satu medium komunikasi
penting bagi Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) ketidakupayaan
penglihatan khususnya kategori buta dan rabun teruk. Bilangan buku yang agak
terhad kerana kesukaran mendapatkan bekalan, di tambah juga dengan perubahan
atau pindahan Kod Braille yang terkini boleh mendatangkan kesan yang negatif
kepada MBPK ketidakupayaan penglihatan, ianya seolah- olah menidakkan peluang
MBPK ketidakupayaan penglihatan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui
pembacaan seperti murid-murid di aliran perdana. Melalui Projek 1 Guru : 1 Buku
iaitu guru perlu pindah tulis dari bahan bacaan cetakan biasa ke dalam bahan
bacaan tulisan Braille menggunakan kod Braille yang terkini iaitu pindaan Kod
Braille Bahasa Melayu 2020 . Ianya merupakan usaha guru-guru termasuk
pentadbir yang mana kesemua mereka wajib menyediakan sekurang-kurangnya 1
buku atau bahan bacaan yang dipindah tulis dari tulisan biasa kepada tulisan Braille
mengguna pakai kemudahan yang tersedia di sekolah seperti perisian terjemahan
Braille dan juga mesin pencetak tulisan Braille iaitu mesin Embosser. Usaha ini juga
boleh mendorong MBPK ketidakupayaan penglihatan untuk menjadikan amalan
membaca sebagai satu budaya dan seterusnya boleh memperbanyakkan bilangan
buku yang ada di dalam perpustakaan sekolah. Pada masa akan datang projek ini
akan diperluaskan dengan penglibatan pihak luar atau mana mana NGO yang
sanggup menjadi sukarelawan bagi sama-sama membantu demi anak-anak
istimewa ataupun MBPK ketidakupayaan penglihatan SKPK Alma.

Kata kunci: tulisan Braille, MBPK, ketidakupayaan penglihatan, pindah tulis,


pindaan Kod Braille Bahasa Melayu 2020

Think Big : Make It Happen Do It Together 12


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

Arca Kemesraan

Latifah binti Md Yusof


Guru Besar

Salina bt Musa
Lee Khee Kie Guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Teh

latifah5296@gmail.com

ABSTRAK
Masalah membaca di kalangan murid prasekolah bukanlah perkara baru bagi guru-
guru prasekolah. Pelbagai kaedah dan teknik mengajar telah digunakan untuk
mengatasi masalah ini bagi membantu menyelesaikan masalah penguasaan
membaca murid. Program Arca Kemesraan yang dicadangkan ini menjadi program
serampang dua mata yang menjadikan konsep kolabortif melalui aktiviti seni kratif
sebagai platformnya. Projek ini membincangkan tentang penggunaan seni kreatif
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan kemahiran membaca kanak-kanak
prasekolah bagi mengatasi masalah murid yang belum menguasai kemahiran
membaca. Justeru, diharapkan dapat menonjolkan etos dan kebitaraan sekolah ini
dan dalam masa yang sama dapat memberi nilai tambah ke arah prasekolah
berkualiti dalam kemenjadian murid melalui aktiviti kolaboratif. Strategi pelaksanaan
bagi menjayakan projek ini menekankan kepada strategi 6P iaitu Perancangan,
Pelaksanaan, Pemantauan, Penilaian, Penambanbaikan dan Pendokumentasian.
Impak dari projek ini ternyata telah dapat meningkatkan kualiti kemenjadian murid-
murid khususnya murid prasekolah SK Bukit Teh kerana kelas prasekolah sekolah
ini telah diberikan penarafan Kelas Pramutiara 5 Bintang. Kemenjadian murid pula
dapat dilihat setelah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori pembentangan dan
pameran Hasil Kerja Murid Terbaik dalam karnival Bintang Satelit Peringkat Negeri
Pulau Pinang Tahun 2022.

Kata kunci: seni kreatif, pengajaran dan pemudahcaraan, kolaboratif, kemahiran


membaca, kanak-kanak prasekolah

Think Big : Make It Happen Do It Together 13


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

Pembudayaan Penjaminan Kualiti PBD 4 P

Ramli bin Ahmad


Pengetua
SMK Taman Inderawasih

ramli0001pgt@gmail.com

ABSTRAK
Program Pembudayaan Penjaminan Kualiti PBD 4P di SMK Inderawasih
memfokuskan kepada usaha yang dilakukan untuk mempastikan pelaksanaan PBD
di sekolah ini dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh LP
KPM. Bagi menjamin keberkesanan proses pelaksanaan PBD oleh guru-guru di
sekolah ini, Pengetua mengambil inisiatif membudayakan proses langkah
penjaminan kualiti dengan memberi penekanan kepada kefungsian pementoran,
penyelarasan, pengesanan dan pemantauan (4P) terhadap personel yang
dipertanggungjawabkan. Pembudayaan ini adalah tahap maksimum selepas
pembugaran PBD di peringkat sekolah. Kaedah PDCA dipraktikan dengan 3 jenis
instrumen semakan pelaksanaan PBD. Program ini ternyata menghasilkan
perubahan penerimaan dan amalan guru terhadap PBD. Amalan PBD yang baik
dapat dibudayakan dan PBD lebih berkesan dengan pentaksiran yang ada kesahan
dan kebolehpercayaan.

Kata kunci: PBD, Penjaminan Kualiti PBD, kesahan dan kebolehpercayaan

Think Big : Make It Happen Do It Together 14


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

SIT IN SEJaBM SATU PERMULAAN

Noor Lila binti Zakaria


Pengetua

Hanisah binti Othman


Siti Norsyiqah binti Azmi
Guru SMK Bandar Baru Perda

noorellan@gmail.com

ABSTRAK
SIT IN SEJaBM SATU PERMULAAN merupakan satu program menggembleng
warga sekolah, ibubapa, komuniti dan pihak swasta di persekitaran Bandar Baru
Perda. Ia melibatkan sembilan pihak luar dalam bentuk jaringan dan jalinan bagi
menghasilkan kemenjadian pelajar SMK Bandar Baru Perda terhadap peratus
kehadiran dan pencapaian Sijil Pelajar Malaysian (SPM ) 2022. Program ini terdiri
daripada beberapa projek dan aktiviti yang telah dirancang, disusun bagi
memastikan SMK Bandar Baru Perda mencapai hasil terbaik dalam Layak Sijil dan
SPM 2022. Pembelajaran Santai SIT IN SEJaBM merupakan kaedah pengajaran
dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti program ini dan
memudahkan pelajar untuk mengingati setiap teknik menjawab dalam topik yang
dipelajari. Terdapat dua kaedah perlaksanaan teknik ini iaitu pembelajaran dengan
aktiviti kulinari dan pembelajaran dengan aktiviti tayangan video. Projek dan aktiviti
ini disusun sebegitu rupa bertujuan membantu anak-anak pelajar dalam kalangan
status sosioekonomi rendah (SES) mendapat bimbingan selayaknya dalam
memperoleh Layak Sijil untuk Peperiksaan Percubaan SPM dan seterusnya SPM
2022. Terdapat impak positif peningkatan prestasi layak sijil dalam Peperiksaan
Percubaan SPM 2022.

Kata kunci: jalinan dan jaringan, sosioekonomi rendah, layak sijil, kulinari, tayangan
video

Think Big : Make It Happen Do It Together 15


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

SMART PARTNERSHIP

Hasni Binti Saman


Guru Besar
SK Seri Penanti

hasnisaman@gmail.com

ABSTRAK
Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan satu inisiatif dalam memacu
dunia pendidikan ke arah yang lebih baik. Matlamat program TS25 adalah satu
usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui transformasi dalam lima teras
termasuklah melahirkan guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi. Pencapaian
murid menerusi bidang akademik menjadi keutamaan bagi memastikan
kemenjadian murid dapat dilaksanakan dengan baik. Namun begitu, pencapaian
PBD yang tidak konsisten telah menjadi isu dan cabaran utama dalam usaha
meningkatkan prestasi serta kualiti kurikulum murid. Satu Program ‘Smart
Partnership’ telah dibentuk dalam usaha meningkatkan kualiti PdPC guru menerusi
PLC yang berkesan dengan memfokuskan kepada peningkatan ekosistem PAK21 di
dalam dan diluar bilik darjah bagi meningkatkan kemenjadian murid serta
pencapaian akademik. Pelaksanaan ialah melalui kaedah Profesional Learning
Community (PLC) sistem mentor, Dialog Prestasi Berkesan dan Mesra Coaching &
Mentoring. Kesan yang dapat dilihat ialah Pemimpin Pertengahan lebih
menunjukkan keyakinan dalam melaksanakan tugas dalam bidang masing-masing
dan terdapat peningkatan kualiti guru dalam bidang pembelajaran digital melalui
program Microsoft Innovative Educato iaitu 2 orang guru telah mendapat
pengiktirafan MIE dan akan menjadi mentor kepada guru yang lain. Impaknya
terdapat peningkatan dalam pencapaian PBD. Ini merupakan satu kejayaan yang
membanggakan di mana pihak sekolah berjaya membuktikan keberkesanan
program ‘Smart Partnership’ yang telah dirancang.

Kata kunci: ekosistem PAK21, Profesional Learning Community, Dialog Prestasi


Berkesan, Mesra Coaching & Mentoring, Pemimpin Pertengahan

Think Big : Make It Happen Do It Together 16


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

STEM ORIENTATED SCHOOL

Beh Khoon Seng


Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Ya

g-27225187@moe-dl.edu.my

ABSTRAK
Dalam konteks negara kita, pendidikan STEM ini adalah salah satu daripada agenda yang
diberi penekanan dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Dengan ini, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan
pendedahan STEM kepada semua murid sekolah Sin Ya melalui aktiviti kokurikulum yang
dijalankan di sekolah. Fokus utama ialah untuk menjadikan sekolah Sin Ya STEM Orientated
School. Tanggapan murid-murid bahawa STEM ini suatu pembelajaran yang sukar perlu
dikikis bagi mengelakkan mereka terus menjauhi bidang ini. Objektif projek ini ialah untuk
meningkatkan pendedahan STEM dalam kalangan murid-murid sekolah melalui aktiviti ko-
kurikulum. Inisiatif projek ialah menaik taraf kemudahan bilik komputer sekolah dengan
menubuhkan dua buah makmal STEM dan kerjasama dengan Arus Academy melalui
program e-JMC dan e- YMC. Murid didedahkan dengan ilmu dan praktikal untuk
menyiapkan serta membentangkan projek STEM menggunakan Microbit & MakerUno .
Murid berpeluang menyertai pelbagai pertandingan STEM yang diadakan sama ada di
peringkat negeri mahupun di peringkat antarabangsa. Antara impaknya ialah pencapaian
Gold peringkat antarabangsa dalam pertandingan Malaysia International Mathematical
Arithmetic For School (MIMAS) – MMI ; Naib Johan peringkat kebangsaan dalam 1st
STEAM Cup Malaysia @ Northern 2019; pencapaian Gold peringkat antarabangsa dalam
Southeast Asian Mathematical Olympaid 2020 (SEAMO) dan Johan peringkat antarabangsa
dalam 2021 International Flash Computing Contest.

Kata kunci: STEM, Kokurikulum, naik taraf bilik komputer

Think Big : Make It Happen Do It Together 17


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

“HiTS”

Fun Sook Han


Guru Besar
SJKC Keow Kuang

ytongtan@gmail.com

ABSTRAK
Projek Sekolah Satelit dilaksana untuk meningkatkan nama SJKC Keow Kuang
supaya menjadi sekolah pilihan masyarakat setempat. Pelibatan PIBG, LPS, Alumni
dan PIBKS dengan sekolah dalam menjayakan projek ini amatlah penting. Projek ini
disasarkan kepada golongan waris yang tinggal di sekitar kawasan sekolah.
Enrolmen murid SJKC Keow Kuang menunjukkan penurunan sejak 2012. Pihak
sekolah atas kerjasama PIBG telah merancangkan Program Hidangan Berkhasiat di
sekolah (HiTS) sebagai tarikan kepada waris sejak tahun 2018. Penambahbaikan ini
dilaksanakan dengan mempromosikan amalan pemakanan secara sihat melalui
pendekatan pemberian makanan yang berkhasiat dan dapat mememuhi 20%
hingga 30% keperluan kalori harian murid. Penyediaan makanan oleh pengusaha
kantin sekolah dengan khidmat nasihat yang diberikan oleh Pegawai Sains
Pemakanan. Selain penurunan enrolmen murid, hasil analisis berat badan murid-
murid pada bulan Februari 2019 menunjukkan 29.3% murid di sekolah ini adalah
obes dan 9.8% murid adalah kurang berat badan. Maka, Program Hidangan
Berkhasiat Di Sekolah (HiTS) telah dilaksanakan bermula pada 12 Jun 2019 dengan
penyertaan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 seramai 435 orang murid. Program HiTS
telah melahirkan golongan murid yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Impak kepada enrolmen murid ialah purata peningkatan sebanyak 10%
setiap tahun di mana pada tahun 2019 jumlah murid 587 orang dan pada tahun
2022 ialah 770 orang murid.

Kata kunci: Hidangan Berkhasiat, Enrolmen, PIBKS, Obes

Think Big : Make It Happen Do It Together 18


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

PROGRAM KELAS TERHEBAT

Roslan bin Abu Hasan


Guru Besar
SK Pauh Jaya

lantokun@yahoo.com.my

ABSTRAK
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) menekankan penghasilan kemenjadian murid
yang seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kesemua aspek ini
menjadi tanggungjawab semua tenaga kerja yang berkhidmat di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjayakannya. Untuk merealisasikan 4
aspek ini, pihak sekolah sering disabotaj dengan masalah - masalah sahsiah dan
adab murid - murid. Masalah - masalah seperti ponteng, buli, vandalisma dan rokok
sering menghantui sebahagian besar pendidik. Program Kelas Terhebat dicetuskan
dengan harapan besar untuk mengatasi semua permasalahan tersebut. Setiap
kelas akan diperuntukkan 100 markah setiap bulan bagi mengadili 4 aspek program
iaitu Hebat Ceria, Hebat Bersih, Hebat Hadir dan Hebat Disiplin. Semua markah
akan dikumpulkan hingga ke penghujung tahun dan kelas yang paling hebat akan
dinobatkan sebagai johan yang akan memenangi hadiah utama yang disumbangkan
oleh PIBG. Program ini digarap dengan teliti agar ianya menjadi relevan untuk
sepanjang tahun dan boleh diteruskan untuk tahun- tahun mendatang. Program ini
mendapat sokongan dan sumbangan kewangan yang padu dari PIBG dan juga
mendapat sumbangan dalam bentuk program daripada agensi – agensi luar. Antara
kejayaan yang diraikan ialah Anugerah Pengurusan Pembangunan dan
Pengembangan Sahsiah Terpuji Gemilang Peringkat Negeri dan Kebangsaan tahun
2021 serta Anugerah Pengurusan Program Minda Sihat Proaktif peringkat Negeri
dan Kebangsaan.

Kata kunci: Kelas Terhebat, Hebat Ceria, Hebat Bersih, Hebat Hadir, Hebat Disiplin

Think Big : Make It Happen Do It Together 19


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

MENCELUK POKET KE MENUNDUK DIRI

Vijayaletchumi a/p Vairavan


Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Prai

pea0001@jpnpp.edu.my

ABSTRAK
Indikator penerimaan ilmu dapat diukur melalui perubahan tingkah laku atau lebih
dikenali sebagai kemenjadian murid dan proses ini berterusan hingga ke akhir
persekolahan. Sekolah Menengah Kebangsaan Prai (SMK Prai) yang lebih dikenali
sebagai sebuah sekolah yang tercorot di negeri Pulau Pinang berdepankan dengan
isu murid yang masih tidak dapat menerima nasihat para guru yang bertungkus
lumus untuk membentuk sahsiah dan akhlak mereka. Mereka mendabik dada
apabila guru- guru memberi nasihat. Murid-murid lelaki menceluk poket dan murid-
murid perempuan berkata-kata sambil berjalan apabila guru-guru memberi nasihat.
Peribadi mereka perlu diubati sehingga hati nurani mereka menjadi lembut untuk
mereka meminjamkan telinga kepada nasihat para guru. Akhirnya , tiga tagline iaitu
“Terima Kasih Cikgu” , “Maafkan Saya Cikgu” dan “Saya Sayang Cikgu”
diperkenalkan di kalangan seluruh warga SMK Prai. Tiga tagline tersebut diamalkan
oleh murid dengan mengeluarkan tangan daripada saku dan meletakkan di dada kiri
(jantung) sambil menunduk diri mengucapkan ungkapan tagline tersebut mengikut
situasi. Amalan ini telah menjadi budaya di SMK Prai sebagai tanda murid
menghormati guru. Kejayaan kecil ialah mendapat pengiktirafan penghargaan
‘Tahniah’ daripada Pengarah JPN Pulau Pinang Tuan Haji Rashid bin Abdul Samad
dan Pegawai Pendidikan Daerah PPDSPT Tuan Haji Suhaimi bin Abdullah dalam
kunjungan pada 9 Januari 2023. Selain daripada itu data SSDM sahsiah terpuji
murid meningkat.

Kata kunci: menceluk poket, menunduk diri, tiga ‘tagline’, sahsiah, akhlak

Think Big : Make It Happen Do It Together 20


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

Tabung “Tik Tok”

Che Asa Binti Chat


Guru Besar

Rohani Binti Ayop


Guru
SK Seberang Jaya

cheasachat19@gmail.com

ABSTRAK
Dalam usaha mengejar dan mencapai kecemerlangan sesebuah sekolah, sahsiah
murid dilihat sebagai fokus utama. Melihat pada sikap murid, tentang tidak peduli
dengan duit syiling yang dijumpai, duit syiling dijumpai tidak dipulangkan kepada
empunya atau diserahkan kepada guru bertugas dan yang dipertanggungjawabkan
maka sudah tentu akan timbul isu seperti sikap tidak peduli dan tiada kejujuran
dalam diri seseorang individu akan berlaku. Sebuah inovasi fizikal yang dinamakan
tabung “Tik Tok” telah dicipta bagi menangani isu duit yang dijumpai di persekitaran
sekolah. Tujuan untuk memupuk sikap jujur dan minat murid terhadap aktiviti
menghimpun duit yang dijumpai di dalam satu bekas khas. Murid memasukkan duit
syiling yang dijumpai ke dalam Tabung “Tik Tok” kerana tabung ini akan
menghasilkan lantunan bunyi yang berbeza-beza apabila syiling yang dimasukkan
berbeza mengikut kecil dan besar saiznya. Pelaksanaan tabung “Tik Tok” ini
menyebabkan iklim sikap dan kejujuran murid telah berubah dengan keinginan
kefahaman murid terhadap amalan menabung dan secara tidak langsung dapat
membentuk sikap membantu insan yang memerlukan bantuan. Kejayaan kecil yang
diraikan ialah peningkatan data SSDM dalam aspek sukarelawan 95% dan amanah
85%.

Kata kunci: sahsiah, duit syiling, tabung, lantunan bunyi, sukarelawan, amanah

Think Big : Make It Happen Do It Together 21


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

.“ROAD TO” AUDIT KEWANGAN CEMERLANG

Haji Mohamad Pisal Bin A Bakar, PhD.


Pengetua
SMK Guar Perahu

pak_anjang64@yahoo.com

ABSTRAK
‘Road to’ audit cemerlang merupakan satu projek menggembleng warga sekolah
mengamalkan prosedur kewangan yang betul, tepat dan sistematik. Audit
cemerlang bukanlah satu anugerah yang mudah diperoleh tetapi menjadi hasrat
semua pengetua dan guru besar. Bagi mencapai anugerah ini beberapa langkah
perlu dirancang agar mencapai hasrat tersebut. Antara langkah yang telah dibuat
ialah mematuhi prosedur kewangan mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan Dan
Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah dengan betul disamping melaksanakan
pengurusan kewangan secara tekal dan sistematik. Bagi mencapai hasrat ini, guru
dan AKP diberi latihan dalam perkhidmatan bagi menguruskan kewangan yang
betul, memperkenalkan borang- borang dan senarai semak sebagai alat
pemantauan. Peranan utama diberikan kepada semua penanda tangan cek ialah
menyemak semua dokumen berkaitan baucer pembayaran serta berdasarkan
senarai semak yang disediakan. Hasil dari budaya kerja ini akhirnya sekolah telah
mendapat anugerah audit cemerlang dua tahun berturut-turut dari Jabatan Audit
Negara. Penambaikan sentiasa dilakukan dari cadangan dan dapatan dari guru-
guru dan akp terhadap dasar kewangan sekolah dan amalan harian mereka.

Kata kunci: Audit Cemerlang, prosedur, kewangan, budaya kerja

Think Big : Make It Happen Do It Together 22


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

Payung Mutiara

Dainuri bin Mohd Ramly


Pengetua
SMK Berapit

dainurim@gmail.com

ABSTRAK
Berapit merupakan salah satu kawasan yang mempunyai alam semulajadi yang
masih terpelihara. Komuniti di Berapit bekerja sebagai penoreh getah, penaman
pokok gaharu dan menanam sayur. Amalan sekolah hijau adalah penting bagi
mengekalkan alam semulajadi yang masih terpelihara. SMK Berapit telah
mengamalkan beberapa aktiviti sekolah hijau untuk menyahut seruan ini. Sokongan
dan sumbangan daripada pihak luar kepada sekolah telah menyebabkan SMK
Berapit telah mengharumkan nama sekolah diperingkat negeri dan kebangsaan
berkaitan dengan amalan sekolah hijau. Antara aktiviti sekolah hijau yang telah
dijalankan adalah penaman pokok vanilla, penaman pokok gaharu, Berapit
Agrotech, Rumah Hijau Berapit dan laman sayuran. Projek Payung Mutiara ini telah
meningkatkan kerjasama guru, murid, ahli kumpulan pelaksana serta pekerja
kontrak kebersihan. Dengan projek ini juga meningkatkan jalinan dan jaringan
bersama-sama komuniti setempat, pihak swasta dan juga PIBG. Iklim sekolah hijau ,
jaringan dan Jalinan dengan PIBKS ini secara menjadikan pembelajaran dan
pengajaran kondusif dan kemenjadian murid mencintai alam sekitar..

Kata kunci: sekolah hijau, komuniti, jaringan, jalinan

Think Big : Make It Happen Do It Together 23


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

MABUK #30 Hari

Jura binti Hj Hamid


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II

Jura_hamid@yahoo.com.my

ABSTRAK
Amalan Terbaik (Best Practise) adalah sesuatu perbuatan baik mengikut kebiasaan
yang menghasilkan perkara-perkara yang luar biasa atau hebat dapat memberi
faedah dan manafaat. Anjakan Kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025, dalam perkara Sarana Ibu Bapa, Pelibatan Ibu Bapa Komuniti
dan Swasta (PIBKs) kini berada dalam gelombang akhir iaitu perluasan
perlaksanaan PIBKs. PIBKs memainkan peranan sebagai rakan sekolah yang
sama-sama berusaha dalam kemenjadian murid secara menyeluruh. Sekolah
Kebangsaan Machang Bubok II (SKMB II) juga mempunyai beberapa isu yang
memerlukan “Amalan Terbaik” dilaksanakan. Fokus utama adalah kemejadian murid
secara menyeluruh, oleh itu MABOK #30HARI diterjemahkan dalam bentuk tindakan
susulan dan pemurnian amalan terbaik sedia ada dengan suntikan hubungan luar
secara iaitu PIBKs. Hubungan luar ini merupakan pemegang taruh yang sangat
hebat dan sayang jika pihak sekolah abaikan begitu sahaja kerana persekitaran
sedia ada mempunyai Komuniti dan Swasta yang bersedia untuk turut serta dalam
program-program sekolah. Oleh yang demikian memulakan dengan 30 hari pertama
di sini, merancang beberapa program yang melibatkan PIBKs bagi menangani isu
yang ada seperti kehadiran murid (rekod dalam APDM), pencapaian Kurikulum
(Tahap Penguasaan), Iqrak (rekod murid Tahun 6) , kokurikulum dan pelbagai isu
lagi. Kejayaan kecil yang diraikan ialah kehadiran murid meningkat daripada Januari
85.81% kepada 91.2% bulan Disember 2022. Jom MABOK #30HARI dan selepas
ini merancang untuk MABOK #100 HARI.

Kata kunci: kehadiran murid, pelibatan, PIBKS

Think Big : Make It Happen Do It Together 24


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

FROM ZERO TO HERO

Aziah binti Yahaya


Pengetua
SMK Permai Indah

Manjie_92@yahoo.com

ABSTRAK

Program Transformasi Sekolah 2025 pada asasnya merupakan satu perubahan


kepada minda dan budaya amalan di sekolah selari dengan pelan pembangunan
Pendidikan Malaysia. Covid 19 telah memacu TS25 khususnya pembelajaran digital
apabila pembelajaran dan pengajaran secara atas talian diperkenalkan. Suara guru
SMK Permai Indah menunjukkan guru kurang arif dengan penggunaan alat digital
dan bimbingan berterusan diperlukan. Melihat kepada kekuatan yang ada iaitu
hampir 50% guru DG41 dan DG44, satu jaringan dan jalinan bersama USM dan
Microsoft dengan Kerjasama JPN telah dibina pada awal 2022 untuk
memperkasakan pembelajaran digital. Kejayaan telah ditempa apabila 2 orang guru
telah diktirafkan oleh Misrosoft US sebagai Microsof Innovative Educator Expert
2022. Selain itu SMK Permai Indah juga telah mencatat sejarah sebagai sekolah
menengah pertama di Pulau Pinang yang berjaya mendapat anugerah “Microsoft
Showcase School 2022”. Penggunaan Microsoft Teams dalam PdPr serta pelaporan
e RPH dan kehebatan murid sebagai “Microsoft Young Ambassador” antara ciri
yang ditonjolkan. Tahun 2023, diteruskan lagi dengan memperkasakan
pembelajaran digital melalui melalui Blended Learning. Dengan Kerjasama USM
dan Microsoft.

Kata kunci: Pembelajaran Digital, jaringan dan jalinan, memperkasakan,


Microsoft Innovative Educator Expert

Think Big : Make It Happen Do It Together 25


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

FLORIKULTUR

Balkis binti Kader Bawa


Guru Besar
SK Convent

PBB0018@moe.edu.my

ABSTRAK
Dalam memperkenalkan kemahiran inovasi, analisis, strategik dan kritikal kepada
murid-murid , pendekatan interdisiplin dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan,
seni dan matematik atau STEaM dilihat sebagai satu pendekatan yang wajar diberi
penekanan. Bagi tujuan tersebut, SK Convent BM mengambil inisiatif
memperkenalkan pembelajaran berasaskan projek melalui Projek Florikultur.
Berdasarkan dapatan pemerhatian dan soal jawab di kalangan murid tahap 2,
didapati bahawa murid tidak dapat menghuraikan elemen seperti fertigasi dan
aquaponik hanya melalui pembacaan. Oleh itu, projek ini dilaksanakan bagi
membantu meningkatkan pemikiran inkuiri murid terhadap subjek Sains.dan juga
bidang lain yang digabungjalinkan dalam projek tersebut. Projek ini telah dapat
memberikan peluang kepada murid, guru serta warga sekolah didedahkan dengan
konsep STEaM melalui pembentangan di peringkat kebangsaan serta lawatan
lapangan oleh delegasi luar ke tapak projek.

Kata kunci :pendekatan berasaskan projek, pendekatan interdisiplin, STEaM

Think Big : Make It Happen Do It Together 26


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

PERKASAKAN DIRIKU CIKGU


Azhan bin Abdullah
Pengetua
Smk Pauh Jaya

67azhanabdullah@gmail.com

ABSTRAK

Program Amalan Terbaik yang dijalankan di SMK Pauh Jaya adalah “Program
Perkasakan Diriku Cikgu”. Isu kehadiran secara bersemuka dan sahsiah diri murid
merupakan faktor utama bagi mencapai kecemerlangan dari segi prestasi akademik
dan peribadi. Walaupun beberapa kaedah telah diambil sebelum ini tetapi purata
peratusan kehadiran hanya 80 peratus dan tidak mencapai KPI JPN, Pulau Pinang
iaitu 92.23 peratus sasaran sekolah 83-90 %. Perlaksanaan kempen Perkasakan
Diriku Cikgu dilakukan pada waktu pertama setiap hari bersama Pengurusan Kelas
oleh Guru Kelas masing-masing, penumpuan kepada dua perkara penting iaitu
kehadiran murid dan bacaan Surah dan Doa Al-Ma’thurat. Guru kelas akan terus
menghubungi waris di waktu itu juga sekiranya anak-anak murid tidak hadir dan
seterusnya urusan pengisian kehadiran ke APDM juga berjalan dengan lancar.
Langkah ini dibuat adalah untuk memotivasikan pelajar betapa pihak sekolah
mengambil berat tentang kehadiran serta senantiasa mencuba meningkatkan
peratusan kehadiran. Bacaan Surah dan doa di dalam Al-Ma’thurat yang dipimpin
oleh anak-anak murid secara bergiliran pada setiap pagi dengan mengharapkan
keberkatan serta rahmat dari Ilahi dan membentuk jati diri murid. Galakan dalam
bentuk hadiah berupa sijil dan jamuan disediakan untuk kelas yang menunjukkan
kenaikan peratusan kehadiran. PIBG memberi sokongan dalam bentuk sumbangan
hadiah galakan. Program ini telah dilaksanakan bermula April 2022 sehingga
sekarang telah memberi impak yang positif terutama kelas di menengah atas.
Semoga dengan program ini ia akan menjadi satu titik mula menggalakkan
komintmen dari guru dan memotivasikan murid dalam melahirkan insan yang lebih
cemerlang bersesuaian dengan motto sekolah “ Aim For Excellence ” akan terus
menjadi kenyataan.

Kata kunci : kehadiran murid, Surah, Al-Ma’thurat, jati diri

Think Big : Make It Happen Do It Together 27


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

Rediri22 #SharingIsCaring

Zalina binti Harisun


Zaini bin Mat Zain
Baharuddin bin Hashim
SIPartners+ PPD Seberang Prai Tengah

zalinaharisun@gmail.com

ABSTRAK

Dewey (1933), Shcön (1987)dan Kolb (1984) menekankan aspek pemikiran reflektif
sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul di tempat kerja. Projek
ini bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan bimbingan SIPartners+ melalui
pendekatan proses refleksi menggunakan Kitaran Refleksi Kendiri Kolb(2015).
Seramai 86 orang pengetua guru besar Daerah Seberang Perai Tengah terlibat
dalam projek ini. Instrumen soal selidik maklumbalas dengan lima aspek kualiti
perkhidmatan seperti rujukan domain SERVQUA Parasuraman et. al.(1998) iaitu:
persekitaran, kebolehpercayaan, responsif, jaminan dan empati . Skala Likert lima
pilihan pengukuran skor tahap kualiti. Dapatan analisis data digunakan semasa
proses mereflaks bagi tujuan menjadikan pengalaman bimbingan lebih bermakna
untuk penyelesaian, penjanaan idea, penambahbaikan dan intervensi kepada isu
atau masalah yang dihadapi. Hasilnya ialah 5 inisiatif penambahbaikan dengan lebih
daripada 18 aktiviti dilaksanakan . Impaknya ialah tahap kepuasan pengetua guru
besar terhadap kualiti perhidmatan SIPartners+ adalah pada tahap memuaskan
hingga cemerlang . Kaedah sisipan Perkongsian Amalan Terbaik dalam aktiviti
mesyuarat , bengkel atau taklimat dengan tagline #SharingIsCaring berjaya
menghasilkan peningkatan sebanyak 37.2 %. Pengetua guru besar 100% bersetuju
aktiviti-aktiviti yang dijalankan membuka minda dan meningkatkan prestasi
kepimpinan di sekolah serta secara tidak langsung meningkatkan kualiti sekolah.

Kata kunci: Refleksi Kendiri Kolb (2015), kualiti , perkhidmatan , sisipan

Think Big : Make It Happen Do It Together 28


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
diucapkan
 kepada
Tuan Hj. Abdul Rashid bin Abdul (Pengarah Pendidikan Negeri, JPNPP)
Tuan Hj Suhaimi bin Abdullah (Pegawai Pendidikan Daerah PPDSPT)
Tuan Hj. Mohd. Fuad bin Mohd. Khir (Timbalan SP PPDSPT)
Tuan Shuhada bin Ibrahim (Timbalan SPS PPDSPT)
Tuan Saipollizan bin Saad (Timbalan SPb PPDSPT)
Tuan Shimsol bin Kasim (Timbalan SPM PPDSPT)
Tn. Hj Zaini bin Mat Zain (SIP+PPDSPT)
En. Baharuddin bin Hashim(SIP+PPDSPT)
Pn. Zalina binti Harisun(SIP+PPDSPT)
Semua Pegawai Sektor Pengurusan Sekolah
Semua Pegawai PPDSPT
Semua AKP SPS PPDSPT
Semua AKP PPDSPT
Semua PGB SPT

Khas
Perhargaan Buat Semua Rakan Strategik KPM
JPNPP, IABCU, MPSM KM7, MPSM KM8, MGBT, IPG, SIP+PP
 Jua
Semua Pihak Yang Memberi Sokongan Secara Langsung
& Tidak Langsung
Moga
Mendapat Keberkatan & Rahmat Yang Maha Esa

Think Big : Make It Happen Do It Together 29


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
KOMPILASI AMALAN TERBAIK , PEMIMPIN BERKESAN
PPD Seberang Prai Tengah

Autogra
f

Think Big : Make It Happen Do It Together 30


PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Anda mungkin juga menyukai